Showing posts with label cerita motivasi. Show all posts
Showing posts with label cerita motivasi. Show all posts

:: Situasi tersirat.

Friday, September 23, 2011

Assalamualaikum....


Korang sihat ? Dah seminggu pembelajaran, dalam seminggu tu jugak, banyak benda baru yang aku belajar. Alhamdulillah, semoga urusan dipermudahkan Allah. Kadang2 rasa jugak down, ish ish baru start sem dah rasa down, macam mana tu huhu. Tapi alhamdulillah, Dia cepat sedarkan aku bila terbaca article dan nih  teros rasa kerdil hehe. And yes, tak perlu nak rasa stress as long as we're still alive, then we'll always have His support dengan syarat kita kenalah tahu cara berhubungan dengan Allah. Jaga apa yang disuruhnya, insyaAllah Dia takkan lupakan kita. =) When we help Allah, Allah will surely help us ! =')

Saya nak kongsi satu kisah dengan korang yang mana boleh jugak d relate kan dengan diri saya sendiri pada masa nih. Dialog antara pemuda A dan pemuda B :


Situasi : Seorang makcik memikul beban yang berat melalui dua orang pemuda, Si pemuda A dan Si pemuda B.

Pemuda A : Eh, ko tengok makcik tu, kesian aku tengok dia. Dahla dah tua, terbongkok-bongkok nak kena usung beban tu semata-mata nak mencari sesuap nasi. Sedih plak aku tengok. Agaknya mana lah anak2 dia ye, takkan tak bantu ibu dorang kot.

Pemuda B : Ye, betol tu. Tapi itu melalui pandangan kau lah. Sebab kau tengok melalui cara tu. Kesian tu baik, tapi kena jugak tengok dari sudut yang positif.

Pemuda A : Maksud kau apa ? Aku da tengok dari sudut positif la ni sebab aku kesiankan dia, bukan mengherdik.

Pemuda B : Maksud aku. Cuba kau tengok makcik tu dari sudut kegigihan dan usaha keras dia dalam mencari sesuap nasi. Dan daripada situ kau boleh amek contoh untuk dijadikan pengajaran dalam hidup kita. Kita ni sama ke atau tak usahanya dengan makcik tu walaupun kita nih muda, kuat, gagah lagi berbanding makcik tu.


Pengajarannya ? Mudah je. Kita tengok sesuatu benda yang menyentuh hati kita then kita akan terus meluahkan apa yang kita rasa, kan kan? Tapi adakah daripada situ, kita amek pengajaran tersirat daripadanya ? Cuba fikirkan yang tersirat daripada tersurat tersebut =)


Macam diri saya la sekarang nih. Dalam class saya, ada la sorang student foreigner daripada Libya. He's actually major in botany and not really used with our course. Then he need to take one subject which need him to play around with the calculation. Fizik, math, additional math so on huhu yang mana saya pon kecut perut bila dengarkannya, sebab saya pon terpaksa amek sekali subjek tu haha. Dah lama kot tinggal subject tu then tetiba kena amek balek. Just imagine ! Tapi fine, saya okei lagi kalo nak dibandingkan dengan dia sebab saya baru tinggal semua tu for 4 years ago ! Compared to him, you know dah lama tinggal benda tu semua. Bayangkanlah sekarang umor dia 35 y/o ! Daripada situ, saya boleh bersyukur. Hehe..


Then saya dan kawan2 kept saying that, kesian lah pada dia and so on lah, bila time kelas dia nampak blurr je. Psst, saya sebenarnya sama je blurr nya haha. Kitaorang tak tengok pulak effort dia dalam nak mempelajari benda tersebut. Baru tersedar hurm.. Subhanallah, sebab itulah saya katakan tadi kita kenalah melihat yang tersirat daripada tersurat tu =). Dan amek pengajaran daripadanya.


Saya kagum dengan dia. Even dia sukar nak faham, nampak effort yang dia benar2 nak score subject tuh. He asked the member of our class to set a study group so that he'll get more clear to the subject. Lepas lab petang tros buat study group. Tapi tak dapat nak join sebab segan, semua lelaki sobs sobs. It's ok then. What I wanna highlight here is, there's something I can learn from him instead of always pity on him. His hard work gave a booster spirit for me to master that subject more and more and more ='). Thanks to him and surely to Allah =')





Dan harapnya aku akan terus disedarkan olehNya ketika mana aku mengelamun, termenung, terkecewa, terputus asa dan banyak2 lagilah yang boleh menjejaskan kejayaan kali ini. Mudah-mudahan dipermudahkan sebab taknak kecewakan ma, abah, abang long, family dan jugak masa depan aku. InsyaAllah, semoga dipermudahkanlah. Dan jugak samalah untuk korang. Semoga urusan korang dipermudahkan ye ! =) Jom sama sama kita berusaha dan berdoa lepas tu barulah kita adil dan layak untuk bertawakkal padaNya..


