Surat Ibu ; berapa kali call ibu anda? Dia call dulu atau anda yang call dulu?

Wednesday, December 15, 2010

Assalamualaikum semua !

Sihat ? Diharapkan anda semua sihat alhamdulillah. Hari ni kan nak kongsi video sedih.. ='(

Maybe dah ada kalangan korang yang tengok vid nih tapi aku tak kisah lah nak jugak upload dalam blog. Sedey sangat sangat sangat !
='(

++++++++++++++++


+++++++++++

 Maaflah ye, kesilapan sikit kat situ. Seloka Hari Raya and takbir raya plak. Tetiba rasa sedey je aku yang ada kat ostel nih. Video nih untuk raya lah kot sebenarnya tapi aku baru je tengok. Kesian kan aku, ketinggalan zaman huhu ! =_=


Sedih tak tengok video nih kan. Video nih aku amek dari amek dari member aku. Kadang-kadang kan kita selalu je lupa pada dorangkan. Pada ma dan abah kita. Dalam sehari, berapa kali korang call ma dan abah korang? Okei lah, takyah amek dalam sehari lah. Amek dalam seminggu atau sebulan atau 2 bulan atau berbulan bulan, haa bape kali korang call diorang? Anda lebih mengetahui jawapannya, kan.? =)


Bukan nak kata apa lah kan, tapi kebanyakan daripada kita boley bilang dengan jari je bape kali kita call dorang. Aku tahu sebab aku pun macam tu jugak dulu haha, ye la kan dulu sengkek takde duet sekarang ada duet and berjauhan selalu lah call (Err, saje je nak sedapkan ati aku, padahal yang berjauhan tu yang betol. Al-maklumlah rindu katakan !Duet totap kering !). Tapi betollah weh, kita jarang kan call dorang, ma atau abah lah yang selalu call kita. Tanya khabar kita dulu. Sihat ke tak anak dia yang sorang nih. Makan ke tak? Bila nak balek kampung !


Oh ye, tak dinafikan ada jugak lah kan yang selalu jugak call tapi call bila kesengkekan lah. Nan fulus lah. So, the solution should be your mummy and daddy. Ish ish ish tak baik macam tu tahu, itu maknanya selfish. Tak sedar diri, taktau di untung ! Jangan macam tu, nanti idOp pun tak berkat !


Jangan jadi video kat atas ye. Nauzubillah lah kan, bila berjaya teros lupa dorang. Bila jadi doktor, sanggup tak balek jenguk mak yang sakit semata-mata nak jaga pesakit. Ye, penting pesakit kita tu tapi mak kau tak penting ke? Mak hanya ada sorang je kat dunia, jaga lah dia sebaik-baiknya sementara dia masih hidop !


Janganlah jadi macam tanggang yang lupa daratan tu !


 Jangan bila dah terjadi sesuatu, dah terlambat pastu time tu lah korang nak insaf. Then, sesal seribu jutaan million trillion yang tak terhingga pon takkan dapat pape jugak. Percaya lah ! Jangan nanti menangis tak berlagu sudah ! =(


Jadi apa lagi, apa kata, start nanti, korang plak call dorang tanya khabar ? Sekarang pon boleeey ehehe nanti mesti mak ayah korang terkejut lah. Apekehal dengan anak aku sorang nih. Tetiba je call ! Sihat ke idak. Tapi takpe lah, perubahan ke arah kebaikan kan digalakkan ! So, apa lagi pegi lah call sekarang ! 

Pic by courtesy of google !

