Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Kecewa.

Wednesday, December 7, 2011

Assalamualaikum...


Langkah semalam...
Tidak mungkin akan diundur kembali..
Jua semakin pudar titian hari ke hari..

Detik waktu seakan menyanyi,
Dalam hati,
Dalam sanubari..

Seakan berbisik sepi..
Untuk terus dimengerti...

Waktu melayang pergi,
Ingatan menusuk sendiri,

Tanpa dimengerti...
Selagi nyawa masih terpatri,
Selagi itu langkah terus dijejaki
Walau hempedunya tidak terperi
Namun akan jua digagahi..

Kau yang bermegah diri,
Mengapa perlu siniskan diri ini,
Dengan pahitnya tusukan bicara,
Sedangkan itu semua tipuan duniawi semata..
Perlukah aku ingatkan kita semua sama sahaja ???????

Namun, sedarku diri ini hanyalah diri ini. Tiada yang lain. Aku adalah aku. Siapa aku untuk menasihati ? Siapa aku untuk perhalusi ? Satu saat akan terbukti. Satu janji tersemat di hati. Pasti akan jadi realiti.. InsyaAllah



Aku kecewa dengan pandangan sesetengah manusia. Kecewa dengan sempitnya sesetengah fikiran manusia. Kecewa dengan sempitnya cara mereka berkata-kata. Ya, standard seseorang berbeda. Berbeza. Namun, patutkah semua itu dijadikan bahan sindiran ? Ejekan semata ? Herdikan ? Ingat, kita semua sama. Sama. Sama. Dan sama. Kita semua makhlukNya. Jadi tak banyak bezanya. Cuma kita semua berbeza di mataNya melalui amalan kita. Baik amalnya, baiklah padaNya.. Jangan terlalu bermegah dengan dunia, dengan apa yang kita ada hari ini, Jika Allah nak tarik, kejap je Dia boleh tarik. Kejap je Dia boleh tarik nikmat yang Dia bagi! Kejap je huhu..  Kuatkah aku ? InsyaAllah



Maaf, entry nak meluahkan kekecewaan sikit. Huhuu.. Doakan saya dan kawan2 final minggu depan  nanti. Semoga semua urusan kita semua dipermudahkanNya, insyaAllah...


Cuba untuk senyum dalam pahit tapi saaaangat sukar....

Impian itu.

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum...


Impian itu,
Tika diamati,
Berbatu-batu,
Sedang ia jauh dekat di hati..


Impian itu,
Jujur terus dinanti,
Walau detiknya larian waktu,
Tetap azam sampai mati...


Impian itu,
Satu satunya harapan diri,
Juga mereka yang dikasihi,
Takkan sekali aku cuba khianati...


Impian itu,
Ye, impian itu. Masih jauh lagi..
Untuk dirasai.
Untuk disenangi.
Buat kesekian kali.

Namun yakinku, 
Dia sentiasa ada untuk diri ini. 
Dia sentiasa berjanji pada setiap dai'e.
Janji pada yang sabar.
Janji pada yang berusaha.
Janji pada yang bertawakkal..
Sungguh, janjiNya adalah benar..


Impian itu,
Tika saat ini masih di hati,
Suatu saat nanti,
InsyaAllah pasti akan aku dekati..
InsyaAllah pasti akan aku genggami... =)


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.. Ganbatte Jah ~ =)


P dot s:
Aku pernah punya impian. Pernah juga kecewa dan putus harap dalam menggapai impian itu. Namun, perlu hanya percaya tiap satu kejadian itu punya perancangan terindah daripadaNya. Sabar, insyaAllah semuanya akan jadi yang terindah sampai satu saat nanti. Hasbiyallah =')

Kawan kawan, jangan pernah putus harap dengan setiap kejadian yang terjadi pada kita, tak seperti yang kita harapkan. Jangan pernah merungut. Jangan persoalkan. Bolehla kot tanya diri sendiri kenapa. Dan daripada situ, cuba muhasabah diri kita sendiri. Maybe salah kita. Maybe ada something wrong somewhere. So, we need to seek for it ! Jangan hanya pandai salahkan takdir semata. Menangis dan luahkan padaNya. Bukan ke Dia Maha Mendengar ? Ruginya kalau tak luahkan, tak gitu ? Hehe. Note to my-own-self ! =)

Maceh sudi baca. Doakan kejayaan saya dan semuanyalah, kawan2 kita =)

Jangan pandang aku...

Tuesday, October 25, 2011

Assalamualaikum...


Jangan pandang aku...
Pada pandangan rupa semata,
kerna akan luput jua ditelan usia.


Jangan pandang aku...
Pada pandangan nafsu semata,
kerna nafsu perosak utama.


Jangan pandang aku...
Pada pandangan taksub semata,
kerna taksubmu tiada maknanya.


Jangan pandang aku...
Pada pandangan sinis cuma,
kerna yang aku tagihkan hanya teguran IKHLAS..


Jangan pandang aku...
Pada pandangan sempurna,
kerna satu saat nanti,
pasti kau akan kecewa dengan kelemahan diri ini.


Sebaliknya....
Pandanglah aku..
Melalui pandanganmu yang IKHLAS.
Tegurlah aku dengan berhikmah.
Bimbinglah aku agar sentiasa di jalanNya yang lurus.
Tuntunlah aku bersamamu ke syurga, rahmah dan mawaddah.
Perjalanan menuju kembara sakinah.
Seindah namaku termaktub HAFIZAH...


Err, bukan sakura yeee hee =p


 Apa yang dimaksudkan dengan sempurna ???

