Salam aidilfitri.

Monday, August 20, 2012

Assalamualaikum...


Ogenki desuka minna ? Harap2 kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya sokmo. Alhamdulillah, dah lepas ramadhan (rasa sedeh tak ? huu) dan let's give a warm welcome to Syawal yang mulia ini. So, first and foremost would love to wish u guys happy eid mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum... 


Malam ni terasa kerajinan melanda diri pulak, maka terhasillah entry yang mana sewaktu jari jemari ini ke sana sini menari-nari di atas keyboard lappy masih lagi fikiran ini ligat berputar-putar mencari tajuk yang paling sesuai untuk dimaktubkan di atas kepala entry ini nanti (eh, melalut la pulakkan =_="). So, how's your raya ? Mesti best kan.. Kalo tak best pon, bersyukurlah eh, sebab tak semua yang bernasib baik macam kita, dapat balek beraya atas jalan raya tengok bunga raya, dapat sambut raya, dapat dengar takbir raya pagi pagi raya, dapat bermaafan di pagi raya, dapat solat raya, rasa kueh raya and so on. Sesungguhnya, kita semua memang bertuah. Jadi, jomlah alhamdulillah atas tiap nikmat kurnianya..=)


Hurm, kadang-kadang rasa jugak diri nih teruk, loser je kan sebab selalu ingatkan manusia lain pasal sesuatu tu tapi kadang kadang diri sendiri pun ada jugak terlupa. Rasa malu pulak =_="... Tapi takpe la kan, dah namanya manusia mudah terlupa la (eceh, ayat nak sedapkan ati konon) sebab saya beri peringatan tu adalah untuk diri sendiri terutamanya. Orang cakap, tak guna cakap tapi tak buat. Betol, i do admit. Tepat sangat. It's just like macam tak tahu malu la kan, nak nasihat orang but then diri sendiri yang tak buat. What a shame...Masih cuba perbaiki.. Semoga tetap istiqamah la kan. Perbuatan sama seperti apa yang diucapkan...


Korang pernah tak share status through all those social web berkaitan saudara Islam kita di Syria, Rohingya and etc. Mesti pernah kan. At least mesti pernah baca kan berkenaan penderitaan dorang semua. Seriously, apa yang korang rasa ?. For sure, sedeh, marah, geram, simpati, all those kind of feeling, kan ? But the q is, pernah tak korang titipkan doa untuk dorang dalam setiap solat dan doa korang ? Kita memang takkan mampu nak ubah nasib dorang tapi kita mampu usaha dengan cara kita sendiri, iaitu melalui doa. Jangan lupa, doa kan senjata orang orang mukmin =). (Peringatan buat diri juga).


Pada yang raya kali nih keseorangan, jangan bersedih. The truth is, korang sebenarnya tak pernah keseorangan. Dia sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Tau tu ayat cliche yang mungkin pada korang "Eleh, macam dah takde ayat len nak cakap", tapi tu la memang sebetulnya begitu. At least cuba bersyukur sebab kita masih mampu sambut raya, rasa suasana raya tu lagi compared to saudara kita kat Syria tuh. Jauh panggang dari api la kan dorang nak rasa macam kita huhu. Kalau dengan tu pon kita masih belum ucapkan kata syukur, tak tahu la nak kata apa lagi kan... Jadi, jom bersyukur. Jangan sampai kita nih tergolong dalam ayat "maka, nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?" sudah la kan..


Okay lah, abes la takat tu part raya hehe.. Hurm, korang pernah tak konfius dalam sesuatu perkara ? Camna korang buat eh, i mean the decision itself ! Selain daripada mintak petunjuk dariNya la kan, istikharah sume tu.. Err, seriously i got a big problem on deciding either pursuing my study or just go on applying for the job. Arrr, konfius weh huhu. Tolong bagi idea sikit hehe.. Semoga urusan sentiasa dipermudahkanNya. Tolong doakan la ye. Semoga korang pon begitu ! =)


Last but not least, saya tinggalkan korang dengan satu pantun yang direka secara spontan ala ala karam sigh walia. Eceh =_="

Gema takbir di pagi raya,
Tanda kemenangan datang menjelma,
Seisi alam turut merainya,
Bersyukurlah pada limpah kurniaNya.

Malam raya main bunga api,
Kekadang mercun pun boleh jadi terapi,
Alahai, semangat memang berapi-api,
Kalah pulak kereta api. 


