"Ko ingat ko tu BAIK sangat ke ?"

Sunday, July 29, 2012

Assalamualaikum...


Hye korang, apa khabar. Semoga semuanya sihat-sihat-sahaja, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Alhamdulillah, dah masok hari ke sepuluh ramadhan. Kejap je kan. Rasanya baruuuu je semalam kot kita berpuasa, eceh.. =_=" cepatnya masa berlalu. Sedarlah wahai diri.. Jom jom sama-sama ucap alhamdulillah sebab masih lagi mampu bernafas saat nih :')


Semalam dapat berita dari kampung akak cakap pasal salah sorang jiran saya telah menghadap Ilahi. Mintak tolong kawan-kawan semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat si arwah. Nak ingatkan kat sini, betapa kematian tu sangatlah dekat dengan kita, kan ? Si arwah tu sangatlah muda, dan bakal berkahwin lepas raya nih aleh aleh tak sempat huhu... Jadi, jangan terlalu gembira. Bayangkan, amalan kita masih tak cukup, dan paling malang bila tak sempat bertaubat atas dosa-dosa lampau, kematian pula datang menjemput.. Tak takut keeee ? Huhu. Peringatan buat diri sendiri jugak...


Pic's attributed to tumblr.



Ramai orang cakap. "Eh, ko senang2 je nasihat orang buat kebaikan, Ko tu memang buat ke ?. Ingat ko tu BAIK sangat ke ?". Okay, saya akui, kadang-kadang kita senang je nak nasihat orang sedangkan diri sendiri masih terkial-kial nak betulkan diri. Jangan salah faham, sebab blog ini hanya sekadar peringatan buat diri sendiri. Dan kalau boleh jadi peringatan buat orang lain tu, memang satu bonus lah tu :'). At least bila saya menulis errr menaip, dan bila saya cakap pasal sesuatu tu, saya akan bared in mind, "Okay, aku dah cakap pasal ni, so kenalah buat". Macam hipokrit la kan kalo cakap tapi tak buat. Seriously, akan rasa sangat sangat sangat teruk =_="..


By the way, korang pernah dengar tak kata-kata Imam Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan."... Sangat lah benar. Memang saya ni tak sempurna la kan nak bagi nasihat tu semua sebab kadang-kadang pernah jugak tersasar tapi at least cubalah sedar diri balek. Bahasa sedapnya, muhasabah diri lah hehe.. Cuba cuba dan terus mencuba, lama lama jadi mudahla, insyaAllah... :)


"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

 Lagi satu, jangan semata-mata lihat pada siapa yang berkata, tapi lihat dan amek pengajaran daripada apa yang diperkatakan, okay derr ? :)


"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." (Saidina Ali r.a)

Seriously, saya tahu lah saya bukannya baik sangat pun nak bagi nasihat pada orang lain huhu (eh, teremo pulak) tapi at least cubalah untuk jadi dan perbaiki diri ke arah kebaikan dari hari ke hari.. Banyak banyak doa, cepat cepat lah mintak Allah sedarkan kita bila buat salah, even salah sezarah cuma mintak Dia sedarkan kita agar terus berada di jalanNya yang lurus. Jangan biar kerajaan diri (hati) tu jadi hitam legam sudaaa, nanti wassalam la kan.. =_="


Pernah ditanya seorang member, "Jah, macam mana boleh istiqamah ye ?". Err, terkedu kejap dengan soalan dia tu. Seriously kawan, saya pon masih berusaha untuk cuba terus istiqamah kan diri sendiri. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang fail =_=". Hahaha, tapi normal la kan, manusia macam aku nih memang selalu terlupa. Sebab tu kena banyak berdoa mintak Dia sedarkan kita, okay ? Istiqamah lah, biar amalan tu seciput, tapi noted yang amalan tu amatlah disukai Allah bila kita buat benda tu sokmo sokmo (berterusan). Tak tinggal...


Rasulullah saw bersabda :
"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


+++++++++++++++++


Haa, hari tuh terbuka En. Nuffie, lama tak bukak, eceh.. Dan alhamdulillah la kan, blog picisan nih ada jugak orang masuk sebab hits keywords. Hits pulak pasal berkaitan hal-hal agama. Okaylah, saya tahu sikit je berkaitan tu kat blog nih tapi at least ada jugak kan hehe, jadi bersyukurlah. Sekurang-kurangnya saya bila mati nanti adalah jugak sahamnya, ye doppp ? Jadi sahabat-sahabat blogger sekalian, cubalah menulis sesuatu yang bermanfaat buat kalian nanti. At least penulisan berunsur peringatan buat diri dan orang lain. Ni tak, 24/7 tulis pasal menternak lemak, jalan-jalan la, so and so... Huhu sory la kalo terasa tapi cubalah eh gunakan medium blog sebagai medium yang berguna, nevertheless, its for your own good too ! :)


Haa, terlebey melencong la pulak. Back to the root nuffnang. Tengok komuniti sekarang, ramai kot rasanya yang mahu berubah. Rasa sedih pun ada jugak la kan sebab actually benda tu basic je, pasal yang wajib kita buat hari-hari. Macam mana saya tahu ? Err, for sure la melalui hits keywords yang wujud tuh hehe. 


