Nikmat | Bahagia.

Saturday, May 26, 2012

Assalamualaikum...


Hye korang ! Sihat ? Harap-harapnya semua antara kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmatNya, insyaAllah =). Satu hari, saya pernah ditanya seorang sahabat. " Eh Jah, aku tengok kau ni sentiasa je nampak bahagia. Apa rahsia kau eyh ?" Err, lebey kuranglah soalannya camtu. Eh eh jap, tapi aku musykil jugak, macam mana dia boleh cakap nampak bahagia. Entah celah mana entah dia tengok bahagia. Tu nak cakap, lain orang akan berbeza penilaian mereka pada diri kita, kan ?. Then, aku pun jawablah "Rasie..". Okay, takdelah jawab camtu kan. Nakkenalempanglanampaknyakalojawabcamtu. 


Hurm, bila pikir balek, memang susah jugaklah nak jawab soalan dia tu. Sebabnya apa ? Sebab aku bukan kanselor eh, takdelah hee.. Sebab, penilaian luaran tak sama dengan penilaian dalaman. Dalam hati siapa yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Ceyh kaitan ? Err dah keluaq dah ayat sentimentalnya =_=". Camni lah jawapannya. Kebahagiaan tu bukannya senang-senang akan datang pada kita. Kebahagiaan tu perlu dicari, keep on seeking for it. Tapi serius, susah. Terutama kebahagiaan hakiki. Susah weh, serius. Tapi bila kita keep on searching, kita akan dapat rasa benda tu takdelah susah sangat nak dapat dengan syarat kita tahu cara betul dan tetap istiqamah dalam mengamalkannya. Haa, amek, panjang lebar penerangan hehe. Paham tak ? 0_o


Tapi ambo pehe, lain orang lain dorang punya definisi "kebahagiaan" tu. Ada orang cakap bahagia tu bila kita ada pakwe yang sayang sangat kat kita (Errr =_="). Ada orang cakap bahagia tu bilamana kita punya duet berkepuk-kepuk dalam bank sampai tak larat nak belanja. Ada orang cakap bahagia tu bila kita mampu makan yang sedap-sedap je. In short, pelbagai la definisi bahagia bagi setiap individu. So, susah jugak nak cakap benda ni, nanti kan tak pepasal dicop "Memandai!". Tapi tapi tapi, bagi sayala kan, bahagia tu bila mana kita rasa tenang je hidup, cuba berusaha baiki hubungan kita denganNya dahulu. Itu lah first step, basic, stage pertama untuk rasa kebahagiaan hidup, nak capai kebahagiaan hakiki... =)


Nak dapatkan kebahagiaan hakiki tu anak-anak kita perlu la tahu hakikat diri kita ni dulu. Hakikat diri yang mana kita nih adalah hambaNya. Sepatutnya menjadi daie untukNya di dunia yang cuma persinggahan sementara ini (Hehe, skemanya ayat). Jadi bila kita dah sedar diri yang kita ni hanyalah menumpang cuma, haruslah kita berusaha mengumpul sebanyak mungkin amalan di dunia sebagai bekalan di sana (noted to self). Yang basic-basic tu janganlah tinggal weh. Contohlah solat lima waktu. Kalo yang tu pon lubang-lubang bila umor anda tu dah mencecah tahap dah boley jadi bapak budak, cuba lah insafkan diri. Bawak-bawak bertaubat. Maaf, bukan saya nak tunjuk pandai atau baik tapi bayangkanlah kalo yang asas, tiang agama boleh tertinggal, (tu kalo TER, kalo yang dah terang2 SENGAJA tinggal, tak tahulah saya) bab yang len-len pulak tu camna lah ye huhu. Macam mana nak jadi imam dalam keluarga nanti ? Macam mana nak guide isteri dan anak2 nanti ? Macam mana nak tunjuk contoh teladan yang baik pada mereka nanti ? Okay, stop with those "macam mana" Qs =_=". Banyak kali persoalan tu bermain di benak fikiran tapi seringkali tak terjawab *muka konfius. Boleh korang tolong jawabkan ? =)


Eh, okay okay, saya dah terlebey melencong rupanya =_=". Cumanya nak cakap, (eh cakap ke? Tulis la jah). Cumanya nak state kan kat sini, bila nak rasa bahagia tu cubalah kita selami dulu diri kita ni macam mana. Cuba baiki hubungan denganNya dulu dan yang lain-lain akan ikut jadi baik, insyaAllah (Noted to self !). Cuba jaga solat kita dulu, khusyuk dan tawaddu', yang selebihnya kita akan rasa perbezaan. Yang penting istiqamah, dan ikhlas. 


