Tips Penjagaan Wajah (cara aku)

Wednesday, May 1, 2019

Assalamualaikum..

Hi semua. Hari ni aku nak share cara-cara aku jaga kulit muka aku sendiri. Mesti lah sendiri kan, takkan muka orang lain pulak. Haha. Okay, tak lawak. Lain orang lain cara dia la kan, sebab kulit muka masing-masing pun berbeza. Tapi tak kisah lah pasal tu, yang penting basic steps korang jangan nak lupa buat setiap hari, okay.

Kulit aku alhamdulillah takda lah masalah sangat, cuma masalah liang pori tu je lah yang ketara sikit. Lagipun pori tak dapat nak hilang kan, tapi kita dapat kurangkan la lubang-lubang pori yang sebesar alam tu 😜🤣

Aku pasti ramai dah tahu kan basic penjagaan kulit muka. Tapi  takpalah aku nak jugak tepek dekat blog ni, as a keeper. Hihi. First aku akan cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita la, oily atau normal atau combination. Aku punya normal, so aku prefer guna :

Ni brand yang aku guna dari aku form 1 kot sampai lah sekarang ! Setia kan aku? Haha. Aku suka Ginvera ni sebab ada extract green tea. Boleh beli dekat Guardian atau Watson.

Aku tak suka sebenarnya tukar tukar cleanser ni, sebab aku kan setia orangnya, hihi. Tapi disebabkan aku ada baca satu info kata, pencuci muka kita ni perlu tukar juga lepas dah lama sangat guna yang sama. Sebab ye lah, dah takda effect kan. So, aku usha la Hada Labo. Alhamdulillah setakat ni bila aku nak beli je selalu ada offer. Harga Hada Labo ni mencekik darah jugak lah haha. Tapi product ni elok sangat. Aku cuba kali pertama dah jatuh cinta. Harga mahal, tapi boleh lah sebab tahan lama. Guna sikit secoet je untuk cuci muka tu.

Ni la Hada Labo cleanser yang aku guna. Dia ada banyak jenis masalah kulit lain yang kau boleh pilih. Aku pilih untuk kecilkan pore la sebab pore kulit muka aku memang nazak jugak la kalau tengok dekat 🤣

Then lepas korang cuci muka, korang perlu guna toner untuk bersihkan dan tutup liang pori yang menonong terbuka lepas kita cuci muka tadi tu. Toner aku pakai Hada Labo jugak

Ni toner yang aku guna. Hada Labo ni lebih pada hydrating lotion la, ada banyak jenis kalau kau perasan. Kau kena pilih yang sesuai dengan kulit muka kau lah kan. Jangan main redah je. Aku guna yang rich texture punya, untuk kulit normal. Aku suka toner ni sebab boleh rasa kulit muka jadi moist lepas applied. Boleh beli dekat Watson atau Guardian.

Then lepas toner, korang boleh apply serum tapi aku tak guna pun, cukuplah sekadar toner. Lepas toner aku terus pakai moisturizer cream. Ni aku pun guna Hada Labo, Hydrating Water Gel Gokujyun. Aku in love gila gila dengan cream ni. Tak melekit dan mudah meresap dalam kulit sebab dia dah tulis sesiap Ultra-lightweight Gel, so memang ringan la texture dia


Harga dia boleh la buat nafas aku semput. Tapi bagi aku berbaloi la sebab cream ni boleh tahan sampai 3 bulan, of course la depends pada macam mana korang guna kan. Cream ni guna sikit pun dah okay. Boleh beli dekat Watson atau Guardian.

Lepas dah apply cream tu aku guna sunblock. Sunblock ni sangat sangat penting sebab negara kita ni pun dah tahap panas macam apa kan, UV level sangat sangat lah tinggi. So apply sunblock boleh la block sikit UV bahaya tu. Sunblock jugak boleh elakkan kulit wajah korang berjeragat. So better start pakai dari sekarang la sebab nanti bila jeragat bermaharajalela memang takda guna la kan.


