Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

:: Sumbangan Ikhlas bagi masjid Kg. Bunut Sarang Burung.

Saturday, August 20, 2011

ASSALAMUALAIKUM..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMASANGAN AIR-CONDITIONER DI MASJID KAMPUNG BUNUT SARANG BURUNG, 16200 TUMPAT KELANTAN.


Kepada semua dermawan,

Masjid kami sangat memerlukan sumbangan zakat atau derma untuk Tabung Masjid bagi menyiapkan pemasangan air-conditioner masjid sebanyak 9 unit lagi. Sebarang sumbangan derma atau zakat boleh berhubung terus dengan AJK2 masjid yang bertanggung seperti nama-nama yang tertera di bawah.


Semoga Allah SWT merahmati pihak tuan dan puan atas sumbangan derma atau zakat yang diberikan. Sebarang keraguan dan pertanyaan boleh menghubungi amir-amir atau AJK masjid tersebut :

  1.  Hj. Fadzullah Bin Hj. Abdullah (Pengerusi / Imam Masjid)  -- 014-8233654
  2. Hj. Awang Had Bin Md. Nor (Timbalan Pengerusi / Imam Muda) -- 014-54301323
  3. Hj. Wan Izani Bin Wan Ismail (Setiausaha Masjid) -- 019-9098616
  4. Hj. Wan Ibrahim Bin Wan Ahmad (Bendahari Masjid) -- 013-9416454


**********************
Done ! Hehe, nih sebenarnya abah yang mintak tolong saya create 1 website untuk masjid kat kampung kitorang yang tengah nak upgrade. Tapi takpelah, website tu len kali create yang penting nak post pasal kat atas tu dulu la, nak tunggu website masjid kot2 lama nak boley ke siap jadi saya postkan kat blog saya dululah hehe. Ada jugak tanya abah aritu, ada ke orang nak percaya kalau post kat internet nih, sebab saya pon macam tak yakin. Ye la kan, sekarang banyak kes tipu, so probability orang nak percaya tu kurang la. Tapi abah cakap takpe la, cuba dulu asal niat betol. Tak salah kan ? =) Tapi kalau masih ragu2 boleh lah hubungi number yang dah saya state kan kat atas tu. Nama2 AJK masjid =)


Just nak bagitau tu je lah. Saper2 yang terbaca post nih, yang dermawan, murah hati sempena bulan mulia nih boleylah memberi sedikit sumbangan pada masjid tersebut ye. Sedikit sumbangan tu sebenarnya amat bernilai, dan insyaAllah dipandang tinggi Allah swt asalkan kita ikhlas =). 


 Nabi SAW bersabda bahawa di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah ialah golongan yang melakukan sedekah dengan senyap sehingga tidak diketahui kanannya dari sebelah kirinya. Maksud hadis seperti yang diriwayatkan imam Bukhari dan Muslim.


Dan manalah tau kot2 ada jugak Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri atau lain-lain yang tersesat baca blog saya nih, dan tergerak hati serta bermurah hati nak derma, sedikit sebanyak entry nih dah membantu peng'upgrade'an masjid tersebut, insyaAllah hehe. =)



Okei, tu je la dulu untuk setakat ini. InsyaAllah website masjid tersebut akan siap dalam sedikit masa lagi dan jemputlah singgah. Ceyt, blom siap dah jemput, ish2..


p dot s :
:: Eh, kejap je bulan Ramadhan. Rasa baru je berpuasa tengok2 dah sampai 10 malam terakhir. Cepat masa berlalu, tak sedar pon dia tinggalkan kita...

Thanks for reading ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...