Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

He knows the best !

Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum...


Ogenki desuka minna ? Apa khabar ? Harap-harap kalian semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya, insyaAllah. Lamanya tak update hehe. Banyak benda yang nak di share kan, tapi masa tak mengizinkan =_=". Eh sebenarnya, masa tu ada je, cumanya maybe saya ni masih lagi terkial-kial nak manage wisely, so sukar sikitlah. Anyway, no worries, mudah-mudahan setiap satu entry yang terhasil mampu memberi manfaat buat kalian semua ( eceyh, skema betol ayat n btw, macamlah ramai yang baca blog ko jah =_=" ).


Hurm, first and foremost walau da lama lepas nak jugak wish kat sini, happy father day to those yang dah pegang title "abah", "ayah", "daddy", "papa", "abi", "baba" dan sewaktu dengannyalah. Walau apapun gelaran yang digunakan, korang memang seorang lelaki yang terhebat dalam hidup seorang anak =').


Buat abah, Wan Ibrahim Wan Ahmad :
Terima kasih infinity, yang tak terhingga. Banyaaaak sangat pegorbanan yang dilakukan abah pada keluarga kita. I am nobody if there wasn't u. Thank you Allah for giving me such a great abah. Abah, u are one of the greatest gifts i ever had, came from Him. Thank you for taking a good care of us. Thank you... =') =') ='). Okay, abes part tu hehe...


Hurm, mau tulis (eh tulis ke, taip la jah), okay mau taip entry apa ye arini... Haa, disebabkan esok hari jumaat, jadi saya nak share lah satu surah yang mana sangat lah baik yang amat (jangan tiru bahasa pelik) untuk kita amalkan. Ramai yang dah tahu, tapi benda baik elok untuk sentiasa dikongsi. Selain jadi peringatan untuk saya, boleh jugakkan jadi peringatan buat kalian, ye dokkk hehe.. InsyaAllah mudah-mudahan bermanfaat =). Surah apa ye adik-adik ? Surah Al-Kahfi cikgu ! Bagos, 110% untuk kamu anak-anak !. (eh, behave !) =_="


Haa, korang tahu tak surah ni sangat lah baik diamalkan, tambah-tambah hari jumaat. Umum kita sedia maklum kan yang surah ni adalah untuk menghalang kita daripada fitnah dajjal. Huhu, tahu kan dajjal. Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa menghafaz sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, dipeliharalah dia daripada fitnah dajjal."- (H.R. Muslim, At Targhieb 3 : 36). Eloklah amalkan baca keseluruhan surah tersebut =).


Lagi satu surah yang sangat elok diamalkan. Suka sangat dengar surah tu tambah-tambah kalo alunan dari Syeikh Al-Mishary, subhanallah...merdunya suara =') takley nak describe macam mana huhu. Surah Al-Mulk.. Sabda Rasulullah saw : "Bahawasanya suatu surah di dalam Al-Quran mempunyai 30 ayat yang memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampuni Tuhan dosa itu. Surah itu ialah : Tabaarakallazi biyadilhilmulk.. (Maha Bahagia Tuhan yang di tanganNya seluruh pemerintahan." - H.R. Abi Daud.


Sabda Rasululullah saw lagi, "Saya gemari jika surah itu (tabarakallazi biyadihil mulk) terdapat dalam hati tiap-tiap orang muslim." - H.R. Al Hakim. 


See, banyakkan kelebihan bila kita recite ayat Allah. Cumanya benda tu tak nampak, sebab tu manusia susaaaah sangat nak amalkan (noted to self!). Banyak lagi surah-surah lain yang elok diamalkan. Tapi tak kisahlah fadhilat semua tu yang penting sentiasa amalkan baca Al-quran, dalam sehari satu muka pon da okay.


Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata :
Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.-(Hadis Riwayat Muslim)


Jadi betapa rugilah kalo kita tinggalkan ayat-ayat Allah..


