:: AboUt Me ::

Assalamualaikum...


Cik Tuan Tanah, mata panda dengan tudung hentam kromo ala guni. Eh eh..


Aku adalah aku. Bukan versi copy paste. Bukan versi tipu. Bukan versi hipokrit (insyaAllah, semoga dijauhkan). Bukan versi mengada-ngada. I'm the original version of myself. Hanya manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan itu sangat sangat sangat membantu aku untuk muhasabah balek diri aku, tengok balek part mana yang aku perlukan improvement, memperbaiki diri aku untuk menjadi lebih baik. As yet, people do say we learn from mistakes right ? So do i !. Jadi, kalian yang mengenali aku, tolong ingatkan dan teguri aku andai kalian tahu khilaf yang aku lakukan. Manusia kadang-kadang takkan sedar seandainya tidak disedarkan oleh orang lain, kan ?.


Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindunganNya, sentiasa berada dalam bimbinganNya, disedarkanNya even ketika melakukan sezarah khilaf cuma. Jadi, jomlah sama-sama kita sentiasa berdoa padaNya, agar sentiasa menjadi insan pilihanNya untuk dikurniakan hidayah dari Allah swt ya adik-adik =).


Blog ini pada mulanya hanyalah sekadar suka suki choki choki sahaja namun sekarang ini penting sebagai peringatan buat diri aku sendiri. Dah nama manusia, sentiasa perlukan peringatan. Semoga mampu juga menjadi peringatan buat kalian semua, insyaAllah. Rasulullah pernah bersabda, "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Disahahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah). Mungkin aku masih jauh untuk menjadi golongan yang paling banyak memberi manfaat buat orang lain, namun cukup kiranya mampu memberi sedikit manfaat dan peringatan buat diri sendiri mahupun insan lain, agar sentiasa tersedar. InsyaAllah mudah-mudahan bukan hanya omongan kosong sahaja hehee. Tolong doakan ! Semoga dijauhkan daripada sifat munafik semata. =_="


Tolong doakan saya, dan keluarga saya agar dipermudahkan urusan boleh ? Semoga pembaca blog Sakura No Hana juga begitu...Terima kasih, jazakallahu khair, syukran, domo arigatou !


Seishin ittOu nanigoto ka narazaran!
(where there's a will, there's a way!)
InsyaAllah =)

Sakura no tsubomi wa haru he to tsudzukimasu...

Yoi ichinichi oo minasan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...