Eh, okaylah, dah start mengarut dah. Adoi, memang fail bab reka2 pantun nih hehe.. Maafkan patik la ye. Anyway, nak mintak maaf jugak dekat korang if ada terasa dengan blog Sakura No Hana nih. Kot2 la kan ada entry yang membuatkan korang memendam rasa, perasaan, kecik hati semua tuh, sampai nanges nanges semua (eh, ada ke?), saya mintak maaf banyak banyak. Seriously, tak bermaksud nak menyakiti. Jadi, tolong maafkan yang nyata mahupun sembuyi, besar mahupun kecik itu ye... Ingat, kita ni hanya manusia, prone to mistakes.. kan? hehe. Jadi, maafkanlah eh =)...


Salam aidilfitri semua. Semoga amalan yang kita buat time ramadhan aritu mampu untuk di istiqamah kan pada bulan-bulan  yang akan mendatang ini.. InsyaAllah =). Semoga Allah redha segala-galanya..


Tolong doakan saya ye. Jya~ =)


6 comments:

Anonymous said...

..SELAMAT HARI RAYA..

terlebih dahulu saya memohon maaf segala kesalahan dan kesilapan yang terdahulu dan juga yang akan datang...

izinkan saya respond sesuatu yang sgt kontra dgn pandang awak iaitu..''orang cakap, tak guna cakap tapi tak buat. i do admit. tepat sgt. it's just like macam tak tahu malu la kan, nak nasihat orang but then diri sendiri yang tak buat...."" - pandangan saya, lihatlan pd apa yg diperkatakan dan bukan lihat pada siapa yang mengatakan nya.. terimalah segala kebaikan dan kebenaran walau ianya datang dari seorang yang paling hina dikalangan kamu... begitu juga dgn diri kita xsalah malah wajib untuk kita berkata sesuatu yang benar, menasihatkan sesuatu kebaikan walaupun kita tidak melakukannya atau mengamalnya.. contohnya jika kita seorang perokok tegar wajib kita menasihati org lain jgn merokok kerana keburukan..satu kewajiban menyelamatkan org lain dari kebinasaan walau kita sudah berada dalam kebinasaan itu.. cth seperti ayah menasihat anak tak merokok.. sama juga kalu ayah xsembahyang tapi menyuruh anak2nya sembahyang kerana kewajipan solat itu.. begitu juga orang xmenutup aurat menyuruh orang lain menutup aurat kerana itu satu tuntutan.. kebaikan dan kebenaran tetap kebaikan dan kebenaran dan wajib disebarkan walau dari sesiapa pun.. malah semoga apa yang kita perkatakan itu mudah2an akan kembali kepada kita yang tidak mengamalkan dan melakukan nya agar jadi satu kekuatan untuk kita berubah dan kembali melakukan dan mengamal apa yg kita katakan itu... ""jika semua manusia inginkan diri mereka sempurna terlebih dahulu sebelum menyampaikan kebenaran dan kebaikan..maka tidak akan ada seorang pun yang akan menjadi penyampai/pendakwah kepada kebaikan dan kebenaran..sebaliknya makin tersebarlah kerosakan dan kemusnahan dimuka bumi ini..""

sekadar pendapat saya , maaf jika tersalah =) ...


ok.. antara belajar dan kerja..?... menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat... so bagi saya belajar adalah sesuatu yg berterusan.. so xperlu dipeningkan kepala kerana ianya ada setiap masa dan tiada tempoh masa.. sedangan pekerjaan adalah satu keperluan dan tuntutan yang terikat dgn masa.. rata2 julat umur dalah 18-35 tahun untuk memohon kerja..tempoh kerja hanya setakat umur 60 tahun.. so saya cadangkan SEKIRANYA SUDAH DATANG PELUANG PEKERJAAN, SUDAH ADA TAWARAN, SEELOKNYA DAPATKANNYA DULU DAN TERIMA PEKERJAAN ITU... sebab dalam tempoh berkerja itu kita masih boleh meneruskan pembelajaran.. atau sbg tempoh masa untuk kumpul dana sambung belajar kelak.. TETAPI JIKA TIADA or BELUM DATANG PELUANG KERJA ITU.. boleh la untuk decide sambung belajar...

jika pantun di atas untuk dijual, ini bayaran beliannya.. =)

MERAI KEMENANGAN DIPAGI SYAWAL,
JERIH BERKORBAN DIRAMADHAN YANG LEPAS,
WALAU KITA TIDAK PERNAH KENAL,
NAMUN UKHWAH TIDAK PERNAH TERBATAS.

