Salam Maal Hijrah 1434H.

Wednesday, November 14, 2012

Assalamualaikum...



A real man doesn't love one million girls instead of he love ONE girl in a million ways. 
Bila dah ada someone special, please behave like one. No need to pretend whatsoever.
(Tolong baca dengan mata hati, bukan suka suki)



By the way nak kongsi sikit apa yang ma saya bagitau. Esok sempena awal Muharam elok kita baca start hari pertama awal muharam : Al-Fatihah. Hari kedua : Ayat Kursi. Hari ketiga : Alam Nashrah. Hari keempat : Al-Qadr (Inna anzalna). Hari kelima : Al-Ikhlas. Hari keenam : Al-falaq. Hari ketujuh : An-Naas. Baca 70 kali lepas solat subuh setiap hari sampai hari ketujuh awal Muharam nanti. Mintak la hajat dengan Dia. InsyaAllah. Mintak tu seharusnya diiringi dengan usaha okay ?. Jangan pandai mintak je tapi usaha tak jalan memang takkan jadi hape la kan.


Semoga kita semua mampu berubah ke arah kebaikan sempena sambutan awal muharam ini. Topup mana yang perlu dan improve mana yang kurang. Ikhlaskan diri dan niat hanya keranaNya dalam setiap urusan kita. InsyaAllah... Semoga urusan sentiasa dipermudahkanNya. Tolong doakan saya ye, semoga kalian juga dipermudahkan urusan insyaAllah. Terima kasih. Jzkk...


Short update. Not in the mood of writing. Bye.

The Billionaire.

Friday, November 2, 2012

Assalamualaikum..


Sawai dee na kah... Sa-bai-dee-mai na kah ? Me, mai sabai =_=".. Eh, ini bukan troll semata. Yes, you did read those lines right ! Dan tak tersilap masok blog. Itu memang bahasa Thailand derr hehe. Jangan kalian tertipu dengan tiga patah perkataan Thailand itu. Tuan tanah ini sama sekali tidak tahu berbahasa Thai. Sekadar nak Khap pun khap, sawadeekap tu boleh la kan. Many many khap pun khaaaappp pada pokcik Google untuk tiga patah ayat itu. Kalo nak tahu maksudnya sila rajinkan jari anda untuk google-google okay.

Hari tuh balek kampung cuti raya tu kan (fuh lama gila baru nak update pasal nih, rajin baru mendatang dalam diri ini sebab aku tahu kalo update pasal nih mesti panjang umpama marathon segala), then abang call mintak on tv tengok cerita The Billionaire. Bersungguh benor suruh tengok cerita tuh siap call segala hehe. Based on true story.. Korang pernah dengar tak cerita The Billionaire tuh ? Eh eh, bukan who wants to be a millionaire yang Jalaluddin Hassan hosnya tu lah. Tu GAME, ni CERITA. Cerita okay =_=". Movie dari Thailand (eh, Thai plak ? Hari tuh suruh tengok cerita Indonesia ! =_="). Anyway cuba fikir balek kenapa intro entry saya cakap Thai, theheee. Haruslah tema intro bertepatan dengan entry. Ye dak ? (Tak tahu pulak aku kalo berblogging ni ada tema segala kan jah). Movie tuh berkenaan salah sorang billionaire termuda di Thailand hari nih. Baaaaaru umor 26 tahun. Acane tuh acane boley jadi billionaire dalam umor muda belia macam tuh ? Konfius kawe. Korang mesti konfius kan sebab tak tengok lagi. Takpe, relaks okay.


Jadi kayo sebab gapo ? Haa nok tahu gak keno tengokla crito tuh. Kawe malah nok crito sini. Sekadar nok oyat serba ringkas tu takdop halla kei. Tapi jange saloh pehe plok, dio jadi kayo buke sebab buko kasino gapo gapo bendo hok ngarot marot tuh tapi sebab seaweed. Seaweed ? Haaa, apakah itu ? Seaweed tuh rumpai laut. Owh, lupa kasik tahu. Top Itthipat by the way nama budak tuh (eh, budak ke?), mentang mentang muda belia lagi kan. Actually, si Top nih dia starting umor 16 tahun main online game. 17 tahun dah boleh own kereta sendiri hasil dari jualan weapon game online tuh (ado jugak gitu deh). Ish ish not good. Tapi takpe, bukan nih yang saya nak cerita cuma terkagum dengan sifat dan usaha dia yang amat tinggi serta tak pernah kenal erti putus asa. He keep on moving even he failed many many many times. He keep aiming for his goal ! Nak langsaikan hutang famili dia yang 40 juta baht tuh. Then pada umor 19 tahun lepas banyak dugaan dia tempuh, then dia managed buat satu produk dari seaweed. Pernah dengar Tao Kae Noi seaweed (Wiki segala nahhh ko?) ? Theheee, aku pon first time dengar sebenarnya. Tu pon abang cakap sedap seaweed tuh. Crispy seaweed. Dia banyak perisa, menurut kata abangku itu lagi, perisa tomyam paling sedap. Eh, tetiba la pulak promote benda tuh kat sini. Nanti boley mintak komisen dengan Top pasnih.