Ni Biore sunblock yang aku pakai sekarang. Pun water-gel structure. Aku suka jenis gel macam ni sebab tak melekit dan sangat mudah meresap ke dalam kulit muka. Boleh beli dekat Watson atau Guardian.

Dulu aku guna sunblock Nature Republic (California Aloe SPF50). Okay je sunblock tu cuma bila aku apply texture cream dia tu melekit dekat muka dan nampak la muka aku makin putih macam "tepung gomok" ore kelate kato, so aku tak berapa berkenan la. Tapi sunblock ni sangat bagus okay. Produk dari Korea. Atas preference masing masing la. Aku beli online.

Tu lah basic penjagaan kulit muka yang korang tak boleh tinggal. Mungkin lain orang lain cara, tapi cuci muka-guna toner, sunblock dan pelembap jangan lupa dan tak boleh tinggal, okay? Scrub muka juga penting untuk korang buang sel sel kulit mati. Wajib skrub 2 kali seminggu je. Tak boleh lebih dari tu, sebab nanti kulit muka korang akan jadi kering kontang banyak hilang air 🤣

Untuk scrub aku guna brand Cosmoderm.

Bagi aku facial scrub cosmoderm ni okay lah. Ni guna lepas korang cuci muka pakai clenaser okay. Boleh beli dekat Watson atau Guardian atau farmasi berdekatan anda. Harga berpatutan taklah mahal macam Hada Labo tu. Haha. 

Moisturizing mask cosmoderm ni pun bagus. Aku suka. Pakai lepas cuci muka, biar 30 min. Then cuci muka pakai air suam, apply toner dan moisturizer cream. Boleh rasa beza kulit muka lepas buat step tu. Boleh beli dekat Watson atau Guardian atau farmasi berdekatan anda 🤣.

Untuk bibir aku guna mentholatum dan vaseline. Selalunya aku pakai waktu nak tidur la kan. Pakai vaseline lips tu dulu then apply mentholatum tu. Rasa sejuk sejuk je bibir. Hihi. Boleh beli dekat Watson atau Guardian.

Ni pun aku rasa penting tau, vaseline cream biasa. Boleh je nak apply dekat bibir. Tapi aku lebih suka yang spesifik untuk bibir macam foto kat atas tu. Yang cream ori ni selalu aku sapu dekat kaki la, boleh buang sel sel kulit mati dan lembutkan kaki. Yang ni tak sesuai ye if nak apply dekat kulit muka sebab texture dia sangatlah kasar dan melekit. Nanti liang pori lagi terbuka sebab tersumbat gel ni. So apply dekat mana yang perlu je. Boleh beli dekat Watson atau Guardian. Harga mur mur je 🤣

So konklusinya, aku suka sangat brand penjagaan wajah dari Hada Labo tapi disebabkan harganya yang nauzubillah, aku hanya mampu guna produknya yang biasa biasa je dulu. Hihi. Tunggu lah bila ada rezeki dapat kerja okay aku mungkin usha yang lagi best. InsyaAllah. Tolong doakan aku ye kawan kawan. So, itu je lah perkongsian dari aku. Tak ada lah special mana pun macam sesetengah orang yang guna produk sampai ribu riban tapi alhamdulillah aku bersyukur la sebab kulit muka aku tak cerewet sangat untuk guna produk-produk ni. Jaga kulit wajah ni takdalah susah mana, yang penting kena konsisten. Nanti korang akan dapat tengok  hasilnya. Untuk diri korang juga kan, dan semestinya bakal suami atau suami korang sendiri 🤭.Yang penting korang jangan lupa minum air putih secukupnya. Dan jugak detoks badan korang, tak kisahlah dengan lemon ke, halia ke yang penting detoks, okay. Nanti maybe aku boley story lain pasal detoks yang aku biasa buat. Hihi. 🤗

Tu je lah dari aku. Thanks sudi baca sampai habis 🤗.

Till then, byee

Love,
Fizah, Jah, Jess, Joss 😜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...