Stronger.

Monday, October 29, 2012

Assalamualaikum..


What doesn't kill you only makes you stronger !


Sekian. Wassalam.


Shortest entry in the world ! Yeay !!! Patot masok dalam Guiness world records nih. Anyway, macam biasa, tolong doakan urusan saya dipermudahkanNya iya. Semoga kalian juga begitu ! Thank you so much ! =)

AKU.

Friday, October 5, 2012

Assalamualaikum..


Hye, semoga kalian sentiasa dalam rahmatNya. Hari nih nak bercerita. Err, teka teki pon boleh jugak lah kan. Tajuknya "AKU". 


Aku hanyalah secebis hiasan. Namun tertulis sebagai raja kerajaan. Terbitnya pelbagai perasaan, yang hadirnya dalam diri aku. Suka, sayang, sedih, kecewa, marah, geram semuanya mampu aku hasilkan. 

Bagi si hawa, aku umumnya bersifat fragile. Mudah tersentuh dengan sesuatu yang aku rasakan tidak adil pada diri, keluarga dan orang yang aku sayangi. Aku bersifat fragile bila mana halwa telinga ditancap dengan manisnya gula-gula kata oleh kaum adam. Jadi, kalian si adam harus berpada andai menuturkan bait bicara kalian itu. 

Bagi si adam, aku punya ego. Ya, ego yang maha besar. Namun aku punya alasan untuk berego tinggi. Bukankah kalian sudah acap kali mendengar ego itu sifat azali lelaki ? Ego yang perlu bertempat. Namun, semestinya tidak semua ego itu buruk. Ego untuk mendidik sudah pasti molek didengar.

Namun demikian, aku bersifat umumnya sama. Aku mudah dipalit noda hitam andai tersasar dari jalanNya. Jalan yang tidak bersimpang siur. Jalan lurus. Mudah sekali noda hitam itu merebak pantas umpama kilat memancar seandainya aku tidak dibersihkan daripada noda-noda itu. Oh, tentu sekali kalian pernah mendengar peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitu juga sifatnya aku. Setitis noda terpalit, seluruhnya akan merebak dengan pantas. Terkesan sebegitu sekali dengan noda hitam itu. Begitu sukarnya kalian untuk menjaga aku. Andai kalian tahu cara untuk membahagiakan aku pasti kalian akan merasa kebahagiaan sebenar. Kebahagiaan hakiki. Carilah melalui pembersihan diri aku ini. Pasti akan berhasil. 


Siapakah "aku" ?



Tentu korang dapat teka kan "aku" tu sape haha. Aku yang dimaksudkan itu adalah sekeping hati. Raja kerajaan anggota kalian. Hati kita mempunya dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Kedua-duanya haruslah pandai dibeza dan dijaga disebabkan peranannya amatlah berbeza. Hati akan menjadi baik andai diketuai oleh akal dan iman kerana pertimbangan dapat dibuat dengan sewajarnya. Namun berbeza sekali andainya nafsu mengambil tempat, menyebabkan hati turut berubah menjadi jahat (err asal jadi skema tetiba nih ayat aku). Jadi moralnya, pandailah menjaga hati kalian semua. Tu je nak cakap hehe. Ayat bukan main berbelit-belit =_=". Untuk peringatan diri sendiri jugak.


Banyak cara-cara nak bersihkan hati kita. Korang boleh baca sini, sini, sini dan banyaklah lagi. Tu antara link-link yang okay lah. Banyak lagi, search je ye hehe..











Ni salah satu doa yang paling saya suka. Bila sesuatu yang kita tak expect berlaku pada diri kita, rasa down sedeh kecewa, recite je doa nih banyak-banyak. For sure la kan recite sambil menghayati. InsyaAllah kita akan rasa, dengan sendiri hati kita akan redha untuk terima setiap benda atau musibah atau ujian atau dugaan (sama ajo jah weh) yang mendatang tuh.


<Sila klik pada setiap gambar untuk kejelasan maksimum. Eh ?>


Semoga kita semua mampu mendidik hati untuk tidak tunduk pada nafsu. =) InsyaAllah.. Tolong doakan saya ye =).. Salam Jumaat, dah recite surah Al-Kahfi ? =). Jya~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...