Showing posts with label amalan sunnah rasulullah. Show all posts
Showing posts with label amalan sunnah rasulullah. Show all posts

:: 9 Surah Mujarab Amalan Rasulullah ; Kalau sudi, bacalah ye hikk ^^

Wednesday, April 13, 2011

Assalamualaikum...


Hye semua, apa khabar? Rindu saya tak ? Eh, silap. Rindu entry saya tak ? Ahaha. "Perasanyaaaa la kan ! Muntah" Kata korang pada saya. Eh, konon2 la kan bajet, blog neh ramai yang baca. Padahal visitors sehari tak lebey daripada 2O orang pon sobs sobs.. *Sdey jap*. Aku bukannya Cik Epal ke, Kereta Mayat ke, sape2 je la yang femes. Eh tetiba emo pesal je kan. Sabooo je le haaa. Kita bako je kita bako je, hikk [Pengaroh cerita pada kanak2]. 
 
 
 
Okei la, tanak la mengarot entah apa2 kan. Jadi, jom la hari ni kita membuat entry kebaikan sedikit. Entry keilmuan sikit hehe.Iaitu, nak berkongsi tentang 9 surah mujarab yang menjadi amalan junjungan kita, Rasulullah SAW.. =D Jom semak eheeee.. ! Haaa, sblom tu, semua dah sedia maklumkan yang better hari2 kita recite ayat suci Al-Quran, even sepotong ayat dari Al-Quran je pon cukuplah. Pernah dengar kan yang bila kita baca satu huruf je pon dari al-quran, kita dah dapat 1O ganjaran pahala. Haa, bayangkan kalo baca satu surah full ? Banyak tuuuuuuuu ! Tapiiii still la susah kita nak buat, huuu ye la sebab pahala ni tak nampak macam duet. Kalo nampak macam duet, mesti konpem sure punya ramai yang berderet-deret p beli Quran sekarang dan baca hari hari. Tskkk =_="


Saya pun kadang2 ada jugak terlepas timenya baca, hehe tapi takpe, entry ni pun sekali la peringatan untuk saya.. So, we give and take okei. Okei, dah dah, tanak ulas panjang2 jom baca dan hayati :



1 : Surah Al-Fatihah
:: Amalkan membaca surah Al-Fatihah semasa hendak tdo, pastu baca la plak surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
:: Dan kalo nak cegah dari kemurkaan Allah, baca la surah ni sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu, okeh? ^^



2 : Surah Al-Khauthar
:: Sape yang baca surah ni 1OOO kali kan maka InsyaAllah Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
:: Sape yang baca 1OOO kali gak lepas solat isya' hingga la dia tetdo, InsyaAllah dia dapat melihat Rasulullah dalam tdonya [BEST !]



3 : Surah Al-Falaq
:: Siti Aiyah menerangkan " Bahawa Rasulullah saw pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-ikhlas, surah Al-falaq, dan surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan dan kemudian disapukan ke seluruh badan dan kepala.
:: Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, boleh la baca surah Al-Falaq ni, surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, lima hari atau tujuh hari berturut2....



4 : Surah Yaasin
:: Telah bersabda Rasulullah saw " Sesungguhnya, bagi setiap sesuatu itu ada hati dan hati Al-Quran adalah membaca surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran.
:: Sesiapa yang baca surah ni, nescaya ditulis oleh Allah pahala menyamai 1O kali membaca Al-Quran seluruhnya [Hadis Riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a]


5 : Surah Al-Waqiah
:: Menurut beberapa hadis Rasulullah, korang2 yang mengamalkan membaca surah Al-Waqiah pada tiap2 malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan.
:: KOrang yang membacanya sebagai wirid, InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
:: korang yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat asar, insyaAllah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
:: Surah ni boley jugak baca lepas solat subuh, sebab pernah dengar jugak sesetengah cakap lepas solat subuh kan adalah permulaaan pada hari kita, so baca surah ni sebenarnya sebagai permulaan bagi pembukaan rezeki yang akan kita dapat nanti, insyaAllah ^^


6 : Surah Al-Ikhlas
:: Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan " Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas ertinya bersih atau lepas".
:: Jadi, korang2 yang baca dan amalkan dengan hati yang ikhlas, insyaAllah akan dilepaskan daripada kesusahan duniawi, dipermudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.