Err, ada jugak hits "sakurahearty" eyh ? Sape lah yang cari tuh kan ? Ni rasa terharu nih :')... Meh nak belanja berbuka puasa meh pada sape yang terlibat hehe :p...

"Boleh tak solat subuh 7.30?" Huhuu...




See, sebenarnya masyarakat kita banyak je yang cari pasal agama. Bagoslah tu kan even basic je pon at least ada la jugak usahanya tuh. Tapi saya hairan jugak, kenapa ye banyak sangat pasal solat subuh hitsnya ? Mungkin la kot dapat disimpulkan, sebab solat subuh ni banyak sikit dugaannya, terutama kalangan student macam saya nih. Wallahua'lam la kan huhu...Haa, lagi satu nak share something. Antara solat sunat yang sangat sangat sangattlah dituntut adalah solat sunat subuh. Rasulullah saw sendiri sangatlah menjaga solat sunat subuh tu even terlewat untuk mengerjakan solat subuh. Riwayat Imam Muslim daripada Aisyah r.a yang Baginda sendiri bersabda, " Solat dua rakaat (sebelum) solat subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya.". Rasulullah saw juga bersabda bahawa "Dua rakaat ini lebih baik daripada segala isi dunia.". Nampak kat situ kepentingannya kan ? Jadi, takke rugi kalo kita tahu tapi kita tak buat ? Oh, loser nya rasa diri ini =_=" (Peringatan buat diri juga)


Err, bila baca balek entry lama-lama, zaman muda rasa macam "Eh, aku ke tulis nih ? ", haha ada jugak penulisan yang sangatlah tidak matang =_=". Biasalah zaman budak budak. Ibarat budak kecik baru mendapat gula-gula lolipop, eh !... +_+... Jadi, rakan-rakan blogger, jomlah tulis sesuatu yang memberi manfaat buat semua. Gunakan sebaik-baiknya apa yang kita ada :)... Yang bakal memberi manfaat dan saham buat kita bila kita mati nanti.. Dan tak perlulah nak menunggu sehingga menjadi seorang yang sempurna untuk memberi peringatan sebab kita semua takkan mampu untuk jadi sempurna melainkan kekasihNya. Okaylah, rasanya terlebih panjang pulak entry ini haha. Alang-alang lama kot tak menaip, eceh.


Tolong doakan urusan saya dipermudahkan ye. Huhuu.. Dan tolong doakan final saya 7/8 nih jugak berjalan lancar. Jadi, tolong lah doakan hehe... Semoga korang korang juga begitu dong ! Terima kasih daun keladi, kalo boleh singgah la lagi :'). Semoga amalan kita dipertingkatkan di bulan mulia nih. Jya nee~ Tataaa :))

Terima kasih =')

Monday, July 16, 2012

Assalamualaikum...


Hye, korang sihat ? Semoga sihat-sihat sahaja, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya =). Hari nih nak create entry skema la, boleh ? Entry penghargaan hehe.. (suka hati ko lah jah, blog ko kan thehehe). First word, Alhamdulillah, syukur sangat sebab dah lepas part yang sukar dalam pembelajaran kali nih. Viva projek. =_=""


Alhamdulillah. Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan pada Dr. Safiah sebab banyaaaak sangat tolong saya dan nik sepanjang projek tu berlangsung, terima kasih ='). Begitu jugak Dr. Amir, terima kasih atas bimbingan Dr.. Tanpa bimbingan kalian, siapalah kami ini. Eceh, skemanya =p. 


