:: Satu Perbualan yang MENGGERUNKAN dengan supervisorku ! =_="

Monday, March 28, 2011

Assalamualaikum !



Pagi yang hening dengan hujan yang rintik. Aku kemudiannya terpaksa jua meredahkan diri untuk ke fakulti agroteknologi & Sains Makanan bagi menyelesaikan hajat yang besar, iaitu menghantar draft thesis untuk semakan supervisorku. Sampai di bilik beliau :


Aku : Assalamualaikum Dr. Apa khabar [Kena la tanya khabar dulu, bajet baek]
 
Sv : Waalaikummussalam, baik je. Duduk la fizah. 
 
 
Aku menghampiri kerusi dan melabuhkan diri di atasnya. Memulakan perbualan.


Aku : Dr. Saya nak hantar saya punya draft. Tapi takde la lengkap lagi. Dr. boley tolong cek dulu ?


Sv. : Hurm, kenapa baru sekarang awak nak tunjuk kat saya ? Dah nak due date baru la nak buat dan tunjuk eyh?

Tu dia ayat Dr. Oh, sesungguhnya ayat tersebut benar benar benar menusuk ke hati sanubari aku. Rasa macam nak nanges je. Malu gila pon ada. Segan, takyah cakap la kan. Kepala otak aku ligat mencari jawapan bagi soalan maut yang dikemukakan oleh Sv aku.


Aku : Errr, hehe maafkan saya Dr. Banyak sangat kerja yang perlu saya settle kan dulu. Sebab tu saya punya nak hantar draft thesis ni pada Dr. tertangguh. Huhu. Saya bukan bermaksud nak buat macam ni Dr. 

Macam biasalah kan jawapan klise budak2 yang hantar lambat, alaaa tapi aku memang banyak kerja pon, nak buat macam mana. Tu je la jawapan yang boleh aku bagi, jujur tuh haaa


Sv. : Saya tak kira awak banyak kerja ke, free ke yang penting awak tau bagi masa. Ni tak, last minute baru nak hantar. Pastu sekarang nih awak dah susahkan saya. Nak kena cek sume tu last minute. Dah la saya banyak kerja sekarang !

Tu diaaa haa ayat yang memang membuatkan butiran jernih membasahi pipiku...Sobs sobs. Pedih sungguh perkataan tersebut untuk di adapt oleh halwa telingaku. Ibarat "PANG !!!!" lempangan dibuat ke pipi ku. Kiri dan kanan.


Aku : [mestila aku terkedu kejap kan. Amek feel dulu untuk memulakan ayat. Setelah lama berdiam diri,dalam suasana sunyi sepi yang mana hanya kedengaran bunyi air-cond je, aku mula bersuara]. Dr. saya mintak maaf sangat sangat sangat. Bukan maksud saya nak buat macam tu. Dr. masih sanggup ke terima saya punya thesis untuk semakan nih ? Tolong lah Dr.


 Aku cuba memujuk Dr.


Sv : Maafkan saya lah fizah, saya betol betol kecewa dengan awak. Saya ingat awak lain daripada yang lain. [Ceyh, ayat macam ayat pakwe makwe kan].


Sambung Dr. lagi....


Sv : Tapi...Saya memang tak boleh nak terima awak punya draft ni. 

Okei, takpe lagi yang tu aku boley terima la. Nak buat macam mana kan. Maybe silap aku la kan. Tapi kemudiannya Dr. menyambung lagi ayat beliau yang membuatkan aku rasa macam nak pitam. Macam halilintar je menyambar aku ni hah


Sv : Dan markah untuk attitude awak pon saya akan bagi KOSONG !!!!


Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali ? Gila weh sampaikan O Dr. nak bagi kat aku??? CE baynagkan kalo korang kat tempat aku macam mana ??? Huhu teruk sangat ke attitude aku ???? Tanpa berselindung, aku menangis teresak-esak ibarat budak kecik di hadapan Sv aku tu. Menekupkan muka ku ke meja beliau tersebut.  Lantak lah kan beliau nak cakap apa yang penting hati dan perasaan aku memang dah hancur berkecai!!! 5 JAM KREDIT WOH FYP nih ! Masa depan aku rasakan hancur ! =_=



Tengah syok melayan perasaan aku tu, TIBA-TIBA bunyi deringan lagu "Perfect 2-Auburn" ke telinga ku !




Dan RUPA-RUPANYA :













































































































Semua yang aku alami tadi adalah MIMPI NGERI. ! !


Eh, ada kaitan ke gambar nih ? -Pic by courtesy of Incik Google !