Kita selalu menginginkan insan len memandang kita sesempurna yang boleh sehinggakan kadang-kadang amalan yang kita lakukan tersebut tidak ikhlas. Malahan hanya menimbulkan riak semata. Riak penghapus amalan, dan betapa sayangnyakan amalan yang kita lakukan tu kita dapat 'nothing'! Rugikan.. Nauzubillah =(

Jangan terlalu mengharap orang memandang kita dengan begitu sempurna kerana akan sampai satu saat nanti, mereka akan kecewa dengan ketidaksempurnaan diri kita walaupun kesalahan hanya sezarah cuma. Kadang-kadang lebih baik dianggap tidak sempurna berbanding diagungkan kerana kesempurnaan yang hanya direka semata. 


Kadang-kadang rasa nak lari je jauh jauh dari dunia nih, err tapi nak lari ke mana eyh kalo bukan kat dunia ? =_="-Pic's courtesy of google, arigatou nee~


Yang pasti, cubalah menjadi hamba yang paaaaaaling sempurna di mataNya kerna itu yang penting. Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Tak salah cuba menjadi sempurna untukNya walaupun kita takkan mungkin mampu untuk setanding dengan kekasihNya =)


Ucapan yang paling disukai Allah :
Subhanallahiwabihamdihi.
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.
-Jom recite =)-

P dot s :
- Lebih rela dipandang tak sempurna di mata manusia.
- Maceh sudi baca. Salah silap maafkan saya dan tolong perbetulkan saya. Saya hanya manusia lemah dan tidak sempurna. Jom cuba jadi sempurna di mataNya, insyaAllah ='). Jya~

Kenangan lama menusuk kalbu.

Saturday, October 22, 2011

Assalamualaikum..

Errr malas nak berpuisi kali nih boleh ?. 


Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menulis, err menaip di blog nih. Dan alhamdulillah jugak, dah lepas seminggu untuk pembelajaran satu subjek. Lagi tinggal seminggu untuk subjek tu. Harap2 selalu dipermudahkanNya.. Dalam seminggu pembelajaran, tak sangka banyak yang saya belajar. Secara langsung mahupun tidak. Pembelajaran yang membuatkan saya kembali tersedar, memang betolla hidup ni berputar. Kadang-kadang benda yang kita serius da tanak jumpe tu la yang akan kita jumpe balek. Kadang-kadang benda yang kita nak lari jauh jauh, laju laju tu la yang akan dekat dengan kita sekarang. Ah, tak kisah la. Kalo nak pk "kadang-kadang"nya memang banyak, persoalan yang takkan habes. Cuma have faith, semua tu ada hikmatnya. Ye dokk ? =) insyaAllah..



Oh ye, kenapa eyh saya cakap kat atas tadi yang hidup ni berputar ? Ye leeerr, abes tu takkan nak flat je, ishh. Sebabnya, saya jumpa balek subjek yang saya tak bape minat hehee. Perhatian :TAK BERAPA MINAT. Bukan benci hehe, laen tu. Kalo tak bape minat, kita masih lagi boleh pupuk minat tu, tapi kalo dah benci wassalam lah. Itu pendapat sayalah.



Alhamdulillah jugak, pembelajaran minggu lepas membuatkan saya tiba tiba teringat kembali pada seseorang. Orang kata, kenangan lama menusuk kalbu, ceyt ceyt.. Sape ? Namanya Cikgu razak. Huhuu, cikgu Razak adalah seorang guru yang baaaaaaaaaaanyak berjasa pada saya. Seorang guru yang saaaaangat mengambil berat, saya mahupun student dia yang len. Seorang guru yang sentiaaaasa sabar mengajar kami semua yang sememangnya susah nak memahami subjek tersebut. Seorang guru yang saya rasakan saaaangat tabah. Pendek kata, tak dapat diterangkan. Yang kenal dengan dia akan tahulah macam mana insan yang bernama cikgu Razak nih =').



Macam dulu time sekolah menengah, sangat tak suka subjek tu. Tapi disebabkan orang yang mengajar tu sangatlah bijak hehe maka dengan senangnya saya dapat adapt semuanya. Alhamdulillah. And it all big thanks to him, Cikgu Razak. Saya tataulah kalau bukan dia yang ajar, macam mana agaknya saya sekarang. Err, okei2 memang melampau la kan huu, kita sebenarnya mana boleh 120% nak bergantung pada orang len, 99% should be our own effort, selebihnya terpulang. Dan pada saya, cikgu razak telah berjaya mengumpulkan 99% tu dalam diri saya. Dia berjaya menaikkan azam saya untuk lebih skor ! Hebat kan ='). Tapi still saya masih rasa, 99% tu adalah darinya, manakala 1% dari saya. Maksudnya kat sini, dia sangatlah banyak berjasa dan tanpa bantuan dia tak mungkin la saya boleh adapt dengan pantas dan jayanya.=)



Sekarang, belajar balek subjek berkaitan tu cuma lebih advance =). Dan setiap kali sesi pembelajaran membuatkan saya teringat padanya. Ah, tu la kau jah, tanak sangat g melawat time cuti aritu. Bukannya saya tanak melawat tapi segan. Ye la, saya rasakan langkah saya masih jauh. Langkah untuk berjaya. Dan kalau boleh, sebelum saya berjaya saya akan simpan keinginan untuk berjumpa cikgu Razak dan cikgu2 len jauh dalam sudut hati even memang teringin sangat nak jumpe. Kenapa ? Sebab, pada saya lah, saya malu bila jumpe nanti mesti akan ditanya, "So, sekarang buat apa?". Dan bayangkanlah kalau kita masih terkapai-kapai dalam nak menentukan masa depan kita. Apa yang kita nak berikan sebagai jawapan ? Ye, memang saya malu dengan mereka. Tapi tu bukan sebab utama. Saya lebih malu dengan diri saya sendiri sebab masih belum buktikan pada mereka saya dah jadi seorang yang berjaya hasil didikan mereka. Malu ok. Malu. Dan mungkin tu akan membuatkan mereka berfikir, "Ni ke hasil didikan aku". Secara tak langsung maybe saya dah kecewakan harapan mereka. Nauzubillah hurmm..