Sanggup google semata-mata nak tunjukkan korang-korang semua cik abe si Top Itthipat ni di samping seaweednya yang tersayang tuu. Anyway, berdasarkan sumber, produk tuh halal, thoyyiban tuh tak tahu la pulakkan ye ke idak.



Lepas dua tahun buat perniagaan tuh dengan banyaknya dugaan semua, he managed to settle down his family's debt. Kagum tak ? 40 baht tuh banyak tahuuu.. Haa, boleh imagine tak macam mana la dengan hanya jual seaweed tuh boleh jadi billionaire ??? Kalau fikir logik memang tak terjangkau dek akal fikiranla kan boleh jadi jutawan segala. Memang tak logikkan, tapi segala-galanya boleh jadi logik dengan usaha yang berterusan, tanpa putus asa. Moral entry nih, bukan aku nak suruh korang stop sekolah dan main game online ramai ramai pastu bukak perniagaan chestnut, then seaweed tapi aku nak bagitahu tentang sifat dia. Tak pernah kenal erti putus asa, berjiwa kental, punya keinginan yang kuat untuk berjaya dan sebagainya. Amek yang elok elok dah la ye. Hehehee.. Anyway ini entry hanyalah peringatan buat diri sendiri sebenarnya yang mana mudah sangat rasa down kalau something yang aku nak, tak tercapai. (Eh, abe long nih macey tau tau je aku mudoh down huaaa). Tapi ada je kan benda yang kita nak takkan kita dapat, kan ? Haa, yang tuh acane nak deal ? Acane tuh ? Anggap je lah He knows the best. Tak semua benda yang kita fikir baik untuk diri kita adalah yang terbaik untuk masa depan kita, kan ? Perancangan Allah itu tersangatlah indah. Kalau kita gagal untuk sesuatu yang kita aim, tak bermakna kita akan gagal untuk masa depan kita. Peringatan buat diri je. Tolong betolkan kiranya salah..



 Kalau korang rasa tak puas hati dengan review movie yang aku ceritakan kat atas tu dan bila korang free bolehla layan cerita nih okay. Amek pengajaran mana yang patot.


Kadang-kadang tengok kejayaan orang lain pon akan dan boleh beri kita sumber inspirasi serta keazaman untuk berjaya kan ? =)

Yah dtee dton bpai gorn kai
Translation : Dont worry yourself bout the fever before it arrives.
Meaning : Cross the bridge when you come to it.

Chua jet tee dee jet hon.
Translation : Bad seven times, good seven times.
Meaning : every clouds has a silver lining.

Wahh siap proverb Thai segala nah !!! Nih kalo waris kat Thai tuh tengok mesti banggo dooh nga ambo. Ceh, jangan tertipu itu adalah ihsan google semuanya =_="



Tu je lah. Kayo kayo jugok weh, amale nok wat g "sano" tuh jange lupo pulok dop. Yang baik jadikan teladan, yang buruk tuh jangan jadikan teladan jugak deh, jadikan sempadan okay. Jangan gatal-gatal nak ikot, nanti merana diri. Semoga diri sendiri tidak berputus asa atas sesuatu perkara. Tolong doakan urusan saya dipermudahkanNya. Semoga kalian juga begitu. Jazakallahu khair... Khap pun khaaaappp. Medai medai khappp (eh, ni maksud ape entah, hentam kromo sahaja, abes rosak bahasa orang). Terima kasih sudah baca ini entry. Blog nih suda bertukar jadi blog promote cerita sudaaa =_=". Cepat betol masa sekarang, dah masok bulan November dah pon. Lagi sebulan lebey nak masok tahun baru dan lagi 12 hari je nak masok awal Muharam... Pheww..

Jya~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...