Dan deringan ringtone tersebut adalah alarm yang telah aku set kan. Fuh ! Gila dasyat punya mimpi. Serius, macam real gila. Aku bersyukur sangat sangat sangat disebabkan itu hanyalah mimpi. Dan terus aku bangun, mewudhu'kan diri, muhasabah diri. Maybe ni petunjuk kot hehehe. Dan terus aku melekatkan diri aku ke laptop untuk pembetulan segala format thesis aku. Sesungguhnya aku sangat sangat sangat bersyukur dan happy hehehe. Alhamdulillah la itu hanya  mimpi.



Tapi kalo dalam dunia REAL pun aku tak percaya la perkara tu ley berlaku sebab Sv aku, DR. NAJIAH MUSA memang baik gila. Takdenya nak marah orang macam tu. Dan tak pernah aku tengok lecturer sebaik Dr. tu...Hehe, thank God she's my Sv. ! ^^



So, kawan kawan. Moral of the entry and the dream ! Do manage your time wisely. And do not ever stuck with last minute words-thingy. It's no good. Tapi still kita masih je buat kan. Saya cakap sebab saya pun buat. Huhu, susah nak berubah sebenarnya tapi kalo ada kesungguhan plus niat yang betol insyaAllah akan dapat. InsyaAllah boleh. ^^



Thanks for reading !

:: My new OBSESSION ! And he is . . . .^^

Saturday, March 26, 2011

Assalamualaikum...



I got my new obsession !
Guess whom ??
HE is . . . . . . . .


Jeng jeng jeng . . . . !!!!





























































Tadaaaaaaa !!!!

Japanese At A Glance.. -Kinokuniya..



Well, RM3O ++ flew away from my purse but no worry as i thought it's worth it to grab this book ! ... Hikhik...




Need to take this opportunity to give a BIG congratulation on my "teacher's" wedding today with his sweetheart. Congrats to Encik Zarol and Kak Aida. Congrats to both of you ! May both of u live happily ever after, insyaAllah. Semoga berpanjangan hendaknya, bahagia ke anak, cucu, cicit dan ciak. Ehehe. Lepas ciak apa ye ? Well, macam la En zarol baca kan blog nih dalam busy2. It's okei, at least ucap jugak kat blog picisan nih ehehe.. 



That's all...
Hontoni arigatou for reading this entry ! 
^^

:: Cerita sebuah pengembaraan yang penuh dengan pancaroba dan dugaan ! [Tajok tak ley blah]

Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum..



Alhamdulillah. Hidup lagi saya hari nih, masih lagi sihat bernafas di muka bumi Allah ini ["Eh, kau ni kenapa jah tiba2 je jadi baik, insaf diri pelik semacam je mukaddimah entrynya ?" kata korang]. Mesti pelik kan start dari ayat 1st entry kali nih saya dah berkata sedemikian rupa [Ceyh, lama tak guna ayat skema macam nih] Hehe, ye la, sekali sekala perlula jugak gunakan ayat kesyukuran, ye la bukan dalam entry je tau tapi dalam kehidupan kita seharian. Harus kita panjatkan kesyukuran pada-Nya nak menunjukkan kita tak lupa dengan nikmat yang diberikan dan nak menjadikan kita manusia yang tau diuntung. Saya ulang, tau diuntung, bermaksud tak lupa diri. Hehe, peringatan untuk diri saya sendiri juga sebenarnya... ^^





Okei la, sebenarnya kan tetiba rasa syukur teramat bila pikirkan kejadian yang menimpa diri aku tadi. Tadi memang betol betol betol mencabar aku rasa [perhatikan ayat "betol" diguna 3 kali maksudnya sangat mencabarlah]. Kelakar, lawak gila pun ada. Nak marah pun ada, *grrrr*, tapi relax dulu. Itu tadi, sekarang tak hihi. Tadi aku, ezan and sorang lagi member kami pergilah ke Jabatan Alam Sekitar, ye la ye la baru nak pergi, memang lambat, nak buat macam mana, banyak kerja [Alasan yang biasa digunakan, heee]. 