Dan sekarang da takde da 99% dari orang laen. Pendek kata 100% tu perlu dimulakan diri sendiri. Saya yang perlu mulakan. Saya yang perlu pupuk sendiri. Cinta atau benci. Suka atau tidak, minat atau tak semua tu tak penting, yang penting kita cuba berusaha sebelum bertawakkal padaNYa. Tak boleh da nak move to the flow, kena pandai ikot dan kejar flow tu. Bila terlagha sedikit je akan terlepas banyak, then rugi la yang pasti. Eh, mintak jauhla kan. =_="


Sekarang perlu fokus 100% pada study. Eh, boleh ke? InsyaAllah. Mintak2 la dijauhkan daripada penyakit hati. Mintak2 la hati selalu berada dalam tenang supaya boleh study dengan tenang. Jauh dari zina hati. InsyaAllah...


Untuk cikgu razak, even saya memang konpem cikgu tak tau kewujudan blog saya. Tetap saya nak ucap berbanyak banyak terima kasih atas ajaran, jasa, pengorbanan cikgu pada saya dan kawan2 selama nih. Tak dapat nak dijelaskan di sini how much I care for all those your efforts towards our success ! I do really appreciate it !. Dan dulu cikgu ada tanya saya, nanti nak jadi apa. Jawapan saya kemain kan, pharmacist kononnya huhu. Tapi tak kesampaian.. Tengok2 stuck dekat sini je. Tapi alhamdulillah cikgu, even dulu down sangat, tapi right now saya dah nampak yang perancangan Allah itu sebenarnya sangatlah indah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bila Dia dah bawa kita ke satu satu perkara tu, maka dengan pasti Dia akan bimbing kita untuk menghadapinya.. Dengan syarat kita janganlah lupa padaNya okeyh ? Saya yakin dan harapnya keyakinan itu akan berterusan...=')



  













Sabar. Semoga saya selalu bersabar dalam setiap detik masa nih. Dan jugak anda semua =). Semoga saya sentiasa tidak lupa untuk bersyukur dengan tiap zarah nikmat kurniaNya, begitu juga untuk anda semua =).


Doa Mohon Kesabaran dan Banyak Bersyukur :

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang banyak bersabar, jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur, dan jadikanlah aku seorang yang kecil dan rendah dalam pandanganku sendiri tetapi seorang yang besar dan tinggi dalam pandangan orang len. Ya Allah, ampunkan dosaku dan kasihanilah aku serta tunjukkan aku jalan yang lurus...


Semoga kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam sesuatu perkara =)



P dot s:

Uishh, panjangnya entry heee. Lega rasanya bila dapat menaip kat sini, Perasaan yang tak dapat dijelaskan.. ^___________^ *senyum sampai telinga.. Hati berbunga-bunga =)
Tolong doakan saya dan kawan2, isnin nih ada test menanti.. Heheheee. Tenkiu sudi baca =')

Hati.

Monday, October 17, 2011

Assalamualaikum...


Hye korang, sihat ? Harap2 sentiasa sihat walafiat ye =). Alhamdulillah dah settle satu hal tadi. Akan menyusul pulak hal yang len dan len dan len +++. Harapnya dipermudahkan..


Nak share satu citer menarik. Cerita yang di copy paste je heee.. Bacalah =)


+++++++++++++

Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar itu bangun dari kerusi duduknya, "Cikgu, bagaimana kita ingin memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?"

Guru tersebut tersenyum, "Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang terbentang di depan kamu. Pilihlah rumput yang paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Petiklah rumput yang kamu rasakan ianya paling cantik. Kemudian bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru itu bertanya, "Kenapa tiada rumput yang dipilih?"


Jawab pelajar itu :
"Tadi, semasa saya tengah berjalan, saya sudah pun mencari rumput yang paling cantik. Memang ada, banyak sekali rumput yang cantik tapi cikgu cakap, petik yang paling cantik. Maka saya pun teruskan berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Sehinggalah saya tiba di hujung padang, saya tidak juga menjumpai rumput yang paling cantik. Mungkin rumput di antara belakang saya tadi ada yang cantik, tapi, disebabkan cikgu tidak benarkan saya menoleh ke belakang semula, maka tiadalah rumput yang paling cantik untuk saya petik."


Agak-agak, apakah jawapan yang bakal guru itu berikan?

Usahlah mencari yang terbaik, apa yang ada di depan itulah yang terbaik. Usah mencari yang terbaik, tapi jadilah yang terbaik. Usah menoleh ke belakang lagi, teruskan mara.

Apa yang sudah ketinggalan, biarpun ada di antaranya yang terbaik, usahlah cuba berharap lagi.

Apabila kita sudah bertemu dengan seseorang, usahlah kita berusaha untuk mencari yang lebih baik lagi daripada dia. Kita patut hargai insan yang berada di depan kita sebaik-baiknya.


-Di copy dari Pada Celahan Rumput Itu


+++++++++++++++++

Pada celahan rumput itu, kita mencari sesuatu. Tapi biar bertepatan pada waktu, usah terlalu menunggu.


Perasaan akan sentiasa melintas, umpama padang akan sentiasa ditumbuhi rumput. Usah dicari perasaan yang hakiki, kerana semuanya dugaan yang berhikmat tinggi.
Pada celahan rumput itu, terlalu mencari, akan menyusul kecewa berganti. Jika kita benar-benar menyedari, pada hemat sebuah rasa, maka, kenapa kita perlu takut untuk tidak mengendahkan. Perasaan akan sering hadir, jerihlah kita untuk sentiasa melayani.


Jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang kita dapat.
  
