.: HadOi, apa ada pada sOlat SuBuh??:.

Saturday, October 16, 2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membaca buku yang agak menarik. Keajaiban Solat Subuh, tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani. Menarik sangat content dalamnya. Teratur dan mudah difahami. Saya tertarik untuk postkan 1 entry berkaitan solat subuh dalam blog ni. Kenapa solat subuh? Kenapa tak solat Isya'?Zuhur? Maghrib? Atau Asar? Kan penting jugak. Ya, saya tak menafikan kepentingan keempat-empat solat wajib tersebut, namun suka saya nak highlightkan solat subuh kerana semua sedia maklum yang ganjaran pahala solat tersebut mengatasi keindahan dunia sebenarnya. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw: 

" Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain dari solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." [Hadis riwayat Muslim].

Nampakkan kepentingan solat subuh kat situ. Solat subuh adalah sumber dari segala cahaya di hari kiamat nanti yang mana pada hari itu, semua sumber cahaya akan padam. Korang faham tak ayat nih? "Kemampuan fizikal manusia mempunyai potensi untuk bangun pagi, namun potensi kekuatan hati tidak mampu mendorongnya untuk bangun pagi dengan alasan yang begitu menyedihkan.. " Faham tak? Kalau tak, diharap anda habiskan pembacaan anda sampai ke hujung entry ini. ceh, ayat skema gila kui2, tak ley blah hihi..=p


Rasulullah saw, apabila meragui keimanan seseorang baginda akan mencari orang itu ketika solat subuh. Kiranya baginda mendapati orang tersebut takde, maka benarlah apa yang diragui baginda dalam hati.. 


Ada jugak di antara kita yang solat subuh gajah. Korang faham kan maksud solat subuh gajah. Solat subuh yang dah lewat la. Contoh, 7.30 am, tu memang dah lewat dah tu. Matahari dah naik tinggi dah. Sekarang ni pun kalau kata jam 6.45 am pun dah cerah dah. Macam ragu2 jugak nak solat time tu. Inikan pulak jam 7.30am! 


Solat subuh adalah solat yang paling sedikit jumlah bilangan rakaatnya, namun solat inilah yang selalu menjadi ukuran keikhlasan kita, berdasarkan waktunya yang teramat sempit dan lebih cenderung sukar untuk dilakukan. Saya sendiri tak faham, kebanyakan kita, khususnya macam student2 selalu terlepas solat subuh. Alasan tdo lewat. Tak set jam. Atau dah set, tapi tak dengar. Atau tak sedar. Atau terlajak tdo. Sama je kot alasan tu. Nak kata apa pun tak boleh, sebab saya sendiri pun bukannya sempurna sangat tapi dalam ketidaksempurnaan saya, saya masih tahu, solat subuh itu penting. Alhamdulillah, masih tidak subuh gajah. Alhamdulillah masih tidak tertinggal. Harap2 masih terjaga solat subuh saya sampai bila-bila InsyaAllah..


Dalam buku tersebut ada ditulis, sesiapa yang melaksanakan solat subuh setelah terbit matahari dengan sengaja, bererti dia telah meninggalkan kewajipan yang telah diberikan Allah dengan sengaja. Dasyat tu! Tak rasa dasyat ke? So, pada korang2 yang susah nak bangun pagi, solat subuh belilah jam loceng banyak2. Letak keliling katil. Biar terkejut terus bangun untuk solat hehe dah tak bangun sangat pk la cara sikit untuk buat korang bangun!


Okei lah, saya nak berkongsi dengan korang semua pasal contoh fenomena yang berlaku dalam kalangan orang-orang Amerika menurut pengalaman Dr. itu sendiri dalam buku tulisan beliau:

Fenomena 1:

Ketika beliau berkunjung ke Amerika. Pada saat beliau pulang dari masjid setelah mengerjakan solat subuh sekitar jam 6 am, beliau mendapati jalan2 utama dan jalan2 tol sangat sesak dengan kereta. Rupa-rupanya mereka bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja yang kebanyakannya jauh untuk sampai tepat pada waktunya.Mereka itu adalah orang Yahudi, Kristian, dan Atheis. Mereka semua bangun pagi untuk mengejar kemewahan dunia yang mana pada waktu sama dengan solat subuh. Tenaga mereka itu yang mamou mendorong mereka untuk bangun pagi. Namun, saya ada persoalan, kenapa ya, seorang mukmin tidak mampu untuk mengerahkan seluruh tenganya untuk bangun pagi sama seperti mereka?? kenapa?

Fenomena 2:

Pada 1 pagi beliau menghadiri 1 seminar kedoktoran di salah 1 kota di Amerika. Ynag menghairankan, seminar tersebut bermula jam 6 am!! Oleh sebab waktu solat subuh masuk agak lewat, beliau menunaikan dulu solat sebelum bergegas ke sana. Beliau membayangkan ruang seminar tersebut kosong yang mana hanya dihadiri sedikit orang. Sampai je kat sana terkejut beliau, ruang seminar yang disangkakan kosong sudah penuh!!! Pelik bukan.. Macam mana dorang boleh mengatur hidup dengan menghadiri pertemuan ilmiah yang bukannya kewajipan, tapi sekadar pilihan. Cuba fikir plak, situasi kita. Macam mana kita tak mampu nak bangun untuk menuanaikan kewajipan solat subuh yang sememangya difardukan buat kita? Tapi kita tak megerjakannya. Sangat sedih. 

Fenomena 3:


Fenomena 3, di mana beliau terkejut melihat ramai rakyat Amerika yang bangun sekitar jam 5.30 am semata-mata nak bawak anjing dorang menghirup udara segar dan berjalan-jalan lah. Cuba fikir, mereka sanggup untuk bangun pagi semata-mata kepentingan anjing dorang. Sedangkan kita, kaum muslimin dan muslimat, sebahagian besarnya enggan bangun pagi untuk Allah!!! Astargfirullahhala'zim.. Takke rasa teruk???.