Ma and abah, tunggu kepulangan anakmu yang sorang nih ! Tak sabar rasanya anakanda mau ketemu denganmu berdua ! (eceyh, ayat jiwang tuh !). I'll be there in just a few days to go!.. Tak larat dah berhadapan dengan keadaan di sini.


p dot s:

Hadi riwayat Abu Hurairah ra, berkata :
Seseorang datang menghadap rasulullah saw dan tanya :
"Siapa manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik sekali?"
Rasulullah saw menjawab :
"IBUMU"
Dia bertanya lagi :
"Kemudian siapa?"
Rasulullah jawab:
"Kemudian IBUMU"
Dia tanya lagi :
"Kemudian siapa?"
"IBUMU" jawab Rasulullah saw.
Dia bertanya lagi:
"kemudian siapa?"
Barulah Rasulullah saw menjawab "Kemudian BAPAMU"


Nampakkan dasyatnya kekuatan seorang IBU di situ ! Jadi wanita wanita di luar sana, banggalah dan bersyukur lah anda sebagai seorang wanita yang akan bergelar seorang ibu ! =)


Thanks for reading ! =)

MAHA 2010 ! Ala, dah lepas dah pun, so ini adalah entry yang basi ! =p

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum..?

Hye sihat semua? Harap2 sihat alhamdulillah lah semua ya, saya sihat alhamdulillah cuma ada penyakit kerinduan yang keteramatan sikit.eh bukan sikit, banyaklah dekat family tercinta ! Huhu bila lah agaknya aku boleh balek.. =(

Hari nih tetiba je jadik rajin nak upload gambaq2 yang dekat MAHA ari tu. Ye la, biar pun dah tamat pameran tu tapi totap aku nak upload gak. =) Jadi ini bolehlah dianggap entry yang basi, tapi kalo baca pon takkan salah sakit perotlah, don't worry. Okei, stop mengarOt!

Lihatlah gambaq2 yang tak seberapa ini :

4 dara pingitan yang comey2..kak amy, ezan, kak alia and kak ala =)





muka kekenyangan selepas bekfes. Masalahnya kenyang ke??
boley la, pekena roti canai satOO dengan tey beng!

Then, kitaworang pon bertolaklah pergi ke MAHA tu. Nasib bek bertolak pepagi buta, tak delah sesak sangat jalan raya dengan umat manusia sekalian kan.


Sampai sana, teros amek peluang posing la kan. Biasa lah sifat naluri hati perempuan. Memang suka berposing pon. Punya lah TERexcited tegok baaaaanyak sangat bunga2 yang dijual dan dipamer sama ada bunga plastik Or bunga betOl2. Comey2 sumenya..


Me and mila. Ye la, ye la bunga tu kecik je, tu pon nak posing ke.Aku tau, saje je kitaorang kan terover excited tengok bunga ni so, amek je la.


comey kan? kan?kan? Kalo yang real laaagi cantik..
Nak jugak bergambar dengan bunga2 tuh! =p
Pastu masok la plak gerai2 lain. Yang membuatkan kami lebih teruja untuk berposing sakan bersama-sama bunga orkid. Banyak gila bunga orkid kat sana. Comey2 plak tu! Well, tak beli pon. Amek gambar sudee. Huhu. Mahal kot nak beli. Kesengkekan sekarang nih. ='(

comey kan, orkid putih nih.. =)


Lagi bunga orkid. Cantik kan? =)


Lagi...


Dan lagi... =)

Buat gaya ala2 promoter la kan..

Ni diaa, pokok yang boley bertukar2 kaler..Kiki aku baru tau kot hasil daripada
penerangan kak amy =p sdey gile kot baru tau


kak ala yang muka macam takot2..kiki =p


gambar yang sangat cantik ! Time nih masok seminar kat sana, untuk dapat sijil sambil dapat ilmu tambahan hee. Gaya Kak amy dan ezan sememangnya hebat da bomb lah dengan gaya tangan "Best" ala2 Dr. Rozmey 40 juta ! Boley ganti dia nih kehkeh . . =p



Si dugong ! =) yang telah diawet sesiap.=(
serius kesian gila aku tengok ikan kerapu ni. Huhu. Kena jangkitan bakteria kot kat mulut dia tuh. Tetiba teringat Justin Bibir. Justin bibir okei bukan justin bieber. Si Justin bibir nih ikan kerapu yang sakit time aku praktikal dekat tanjung demong aritu.
 
eleh kau ni jah orang lain sibuk nak lalu lalang time tu lah ko nak amek gambar kan ! Apa2 pun saya suka sangat gambar ni, sangat cantik berlatarbelakangkan jabatan perikanan Malaysia! Erk ! =P
"Ini lah bunga orkid kuning ye kawan-kawan"kata Mila
milah di samping 1 malaysia "tercinta" huh. Yee?