 
How to describe a feeling ? By words ? Act ? Or silence ? Yes, i miss they all damn much ! =(

 
P dot s:
Kita selalu mencari yang terbaik untuk diri kita tapi pernahkan kita terfikir adakah kita layak untuk mendapatkannya ? Kita selalu mengeluh kenapa tak dapat apa yang diinginkan, sedangkan apa yang telah kita ada tak pernah sekalipon kita mengungkapkan kata syukur atas nikmatNya. 

Kita selalu fikir kita bernasib malang sedangkan kita yang selalu berburuk sangka dengan diri kita sendiri dan jugak diriNya. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan terlalu mengejar dan mengagung2kan sesuatu yang masih belum kita kecapi sehinggakan kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada sekarang.


Duhai hati, kuatlah dikau. Jangan lemas dalam lautan perasaan yang tidak pasti itu. =)

Will u please add a title for this entry ? =)

Friday, September 30, 2011

Assalamualaikum...


Kadang kadang hidup tak semestinya sama dengan apa yang kita harapkan. Kadang kadang terlalu banyak ujian, dugaan dan kesusahan yang terpaksa kita tempuhi. Just bare in mind : Allah takkan kenakan ujian atau dugaan yang berat melainkan sesuai dengan kebolehan kita untuk mengendalikannya. Kan Dia Maha Mengetahui tiap tiap sesuatu =). 


Allah takkan sezarah pun akan kejam dengan kita cuma kita, hambaNya yang selalu menzalimi diriNya dan jugak diri kita sendiri. Yakin bahawa kita mampu untuk melawan setiap dugaan dan cabaran dalam dunia yang sementara ni, dalam perjalanan ke sana yang berkekalan selama-lamanya. Yakin bahawa kita cukup kuat untuk menghadapinya dan mungkin kita patut berbangga dengan diri kita sebab kalaulah takde dugaan, cabaran semua tu kita takkan dapat merasa kesusahan.


Dan bila berlaku benda tu, automatiknya kita akan berada di zon yang selesa yang mana pada pendapat saya boleh menjadi pembunuh pada diri kita sendiri. Kenapa ? Sebab bila kita dah begitu selesa, semua perkara kita akan ambil mudah. Seolah-olah seluruh kehidupan berkisar disekeliling kita sahaja dan kita akan begitu menghayatinya sehingga terleka. Susah jugakkan.. Jadi kita patot bersyukur dengan ujian, dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh tu =). Dia sayangkan kita sebab tu Dia hadiahkan ujian untuk kita, kan ?


Pada pendapat saya kita memang patot berbangga pada masa mestilah bersyukur sebab bila banyak ujian yang diterima, bermakna kita ni cukup kuat untuk menghadapinya. Kan Dia takkan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Maksudnya, Dia tahu kita KUAT dan kita kenalah yakin kita KUAT untuk melwannya hehe. Just have faith in Him =). Dan daripada situ jugak kita boleh discover something yang baru dalam diri kita, yang mana mungkin kita tak pernah terlintas bahawa kita memiliki kelebihan tersebut. It's a good thing kan..


Kadang-kadang saya takot dengan diri sendiri. Ye lah kan, kita tiap2 ari berjanji denganNya. Lima kali sehari pulak tuh. "Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam". Saya takot kalaulah apa yang kita janjikan tu tak sama dengan apa yang kita buat, kat situ dah salah dah tu kan huhu. Dan harapnya niat saya dalam melakukan sesuatu perkara tu ikhlas bersandarkan padaNya semata-mata, bukan pada sandaran untuk mendapatkan kebaikan pancaindera manusia lain dan bukan juga disebabkan riak semata-mata. Nauzubillah.. Harapnya sentiasa dalam bimbinganNya yang lurus. Semoga saya tetap sentiasa istiqamah =') 


Eh, harini parents saya datang. Happynya ! ='). Rindu sangat sangat sangat.. Dan hari ni jugak saya akan konvo. Err, rasa berdebarlah pulak huhu. Harap2 semuanya ok ok saje =). Entry ini hanyalah untuk peringatan kepada diri saya sahaja. Thanks for reading ! =')

:: Situasi tersirat.

Friday, September 23, 2011

Assalamualaikum....


Korang sihat ? Dah seminggu pembelajaran, dalam seminggu tu jugak, banyak benda baru yang aku belajar. Alhamdulillah, semoga urusan dipermudahkan Allah. Kadang2 rasa jugak down, ish ish baru start sem dah rasa down, macam mana tu huhu. Tapi alhamdulillah, Dia cepat sedarkan aku bila terbaca article dan nih  teros rasa kerdil hehe. And yes, tak perlu nak rasa stress as long as we're still alive, then we'll always have His support dengan syarat kita kenalah tahu cara berhubungan dengan Allah. Jaga apa yang disuruhnya, insyaAllah Dia takkan lupakan kita. =) When we help Allah, Allah will surely help us ! =')

Saya nak kongsi satu kisah dengan korang yang mana boleh jugak d relate kan dengan diri saya sendiri pada masa nih. Dialog antara pemuda A dan pemuda B :


Situasi : Seorang makcik memikul beban yang berat melalui dua orang pemuda, Si pemuda A dan Si pemuda B.

Pemuda A : Eh, ko tengok makcik tu, kesian aku tengok dia. Dahla dah tua, terbongkok-bongkok nak kena usung beban tu semata-mata nak mencari sesuap nasi. Sedih plak aku tengok. Agaknya mana lah anak2 dia ye, takkan tak bantu ibu dorang kot.

Pemuda B : Ye, betol tu. Tapi itu melalui pandangan kau lah. Sebab kau tengok melalui cara tu. Kesian tu baik, tapi kena jugak tengok dari sudut yang positif.

