If we were in his shoes.....

Sunday, November 27, 2011

Assalamualaikum...


Where do we go when hope runs out ?
When we're empty ?
When there's nothing left ?








Macam mana kalo kita ada di tempat dia ? Huhuu


In short, saya rasa kagum dengan si Nick nih. Kalo compare dengan kita, banyak kelebihan kita dari sudut fizikal yang dia takde, tapi still dia pandai manfaatkan kekurangan dia tu untuk dijadikan kelebihan ! Inspiring sangat. Dan kita patut bersyukur dengan diri kita.



Lagi satu, saya kesian dengan dia. Lagi lagi bila da baca dia punya story dari kecik. Cuba korang jawab soalan yang kat atas tu, Qs before those vid. As a muslim, kita boley put FAITH kita pada Allah swt, percaya dengan setiap Qada' dan Qadar Dia. Turns to Him, right ? Tapi tengoklah si Nick, he's non-muslim so kesian pulak bila pk balek. Kan bagos kalo dia muslim.. Oleh itu, pon kita patot bersyukur sebab kita da ada nikmat yang paaaaaaaling besar di antara nikmat2 laen, iaitu nikmat dilahirkan sebagai orang Islam. Ramai yang tak sedar. Dan harapnya Islam tu tak hanya di mulut..



Oleh itu, bersyukurlah kita sebagai hambaNya.. Turns to Him in ups and down, insyaAllah He'll guide us in a way that we ourself cant imagine. He'll help us for something we dont expect. He'll make the way easier for us. Without Him we're nothing. So, sentiasa lah "Alhamdulillah" =)



Attitude is altitude ! Totally agreed ! ^____^

Maceh sudi baca =')

Sekarang atau menyesal ?

Assalamualaikum...


Time kecik kecik dulu, selalu dengar pepatah Inggeris nih. A man who decide to change on 12th die on 11th. Tapi biasalah kan budak budak, so still tertanya pada diri sendiri. "What does it mean ?", even ada je agakan yang seakan tepat tapi still tak puas hati =) (err, nak jugakkan). But then, this vid cleared up all the mess. "Oh, i got it ! " hehe.. Thanks for the video.






Semoga cukup kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik, sentiasa istiqamah insyaAllah =)


Mati tak kira pangkat kita, sape diri kita, takkan tunggu samada kita telah bersedia atau tidak. Jadi, perlu sentiasa bersedia (note to myself).

 
Pesanan seorang kawan, hidup kita ni adalah satu perjalanan. Perjalanan yang jauh. Diibaratkan dunia nih seperti sebuah bas yang mana kita di dalamnya, sedang berjalan menuju ke dewan peperiksaan. Ironinya, kita sedang berjalan menuju ke hari penentuan, peperiksaan besar yang menentukan hidup kita yang hakiki nanti. Takotnya rasa bila pk balek =_=". Keep asking, dah cukup banyak ke amalan kita ? Hurm. Dan ye, hurm takkan mampu mengubah apa-apa, so kena ada jugak tindakannya.


Peringatan pada diri sendiri.

Alhamdulillah, 22 tahun penghijrahan.

Saturday, November 26, 2011

Assalamualaikum...


Apa khabar ? Harap harap kita semua sihat, sentiasa dalam lindunganNya insyaAllah. Salam Maal Hijrah yang ke 1433 semua =). 


Alhamdulillah =')...Jom sama sama kita ucapkan rasa syukur pada Allah sebab saat ni, detik nih masih lagi mata kita mampu berkedip, nafas kita mampu berdetik, tangan kita mampu menggapai, kaki kita mampu melangkah, bibir kita mampu menutur dan banyak lagi yang takkan abes nak terungkapkan di blog ni, yang secara langsungnya menunjukkan kita ni masih lagi hidup. Kita nih masih lagi daieNya. Kita ni masih lagi bekerja untukNya. Masih lagi hambaNya. Ya, secara zahirnya kita semua ada kerja kita sendiri, student, penjawat awam, atau swasta namun secara lahiriah kita semua adalah hambaNya yang berkerja untuknya 24/7. Takkan terlepas. Tak boley lupa (Note to myself).


Hurm, untuk diri saya pulak. Dah 22 tahun hidup di dunia nih. Kali nih dah penghijrahan yang ke-22 tahun saya. Harap-harap perubahan tersebut adalah sentiasa ke arah kebaikan. Biarpun ia cuma sedkit tapi tetap ada perubahan. Harap-harap dijauhkan daripada tersimpang even sezarah cuma dari jalanNya =_=".. Err, bagi korangkan da cukup lama tak number 22 tahun tuh ? Bagi saya, dah cukup lama rasanya hidup di dunia nih. Tapi still rasa masih tak cukup nak meninggalkan dunia nih. Rasanya bekalan tu masih sedikit nak hadapi hari kat sana nanti huhu..