"Ini lah dia bunga orkid yang telah dikacukkan" Kata aku. Pakcik kat belakang tu pun sibuk nak masok amek gambar sekali kehkeh. Hye pakcik, nape termenung nih? 
Gambar ni pun saya suka. Hihi. Kredit sangat dekat brader indian tu yang tanpa segan silu dan tanpa terpaksa melayan kerenah kami yang mahukan gambar kami diamek.. Thanks bro (tetiba jadi rock kenapa?) =) hihi comey tak....bunga tu aku maksudkan. Bukan kitorang okei.  

Pastukan kitorang pon bertolak plak pegi The mines. Ala mall la, shopping complex. Aku xcited la kan terjumpa patung pakai baju kimono nih terus eden snap gambar ! Comey kan. Rasa nak beli je baju tuh kehkeh. =p 
Kuar dari The mines, sempat lagi tuh snap gambar. Ye la, last pic, kenangan terakhir.. =)

Hurm.. Overall komen untuk perjalanan to MAHA. Okei lah, tapi aku totap tak berpuas ati lah kan sebab masa tu siiiiingkat sangat. Tak sempat nak jalan hall B dan Hall C huhu. Pastu tak sempat jugak nak beli souvenirs untuk buat balek kampung ! Huhu sedey gila. Tapi okei lah, dekat mall tu dapat la beli slipar bilik keke, okei lah tu buat kenangan kan daripada takde. Kan? Apa-apa pun happy sangat dapat p sana. Dapat ilmu baru wooh even dalam masa yang singkat ! . . =)


p dot s:

When you know a thing, to hold that you know it; and when you do not know a thing, to allow that you do not know it - this is knowledge.
 
 
Thanks guys for reading ! 
=)

secebis nukilan rasa dan teguran ikhlas buat si Adam....

Friday, December 3, 2010

Assalamualaikum...




Lelaki. Kenapa kamu bernama lelaki? Okei lah, untuk lebih menyedapkan bahasa entry kali nih, lelaki saya gantikan dengan Adam. Adam, kenapa kamu adalah ADAM? Adam banyak kelebihan kamu yang tak terungkap, banyak sudut diri kamu yang tak akan tersingkap dengan senang-senangnya.... 

Adam.. Kebanyakan daripada kamu diciptakan dengan tulang rusuk yang kuat. Kenapa adam? Kerna untuk melindungi kaum kami yang bernama Hawa wahai Adamku.  Kerna untuk mencari nafkah buat kami, si Hawa mu yang HALAL Adam..Adam, kenapa kamu dikurniakan dengan akal 9 dan nafsunya 1? Kenapa Adam? Kerna untuk membimbing kami dengan menjadi ketua keluarga yang boleh diharap. Ingat Adam, boleh DIHARAP. Bukan boleh DIHENTAM. 

Adam kenapa aku rasakan perjalanan hidup kalian amat mudah jika dibandingkan dengan kaum kami Adam? Kenapa?  Lihatlah Adam, kiranya ada sahaja kes buang baby yang tak berdosa, siapakah yang terus dipersalahkan? Ya, aku bukan mahu membela si Hawa yang sememangnya telah dikuasai oleh 9 nafsu nya dan sememangnya telah terbabas dari landasan yang betol. Tapi aku tetap kecewa, kecewa kerna kaummu jarang sekali kedengaran untuk dipersalahkan dalam hal ni. Ye, aku mengaku kaum Hawa memang bodoh! Senang2 boleh terpedaya dengan janji manis yang dah ditabur oleh sesetengah daripada kalian yang bermulut manis , pandai berkata-kata, berjanji setia konon-konon tapi semua tu hanyalah hampeh. Abes tu, padan muka kamu wahai si Hawa yang mudah terpedaya dengan janji mereka!!! Jadilah kamu golongan yang rugi! Sape suruh mudah sangat kamu terpedaya?Kan dah kena?

