Assalamualaikum...
Ogenki desuka minna ? Harap2 kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya sokmo. Alhamdulillah, dah lepas ramadhan (rasa sedeh tak ? huu) dan let's give a warm welcome to Syawal yang mulia ini. So, first and foremost would love to wish u guys happy eid mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum...
Malam ni terasa kerajinan melanda diri pulak, maka terhasillah entry yang mana sewaktu jari jemari ini ke sana sini menari-nari di atas keyboard lappy masih lagi fikiran ini ligat berputar-putar mencari tajuk yang paling sesuai untuk dimaktubkan di atas kepala entry ini nanti (eh, melalut la pulakkan =_="). So, how's your raya ? Mesti best kan.. Kalo tak best pon, bersyukurlah eh, sebab tak semua yang bernasib baik macam kita, dapat balek beraya atas jalan raya tengok bunga raya, dapat sambut raya, dapat dengar takbir raya pagi pagi raya, dapat bermaafan di pagi raya, dapat solat raya, rasa kueh raya and so on. Sesungguhnya, kita semua memang bertuah. Jadi, jomlah alhamdulillah atas tiap nikmat kurnianya..=)
Hurm, kadang-kadang rasa jugak diri nih teruk, loser je kan sebab selalu ingatkan manusia lain pasal sesuatu tu tapi kadang kadang diri sendiri pun ada jugak terlupa. Rasa malu pulak =_="... Tapi takpe la kan, dah namanya manusia mudah terlupa la (eceh, ayat nak sedapkan ati konon) sebab saya beri peringatan tu adalah untuk diri sendiri terutamanya. Orang cakap, tak guna cakap tapi tak buat. Betol, i do admit. Tepat sangat. It's just like macam tak tahu malu la kan, nak nasihat orang but then diri sendiri yang tak buat. What a shame...Masih cuba perbaiki.. Semoga tetap istiqamah la kan. Perbuatan sama seperti apa yang diucapkan...
Korang pernah tak share status through all those social web berkaitan saudara Islam kita di Syria, Rohingya and etc. Mesti pernah kan. At least mesti pernah baca kan berkenaan penderitaan dorang semua. Seriously, apa yang korang rasa ?. For sure, sedeh, marah, geram, simpati, all those kind of feeling, kan ? But the q is, pernah tak korang titipkan doa untuk dorang dalam setiap solat dan doa korang ? Kita memang takkan mampu nak ubah nasib dorang tapi kita mampu usaha dengan cara kita sendiri, iaitu melalui doa. Jangan lupa, doa kan senjata orang orang mukmin =). (Peringatan buat diri juga).
Pada yang raya kali nih keseorangan, jangan bersedih. The truth is, korang sebenarnya tak pernah keseorangan. Dia sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Tau tu ayat cliche yang mungkin pada korang "Eleh, macam dah takde ayat len nak cakap", tapi tu la memang sebetulnya begitu. At least cuba bersyukur sebab kita masih mampu sambut raya, rasa suasana raya tu lagi compared to saudara kita kat Syria tuh. Jauh panggang dari api la kan dorang nak rasa macam kita huhu. Kalau dengan tu pon kita masih belum ucapkan kata syukur, tak tahu la nak kata apa lagi kan... Jadi, jom bersyukur. Jangan sampai kita nih tergolong dalam ayat "maka, nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?" sudah la kan..
Okay lah, abes la takat tu part raya hehe.. Hurm, korang pernah tak konfius dalam sesuatu perkara ? Camna korang buat eh, i mean the decision itself ! Selain daripada mintak petunjuk dariNya la kan, istikharah sume tu.. Err, seriously i got a big problem on deciding either pursuing my study or just go on applying for the job. Arrr, konfius weh huhu. Tolong bagi idea sikit hehe.. Semoga urusan sentiasa dipermudahkanNya. Tolong doakan la ye. Semoga korang pon begitu ! =)
Last but not least, saya tinggalkan korang dengan satu pantun yang direka secara spontan ala ala karam sigh walia. Eceh =_="
Gema takbir di pagi raya,Tanda kemenangan datang menjelma,Seisi alam turut merainya,Bersyukurlah pada limpah kurniaNya.Malam raya main bunga api,Kekadang mercun pun boleh jadi terapi,Alahai, semangat memang berapi-api,Kalah pulak kereta api.
Eh, okaylah, dah start mengarut dah. Adoi, memang fail bab reka2 pantun nih hehe.. Maafkan patik la ye. Anyway, nak mintak maaf jugak dekat korang if ada terasa dengan blog Sakura No Hana nih. Kot2 la kan ada entry yang membuatkan korang memendam rasa, perasaan, kecik hati semua tuh, sampai nanges nanges semua (eh, ada ke?), saya mintak maaf banyak banyak. Seriously, tak bermaksud nak menyakiti. Jadi, tolong maafkan yang nyata mahupun sembuyi, besar mahupun kecik itu ye... Ingat, kita ni hanya manusia, prone to mistakes.. kan? hehe. Jadi, maafkanlah eh =)...
Salam aidilfitri semua. Semoga amalan yang kita buat time ramadhan aritu mampu untuk di istiqamah kan pada bulan-bulan yang akan mendatang ini.. InsyaAllah =). Semoga Allah redha segala-galanya..
Tolong doakan saya ye. Jya~ =)