Anda bayangkanlah, kerana cinta anjing mendorong pemiliknya bangun pagi namun cinta Allah masih lagi tidak mampu untuk mendorong kita untuk bangun kerana-Nya!!!




-Sebab itulah saya mengatakan di awal entry tadi bahawa kemampuan fizikal manusia mempunyai potensi untuk bangun pagi, namun potensi kekuatan hati tidak mampu untuk mendorongnya untuk bangun pagi dengan alasan yang begitu menyedihkan!-


Anda fahamkan maksudnya? Kekuatan hati di sini bermaksud keikhlasan hati kita dalam menunaikan kewajipan yang telah diamanahkan Allah pada kita semua. Sekiranya hati kita tak cukup kuat, dan tak cukup ikhlas untuk bangun pagi. Bermakna kita masih lagi tidak ikhlas untuk beribadat padanya. Wallhua'lam... 


Saya juga percaya korang pernah mendengar cerita pasal salah seorang penguasa Yahudi yang dengan lagaknya berkata dia tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat jumaat!!!

+++++++++++++++++++




(Hadoi sakit mata tak korang, baca kelip2 nih ? hehe)

Akhir sekali, saya tinggalkan anda semua dengan cerita pasal seorang lelaki yang berjalan untuk menuju ke masjid solat subuh, mendapat banyak ujian sepanjang perjalannya:

  

Seorang pemuda bangun pagi2 buta semata-mata utk solat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid dan ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu . Dia menanyakan identiti lelaki  tsb, dan  menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,  jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' 

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih  dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu  mengajak lagi hingga berkali2 dan,  lagi, jawapannya sama. Pemuda  bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. lelaki itu  menjawab  


 Aku adalah IBLIS (setan) !!!

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan,  'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu . Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. 

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu . Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai dimasjid dgn selamat....


Nampak kan kepentingan solat subuh di situ, lebih2 lagi sekiranya dikerjakan secara berjemaah di masjid. Sedangkan syaitan sendiri pun takot dengan nikmat ganjaran yang diberikan Allah swt.. Subhanallah.. 


Okei lah sampai sini dulu entry kali ni. Panjang dah kot. hehe. Saya mintak maaf kiranya entry nih menyentuh mana-mana perasaan anda, janganlah lepas ni tak singgah blog saya dah ya heee tapi sape makan cili dia la yang terasa pedasnyaa kan?kan? =P

Janganlah sewenang-wenangnya meninggalkan solat subuh dengan alasan yang amat menyedihkan! Tertido la, tak terbangun la, tak sedar la, tdo lewat la dan sewaktu dengannya lah. Sedarlah nikmat yang terkandung dalam solat tersebut amat besar.

Eh-eh..Tiba-tiba ter'upload' gambar Maher Zain plak..Hehe.. Hensemnya!
Pic credit tO: Sensasi selebriti


p dot s:

Sama-sama menginsafi diri, muhasabah diri kita sendiri


Selepas solat subuh, amalkan lah baca surah Al-Waqia'h.. Baik untuk murah rezeki dan lain-lain.


Amalkan baca selawat tafrijiyah atau selawat nariyah selepas solat subuh kurang2 11 kali. Banyak kelebihan jugak.


Allahumma salli salaatan kaamilatan Wa sallim salaaman taamman ‘alaa Sayyidina Muhammad-I Nilladhee tanhallu bihi’l ‘uqad wa tanfariju bihi’l kurab Wa tuqdhaa bihi’l hawaaij wa tunaalu bihi’r-raghaaib Wa husnu’l khawaatim wa yustasqa’l ghamaamu biwaj’hihi’l kareem Wa ‘alaa aalihi wa sahbihee fee kulli lamhatin wa-nafas Bi ‘adadi kulli ma’loomin-lak
Terima kasih kerana membaca entry ini... ^^

9 comments:

Miroe Khalil said...

nice story......suka citer ni...
oo minat jugak dgn lagu mahir zain......
ha ha

Miroe Khalil said...

nice story...suke dgn citer ni...
Sekadar perkongsian..kata seorang rabi YAhudi, "Umat Islam jangan bermimpi untuk mengalahkan kita selagi sembahyang Subuh di masjid tidak seramai seperti sembahyang Jumaat"...

Fizah Ibrahim said...

=) suka2 sgt3 dgn lagu2 dia hee, keciwa lah tak leh tgk konsert huhu..

Tma kasih perkongsian tu n tma kasih singgah baca.. =)

caliph shuriken said...

thanks for sharing ^^

THE GREEN said...

salam..

just blogwalking

Silalah ke blog BLADE EDGE

Fizah Ibrahim said...

caliph- sekadar nak berkongsi apa yang saya baca..hehe..welcome2.. =)

Blade edge- thx for BW, will visit urs tOo.. ^^

MAZHA said...

salam, sangat bagus n3 ni, ia mengingatkan sesama kita untuk tidak meringan-ringankan ibadah yg Allah telah tetapkan terutama bab solat...solat subuh ni memang berat utk dikerjakan terutama utk solat subuh berjemaah...semoga n3 ni dapat mendorong semula kita utk melakukannya sebaik mungkin..

Fizah Ibrahim said...

InsyaAllah..mudah-mudahan..=)
stuju ngan komen en. Abhamz, kalangan kt mmg lebey cenderung utk tinggalkan solat subuh. tma kasih kerana membaca ^^

dzulafiqzakaria said...

syukran, alhamdulillah terima kasih for sharing.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...