PERJUANGAN HIDUP TIDAK MENGIRA ALAF,
KERANA ITU SUNNAH SEMESTA,
SETIAP BICARA PASTI ADANYA KHILAF,
DIRAYA INI MAAF DIPINTA......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

**SP**




Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
Selamat hari raya sp. =)

Sangat benar apa yg anda katakan tu, dan saya akui, "jangan lihat siapa yang berkata sebaliknya lihat dan amek pengajaran daripada apa yang diperkatakan" sebab saya sendiri yang pernah katakan begitu pada entry lepas hehe. sebenarnya pernyataan entry kat atas tu berkenaan, "tak guna cakap tapi tak buat" adalah untuk diri saya sendiri. saya rasa diri ni teruk kalo pandai cakap je tanpa buat, dan kalo lihat mentaliti manusia sekarang pon memang sebegitu "eleh, pandai cakap tapi tak buat" huhu.. mentaliti manusia yang kebanyakannya susah nak ikot sekiranya orang yang nasihat tu pon tunggang langgang idupnya.. betul, manusia tak sempurna dan kalo nak tunggu sempurna baru nak sampaikan peringatan mmg takkan ada la kan. sebab tu sebenarnya, sekarang blog nih senang saya jadikan sebagai peringatan buat diri sendiri saja. bila baca balek, at least boleh jgkla kan ingatkan diri yang selalu lagha nih.. semoga terjauh dari riak la kan.. maaf andai ada kesilapan dlm entry kali nih, sbb tuh hanyalah apa yang saya rasa bila saya cakap je tanpa buat hehe, malu denganNya dan diri sendiri pulak hee..

terima kasih sp atas pendapat tu..sangat sangat sangat hargai. =')

haha, hebat doh pantun tuh. takley nak balas jual balek la haha. takde idea.. err sape lah sp nih, entah kenal ke dop. konfius2.. =_="

selamat hari raya, mintak maaf sekiranya ada salah silap...terima kasih atas komen itu ! =)

caliph shuriken said...

siyes awk lebih mahir wt tesis drp wt pantun, hukk.. klau awk dh rasa nk keje, proceed jaa.. sbb sambung blajar tu dlm tempoh kerja nanti still bole apply.. so, x perlu risau sgt..

awk, selamat hari raya & maaf zahir batin ^^

Anonymous said...

salam jah.
sambung belajar ke peringkat lebih tinggi tu mmg bagus, terbaik sampai phd. cume di mata ini, selalu terpandang wanita yan gmempunyai phd akan tetapi tidak mempunyai suami. ade satu pepatah tapi tak sure, ingat2 lupe. wanita sebelum kahwin ditanggung oleh bapanya, selepas kahwin ditanggung suaminya. so nampakkan yang wanita ini perlu pendamping dari kecil hinggalah ke besar.

so, pada pendapat saya, kalu jah dapat dowh tawaran kerjo, gi loh kijer dulu. kumpul duit, cari suami dirikan rumah tangga. kadang2 sayang tengok wanita berpendidikan tinggi tapi tidak mempunyai pendamping. mmg berbeza. hahahaha. (bakpolah aku kecek pasa kahwin nim).

tapi itula hakikat, jah pon blwh tgk sendiri dan nilai sendiri.

selamat hari rayo jah. semoga jah berjaya menempuh hari yang akan datang. amin...

buah keranji dalam perahu,
masak sebiji di atas peti,
dosa dan salah kita tidak tahu,
semoga kita saling memaafi.

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Haha, mmg fail bab pantun =_="

Tenkiu caliph =)

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
Wslm, ni anon mana ye?adoila huhu..

Tmo kasih banyak2 la deh atas pendapat tuh. btol jgk dop. konfius sebab mmg suruh kije dulu tapi hati nak sambung lg eceh.. tapi bila pk smula betolla jgk tuh, better kijo dulu (eceh, macam la konfem da dapat keje plok).. nway tqvm sgt3..

Smoga anda jgk berjaya untuk masa depan dan sentiasa dipermudahkan urusan..

Buah pisang atas perahu,
Masak sebiji di atas peti,
Kira khilaf ini anda tahu,
Mohon jangan disimpan dalam hati.

(eh, memang faillah pantunnya =_=")

Terima kasih. salam aidilfitri, maaf zahir batin..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...