22 tahun huhu. Number tu saya rasa cukup perit untuk saya. Bukan perit sebab tak dapat terima kenyataan yang saya da tua matang tapi disebabkan takotnya saya rasa bila number tersebut akan menambahkan lagi kekecewaan pada family saya terutama ma dan abah. Takot kiranya saya kecewakan harapan mereka. Harap-harap masa yang mendatang nanti saya takkan kecewakan mereka lagi insyaAllah =). Have FAITH !


Tapi kadang kadang masih kecewa dengan diri sendiri sebab still tak dapat nak manage masa dengan baik. Huhu, terleka, terlagha dengan benda benda yang remeh, yang melaghakan. Susah even ada keazaman, keazaman tu harus kuat. Yesss, I need to be strong enough to resist them ! (Eh jah, jangan cakap kat mulut je okei). Tapi tu la, kadang2 aku akui, aku FAIL even kita semua ada peringatan dari Allah swt. “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.” Surah Al-’Asr ayat 1-2. Tapi, masih jugak terlupa huhuu..
Semua baca doa awal tahun kan ? Dan harapnya doa tu seiring dengan apa yang akan berlaku pada kita nanti. Bukan hanya sekadar doa. Amal kita harapnya sentiasa ke arah kebaikan, insyaAllah (note to my-own-self).


Oh ye, tadi sempat melepaskan rindu dengan keluar dengan ex-roomate, cik wangi Wan ! Nasib datang Terengganu heee

Here's the person for the night ! Kuraku kuya aka Wan, aloloo malu-malu pulak dah haaa =p


Wani yang comey ! =)






Thanks for the night. Tima kasih jugak sebab belanja kitaorang ye wan hehe. Al-maklumla kan orang dah keje.. =) Tima kacih tima kacih tima kacih ! ^_______^

Sekian

Pernah tak korang rasa KECEWA ?

Wednesday, November 23, 2011

Assalamualaikum...




Pernah tak korang rasa, KECEWA ?
Mesti pernah kan. Kadang kadang tiap tiap ari pasti kita akan rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan orang lain. Kecewa dengan setiap yang dah berlalu yang tak seperti kita harapkan.


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Bila mana korang study gila kuat. Hafal bagai nak rak. Nak fahamkan sume benda tu rasa macam korang berada dalam dunia sendiri. Tapi tapi tapiii time exam, huhuhu. Terlupa pulak.. Tapi it's okey lah kan, at least ada usaha. Kita ada keazaman untuk berusaha dengan cara kita sendiri. Cara yang betol. Berusaha dengan daya usaha kita sendiri. Hanya perlu bertawakkal... Just be positive, insyaAllah


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Bila mana korang usaha punyalah banyak tapi sikit je dapat jawab..


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Bila mana korang dapat tahu seseorang dapat jawab full punya huhu disebabkan 'sesuatu' ? 'Sesuatu' yang dah di plan daripada awal lagi. Hurm...


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Pernah tak korang rasa kecewa ?
Pernah tak korang rasa kecewa ?
 (pernah la !!! Jawab korang dalam nada marah, sebab saya tanya banyak kali hehe =p)


Sape-sape, pasti akan rasa kecewa kan. Tak payah tipulah. Sape-sape pasti akan rasa down. Sape-sape pasti akan tanya "kenapa ?". Bukan merungut, cuma rasa tidak adil. Dan rasanya tak salah untuk rasa begitu, sebab kita berhak untuk rasa begitu. Well, people easily tend to say let bygone be bygone tapi the truth is, susah jugak nak buat semua tu. Akan teringat-ingat jugak...


Orang kata, jujur tu perlu. Tapi tengoklah huhu, kadang-kadang terlebih jujur pon susah jugak dengan dunia sekarang nih. Jujur pada masa sekarang akan membuatkan kita ketinggalan, dan kadang-kadang ditindas.Betolkah kenyataan itu ?? Betolkah ? *muka konfius


Kadang-kadang senang je nak tengok silap orang sedangkan kita pon ada jugak silap. So, sentiasalah muhasabah diri sendiri. Jangan terlalu berbangga dengan diri. Manusia, takkan lepas dari kesilapan.



Hurm.. It's okey then. Asalkan dah usaha. Yang lain, belakang kira. InsyaAllah have faith ! Bila kita yakin, Allah akan bantu. Tapi mestilah sebelum tu kena usaha dulu, then barulah layak nak berserah, bertawakkal padaNya. Kan ? ='). 


P dot s :
Bestnya bila boleh BERLAGAK bila mana sesuatu tu dapat kita buat dengan USAHA KITA SENDIRI, bukannya daripada bantuan lain. Eh tapi tak boleh jugakkan, sebab berlagak tu akan menimbulkan perasaan riak. So, sume amalan kita sia-sia. Jadi, atas usaha kita ke, atau tak ke, janganlah berlagak ye. Maceh suda baca. Rasa down tapi bila menulis, rasa sedikit semangat =). Doakan pembelajaran kami semua dipermudahkan, terutamanya saya theheee, arigatou ! Hurm, sory entry yang sedikit emo, haha =D.