Pemuda A : Maksud kau apa ? Aku da tengok dari sudut positif la ni sebab aku kesiankan dia, bukan mengherdik.

Pemuda B : Maksud aku. Cuba kau tengok makcik tu dari sudut kegigihan dan usaha keras dia dalam mencari sesuap nasi. Dan daripada situ kau boleh amek contoh untuk dijadikan pengajaran dalam hidup kita. Kita ni sama ke atau tak usahanya dengan makcik tu walaupun kita nih muda, kuat, gagah lagi berbanding makcik tu.


Pengajarannya ? Mudah je. Kita tengok sesuatu benda yang menyentuh hati kita then kita akan terus meluahkan apa yang kita rasa, kan kan? Tapi adakah daripada situ, kita amek pengajaran tersirat daripadanya ? Cuba fikirkan yang tersirat daripada tersurat tersebut =)


Macam diri saya la sekarang nih. Dalam class saya, ada la sorang student foreigner daripada Libya. He's actually major in botany and not really used with our course. Then he need to take one subject which need him to play around with the calculation. Fizik, math, additional math so on huhu yang mana saya pon kecut perut bila dengarkannya, sebab saya pon terpaksa amek sekali subjek tu haha. Dah lama kot tinggal subject tu then tetiba kena amek balek. Just imagine ! Tapi fine, saya okei lagi kalo nak dibandingkan dengan dia sebab saya baru tinggal semua tu for 4 years ago ! Compared to him, you know dah lama tinggal benda tu semua. Bayangkanlah sekarang umor dia 35 y/o ! Daripada situ, saya boleh bersyukur. Hehe..


Then saya dan kawan2 kept saying that, kesian lah pada dia and so on lah, bila time kelas dia nampak blurr je. Psst, saya sebenarnya sama je blurr nya haha. Kitaorang tak tengok pulak effort dia dalam nak mempelajari benda tersebut. Baru tersedar hurm.. Subhanallah, sebab itulah saya katakan tadi kita kenalah melihat yang tersirat daripada tersurat tu =). Dan amek pengajaran daripadanya.


Saya kagum dengan dia. Even dia sukar nak faham, nampak effort yang dia benar2 nak score subject tuh. He asked the member of our class to set a study group so that he'll get more clear to the subject. Lepas lab petang tros buat study group. Tapi tak dapat nak join sebab segan, semua lelaki sobs sobs. It's ok then. What I wanna highlight here is, there's something I can learn from him instead of always pity on him. His hard work gave a booster spirit for me to master that subject more and more and more ='). Thanks to him and surely to Allah =')





Dan harapnya aku akan terus disedarkan olehNya ketika mana aku mengelamun, termenung, terkecewa, terputus asa dan banyak2 lagilah yang boleh menjejaskan kejayaan kali ini. Mudah-mudahan dipermudahkan sebab taknak kecewakan ma, abah, abang long, family dan jugak masa depan aku. InsyaAllah, semoga dipermudahkanlah. Dan jugak samalah untuk korang. Semoga urusan korang dipermudahkan ye ! =) Jom sama sama kita berusaha dan berdoa lepas tu barulah kita adil dan layak untuk bertawakkal padaNya..


Saya selalu berangan nak jadi hebat macam dia. Mimpi je kot huhu, tapi insyaAllah akan capainya jugak suatu hari nanti. He's only got a few steps to reach the goal, yet i got so many hard steps to reach mine. Apepun just kept saying alhamdulillah =). Tiap2 sesuatu tu ada kesusahannya plus hikmatnya, depends on how we handle it wisely, right ? Pic courtesy of The Heart Surgery ! Thanks ! =)


Thanks for reading !


P dot s :
:: So soryy, aritu personal kan blog jap hehe, almaklum nak privasi sikit. Ceyt, bajet ramai yang baca blog ko ke jah ? Tak kisah la yang penting sekarang dah rasa tenang bila dah menulis di blog neh. Tima kasih sudi baca ! =') Apa yang tersilap terkurang, maafkan saya dan feel free to tell me =)

A short update.

Sunday, September 18, 2011

Assalamualaikum...


Never blame any day in your life.
Good days give you happiness,
Bad days give you experience,
Worst days give you a lesson.


Hye semua ! Good day ! Alhamdulillah, tadi dah start class first dengan Prof Ir. Ahmad =). Suka sangat sangat sangat lah dengan class Prof, best je hehe. Tak dinafikan la before attend class tu, perasaan bercampur baur, ceyt macam apa je kan. Perasaan takot pon ada sebab dengarkan pangkal namanya Ir.tuu. Tapi ternyata la, semua tu perasaan salah je semata-mata. Alhamdulillah, lecturer sorang nih baek ='). Pengajarannya sangat mudah difahami (err, ke sebab class first? Haha). Tak kisah lah, yang penting, tak sabar nih nak attend next class esok ! Ceewah, tak sabar la sangat.


Dan harap2nya pembelajaran saya dan kawan2 dipermudahkan sepanjang kami mengikuti pengajian di sini.. Tolong doakan kami ye hehe.. Korang sangat baek hati =')


Oh ye, happy sangat arini, sebab chat jap dengan Kak hanis ! Hehe tetiba je menaikkan lagi semangat nak belajar yang berkobar-kobar dan dapat result gila gila gempak thehehe, insyaAllah harap2 dipermudahkanNya, maceh2 Kak Nis =').



Why is it soooo hard to be happy ?

Because you find it is hard to let go of the things that make you sad.



Trying to forgive and forget, then u'll find the way, insyaAllah =)


Short update je. Thanks for reading !

:: Pasal tutorial.

Friday, September 16, 2011

Assalamualaikum..