7 : Surah Al-Khaafirun
:: Korang2 yang recite surah ni seperti baca 1/4 Al-quran and disamping tu jugak terlepas dari syirik, terjaoh daripada godaan syaitan, dan terlepas dari peristiwa mengejutkan [Riwayat At-tarmizi]
:: Then , before tdo kan, baca la surah ni so that kita mati dalam iman selain dapat bersihkan kekotoran hati kita yang tak dapat dibersihkan even dengan clorox sekalipun.



8 : Surah Ad-Dhuhan
:: Baca surah ni sekali pada malam Jumaat so that kita terselamat la daripada huru-hara di padang mahsyar nanti, insyaAllah..



9 : Surah Al-Mulk
:: Menurut beberapa hadis la kan, korang yang baca dan amalkan surah ni akan beroleh syafaat dan keampunan dosa-dosanya.
:: Manakala, korang2 yang recite surah ni tiap2 malam, insyaAllah terselamat la daripada azab kubur.



Selingan gambar yang tidak ada kena mengena sama sekali dengan entry ini adalah disebabkan perut saya yang bergendang gendut minta diisikan tanda ianya kelaparan. Al-maklumlah, dah tengah ari ni haaa, lunch time, hikkk. Dapnyaaaaa ! Nyum3.. =D


p dot s:
:: So, itulah dulu untuk setakat nih. Hehe, sebenonya saje je haaa eden gian nak blogging, lame haa idak mengepost entry baru hehe. Masalahnya lama ke ? Lantak la, bagi aku lama la tu hehe. Thanks for reading + tolong betolkan saya kiranya ada kesilapan. Saya hanyalah manusia yang tak lepas dari melakukan setitik kesilapan tanpa sedar mahupun tidak, nyata mahupun tidak nyata. Ceeeewah, hikk..

Rindu kampung, ma, abah, family, simbabe dan lucia, kanak2 riang semua ! Bila nak balek ? ='( Hukk

:: Cinta Padamu ; antara lafaz dan amal ! [Perhatian, entry ini adalah panjang berjela-jela, jadi diharapkan anda meluangkan sedikit masa anda yang berharga itu untuk membaca entry ini. Berfaedah atau tidak, itu anda yang tentukan, tapi bagi saya berfaedah ehee]

Friday, February 25, 2011

Assalamualaikum . . . 
 

Ogenki desuka minna-san ? Haha, mesti korang tergelak kan baca entry aku nih. "Alaaa, MaulidurRasul dah lepas laa, yang kau ketinggalan sangat baru nak buat entry pasal tu haa kenapa ?" [Contohla korang cakap macam ni, saya tak kata, cuma taip je ahaa]. Sebenarnya, tulisan pasal benda ni tak boley dianggap ketinggalan zaman sebab Rasulullah perlu lah selalu ada dalam ingatan kita. Tak luput dek zaman. Okei la, sebenarnya saya sengaja taknak tulis time MaulidurRasul. Sebab apa ? Sebab taknak ah sebab apa lagi ehee, ramai sangat tulis, so maybe la korang nampak biasa sangat entry macam tu so korang taknak a baca. Tapi sebenarnya korang taktau yang entry macam ni la sebenarnya baik untuk dibaca. Untuk lebih menambahkan kecintaan kita pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insyaAllah.. =']
 
 