Saya selalu berangan nak jadi hebat macam dia. Mimpi je kot huhu, tapi insyaAllah akan capainya jugak suatu hari nanti. He's only got a few steps to reach the goal, yet i got so many hard steps to reach mine. Apepun just kept saying alhamdulillah =). Tiap2 sesuatu tu ada kesusahannya plus hikmatnya, depends on how we handle it wisely, right ? Pic courtesy of The Heart Surgery ! Thanks ! =)


Thanks for reading !


P dot s :
:: So soryy, aritu personal kan blog jap hehe, almaklum nak privasi sikit. Ceyt, bajet ramai yang baca blog ko ke jah ? Tak kisah la yang penting sekarang dah rasa tenang bila dah menulis di blog neh. Tima kasih sudi baca ! =') Apa yang tersilap terkurang, maafkan saya dan feel free to tell me =)

:: Melihat tanpa bertemu...

Tuesday, May 17, 2011

Assalamualaikum...



Uish, lamanyaaaaaa tak update hehehe. Almaklum, bz la katakan hihi..

Jom layan citer nih nak ? ^^


Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbau yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih jugak belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing. Pengembala itu pun tanyala kat budak tu :


"Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang ?"


"Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri tu ye ? " Tanya budak tu.


"Ye, ye.. " Jawab pakcik tu dengan cepat2 je.


"Rasanya kerbau pakcik tu dah tua..." Tambah budak tu lagi.


"Betul2, kerbau pakcik memang dah tua. Kau ada jumpa dia ?"


"Kerbau pakcik tu tempang kaki kanannya yang disebelah hadapankan ?"

"Betol2, boleh tunjukkan kan tak di mana kerbau pakcik sekarang?"


"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik tu"


"Kau jangan memain. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, please. Pakcik nak cepat ni"


"Betolla pakcik, saya tak nampak"


"Kalau kau tak jumpa, macam mana kau tau sifat kerbau pakcik ?"



Hanya selingan..^^ Pic's courtesy of Incik google

Budak tu kemudiannya tersenyum, lalu menyambung :


" Macam ni pakcik.." Sambil membawa pakcik tu menuju ke tepi belukar.


"Tengok rumput2 ni pakcik. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya". Budak tu menerangkan, sambil menunjukkan kesan ragutan pada rumput2 tersebut.


"Ya, memang ni kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik, bukan kerbau orang lain?"


"Cuba pakcik lihat baik2. Semua rumput yang diragutnya adalah di sebelah kiri. Itu menunjukkan yang kerbau tu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tak sekata, menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah. Ertinya kerbau nih telah tua. Dan tengok pulak kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang..."


Pakcik tu, terdiam..


+++++++++++++++++


Fuuuuhhh, kagum gila aku dengan budak tu. Bila la agaknya boleh jadi observer yang hebat macam tu. Kan best, sentiasa peka dan menyedari akan sesuatu yang even kita anggap remeh sebenarnya merupakan satu penyelesaian pada masalah. Sesuatu yang kita anggap tak penting yang sebenarnya penting. Harap2 mampu menjadi observer yang hebat dan sentiasa peka macam tu, insyaAllah hehe ^^



Tapi macam mana nak jadi observer yang hebat? Sentiasa la berfikir, of course [Masalahnya aku ni takde la rajin sangat bab nak fikir2 nih hee, ish tak boleh ! Kena ubah !]. Kenapa perlu berfikir ? Supaya neuron2 kita selalu aktif, ceyt ye ye je kan. Tapi jangan pulak berfikir melebihi apa yang sepatutnya. Contohnya berfikir mengenai zat Allah. Yang tu memang tak boleh la deeerrr [uish, 1st time guna ayat "Derr" ni, terasa rock la plakkan], jaohkan berfikir benda yang tak sepatotnya, okei adik adik? Bagos.. ^^


P dot s :
:: Moral of the entry : Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Sebab ada waktunya, keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihatNYa dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukup dengan hanya melihat ciptaanNya...


:: Bahagianyaaaaaa berada di kampung ! Hehehehehe [^,^]Y


Sumber : 95% majalah Solusi, hehe arigatOu ! ^^ Thanks for reading this entry !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...