Eh korang, sekarang macam2 boley berlaku. Contoh baru2 ni dikejutkan dengan sihir melalui FB. Dasyat oh huhu. Syaitan pon sekarang da maju ek, seiring sekali dengan kemajuan IT ni haa sampaikan medium sosial camtu boley disalahgunakan. So, berwaspada lah dengan gambar2 korang semua ye. Kita taktau kan niat manusia. Kadang2 senang berubah, tak tetap. Malang tidak berbau dan jangan nanti nasi suda jadi bubur baru la nak tersedar hehe. Lama tak berperibahasa =_="

Hurm.. Baru je lepas blogwalking. Dalam 50 blog yang diterjah, (boley caya ke 50? Rajinla sangat kan) 40 daripadanya adalah berkenaan tutorial shawl haha. 40/50 hanya nak anda bayangkan yang bermakna baaaanyak blog2 sekarang yang telah berani, senang hati buat tutorial tak berbayar untuk kita semua dan kemudian diupload ke youtube. Hebakk lah. Bermurah hati semua =')


Tapi tapii style sekarang pelik pelik lah, err ke saya yang ketinggalan nii haha. Tak kisahlah sebab tengok pelbagai gaya ada. Ada yang loose style (nampak cam nak tercabut je tudung tu, ditiup angin habeslah hihi), ada yang ala2 hana tajima (yang ni memang da femes lah, hana tajima pakai comeylah sebab dia memang comey mukanya tapi kalo yang menaip ni pakai, ermm), ada yang ala2 yuna (pon da lama jugak stylenya), pastu ada jugak yang guna sampai 2 3 helai tudung. Ish ish camna tuh. Tengok memang la comey je, tapi kalo aku pakai, wassalam la kot. Tapi tapi (bape banyak tapi daaa) tapi korang tak rimas ke kalo lilit2 pastu campor2 tudung laen2 ? Macam seksa je aku tengok hehe. Takpelah, atas diri masing masing, kan kan.


Cumanya, pada korang la kan yang buat tutorial tu, elok2 la mengajar ye hehe. Meaning that, u've to show the right way to wear it. In the meantime, cover yang sepatotnya. Macam leher tu, ada yang boley je nampak. Sebab kalo da upload ke youtube fuhh tu bermakna dah public la tu, worldwide boley tengok. It's not a jealousy comment instead of anggaplah komen yang membina hehe. Kata orang kalo nak berjaya kenalah terima kritikan dengan ikhlas dan senang hati, kan ? =) 



Thanks to cik Google =)


Eh okeilah, nak buat tutorial tudung bawal pulak ni. Haha, bye !



P dot s :
:: Kagum dengan korang yang boley buat tutorial and upload to youtube. Tu bermakna tahap konfiden level korang tinggi. Hebakkk lah =)



TAPI-----
TAPI-----------


TAPI---------------












LAAAAAAGIIII.......



:: kagum dengan muslimah yang boley create tutorial to the right way in wearing hijab especially cover yang sepatotnya. Kan elok kan camtu. Tapi tapi kalo kagum je tak jadi apa2 kan huhu. Entry peringatan pada diri saya juga =) kalo terasa harap dimaafkan.

Upgrading myself !

Sunday, September 11, 2011

Assalamualaikum...


Kata si fulan/fulanah : "Ishh taknaklah kawan sangat dengan dia, baik sangat! Asyik kena tegur je, ini tak betul, itu tak betul, rimaslah! "

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
: "Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan org yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan."
Syahirul.com


Hye korang yang baik hati, bertambah baik hati bila baca blog neh hehe, apa khabar semua ? Sudi jugak korang melawat blog picisan saya ea =')


Kita selalu menginginkan yang TERBAIK dalam hidup kita kan, sama ada dalam soal pelajaran, kerjaya, persahabatan, jodoh dan etc lah. Semua nak perfect. Tapi tapi pernah tak kita terfikir even sekali la yang adakah kita ni dah cukup baek untuk dapat semua tu ? Adakah kita ni cukup layak untuk dapat semua tuh ? Adakah kita ni terpilih untuk yang TERBAIK tu ? Huhu...


Tak layak sebenarnya untuk mendapatkan yang terbaik sekiranya kita tidak cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Maybe sikit sikit berubah pon okei. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit hehe. Yang penting, konsisten dalam melakukannya.


Tapi ada jugak yang baek dapat yang tak baek. Haaa, apa cerita ?


Saya kagum dengan member saya yang sorang neh. Dia tersangatlah baek. Baek sangat sangat sangat. Sama ada dari segi perilaku, perbuatan, percakapan, pendek kata perfectlah. Tapi ye la manusia mana ada yang perfect kan selain Rasulullah saw =). Tapi saya tetap kagum dengan peribadi dia. Yang herannya jodohnya adalah seorang yang reverse daripada dirinya sendiri. Korang boley pk tak kenapa ?


Bila saya tanya pendapat dia, jawabnya. "Allah ada perancangan pada setiap hambaNya. Tak semestinya diri kita baik, kita akan dapat yang baik jugak. Maybe kita akan dijodohkan dengan seseorang yang bertentangan dengan kita. Yang penting kita harus berfikiran positif. Maybe Allah mahukan kita mengubah dia menjadi yang lebih baik sebab kita mampu. Sebab tu jugak Allah tetapkan macam tu. Dia kan Maha Mengetahui". Hehe lebey kurang macam tu la jawapan dia, kalo tersalah silap, sory ampun ya =). Btw, yang contoh ni untuk bab jodohlah.


Hurm bila pk2 balek, betolla tu kan. Semua ada hikmatnya. Dia dapat membimbing seseorang ke arah yang lebih baek. Alhamdulillah, banyak pahala tu.. Best tuu ada orang yang boley bimbing diri kita, terus menerus mengingatkan kita. Sebab tu la kena pandai dalam memilih kawan thehehee.. =)
Sebab selalunya kawan tu da boleh mencerminkan sape kita. Memilih maksudnya bukannya pilih teman yang kaya2 je, miskin2 tolak tepi. Nak yang vogue2 je, pandai bergaya je, ishh. Tak boley la camtu. Kena pilih melalui peribadi dia. Teladannya =).