Semalam ada la attend satu forum, pasal yang kat tajuk entry saya tu la tapi tajuk tu diubah sikit, almaklumlah, nak up traffic sikit, blogger2 kebanyakannya kalau cakap direct to the point teros taknak je baca entry yang macam ni [saya tak cakap semua tapi certain je la]. Cinta Rasulullah ; Antara Lafaz dan Amal tajuk sebenarnya . . Hurm, menarik tajuknya kan ? Kebanyakan kitakan bila ditanya je, "Sayang tak Rasulullah ?", "Cinta tak Rasulullah ?", cepat2 je kita jawab, "Sayang sayang !", "Cinta cinta !" [Bukan anda je la, saya pon termasok sekali]. Tapi kita sedar ke, kita sayang dan cinta Rasulullah tu dengan cara apa ? Macam mana ? Cinta dan sayang kita pada pemimpin kita tu seiring ke dengan perbuatan kita, perlakuan kita sama macam apa yang Rasulullah lakukan ? Ingatkah kita hari-hari pada Rasulullah ? Ikutkah kita pada sunnah Rasulullah saw ? Dan adik adik, apa yang sebenarnya boley kita lakukan, perkara paling mudah dilakukan dalam kehidupan kita untuk mengingati Rasulullah ? Selawat ! Pandai ! Selawatlah ke atas baginda perkara paling mudah untuk dibuat, tanda kita sayang dan cinta dan ingat pada baginda. Tapi cuba fikir, dalam sehari ada ke kita ucapkan selawat pada baginda ? Berapa kali ? Kalau pernah, tahniah. Rasa cinta dan sayang anda sememangnya bukan hanya sekadar di mulut sahaja. Tapi kalau yang belum biasakan diri, biasa2kanlah lidah untuk berselawat ke atas baginda, kalau boley sehingga terkesan dalam hati sanubari kita semua, insyaAllah boleh. Saya bukanlah ingin mengatakan yang saya ni baik ke apa tak, saya pun kadang sering jugak terlupa nak berselawat, ingat baginda tapi at least tak salah kan untuk kita saling sama ingat mengingati. InsyaAllah bila dah terbiasa, amalan tu akan jadi mudah dan jugak satu kebiasaan bagi kita nanti.



Rasulullah ada bersabda, bertuahlah orang yang sempat berjumpa denganku. [Ya, sungguh sangat sangat sangat bertuah orang yang sempat hidup bersama Rasulullah kan huhu]. Tapi relax dulu beb, seketika kemudian Rasulullah menyambung kembali, namun lebih bertuahlah orang yang hidup selepas ketiadaanku tapi mereka mengingati dan mengamalkan sunnahku ! Jadi, ye adik adik siapa sebenarnya yang Rasulullah maksudkan itu, golongan yang mana adik adik ? Pandai ! Sudah tentulah kita kita semua. Tapi, renung2kan adakah kita termasok dalam golongan yang Rasulullah sebutkan itu ? Maksud saya, adakah kita selalu mengingati baginda dan mengamalkan sunnahnya ? Well, the answer is yours ! Mudah mudahan kita semua termasok dalam golongan yang baginda maksudkan.. =_=



Masyarakat kita sekarang, kalau berkenaan sunnah Rasulullah yang paling nak ikot, kahwin 4 ! Haiii, sunnah tu boley lah nak ikotkan tapi sunnah2 yang lain masok telinga kiri, keluar telinga kanan je leee. Tu nasib baik la ada yang masok jugak, kalo langsung tak masok ? Nauzbillah lah huhu. Tak salah nak ikot sunnah baginda kahwin 4 tapi perbuatan Rasulullah bukan sekadar tuntutan nafsu semata-mata tapi berlandaskan perkara yang lebih penting, untuk membimbing. Cuba pikir diri kita plak. Kebanyakan kita sekarang ikot sunnah Rasulullah sebab nafsu ! Nafsu buaya darat la katakan [Maaf kalau dirasakan penggunaan bahasa kasar, sekadar mengatakan secara jujur apa yang dirasakan]. Tapi nak taknak itu adalah realiti dunia sekarang. Most of us, take it for granted !



Dan menghadiri forum tu menyebabkan saya rasa bertuah dan bersyukur sangat berada di Malaysia walaupun kadang2 ada krisinya jugak. Panel semalam mengatakan yang di Mesir yang baru baru ni bergolak, harga ayam sekilo RM25 ! Daging ? RM4O ! Tiga makanan je yang paling affordable, sayur, anggur, dan roti. Haii, bayangkan lah kalo tempat kita makan hari2 benda tu ? Mau taknya asyik berkeroncong lagu rock la perut kita, minta nak diisikan nasi ! Kan ? So, bersyukurlah kita. Dan juga bersyukurlah kita masih punya tempat tinggal untuk melelapkan mata kita setelah penat bekerja, belajar. Sebab masih baaaaaaaanyak lagi orang2 kat luar sana yang homeless. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ! Jadi adik adik yang comey2, bersyukurlah ye. [Ceyh, rasa macam cikgu tadika la plak]. 