Dan jugak terima kasih berbanyak-banyak terima kasih infinity (eh, betol ke ayat?) diucapakan pada En Ideris, pegawai yang bertanggungjawab membimbing kami sepanjang projek tu berlangsung. Entah apalah akan jadi kalo tanpa bimbingan En Ideris, maybe la kot fish formulated feed tu hancuss. Ikan tak pandang even nak jeling pon tak =_=". Jadi, the biggest attribution would goes to him. Thanks a lot ! Kami sangat sangat sangat berterima pada En ideris ='). Mintak maaf sekiranya kami nih selalu menyusahkan. Banyak sangat ilmu baru, idea dan nasihat berguna yang kitaorang dapat sepanjang projek tuh. Jadi, big thanks ! =')


Then, would like to attribute En. Zaidi and En. Sabri for lending us their hand during the project's implementation. Thanks a lot. Terima kasih bagi pinjam hatcery Kelah. That was the most important part need to be considered. So, terima kasih banyak-banyak. Jugak pada pegawai2 lain. It wouldn't b succeed if there weren't any help by anyone of u. Thanks much to those who concerned ! =') Terasa nak nyanyi lagu nih la pulak pada sume yang terlibat. Eh, tetiba, haha +_+


Mintak maaf kalo ada salah silap sepanjang perjalanan projek tersebut, samada kecik mahupun besar, sengaja mahupun tidak, tersembunyi mahupun nyata. Maafkan kami =|... We're just a human, which prone to mistake ! =_=", so deep down big sorry for the act.. Truly sorry..



Apa2 pun, sekarang ni hanya bertawakkal. Kita dah berusaha, tapi noted yang usaha kita tu tak tahu lagi mencukupi atau tak. Yang penting sekarang kita dah berusaha and let Him decide for the rest. Isn't Allah knows the best right ? So have faith, jom jadi positif =)...


++++++++++

Nak jugak wish something pada seseorang untuk entry kali nih. Tak kisah dia baca atau tak heehe. Hari nih sorang housemate dah pindah balek Kelantan. Ecah, huhu kejap dapat kenal tapi rasanya terlalu lama dah kenal. Jaga diri elok-elok even kat tempat sendiri atau tempat orang lain.  Happy sangat dapat kenal Ecah. Mintak maaf banyok2 la deh kalo ada saloh silap sepanjang kita kenal nih huhu, sedeh la pulok sero.. =_=". Take a good care of yourself. =) Dan tolong doakan kami semua kat sini jugak =)


Oh ye, lupa. Nak jugak amek kesempatan ucap terima kasih pada korang-korang yang sentiasa doakan agar urusan saya dipermudahkan. Terima kasih infinity.. Korang memang awesome hehe.. Terima kasih daun keladi, kalo boleh tolong doakan lagi. Tak rugi kita doakan orang sebab bila kita doakan kebaikan orang tu tanpa pengetahuan dia, doa tu akan turut diaminkan oleh malaikat. Plus, kita akan dapat jugak apa yang kita doakan kat orang tu. InsyaAllah.. Tak ke untung kalo amalkan dan tak ke rugi kalo tak buat ? Kan kan ? The answer is yours, eceyh.. Jangan malu la nak mintak sahabat atau kawan2 doakan kita lagi lagi orang yang soleh solehah sebab mana tahukan doa dia lebih dimakbulkan Allah. Eh, tapi kalo ko tu sendiri yang tak berdoa padaNya, mintak orang len je tolong doakan memang tak jadi hape la kan.


Nabi (s.a.w.) bersabda:

“Doa seorang Muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab (terkabulkan). Pada sisi orang yang berdoa itu malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Setiap kali dia mendoakan bagi saudaranya satu kebaikan nescaya malaikat itu akan berkata : Amin dan bagi engkau adalah seperti yang engkau doakan bagi saudaramu.”
(Riwayat Muslim)


Mintak maaf sebab entry nih sekadar entry penghargaan. Tapi at least takpe lah kan hehe sebab the moral of the entry hanya nak ingatkan korang, ucapkanlah terima kasih bila orang dah bantu kita. Tak rugi pon ucap terima kasih. Sebab dua ucapan tu yang maybe antara kita rasa benda remeh, actually benda tu sebenarnya mampu membuatkan kita rasa dihargai. Seriously, kalo saya sendiri dapat ucapan terima kasih atas sesuatu perkara pon saya akan senyum sendiri. Rasa puas. Ikhlas ke tak tu satu hal lain la kan sebab He knows everything yang kita buat, sape kita nak cakap ikhlas ke tak. Yang penting cubalah menghargai orang yang dah banyak tolong kita. Terima kasih tu perkataan sangatlah mudah tapi effect dia sangatlah terkesan. Jadi, jangan pernah lupa okay =)..


Hurm, okay lah rasanya tu je la kot. Sekarang semangat berblogging dah kurang haha (ye ye la tu jahhh). Tolong doakan urusan saya dieprmudahkanNya ye. Hehe, terima kasih ='). Semoga kalian juga begitu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...