Perjalanan nak ke sana, fuhhhh memang gila gila gila mencabar ah kan. 1st cabaran yang terpaksa aku dan ezan tempuh, time bawak motor.Tengah syok bawak2 moto then aku pun dengan eksennya la kan konon2 nak memintas lori yang berhenti kat bahu jalan tu kan, tengah syok nak memintas, dreber lori tu dengan baiknya memusing2kan tayar beliau dengan sewenang2nya, aku pun taktau sebenarnya tujuan beliau berbuat demikian. "Ah, ni mesti aku terkena jap g" berkata hatiku. Dan guess what, memang betol2 ah aku terkena. Terkena apa ? Terkena selut [betol ke eja?], tanah lembap disebabkan ujan pagi tadi. Apa lagi, abeslah baju, tudung, seluar dan sewaktu yang aku pakai tu telah bertukar warna dengan sekelip mata je. Tudung pink ke tudung coklat, baju itam putih ke coklat jugak, and sluar biru jugak ke coklat kalernya tuka.[Opss, okei2 saya paham, mustahilla kan semua tuka jadi coklat, aku hiperbola je tu.]. 


Sebenarnya, baju, tudung and seluar dah jadi tompok2 kaler coklat. Tu aku tak kisah sangatlah kan, yang aku kisah, boleh plak selut tu terpencik kat muka aku. Dah la terkena dekat dengan mulut den, nasib bek je time tu tak nganga mulut, kalo tak konpem2 la aku dah breakfast selut tadi, eeeeii.Kalo tanah liat takpelah jugak, boleh aku buat scrub muka ni tah selut dari mana tah. Okei2 dah mengarot dah huh. Dan jugak masok dalam mata. Sobs sobs, nasib baik tak kritikal. Kalo tak sape nak tanggung pakcik ? Huhuhuhu... Kawan aku pun sekali la terkena, kecian. Baru 1st time naek dengan aku dah nasib malang. Ezan, bukan salah aku ya, tapi salahkan lori tu, ahaha..


Lori yang telah membuatkan muka, baju, tudung dan seluar ku serta memberku menjadi tompokan coklat. Kehkeh, terbaik ah. =p [sekadar gambar hiasan]



Tu satu hal. Takpe lah redha je la. Pergila jugak DoE dengan pakaian tompokan coklat tersebut. Lantaklah kan orang nak cakap apa. Redah je. Yang penting tujuan kitaorang DoE, ye DoE!!!! [Angkat2 tangan, tanda bersemangat !]. Pastu, dah selesai kerja dekat sana, kitaorang pon balek la. Time balek tu hujan. Takdelah lebat sangat, pastu kitaorang buat keputusan untuk redah je la. Orang putih cakap time is gold kan ngeee, takkan nak tunggu je sampai hujan berhenti, hujan pon hujan la hehe. Then, balek la kitaorang. Bawak2 moto, guess what? Hujan bertambah la lebat turunnya. [Ye, padan muka, sape suroh ko redah camtu je tadi ?]. 


Tu tak kisah la kan biar pun dalam diri aku dah rasa menggelupur tahap kritikal sejuknya. Mulut terketar-ketar nak cakap. Tangan putih macam takde darah and muka putih bak salju [Hiperbola yang melampau nak menunjukkan kesejukan tahap teramat]. Tapi yang menjadi nasib malang berganda selepas disimbah selut tadi, adalah kami kemudiannya disimbah pulak dengan air. Kali nih dengan kereta la plak. 2 kali oh, "BEST" sangat. Okei, kira adillah kan, tadi disimbah selut, pastu disimbah dengan air plak. 


So, aku berfikiran positive la kat situ. Ambik hikmat dari kejadian tersebut, maybe Allah bagi hujan ni dan simbahan tersebut sebab Dia nak bersihkan baju, seluar, and tudung aku dari selut tersebut. So, it's a good thing, right ? Then, no need for me to complaint. Even tadi ada la jugak mulut asyik bising je potpet potpet potpet sepanjang perjalanan. But it's true, bila kita pk balek, sume tu ada hikmat okei [Yup, ayat klise lagi kan. Ish]. Dan bila pk pk dan pk lagi, yang time kena selut dek pakcik lori tu, aku bersyukur jugak la. Sebab tu baru kena selut. Bukan kena langgar, bayangkan aku kalo kena langgar? Dah konpem2 aku ada kat hospital sekarang, tak ley la nak story kat blog nih, tu kalo hidop, kalo dah jadi ar**h ? Macam mana ? Tak sempat nak jumpa family, tragik huhu. Mintak ampunlah dan mintak jaohlah, so i've to give a big thanks lah for the incident. Bersyukur ! Thanks Allah ^^


Sebenarnya kejadian tadi bukan salah sape2 la kan. Bukan salah pakcik lori tu even kereta tu even sape2 lah kan. Maybe dorang tak sedar. Bukan maybe kot. Aku rasa memang dorang tak perasan act dorang tadi actually dah sebabkan kesusahan pada orang lain. Itulah manusia kan bila je kita buat something, takdenya kita nak pk pasal orang lain. Kita buat untuk kesenangan kita tanpa ambik peduli hal orang lain. So, moral of the entry, even lah anda dalam dalam kesusahan sekali pon, cubalah try consider keadaan orang lain di sekitar anda. Perbuatan anda yang anda rasakan sedkit tu sebenarnya boleh bagi effect pada orang lain tanpa anda sedar. Andalah penentu segalanya [Ceyh, tetiba je ayat macam iklan daaa].