Haa, bila nak rasa bahagia kita pun haruslah tahu mensyukuri tiap nikmat yang dikurniakanNya pada kita nih. Banyak gila kot nikmat yang kita dapat. Sedar atau tak je. Contohlah, udara. Tu pun nikmat tahu. Nikmat yang kita dapat kita dapat hari-hari. Free pulak tuh. Cuba bayangkan, setiap sedutan oksigen tu kita kena bayar. Haaa, tak ke sengkek ? Tak dapat bayangkan lah huhu. Korang tahu tak apa dua nikmat yang selalu dilupakan manusia ? Nikmat kesihatan dan nikmat masa. Nikmat terbesar ? For sure nikmat Islam...


Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."


Haa, kenapa dua nikmat tersebut. Jawapannya ada pada diri korang semua la. Macam mana diri kita waktu kita lapang, dan macam mana diri kita waktu kita sihat. Fikir-fikirkan... Saya tak nafikan, kebanyakan kita bila senang je, sihat je susah sangat nak ingatNya. Selalu terlupa nak ucap rasa syukur, ucap alhamdulillah. Jadi, jom start daripada sekarang kita cuba ucapkan alhamdulillah atas setiap nikmat yang dikurniakan Ilahi (Peringatan untuk diri sendiri). Jangan tak tahu, bila kita selalu ucap syukur, sedikit sebanyak kita akan rasa bahagia. Serius tak tipu punya =).


Banyak lagi tips bahagia, yang tu basic lah. Budak sekolah pun tahu hehe. Tips lain ? Maybe korang kena kawen kot baru bahagia hehe okay lupakan.. Yang pentingnya kenalah jaga hubungan kita denganNya. Jangan sombong sangatlah denganNya sebab ko tu hanya menumpang je kat dunia ni (Eh, budi bahasa budaya kita, sorry ye).. Allah kalo nak tarik nikmat yang Dia bagi kat kita ni, kejaaaaappp je boleh tarik. When He said "BE", then it is ! Kan ? Bila Dia cakap "Kunfayakun", sekelip mata je benda yang kita rasa mustahil nak hilang atau nak jadi kat kita akan jadi dalam sekelip mata. Jangan sampai satu tahap tu, baru lah kita rasa nak menyesal... Dah tak guna..


Cuba cari erti bahagia sebenar, insyaAllah korang rasa nikmat tersebut bila kita istiqamah dalam pencarian tu (Eceyh, ayat hehe). Noted to self !


Korang dah tengok video nih ? Sekadar perkongsian sahaja. Cuba test tahap hati korang dengan menonton vid di bawah nih. Sedih ke tak.




He is the ONE ^____^



Terima kasih sudi singgah dan baca blog picisan ini. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa (memanglah jah, takkan kau superwoman kottt) yang sentiasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, sekiranya entry ini ada menyentuh sensitiviti anda atau apa apa je lah, maafkan saya. Maafkan saya kiranya ada tersilap atau terkasar bahasa dalam entry ini. Entry hanyalah peringatan buat diri yang sentiasa lemah. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya, insyaAllah...


Tolong doakan urusan saya sentiasa dipermudahkanNya. Terima kasih ='). Semoga kalian juga begitu dong ! 


: Apa definisi bahagia pada korang ? 


Jya ~

9 bulan, 23 tahun.

Thursday, May 17, 2012

Assalamualaikum...


Ogenki desuka minna ? Apa khabar ? Harap-harap korang semua sihat-sihat-sejahtera-sentiasa-dalam-lindunganNya. InsyaAllah =). Huhuuu, lama kot tak update sampaikan diri sendiri bermonolog dalaman, "Eh, aku ada blog rupanya !". Ceh..


Eh, korang pernah tak impikan something yang amat sangat-sangat-sangat (jangan tiru bahasa yang salah ye adik-adik) sampailah satu saat tu bila korang dah mula melangkah satu step untuk mencapai benda tersebut. Mesti pernah kan ? Haa, macam mana perasaan korang ? Happy infinity kottt. Even baru first step je kot. Alhamdulillah ='). Tapi tapi tapi, yup tiap2 satu tu mesti ada tapinya, ye dokkk ? Kata orang, kita tak boleh berharap sangat, sebab bila kita letakkan harapan yang tinggi amat untuk sesuatu, and then kita tak dapat something tu, for sure la akan kecewa gila. Terus rasa down dan maybe putus harap. So, tak perlu nak taruh harapan yang terlalu tinggi bilamana something yang memang kita nak capai tu baruuuuu nak tuju langkah pertama. Nanti kecewanya tak berkesudahan.. Ececeyh, ayat huhuuu.. =_="


**************************


(Nak feeling lebih lagi tekan butang "Play". Cehhh tetiba hehe)

9 bulan dalam kandunganmu,
23 tahun dalam jagaanmu,
Namun satu rungutan tidak pernah didengar dari butir bicaramu,
Ikhlas menjaga diri ini dalam setiap lelahmu.

