"Ko ingat ko tu BAIK sangat ke ?"

Sunday, July 29, 2012

Assalamualaikum...


Hye korang, apa khabar. Semoga semuanya sihat-sihat-sahaja, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Alhamdulillah, dah masok hari ke sepuluh ramadhan. Kejap je kan. Rasanya baruuuu je semalam kot kita berpuasa, eceh.. =_=" cepatnya masa berlalu. Sedarlah wahai diri.. Jom jom sama-sama ucap alhamdulillah sebab masih lagi mampu bernafas saat nih :')


Semalam dapat berita dari kampung akak cakap pasal salah sorang jiran saya telah menghadap Ilahi. Mintak tolong kawan-kawan semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat si arwah. Nak ingatkan kat sini, betapa kematian tu sangatlah dekat dengan kita, kan ? Si arwah tu sangatlah muda, dan bakal berkahwin lepas raya nih aleh aleh tak sempat huhu... Jadi, jangan terlalu gembira. Bayangkan, amalan kita masih tak cukup, dan paling malang bila tak sempat bertaubat atas dosa-dosa lampau, kematian pula datang menjemput.. Tak takut keeee ? Huhu. Peringatan buat diri sendiri jugak...


Pic's attributed to tumblr.



Ramai orang cakap. "Eh, ko senang2 je nasihat orang buat kebaikan, Ko tu memang buat ke ?. Ingat ko tu BAIK sangat ke ?". Okay, saya akui, kadang-kadang kita senang je nak nasihat orang sedangkan diri sendiri masih terkial-kial nak betulkan diri. Jangan salah faham, sebab blog ini hanya sekadar peringatan buat diri sendiri. Dan kalau boleh jadi peringatan buat orang lain tu, memang satu bonus lah tu :'). At least bila saya menulis errr menaip, dan bila saya cakap pasal sesuatu tu, saya akan bared in mind, "Okay, aku dah cakap pasal ni, so kenalah buat". Macam hipokrit la kan kalo cakap tapi tak buat. Seriously, akan rasa sangat sangat sangat teruk =_="..


By the way, korang pernah dengar tak kata-kata Imam Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan."... Sangat lah benar. Memang saya ni tak sempurna la kan nak bagi nasihat tu semua sebab kadang-kadang pernah jugak tersasar tapi at least cubalah sedar diri balek. Bahasa sedapnya, muhasabah diri lah hehe.. Cuba cuba dan terus mencuba, lama lama jadi mudahla, insyaAllah... :)


"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

 Lagi satu, jangan semata-mata lihat pada siapa yang berkata, tapi lihat dan amek pengajaran daripada apa yang diperkatakan, okay derr ? :)


"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." (Saidina Ali r.a)

Seriously, saya tahu lah saya bukannya baik sangat pun nak bagi nasihat pada orang lain huhu (eh, teremo pulak) tapi at least cubalah untuk jadi dan perbaiki diri ke arah kebaikan dari hari ke hari.. Banyak banyak doa, cepat cepat lah mintak Allah sedarkan kita bila buat salah, even salah sezarah cuma mintak Dia sedarkan kita agar terus berada di jalanNya yang lurus. Jangan biar kerajaan diri (hati) tu jadi hitam legam sudaaa, nanti wassalam la kan.. =_="


Pernah ditanya seorang member, "Jah, macam mana boleh istiqamah ye ?". Err, terkedu kejap dengan soalan dia tu. Seriously kawan, saya pon masih berusaha untuk cuba terus istiqamah kan diri sendiri. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang fail =_=". Hahaha, tapi normal la kan, manusia macam aku nih memang selalu terlupa. Sebab tu kena banyak berdoa mintak Dia sedarkan kita, okay ? Istiqamah lah, biar amalan tu seciput, tapi noted yang amalan tu amatlah disukai Allah bila kita buat benda tu sokmo sokmo (berterusan). Tak tinggal...


Rasulullah saw bersabda :
"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


+++++++++++++++++


Haa, hari tuh terbuka En. Nuffie, lama tak bukak, eceh.. Dan alhamdulillah la kan, blog picisan nih ada jugak orang masuk sebab hits keywords. Hits pulak pasal berkaitan hal-hal agama. Okaylah, saya tahu sikit je berkaitan tu kat blog nih tapi at least ada jugak kan hehe, jadi bersyukurlah. Sekurang-kurangnya saya bila mati nanti adalah jugak sahamnya, ye doppp ? Jadi sahabat-sahabat blogger sekalian, cubalah menulis sesuatu yang bermanfaat buat kalian nanti. At least penulisan berunsur peringatan buat diri dan orang lain. Ni tak, 24/7 tulis pasal menternak lemak, jalan-jalan la, so and so... Huhu sory la kalo terasa tapi cubalah eh gunakan medium blog sebagai medium yang berguna, nevertheless, its for your own good too ! :)


Haa, terlebey melencong la pulak. Back to the root nuffnang. Tengok komuniti sekarang, ramai kot rasanya yang mahu berubah. Rasa sedih pun ada jugak la kan sebab actually benda tu basic je, pasal yang wajib kita buat hari-hari. Macam mana saya tahu ? Err, for sure la melalui hits keywords yang wujud tuh hehe. 


Err, ada jugak hits "sakurahearty" eyh ? Sape lah yang cari tuh kan ? Ni rasa terharu nih :')... Meh nak belanja berbuka puasa meh pada sape yang terlibat hehe :p...

"Boleh tak solat subuh 7.30?" Huhuu...




