Assalamualaikum...
Jatuh hati lah dengar adek nih baca ayat suci Al-Quran, huu suara merdu semacam je. Meremang bulu roma bila dengar, tenang je, sedap je dengar.. Mohammed Taha Al-Junaid =')
Surah Al-Mulk
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
- diriwayatkan At tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. "surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur".
- "Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"
Sumber: Nak tau lagi banyak ? Click je sini, sini dan sini =') plus surf je kat len2 pun =) thanks for reading !
Jaa~...
0 comments:
Post a Comment