++++++++++++


"Selalunya, orang yang berjaya adalah orang yang sederhana tapi usahanya berkali ganda!", that was sooo true ! Thanks for those words =')... Kadang-kadang kita selalu rasa malang dengan tiap sesuatu tu tak macam yang kita plan. Kadang-kadang kita selalu rasa yang kita ni seorang loser. Kadang-kadang kita sentiasa hilang keyakinan dengan diri kita. Tak tahu kekuatan sebenar diri kita. Tapi, bare in mind, yang "kadang-kadang" tu sebenarnya ayat untuk push diri kita menjadi seorang yang lebih baik, tak mudah mengalah dan berputus asa.


And yes ! Tak semestinya apa yang kita nak akan kita dapat. Macam sayalah, kecewa bila tak dapat apa yang diinginkan. Tapi takpe, tahun depan boleh cuba lagi. Cuma positifkan fikiran. Dan maybe jugak Allah nak tunjuk sesuatu, sesuatu yang mana lebih baik untuk kita di sini, bukan di sana.. Err, tak faham ? Haha, biarlah. Bukan untuk kalian fahami, cuma sekadar coretan di hati. Eceyh =_="


Terima kasih Allah. Aku tahu apa yang aku mahu. Dan dengan itu, aku akan cuba untuk buat yang terbaik, yang sehabis daya, yang upaya mampu untuk dilakukan..


Semoga setiap satu yang dilakukan adalah ikhlas keranaNya. Semoga penulisan ni mampu memberi manfaat buat kalian semua. Semoga diri ini dijauhkan dari rasa riak dengan setiap sesuatu. He knows the best, so pray for Him.. Terima kasih sudi baca entry ini..  Kalo ada salah silap, tolong betolkan saya =)


Terima kasih daun keladi, kalau boleh singgahlah lagi. Errr, jya ~ =')


Impian itu.

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum...


Impian itu,
Tika diamati,
Berbatu-batu,
Sedang ia jauh dekat di hati..


Impian itu,
Jujur terus dinanti,
Walau detiknya larian waktu,
Tetap azam sampai mati...


Impian itu,
Satu satunya harapan diri,
Juga mereka yang dikasihi,
Takkan sekali aku cuba khianati...


Impian itu,
Ye, impian itu. Masih jauh lagi..
Untuk dirasai.
Untuk disenangi.
Buat kesekian kali.

Namun yakinku, 
Dia sentiasa ada untuk diri ini. 
Dia sentiasa berjanji pada setiap dai'e.
Janji pada yang sabar.
Janji pada yang berusaha.
Janji pada yang bertawakkal..
Sungguh, janjiNya adalah benar..


Impian itu,
Tika saat ini masih di hati,
Suatu saat nanti,
InsyaAllah pasti akan aku dekati..
InsyaAllah pasti akan aku genggami... =)


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.. Ganbatte Jah ~ =)


P dot s:
Aku pernah punya impian. Pernah juga kecewa dan putus harap dalam menggapai impian itu. Namun, perlu hanya percaya tiap satu kejadian itu punya perancangan terindah daripadaNya. Sabar, insyaAllah semuanya akan jadi yang terindah sampai satu saat nanti. Hasbiyallah =')

Kawan kawan, jangan pernah putus harap dengan setiap kejadian yang terjadi pada kita, tak seperti yang kita harapkan. Jangan pernah merungut. Jangan persoalkan. Bolehla kot tanya diri sendiri kenapa. Dan daripada situ, cuba muhasabah diri kita sendiri. Maybe salah kita. Maybe ada something wrong somewhere. So, we need to seek for it ! Jangan hanya pandai salahkan takdir semata. Menangis dan luahkan padaNya. Bukan ke Dia Maha Mendengar ? Ruginya kalau tak luahkan, tak gitu ? Hehe. Note to my-own-self ! =)

Maceh sudi baca. Doakan kejayaan saya dan semuanyalah, kawan2 kita =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...