See, sebenarnya masyarakat kita banyak je yang cari pasal agama. Bagoslah tu kan even basic je pon at least ada la jugak usahanya tuh. Tapi saya hairan jugak, kenapa ye banyak sangat pasal solat subuh hitsnya ? Mungkin la kot dapat disimpulkan, sebab solat subuh ni banyak sikit dugaannya, terutama kalangan student macam saya nih. Wallahua'lam la kan huhu...Haa, lagi satu nak share something. Antara solat sunat yang sangat sangat sangattlah dituntut adalah solat sunat subuh. Rasulullah saw sendiri sangatlah menjaga solat sunat subuh tu even terlewat untuk mengerjakan solat subuh. Riwayat Imam Muslim daripada Aisyah r.a yang Baginda sendiri bersabda, " Solat dua rakaat (sebelum) solat subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya.". Rasulullah saw juga bersabda bahawa "Dua rakaat ini lebih baik daripada segala isi dunia.". Nampak kat situ kepentingannya kan ? Jadi, takke rugi kalo kita tahu tapi kita tak buat ? Oh, loser nya rasa diri ini =_=" (Peringatan buat diri juga)


Err, bila baca balek entry lama-lama, zaman muda rasa macam "Eh, aku ke tulis nih ? ", haha ada jugak penulisan yang sangatlah tidak matang =_=". Biasalah zaman budak budak. Ibarat budak kecik baru mendapat gula-gula lolipop, eh !... +_+... Jadi, rakan-rakan blogger, jomlah tulis sesuatu yang memberi manfaat buat semua. Gunakan sebaik-baiknya apa yang kita ada :)... Yang bakal memberi manfaat dan saham buat kita bila kita mati nanti.. Dan tak perlulah nak menunggu sehingga menjadi seorang yang sempurna untuk memberi peringatan sebab kita semua takkan mampu untuk jadi sempurna melainkan kekasihNya. Okaylah, rasanya terlebih panjang pulak entry ini haha. Alang-alang lama kot tak menaip, eceh.


Tolong doakan urusan saya dipermudahkan ye. Huhuu.. Dan tolong doakan final saya 7/8 nih jugak berjalan lancar. Jadi, tolong lah doakan hehe... Semoga korang korang juga begitu dong ! Terima kasih daun keladi, kalo boleh singgah la lagi :'). Semoga amalan kita dipertingkatkan di bulan mulia nih. Jya nee~ Tataaa :))

10 comments:

Anonymous said...

pakcik yang search sakurahearty tu...silalah belanja pakcik. pakcik rela dan sudi dibelanja tau...hehehe

Fizah Ibrahim said...

@blakepaghe
Hahaha, amboi pakcik, cepat beno komen. ye dop pokcik hok search ? macey dop caye je, bukti2 ? haha :D

Anonymous said...

...=)

sangat bagus apa yg diperkatakan..
mmg benar.. lihat apa yg diperkatakan dan bukan melihat siapa yg berkata...

manusia adalah makhluk yang paling sempurna ciptaannya tetapi penuh dengan kelemahan.. maka sesungguhnya kita perlu sedar akan kelemahan setiap antara kita.. manusia memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi menyempurnakan setiap kelemahan itu.. maka jangan hanya melihat akan kekurangan org lain sebaliknya sempurnakan kekurangan itu...kerana mereka yang lemah itu juga lah yang akan menyempurnakan kekurangan dan kelemahan kita seterusnya menjadikan kita seorang yg hebat...

seseorang itu dikatakan kaya hanya kerana wujudnya golongan yang dikatakan miskin...

seseorang itu dikatakan pandai hanya kerana hadir seorang yang dikatakan tidak pandai..

miskin dan tidak pandai itu kan satu kekurangan dan kelemahan..??

maka yg lemah dan kekurangan itu lah yg akan menaikan darjat mereka yg lain..

sebab itu la kita harus menghormati mereka yg berada di pihak yg lemah dan kekurangan itu..

maka berlapang dada lah menerima nasihat atau teguran dari mereka yang pada pandangan kita mereka itu serba kekurangan dan kelemahan..kerana mereka itu lah yg akan mnjdkan kt sempurna..

namun bukan terhenti disitu sahaja.. sebaliknya yg kaya wajib pula membantu yg miskin dan yg pandai wajib pula mngajar yg tak pandai..

kesimpulan terimalah nasihat dan teguran dari yang mereka yang lemah itu dan bantulah pula memperbaiki kelemahan mereka.. mudah2an kita menjadi manusia yang saling melengkapi..

goodluck untuk final exam itu.. mudah2an dikurniakan kejayaan sebagaimana yang diimpikan...

**SP**

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
Betol sp, begitulah manusia memang sepatutnya saling melengkapi tapi kadang2 sebaliknya menjauhi pulak, err.

Semoga setiap kelemahan dan kelebihan mampu memberi manfaat buat semua. terima kasih atas komen, nasihat dan doa itu. semoga urusan anda juga dipermudahNya =)

caliph shuriken said...

sakura hime aka sakurahearty *mmg patut keyword tu msuk sini, hikk..

u r so special.. gambatte ne utk final exam.. smoga trus sukses ^^

Anonymous said...

usah sangsi kato2 pakcik..percayolah..pakcik yang google search tu..nggak ado hok lain doh...hehehehe...:D

Fizah Ibrahim said...

Caliph : err apa yg speselnya hehe. domo arigatou nee~ ='), tqvm atas wish tu.


Balkepaghe : Ye dopp? ho la, sy blanjo pokcik lunch esok deh =_="

Anonymous said...

aduuhhhhh..sampai hati..huhuhuhuh...hahahaha

Hanis MY said...

semoga kita pergi dalam keadaan yang terbaik insyaAllah... good luck my dear! mesti buleh buak la...

Fizah Ibrahim said...

@Hanis MY
Amin, mudah2an masin mulut kak nis tuh hehe

timo kasih banyok2 =')

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...