:: Tanya sama pokok apa sebab goyang ?

Friday, July 29, 2011

Assalamualaikum.. =)



Hye semua, kabare ? Ogenki desuka ? Sihat tak ? Harap2 semuaaaaaanya sihat alhamdulillah. Fuhh, lama betol tak bukak blog. Memang catat sejarah nampaknya, ehehee.. Btw best aritu holiday rumah abang, sampai terlupa yang saya nih ada blog yang perlukan update rupanya. Ceewah, ye la sangat kan =P


Eh korang pernah tak nyanyi lagu neh :

Tanya sama pokok, apa sebab goyang.
Nanti jawab pokok, angin yang goncang.
Tanya sama langit apa sebab hujan.
Nanti jawab langit... errr lupa lirik daa


Saya kan selalu jugak nyanyi lagu neh sambil tepuk2 tangan pada anak sedara. Kadang2 dia gelak, kadang2 buat bodo jek ehee. Tapikan yang sadisnya bila time part nanti jawab langit tuuu..(stuck pulak dah). Pastu mulala ulang tayang nyanyi lirik yang sama, sebab tu kot anak sdara buat muka selamber je, nyanyinya hampeh. Ishkk.. Biasalah kes lupa lirikla kan. Lagu zaman jepun dulu, mana nak ingat sangat. Eh ye ke zaman jepun? Kau ni jah abes semua kau nak bantai Jepun ! Tu jepun ni jepun ish ish. Betolla kan, lagu lama. Lagu P.ramlee =)



Haa, tak kisah la kan. Yang saya nak citernya, aritu kan g umah abang, then abang saya neh ada la anak 2 orang. Apih dengan Dina nama dorang. Apih tu nama sbenornya Hafiz tau, sama macam nama Cik su dia neh haa cuma takde __zah je la (nak jugak cakap ish). Pastu maen2 dengan Apih, konon2 nak nyanyi la lagu "Tanya sama pokok" neh. Dia macam tau, tapi bila suruh nyanyi eh apasal laen macam je bunyi dia neh. Suruh lagi dia nyanyi, laen jugak bunyi dia. Saya pon naek heran bin ajaib plus kefeningan jugak... =_="

Apih, selalu je ulang nyanyi "Tanya sama pokok, sebab goyangggg" =P

Pastu aritu g jalan2 ngan kete. Papa dia pasang radio. Tetiba kuar satu lagu neh. Dan tetiba jugak Apih cakap "Lagu Apih, lagu Apih". Rupa rupanya lagu neh tajok dia "Pokok" yang selalu dia nyanyi tuh, yang saya rasakan laen tros bunyinya time saya mintak dia nyanyi aritu. Saya pk lirik laen tapi dia ingat lirik laen. Haha, terok betol. Lagu tu dah lama tapi saya baru tau, ye la radio tak dengar mana nak tau..  Memang ketinggalan.. Tskkk =_="


Eh, btw best jugak lagu neh. Klasik, yet ada unsur moden kat situ. Nice lah ! =)

Best tak lagu neh ? Best la jugak kan.. =)

:: Download ::



Tapii, still tak boley lawan lah dengan lagu P.ramlee neh. Yang asal. Asli itu indah. Natural itu menawan. Apa kaitan ? Takde kaitan ye. Cumanya lagu2 dulu banyak jugak best. Klasik, lirik bermakna je..



Oh ye, lirik dia pon best.. =) Korang boleyla nyanyi untuk anak sedara nanti ea untuk anak2 ke time riadah la theheee =D. Jom! (Kena nyanyi sambil tepuk2 tangan oke). "Macam budak2 la ko jah"..
Ye la kita kan tengah deal dengan budak2 so perangai otomatik kena tuka jadi budak2 yang comey lotey ! =)


 Tanya sama hati - P.ramlee & Normadiah

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



Budak kecik Faris Luqman =)


::Haha, mendalam betol maksud lagu neh.. =)

Thanks for reading ! =') Jya~

8 comments:

caliph shuriken said...

aritu kn sy ada wt en3 lagu pokok ni.. awk dh view kn? hikk...

Sufy said...

sy pun suka lagu ni..best kan, ada maksud tersirat..Salam, singgah datang blog ni.. :) salam ramadhan almubarak, smg ibadah dan amal terus bertambah di bln yg mulia ni..

sempena ramadhan, sufy bt satu contest khas tuk blogger...jom join, insyaAllah hadiah lumayan..bersama2 memeriahkan contest n support antara blogger

http://lilysufy.blogspot.com/2011/07/contest-ramadhan-2011-blog-lily-sufy.html

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Aaah ada, haha.. ^^

Fizah Ibrahim said...

@Sufy
Hehe, yup sufy.

InsyaAllah kalo kerajinan ada sy join ea =) Thanks !

Unknown said...

owh.. aku pun baru tau ade lagu ni.. :)

THE GREEN said...

Assalamualaikum...

ramai yg mungkin dah lupa lagu ni. rasanya mcm lagu2 rakyat, penuh dgn makna tersirat..

SELAMAT BERPUASA

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Fizah Ibrahim said...

@Heidi Shafiq
Haha ingat ke aku je yang ketinggalan =D

Fizah Ibrahim said...

@BLADE EDGE
Waalaikumussalam..

Aah, lagu rakyat jugak kot heee.. Erm okei salam ramadhan jugee =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...