Nikmat | Bahagia.

Saturday, May 26, 2012

Assalamualaikum...


Hye korang ! Sihat ? Harap-harapnya semua antara kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmatNya, insyaAllah =). Satu hari, saya pernah ditanya seorang sahabat. " Eh Jah, aku tengok kau ni sentiasa je nampak bahagia. Apa rahsia kau eyh ?" Err, lebey kuranglah soalannya camtu. Eh eh jap, tapi aku musykil jugak, macam mana dia boleh cakap nampak bahagia. Entah celah mana entah dia tengok bahagia. Tu nak cakap, lain orang akan berbeza penilaian mereka pada diri kita, kan ?. Then, aku pun jawablah "Rasie..". Okay, takdelah jawab camtu kan. Nakkenalempanglanampaknyakalojawabcamtu. 


Hurm, bila pikir balek, memang susah jugaklah nak jawab soalan dia tu. Sebabnya apa ? Sebab aku bukan kanselor eh, takdelah hee.. Sebab, penilaian luaran tak sama dengan penilaian dalaman. Dalam hati siapa yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Ceyh kaitan ? Err dah keluaq dah ayat sentimentalnya =_=". Camni lah jawapannya. Kebahagiaan tu bukannya senang-senang akan datang pada kita. Kebahagiaan tu perlu dicari, keep on seeking for it. Tapi serius, susah. Terutama kebahagiaan hakiki. Susah weh, serius. Tapi bila kita keep on searching, kita akan dapat rasa benda tu takdelah susah sangat nak dapat dengan syarat kita tahu cara betul dan tetap istiqamah dalam mengamalkannya. Haa, amek, panjang lebar penerangan hehe. Paham tak ? 0_o


Tapi ambo pehe, lain orang lain dorang punya definisi "kebahagiaan" tu. Ada orang cakap bahagia tu bila kita ada pakwe yang sayang sangat kat kita (Errr =_="). Ada orang cakap bahagia tu bilamana kita punya duet berkepuk-kepuk dalam bank sampai tak larat nak belanja. Ada orang cakap bahagia tu bila kita mampu makan yang sedap-sedap je. In short, pelbagai la definisi bahagia bagi setiap individu. So, susah jugak nak cakap benda ni, nanti kan tak pepasal dicop "Memandai!". Tapi tapi tapi, bagi sayala kan, bahagia tu bila mana kita rasa tenang je hidup, cuba berusaha baiki hubungan kita denganNya dahulu. Itu lah first step, basic, stage pertama untuk rasa kebahagiaan hidup, nak capai kebahagiaan hakiki... =)


Nak dapatkan kebahagiaan hakiki tu anak-anak kita perlu la tahu hakikat diri kita ni dulu. Hakikat diri yang mana kita nih adalah hambaNya. Sepatutnya menjadi daie untukNya di dunia yang cuma persinggahan sementara ini (Hehe, skemanya ayat). Jadi bila kita dah sedar diri yang kita ni hanyalah menumpang cuma, haruslah kita berusaha mengumpul sebanyak mungkin amalan di dunia sebagai bekalan di sana (noted to self). Yang basic-basic tu janganlah tinggal weh. Contohlah solat lima waktu. Kalo yang tu pon lubang-lubang bila umor anda tu dah mencecah tahap dah boley jadi bapak budak, cuba lah insafkan diri. Bawak-bawak bertaubat. Maaf, bukan saya nak tunjuk pandai atau baik tapi bayangkanlah kalo yang asas, tiang agama boleh tertinggal, (tu kalo TER, kalo yang dah terang2 SENGAJA tinggal, tak tahulah saya) bab yang len-len pulak tu camna lah ye huhu. Macam mana nak jadi imam dalam keluarga nanti ? Macam mana nak guide isteri dan anak2 nanti ? Macam mana nak tunjuk contoh teladan yang baik pada mereka nanti ? Okay, stop with those "macam mana" Qs =_=". Banyak kali persoalan tu bermain di benak fikiran tapi seringkali tak terjawab *muka konfius. Boleh korang tolong jawabkan ? =)


Eh, okay okay, saya dah terlebey melencong rupanya =_=". Cumanya nak cakap, (eh cakap ke? Tulis la jah). Cumanya nak state kan kat sini, bila nak rasa bahagia tu cubalah kita selami dulu diri kita ni macam mana. Cuba baiki hubungan denganNya dulu dan yang lain-lain akan ikut jadi baik, insyaAllah (Noted to self !). Cuba jaga solat kita dulu, khusyuk dan tawaddu', yang selebihnya kita akan rasa perbezaan. Yang penting istiqamah, dan ikhlas. 


Haa, bila nak rasa bahagia kita pun haruslah tahu mensyukuri tiap nikmat yang dikurniakanNya pada kita nih. Banyak gila kot nikmat yang kita dapat. Sedar atau tak je. Contohlah, udara. Tu pun nikmat tahu. Nikmat yang kita dapat kita dapat hari-hari. Free pulak tuh. Cuba bayangkan, setiap sedutan oksigen tu kita kena bayar. Haaa, tak ke sengkek ? Tak dapat bayangkan lah huhu. Korang tahu tak apa dua nikmat yang selalu dilupakan manusia ? Nikmat kesihatan dan nikmat masa. Nikmat terbesar ? For sure nikmat Islam...


Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."


Haa, kenapa dua nikmat tersebut. Jawapannya ada pada diri korang semua la. Macam mana diri kita waktu kita lapang, dan macam mana diri kita waktu kita sihat. Fikir-fikirkan... Saya tak nafikan, kebanyakan kita bila senang je, sihat je susah sangat nak ingatNya. Selalu terlupa nak ucap rasa syukur, ucap alhamdulillah. Jadi, jom start daripada sekarang kita cuba ucapkan alhamdulillah atas setiap nikmat yang dikurniakan Ilahi (Peringatan untuk diri sendiri). Jangan tak tahu, bila kita selalu ucap syukur, sedikit sebanyak kita akan rasa bahagia. Serius tak tipu punya =).


Banyak lagi tips bahagia, yang tu basic lah. Budak sekolah pun tahu hehe. Tips lain ? Maybe korang kena kawen kot baru bahagia hehe okay lupakan.. Yang pentingnya kenalah jaga hubungan kita denganNya. Jangan sombong sangatlah denganNya sebab ko tu hanya menumpang je kat dunia ni (Eh, budi bahasa budaya kita, sorry ye).. Allah kalo nak tarik nikmat yang Dia bagi kat kita ni, kejaaaaappp je boleh tarik. When He said "BE", then it is ! Kan ? Bila Dia cakap "Kunfayakun", sekelip mata je benda yang kita rasa mustahil nak hilang atau nak jadi kat kita akan jadi dalam sekelip mata. Jangan sampai satu tahap tu, baru lah kita rasa nak menyesal... Dah tak guna..


Cuba cari erti bahagia sebenar, insyaAllah korang rasa nikmat tersebut bila kita istiqamah dalam pencarian tu (Eceyh, ayat hehe). Noted to self !


Korang dah tengok video nih ? Sekadar perkongsian sahaja. Cuba test tahap hati korang dengan menonton vid di bawah nih. Sedih ke tak.




He is the ONE ^____^



Terima kasih sudi singgah dan baca blog picisan ini. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa (memanglah jah, takkan kau superwoman kottt) yang sentiasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, sekiranya entry ini ada menyentuh sensitiviti anda atau apa apa je lah, maafkan saya. Maafkan saya kiranya ada tersilap atau terkasar bahasa dalam entry ini. Entry hanyalah peringatan buat diri yang sentiasa lemah. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya, insyaAllah...


Tolong doakan urusan saya sentiasa dipermudahkanNya. Terima kasih ='). Semoga kalian juga begitu dong ! 


: Apa definisi bahagia pada korang ? 


Jya ~

11 comments:

caliph shuriken said...

sy bahagia bila bole singgah sini baca thesis ^^

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Hahaha, 1st time saya dengar orang bahagia bila baca thesis, ceh =P

anumuchan said...

lama tak jenguk sini~~

Fizah Ibrahim said...

@アヌムちゃん
Tu laaa... saya pon lama tak jenguk blog akak hehe..busy..huu

btw, maceh sudi jenguk sini =')

Anonymous said...

bahagia itu dari dalam diri..
kesannya zahir, rupanya maknawi..
terpendam bagai permata di dasar hati..

bahagia itu ada pada hati..
bertahta di kerajaan diri..
terbenam bagai mutiara di lautan nurani..

bahagia itu ada di jiwa..
mahkota di singgahsana rasa..
bahagia itu adalah suatu ketenangan..

bila susah tiada gelisah..
bila miskin syukur pada tuhan..
bila sakit tiada resah di jiwa..

bukankah tuhan telah berfirman :
"KETAHUI-LAH DENGAN MENGINGATI ALLAH JIWA KAN MENJADI TENANG.."

kebahagiaan itu.. suatu kesyukuran..
bila kaya jadi insan pemurah..
bila berkuasa..amanah..
bila berjaya..tidak alpa
bila sihat tidak lupakan tuhan..

hakikatnya bahagia itu..adalah ketenangan..
bila hati mengingati tuhan... =)

-UNIC-


kebahagian kita terletak pada kebahagian orang sekeliling kita..

kesenangan kita juga terletak pada kesenangan orang sekeliling kita..

bahagiakan dan senangkan lah orang2 sekeliling nascaya kita akan merasa tenang dan bahagia..

what you give.. you get back

**SP**

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
Semoga mampu menjadi insan yang mampu membahagiakan org lain, dlm sedar atau tidak. terima kasih singgah sini SP ^^

Hanis MY said...

Lamo jugok tok sgah sini... Sihat ko?

Fizah Ibrahim said...

@Hanis MY
SIhat alhamdulillah heee, kak nis pon kena la jaga molek tu kesihatan ^____^

ijan naruto said...

lamo weh tak terjoh blog jah ni.. =)

ijan naruto said...

lamo eh tk terjoh blog jah ni..=)

Fizah Ibrahim said...

@ijan naruto
Takpo la, blog picisan je zan hehe..
Maceh cudi cinggah..=')
Mu update la atek blog tuuu ! =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...