Setiap saat diri ini mungkin menyusahkanmu,
Setiap detik diri ini mungkin menjadi kerisauan buatmu.

Namun, janjiku takkan mungkin akan mengkhianati dirimu,
Janji ku takkan mungkin menjadi sebab kecewamu.
Janji ku untuk mencoretkan satu lakaran kebanggaan buatmu.

9 bulan dalam kandunganmu,
23 tahun dalam jagaanmu.
Namun dirimu tetap berusaha memberi yang terbaik buat diri ini.
Biar terseksa dalam diam,
namun kau tetap gembira dan puas dalam senyuman.
Yang pasti kau tak pernah mencoretkan reaksi ketidakpuasan.
Pada diri ini yang selalu menyusahkan.
Betapa dirimu hebat dalam menyembunyikan penderitaan.
Statik normal dengan tersirat,
Tanpa menunjukkan yang tersurat.

Ma,
I wouldn't know what to say as there's no word could fit what i wanna say to u, just want u to know that I do really love u, for every single things u've done to me, thank you, thanks for your love ='), for that 9 months and 23 years u've faced me and cared for me, which might be troublesome to u ='(...I'm sooo sorry, deep down, sorry. If i've ever hurt u, sorry. If i've ever made u down and frustrated, I'm sorry. If i've ever made u cried for the things u want me to achieve but to no avail !, I'm sorry... Huuuu, I dont know what to say, but I'm soooooo sorry, from the bottom of my heart.. U know right, every single thing happened for a reason. So, maybe He has a better plan for me. U once said that to me =).. Thank you very much for taking care of me. Thank you to infinity. =')

(Err kemain ayatnya, macam la ma baca huhu.)


Tapi takpelah, at least penghargaan tu ada jugak tercoret di blog picisan ini =_=.


**************

Sebenarnya entry ini khas nak buat sempena hari ibu last day. Tapi disebabkan saya terlupa yang saya ada blog, makanya tak terpost la entry itu. Dan bila teringat balek blog ini barulah terhasilnya entry ini. Eceyh, ye la terlupa. Okay2, behave jah =_=". Sebenarnya busy sikit, sebab tu lama gila tinggal blog, sampai berhabuk kot. Haha. Eh, okay, tak perlu citer kot. "Ishhhh, meluat betol" kata korang. =P


Korang pernah dengar tak ayat  nih, "Seorang ibu sanggup mengatakan tidak lapar serta menyuruh anak-anaknya makan, sedangkan dirinya sendiri dalam kebuluran.". Mesti pernah kan. Btw, itu sebagai contohlah. Bermakna, seorang ibu sanggup menipu demi anak-anaknya tanpa menghiraukan perihal dirinya sendiri. Sanggup melihat kebahagiaan anaknya biar dirinya menderita ='(. Nak cakap mengenai pengorbanan ibu kat blog picisan nih, rasanya sampai bila tak abes kot sebab terlalu banyak sangat yang amat (jangan tiru hiperbola bahasa salah) pengorbanan beliau. Cukup sekadar kita menyedari dan memberi penghargaan secukupnya pada ibu kita. Penghargaan tak semestinya dari segi kewangan je, beli emas berketul-ketul, rumah berderet-deret, wang berkepuk-kepuk dan sebagainya tapi cukup sekadar kita menunjukkan kasih sayang pada mereka, mengucapkan terima kasih pada tempat, perkara dan masa yang sepatutnya kita ucapkan... Itu yang paling berharga buat mereka, bukan melalui penghargaan material semata.


Hurm, moral entrynya hanyalah nak cakap, hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih boleh dihargai oleh kita. Jagalah hati dan perasaan mereka, berlemah lembutlah dengan mereka. Pendek kata, cubalah menjadi yang sempurna pada mereka biar kita tahu kita takkan mungkin akan mampu menjadi yang sempurna, tapi at least biarlah kita berusaha untuk sentiasa menjadi yang terbaik, dari hari ke hari, okay ? (Noted to self).


Ma, selamat hari ibu =). Terima kasih untuk 9 bulan dan 23 tahun tersebut ='). Terima kasih infinity.....


Selalu lah titipkan doa buat mereka dalam setiap doamu..=) 


Btw, tolong tolong dan tolong doakan urusan saya dipermudahkan. Tolong doakan urusan saya 20 Mei ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya, tolong sangat.. Moga kalian juga begitu.. Terima kasih =).


Lagu tema:
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...