*Comment unavailable

Khusyuk.

Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum...


Hye korang ! Ogenki ? Harap2 semua sihat sihat sahaja =). Hurm, ada sedikit kelapangan petang2 ni, tingin pulak nak taip satu entry. Hehe, selagi ada kelapangan ^____^


Eh, korang dah solat blom ? Cepat !!! Solat dulu sebelom baca blog saya (bajet ramai baca), sebab saya tanak tanggung dosa. Lewat korang solat disebabkan blog nih =_=". Hurm, cakap pasal solat, korang kalo solat khusyuk tak ? Hee, saya kadang2 tersasar jugak, huu. Korang, camna cara korang nak khusyukkan diri dalam solat  ? Banyak cara sebenarnya kan..


Salah satunya, dengan memahami bacaan solat kita tu. Camna nak faham ? Banyak ? Hafal hafal, hehe insyaAllah ingat. Macam jugak kita duk nyanyi lagu, kenapa lagu tu kejap je kita boleh ingat ? Sebab minatkan ? So, takkanlah solat yang kita sentiasa buat hari hari ni, 5 kali setiap hari ni tak boleh kot. InsyaAllah boleh =)


Pada yang masih kurang memahami dan menghafal bacaan2 dalam solat bolehlah tekan tekan mesra link kat bawah ni. Err, tapi kan yang bacaan dan terjemahan surah Al-Fatihah takde dalam simpanan saya. Tapi saya yakin, pasti korang semua dah tau kan maksud surah Al-Fatihah ni. Takde hal la kan =). Kalo taktau lagi, boley je surf. Apa guna ada internet, ye dokkk ? Heee. Okei, tanak bebel panjang2, download je ye =)
















Btw huhu, saya seriously lupa kat mana saya download benda ni dulu. So, tak boleh nak creditkan. Tapi yang pasti, dalam bloglah. Kalo ada la, ada yang tau ke apa, tolong kreditkan ye.. Semoga tuan  yang buat semua terjemahan tu beroleh manfaat =) insyaAllah. Dia dah sebarkan satu ilmu penting tu kan. Terima kasih =')


Haa, lagi satu. Cara lain nak khusyuk dalam solat adalah dengan korang cuba bayangkan solat yang korang lakukan tu, adalah yang terakhir untuk korang. Hehe, boley bayangkan tak, kalo dah yang terakhir mestilah kita akan buat betol2 kan..






 P dot s :
Kalo korang ada lagi cara nak khusyukkan diri dalam solat, boleyla share sini =). Maceh sudi baca ='). Semoga bermanfaat..

Impian itu.

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum...


Impian itu,
Tika diamati,
Berbatu-batu,
Sedang ia jauh dekat di hati..


Impian itu,
Jujur terus dinanti,
Walau detiknya larian waktu,
Tetap azam sampai mati...


Impian itu,
Satu satunya harapan diri,
Juga mereka yang dikasihi,
Takkan sekali aku cuba khianati...


Impian itu,
Ye, impian itu. Masih jauh lagi..
Untuk dirasai.
Untuk disenangi.
Buat kesekian kali.

Namun yakinku, 
Dia sentiasa ada untuk diri ini. 
Dia sentiasa berjanji pada setiap dai'e.
Janji pada yang sabar.
Janji pada yang berusaha.
Janji pada yang bertawakkal..
Sungguh, janjiNya adalah benar..


Impian itu,
Tika saat ini masih di hati,
Suatu saat nanti,
InsyaAllah pasti akan aku dekati..
InsyaAllah pasti akan aku genggami... =)


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.. Ganbatte Jah ~ =)


P dot s:
Aku pernah punya impian. Pernah juga kecewa dan putus harap dalam menggapai impian itu. Namun, perlu hanya percaya tiap satu kejadian itu punya perancangan terindah daripadaNya. Sabar, insyaAllah semuanya akan jadi yang terindah sampai satu saat nanti. Hasbiyallah =')

Kawan kawan, jangan pernah putus harap dengan setiap kejadian yang terjadi pada kita, tak seperti yang kita harapkan. Jangan pernah merungut. Jangan persoalkan. Bolehla kot tanya diri sendiri kenapa. Dan daripada situ, cuba muhasabah diri kita sendiri. Maybe salah kita. Maybe ada something wrong somewhere. So, we need to seek for it ! Jangan hanya pandai salahkan takdir semata. Menangis dan luahkan padaNya. Bukan ke Dia Maha Mendengar ? Ruginya kalau tak luahkan, tak gitu ? Hehe. Note to my-own-self ! =)

Maceh sudi baca. Doakan kejayaan saya dan semuanyalah, kawan2 kita =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...