So, that's all. Cerita pengembaraan kami yang penuh dengan pancaroba dan dugaan. Ceyh, dugaan la sangat kan. Rasa bersalah pulak tadi asyik marahkan pakcik lori tu, hihi. Maafkan saya pakcik [Eleh macam lah pakcik tu baca blog aku]. Muka pakcik tu pun aku tak tengok tadi. Tapi it's okei, i got a new experience today by that selut's incident kehkeh. . .  ^^





P dot s:
:: Di sebalik kesusahan yang kita hadapi, pasti akan ada kebaikan disebaliknya. So, jangan asyik pk kan keburukan daripada kejadian tersebut tapi cubalah cari alternatif lain untuk pk kan kebaikan yang tersirat di sebalik kejadian yang berlaku pada kita. Nak cakap sekali lagi even korang akan cakap ayat klise, aku tak kisah pon. SETIAP KEJADIAN ADA HIKMATNYA YANG TERSENDIRI ! Jaa mata ne, thanks for reading... =']



Nak tulis thesis yang tak siap2 lagi nih tapi sempat on blog, blogging. Ish lempang kan. Terok tak saya ? Sobs3.. Wish me luck ! Huhuhu

:: Harapan tinggal harapan je la. Sabar je la huhu

Sunday, March 20, 2011

Assalamualaikum...



Baru-baru ni kita dah dikejutkan tak terkata dengan bencana alam yang melanda Jepun. Tsunami . . Nama yang cantik tapi bila dah sekali kita berhadapan, baru la kita tahu macam mana penangannya. Jepun merupakan negara yang termaju dari segi teknologi dorang yang canggih melebihi berkali-kali ganda kalo nak dibandingkan dengan negara kita. Tapi tu la, takdir bila dah nak berlaku dan bila Allah dah berfirman "Kunfayakun", maka benda tu terjadi dalam sekelip mata je, apalah sangat teknologi manusia kiranya nak dibandingkan dengan kuasa-Nya....... Sekejap je Dia tarik..



Pastu ada plak kejadian yang membimbangkan berlaku lepas pada kejadian tsunami. Nuclear disaster ! Lagi bahaya . . . Bahaya tu radiasi nuklear, yang mana kesan radiasi tu boleh jugak effect dari jarak yang jaoh .. Boleh menyebabkan perubahan genetik DNA kita. Maksudnya ia akan kekal dalam badan kita dan akan diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kesian kan, huhu. . . Okei, saya taknak la cerita panjang2, let this link and this link tell u everything. Credit to my lecturer, Mr Yong  for the links given . . .


Let's together cross our fingers for them . . .


Satu perkara yang saya tabik spring dengan negara dorang even dalam keadaan macam ni, tapi bila time tiba je bekalan makanan, dorang still beratur, takdenya nak berebut rebut untuk ambik makanan tu. Tinggi kan tahap disiplin dorang.. ^^ Kalo la kita ley jadi macam dorang...


Dan dengar berita, this nuclear act need up to 3O years untuk hilang dalam udara ni ! Lama gila kan huhuhu...


Nampaknya harapan saya nak further study kat sana, mimpi saya nak sambung blaja sana hanya tinggal harapan je la... Huhu, sedeynya.............. ='(



Tak semua mimipi itu mimpi yang sempurna. Sobs sobs sobs.....

::Mimpi yang sempurna ?

Assalamualaikum...




Andai mimpi itu mimpi yang sempurna . . .

Andai mimpi itu, satu kenyataan . . .

Andai mimpi itu, satu masa depan yang akan hadir . . .

Maka . . .

Sememangnya, tiada apa lagi yang akan diminta . . .


Persoalannya :

Adakah semua mimpi itu penghabisannya adalah sesuatu yang SEMPURNA ?

Kesimpulannya :

Tidak semua mimpi itu indah dan sempurna. . .

Dan tidak semua kejadian yang diinginkan itu akan berakhir dengan sempurna . . .

Kerana di sebalik realiti, pasti akan terselit kesusahan dan kepahitan....

Please do tell me, what kind of  STRENGTH does i need to face the future ? ? ?

I need to know..

Ganbatte Jah !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...