Okeilah, thanks for reading. Jaa~

I heart You. =')

Friday, September 9, 2011

Assalamualaikum..


Hye korang2 yang comey2 dan kacak2, bertambah comey dan kacak bila baca blog neh hehe, apa khabar semua ? Harap2 sihat alhamdulillah ye.. Saya alhamdulillah dan harapnya terus mampu mengucapkan rasa syukur atas semua nikmatNya yang membolehkan saya terus mengerdipkan mata melihat keindahan dunia yang hanya sementara ini. *Ceyt ayat macam apa je haha. 



Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Kuala Terengganu. Sebenarnya da bape ari da, hehe. Sdey dalam pada masa yang sama happy, sebab tak sabar nak belajar. Ceewah, tak sabar la sangat. Nak tebus semua kekecewaan dulu, insyaAllah semoga dipermudahkanlah =).


Alhamdulillah, syukur sangat2 sepanjang saya sampai kat sini rasanya banyak perjalanan saya yang dipermudahkan Allah swt. Berjalan lancar semua. Btw, aritu tatau la sebelum datang sini, cari umah sewa, dapat, kejap je dapat. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Bila sampai Terengganu, stay kejap kat umah sewa tu, then cubalah nasib nak mohon asrama nak duk hostel, ye la kan sebab saya ni macam tak biasa duk umah sewa, dari tahun 1 - tahun 3 menetap dalam ostel je hehe. Cuba nasib la nak mintak hostel pulak. G mohon sana, isi borang semua then orang asrama cakap dah penuh huhu. Sobs sobs sedey bukan kepalang lagi, menanges tang tu jugak, hehe tipu je la yang menanges tu. Sebenarnya saya tak kisah pun dapat ke tak ostel sebab umah sewa tu dah cukup cukup cukup selesa dengan housemates yang baek2 semua, perfect la pendek kata. Environment pon okei. Tapi bila pk kan yang nanti akan ada projek kena buat, mesti kena stay kampus lewat2 so bahaya nak balek sorang2 ke umah sewa tu. Len la kalo tinggal ostel.



Pastu balek la ke ostel dalam keadaan kecewa, sikit2 je kecewa hehe. Tetiba kan, satu petang lepas tu dapat la call daripada orang ostel cakap permohonan saya dah diluluskan ! Ya Allah, serius saya terkedu ! Cepat gila diluluskan ! Banyaknya nikmat kemudahan yang Dia bagi huhu. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan lagi ='). Thank you Allah. I heart You ! Pastu sekarang dah ada kat ostel hehe. Tapi kekadang rasa bersalah jugak kat housemates dulu tapi nasib bek dorang okei je, baik hati hehe, thanks a lot to them ! Terhutang budi pada dorang =')



Dan jugak mungkin akan dapat cuti 2 minggu dari Dr. So, nak buat apa kat sini ? Kalo balek kampung best jugak hehe. Alhamdulillah, dipermudahkan lagi !



Dan harapnya urusan saya dalam pelajaran nanti akan terus dipermudahkan Allah swt insyaAllah huuhu, harap2nya tiada masalah. Kalo ada pun harapnya dipermudahkan saya untuk menyelesaikannya dengan baik2 hehe..


P dot s:
:: Selalu baca "Allahummayassir wala tuassir" InsyaAllah segalanya dipermudahkan =)
:: Thanks suda baca =')

:: Salam Aidilfiti dari Kelantan ! =')

Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum...


Hehe salam aidilfitri dari Kelantan. Ye la, orang laen Salam Aidilfitri dari UK la, Japan la, Cairo, etc saya nih dari Kelantan je la hurmm =_=". Hari nih last kita berpuasa, insyaAllah. Kejap je kan, pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak berlabuh, syawal pulak nak disambut. Harapnya tahun depan berpeluang lagi sambut bulan ramadhan..


Eh korang persiapan raya dah siap eyh ? Baju raya berapa pasang ? 10 ?? Melampau tu, kalah mak datin.. Biskut raya banyak tak ? Biskut homemade ke biskut tunjuk2 banyak ? Kitorang sekarang banyak biskut tunjuk2 je lah huhu tak macam dulu, best. Banyak buat biskut. Semua berkerjasama termasuklah abang2 saya tolong buat sekali. Sekarang dah takde da feel camtu sebab masing2 kerja, pastu da ada anak so mana la sempat nak tolong buat. 


Pastu teringat jugak time kecik2 aritu punyalah excited maen bunga api, mercun, meriam buluh etc. sampai ke pagi dengan sepupu semua. Eh, pendek kata memang banyaklah kenangan dulu2. Bestnya duluuu !!! =')


Apa2 pon, biasalah tu. Masa kan sentiasa berdetik, bila dah berdetik takdenya keadaan nak statik camtu jugak. Mestilah berubah.. Tapi tahun nih happy gilalah sebab sempat puasa full kat umah dengan family ! Tahun2 lepas tak macam nih, dan rasanya tahun depan pon takkan dapat rasa camni huhu. Tinggal bape ari je lagi nak ada kat umah ! =(


Eh, panjang plak aku taip 0_o'. Sebenarnya saje nak ucap Salam Aidilfitri ! Saya mintak maaf kalau sepanjang berblogging neh ada salah silap dengan blogger2 laen, pastu mana yang tersentuh hati, kecewa, terasa, meluat dan etc lah dengan entry2 saya, saya mintak maaf sangat2 dan harapnya jangan simpan dalam hati, nanti kan merana hee. Manalah tau kan ada yang dendam kesumat dengan saya huhu. Dan pada teman2 lama, teman2 kampus jugak saya mohon maaf sepanjang kita berkawan, ceyt macam lah dorang baca blog neh ishhh. Saya kan manusia, dan takkan pernah lari dari melakukan silap =_=".