Alhamdulillah, di sana jugak dapat satu ilmu baru [Bukan satu sebenarnya, banyak lagi ehee]. Korang tau tak apa 7 perkara yang Rasulullah amalkan time baginda hidup ? Tau tak tau tak ? Tak tau ? Haaa meh nak cite meh. Perkara 1 : Rasulullah time hidup tiap tiap hari baginda mulakan hidup baginda dengan solat sunat tahajjud. Cuba tengok diri kita plak, macam mana ? Hari2 buat tak ? Pernah buat tak ? Atau memang tak pernah buat langsung dalam seumor hidop ? Pk2. Perkara ke 2: Baginda solat subuh berjemaah. Haa cuba tengok diri kita, terutama kaum Adam kot eheee, jangan terasa ye [Tapi sape makan cili dialah yang rasa pedasnya !]. Kadang2 solat subuh pun entah ke mana, tdo terlajak, jadi jawapannya subuh terlajak jugaklah. Subuh gajah. Fenomena biasa kalangan student kot. Huhu nauzubillah. . .



Pastu perkara ke3 amalan nabi ialah, nabi amalkan baca Al-Quran. Sepatutnya yang nih dah memang jadi kebiasaan kita lah kan. Baca sebaris ayat pon dah okei dalam sehari. Tak perlu satu surah. Tapi kalau baca satu surah laaaaaaaaagi afdhal dan baik eheee. Pastu yang ke4 : Baginda selalu amalkan solat sunat Dhuha. Uhuhu yang ni saya mengaku, saya tak amalkan sangat. Hurmmm, dah tersasar sikit daripada amalan sunnah Rasulullah =(. Tapi adik2, yang penting adik2 tau kelebihan solat sunat Dhuha yang sanyak sangat sampaikan Rasulullah selalu amalkan solat sunat tersebut. Pastu yang ke5 : Baginda selalu jugak bersedekah even dengan sebiji tamar dan segelas air !. . .  Perkara ke6 : Baginda selalu berwudhu'. Kita ? eheee senyum kambing je la kan. Jadikan kebiasaan insyaAllah boley. Pastu last, perkara ke 7 yang diamalkan Rasulullah ialah nabi sentiasa berzikir dan beristighfar. Alangkah bagusnya kan kalau kita dapat beristighfar sampaikan rasa terkesan dan sebak dalam hati. . . Bagaimana ? Mestilah dengan menghayatinya. InsyaAllah boleh ! ^^


Jadi, tu je lah dulu kot. Ingatlah Rasulullah sentiasa. Sebab baginda time nak meninggalkan dunia ni pun ingat kita sebut "ummati" "ummati" "ummati" 3 kali menunjukkan betapa besarnya kerisauan dan kecintaan baginda pada umatnya pada masa kini ! ='(  Jadi takkan la kita nak jadi kacang lupakan kulit ya adik adik, melupakan Rasulullah yang begitu memikirkan tentang kita nih ? Takke rasa terok ? Harap2nya saya jugak mampu untuk sentiasa mengingati Rasulullah saw. Consistent ! Amin.



P dot s:
:: Fuhhhh, panjang gila aku tulis entry kali nih. Lama tak tulis panjang berjela jela gedabaq kilometer macam ni !

:: Pk lah diri kita nih, adakah rasa cinta kita pada Rasulullah hanya sekadar di mulut atau memang menjadi amalan kita ? Fikir fikirkan dan selamat beramal adik adik sayanag !
 
::Tolong betolkan saya kiranya ada kesilapan dalam entry ini. Saya hanya lah manusia lemah, sentiasa lakukan kesilapan. Masih banyak perlukan pembelajaran. Masih banyak perlukan bimbingan dan masih perlu dibimbing [sama je kot ayat]. Thanks for reading ! =']
 
 

Entry ini adalah untuk PERINGATAN bersama. Anda dan jugak diri saya sendiri. Sekiranya terasa, mohon maaf saya ucapkan =_="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...