Happy 2021 !

Wednesday, October 27, 2021

 Hi ! Assalamualaikum. Fuhhh setahun sekali aku update blog hahahahah. Memang dasar lupa ingatan ni. Makin tua makin takda mood nak menulis. Anyway, nak jugak la letak sini sebagai tanda kenang-kenangan. Untuk tahun ni, alhamdulillah aku masih hidup, kalu tak hidup post ni takda la kann😜


Tahun ni jugak, alhamdulillah aku dah habis study hahahahha. Lamanya nak boleh ke sampai garisan penamat. Tapi aku tetap bersyukur sebab Allah Maha Baik, bagi rezeki untuk aku habiskan. Sungguh, takda daya aku tanpa bantuanNya. Banyak kali fikir nak give up throughout the journey, banyak sangat ups and down sampai kan aku dah takda mood nak teruskan. Tapi bila fikir balik, study tu kan jihad, dan jugak banyak terima support dari suami tercinta (mmuahh😘), family dan sahabat2 😘💓yang membuatkan aku teruskan melangkah, perghh ayat taknak kalah. 


Alhamdulillah 16 June 2021 haritu aku dah selesai viva secara online (sebab PKP). Allah Maha Baik, Maha Pemurah, Dia kurniakan examiners yang baik2 belaka, yang bukan niat mahu menghentam semuanya. Alhamdulillah. Yang tu patut berterima kasih sangat2 pada Prof Najiah, merangkap supervisor aku. Thank you Prof! Prof akan sentiasa dalam doa saya 😢😭


Then aku rasa hidup aku dah complete, even tak dapat kerja lagi pun hahaha. InsyaAllah harapnya ada rezeki kat mana2. Tolong doakan aku ehh. Complete sebab dapat suami yang baik dan sabar, even first haritu mati2 taknak kat dia hahaha (tapi kata orang yang kita taknak tu la yang akan kita dapat), tak sangka benda tu jadi kat aku. I love u so much suamiku. Kawen 14 Ogos 2019, sebelum wabak covid mengganas hehe. Sempat la saing2 merasa majlis ku ittew. Kemudian 8 September 2020, lahirlah putera kesayangan kami, Ryan. Alhamdulillah. Timing Allah tu sangat lah perfect. Terima kasih Allah. Even aku ni tak sempurna, Kau Maha Penyayang, sokmo bagi aku nikmat tak terhingga 


Aduhh penat otak la nak typing panjang. Adakah ini faktor penuaan??. Okla ni, untuk update tahun 2021! Hahahahahaha. Lagipun kau jangan nak perasan sangat eh ada orang baca blog kau jah. Dah bersawang tahap megalodon !. 


Bye😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...