Terimalah pantun tak seberapa neh :


Ramadhan sudah melabuhkan tirai,
Syawal pula datang menjelma,
Salam aidilfitri raya dirai,
Tambah berseri takbir bergema.
-sakura



Eh macam fail je. Nak buat 1 lagi lah :


Takbir bergema di pagi raya,
Tanda syawal menjelmakan dirinya,
Semua happy menyambut raya,
Eh korang, tanak bagi saya duet raya ka ?=)
-sakura

Motif ?


Eh laaaaagi lah FAIL. Memang fail kalo bab pantun2 nih. Ok lah tu je, nak p buat kek pulak, ceewah hehe. Bye ! =)

Semoga niat berblogging diperbetulkan.

Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum...



Hai semua, sihat ? Saya macam tak bape sihat la, dah jam 1 lebey tapi tak mengantok. Banyak hal pk... Hal negara, hal dunia hehe. Eleh hal negara dunia la sangat kan, hal diri sendiri pon entah ke mana huu. Tadi bw, laaagi rasa tak sihat takot semacam. Pastu malu dengan diri sendiri. Kenapa ? Sebab..sebab..sebab...pasal entry saya dulu tuu. Pasal Nuffnang, adehh huhu..='(



Tadi bw, pastu baca entry neh. Saya malu la, malu, malu, malu. Cukup 3 kali. Malu dengan diri saya sendiri, malu jugak pada rakan2 blogger. Saya rasa entry tuh macam terkena tepat2, straight je kat batang idung saya sendiri haa, kalo orang memanah tu memang tepat2 la kena kat bulat yang tengah2 tuh huhu. Bila baca entry tuh, teros terpk, "Eh, da macam diri aku je ni". Yes, saya mengaku, dulu 1st start blogging bukanlah sebab nak kejar traffic and dapat banyak earning through blogging. Tapi untuk suka suka. But then, ye la bila nuffnang muncul, kena jugak take advantage. Pasang mendalah tu untuk suka2 jugak and tak sangka la account plus earning saya bertambah. Thanks !



Tapi, betollah kata orang kan. Duet neh boleh buat kita lupa. Bila dah tengok benda2 camtu bertambah, mesti lah jadi terlebih suka, kan? Then, niat kita secara tak langsung akan berubah. Dan yes, niat saya dalam berblogging kadang2 betol, kadang2 salah huhu. Dan tipulah kalo saya cakap saya tak suka account saya bertambah, memang tipu. Tapi tak salah la kot amek perkara tu jadikan sebagai semangat untuk kita teros berblogging. Dan saya harap blog saya nih bermanfaat untuk dikongsi ilmunya dengan blogger2 len even ilmu di sini hanyalah ibarat sebuih je di lautan seluas saujana memandang tu. InsyaAllah saya akan isi blog nih dengan entry2 yang bermanfaat sebaik mungkin =). Saya tak pandai nak menyampaikan secara lisan, dan blog ni la diambil sebagai inisiatif untuk saya bertugas sebagai daie di muka bumiNya nih even saya takdela pandai sangat pon dalam berblogging tapi takpelah, slow slow, ceyt merepek da aku pagi2 buta nih huu..



Harapnya berblogging nih takkan pernah membuatkan saya lupa diri pastu riak huhu. Takotnya dengan riak, sikit niat berubah cepat tu jugakla riak tu akan datang menyambar macam kilat. Harap2 dijauhkanlah =_=". Terima kasih banyak2 pada blog Pena Maya sebab dah menyedarkan saya secara tak langsung =').



Kejam ke kalo delete friend list ? Maaf huhu. Delete friend list social web tak bermakna ukhwah sesama manusia diputuskan. Tapi ada sebab laen yang tak dapat dijelaskan melalui perkataan. Kata sesetengah orang, undefined statement is always the truth ! Kan ? Jadi saya mohon maaf, berbanyak banyak banyak maaf. Harapnya tidak terasa... Dan harapnya berbahagia.... 


Sebelom tdo jom muhasabah diri ! =') Dan saya mau tdo lah sebelom saya merepek tak tentu hala lagi. Thanks for reading !



P dot s :
:: Tinggal bape ari je lagi kita pose kan. Cepat je masa... Korang dah banyak buat biskut raya ?

:: Pemuda yang IKHLAS dengan CINTAnya... !

Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum....



Ogenki desuka minna-san ? Arini takde la mukaddimah entry, malas la. Just go through this awesome story okei.. Hehe, thanks for spending your time reading this, which might be, one of u guys has already read this.. Baca la lagi untuk kali ke 2 ahaha.. Here we are :


++++++++++++++++

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."



Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.



Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."



Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...



Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.



Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.


"Catrina?"


Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.



Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


+++++++++++++++++
Haha. sekali baca memang tak logik je kan cite nih. Ye la, even cacat sume tu, still dia nak. Tapi, tak dinafikan la, mungkin ada, satu dalam trillion kot. Beruntungnya sape dapat lelaki yang macam dalam citer ni kan. Ye la kan, takde kisah rupa paras. Ikhlas, jujur. Susah tu, sebab memang fitrah manusia nak yang cantik cantik je, hensem hensem je.. Sangat kagum kalo ada seseorang yang macam dalam citer nih !


Tapi, sekarang, ada lagi ke ? Berapa ramai je la yang ada kan, kalo ada pun kan. . . Huhu.. Yang tetap berpegang pada janji, ikhlas dan luhur je hati.. Bagosnya ! ! !


Jaa~ Thanks for reading, guys.. =']



Sumber : ILuvIslam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...