Ya Adam, tidak adil lah untuk aku katakan perjalanan kalian mudah kerna setiap 1 umat yang dijadikan Allah telah ditetapkan Qada dan Qadar masing-masing. Ya Adam, dari luaran hidup kalian memang nampak mudah namun sebenarnya sukar. Perjalanan kalian tidak mudah namun aku kecewa disebabkan ada segelintir daripada kalian yang mengambil mudah perjalanan hidup kalian. Kalian merasakan “Ya, aku kan jejaka! Hebat!Kuat! ” Apa-apa je lah adam tapi adam tahukah keperasanan kalian akan menimbulkan kemeluatan kami kaum Hawa, Adam? Adam, janganlah disebabkan kuasa yang ada pada kalian menyebabkan kalian bermegah. Gunakanlah 9 akal yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya. Jangan digunakan untuk menghentam kami kaum yang sedia lemah. Jangan disalahgunakan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia, sesuatu yang tidak berguna, sesuatu korupsi dan janganlah digunakan untuk memperalatkan kami. 

Adam, sesungguhnya aku sangat sangat sangat mencemburui dirimu yang dikurniakan 9 akal namun aku tetap bersyukur dengan kelebihan2 telah yang dikurniakan pada kaum kami. Dibandingkan dengan kami adam, hanya dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu!!! Ye, 9 nafsu Adam! Oleh itu, sepatutnya kalian membimbing kami dan bukan menggunakan kebijaksanaan 9 akal kalian dalam memperbodohkan kami wahai Adam! Apa yang kalian fikir bila 9 akal lawan dengan 1 akal? Opkos la 9 akal yang akan menang, kan Adam? 

Adam, wahai Adam yang pandai berkata-kata, pandai dalam berjanji setia yang tak berapa setia, pandai dalam pujuk rayu, pandai dalam memikat hati kaum Hawa, pandai dalam mengelentong kaum Hawa, pandai dalam...Ah pandai dalam semualah. Ya, aku kagum denganmu Adam. Aku kagum dengan kebolehanmu adam yang hebat dan pakar dalam semua tu. Tapi adam, aku pohon, aku minta agar kalian gunakan sebaik-baiknya kepakaran kalian itu pada seseorang yang telah kalian aim untuk dijadikan sebagai yang HALAL bagi kalian. Yang HALAL Adam, yang HALAL. Bukan yang stok, bukan yang sementara, dan semestinya bukan yang HARAM Adam!!! Susahkah permintaan ini Adam? Sukarkah untuk ditunaikan Adam? Jika senang, kenapa sukar sekali untuk mencari seseorang daripada kalian yang sememangnya ikhlas wahai Adam? Kenapa?? Kenapa?? Dan kenapa?..........

Adam, tahukah kalian bahawa hati kami kaum Hawa ibarat marshemallow (aku tak dapat nak pk ibarat apa, ni pun jadilah sbb dia lembut) yang mudah sekali tersentuh dengan setiap ungkapan daripada kalian wahai adam? Sedarlah adam, dan berhati-hatilah kalian dalam setiap ungkapan kalian terutama kata-kata manis pada kaum kami wahai adam. Tanpa sedar ungkapan kalian sebenarnya  akan menyebabkan hati kami berbunga-bunga yang mungkin bukan niat kalian untuk membajai hati kami kaum Hawa. Tapi itulah manusia, sememangnya lemah ditambah pula golongan kami si Hawa yang memang lemah. Namun adam kalian jangan sesekali berani mengambil kesempatan atas kelemahan kami! How dare U coz i won’t let it be!..

Adam..Adam..Adam..Banyak lagi ungkapan, bingkisan yang ingin aku sampaikan pada kalian yang mungkin sukar dan tak tercapai untuk disampaikan di blog picisan ini. Namun Adam, sedarlah kalian akan nukilan yang tidak seberapa ini datangnya daripada salah seorang kaum Hawa yang inginkan perubahan daripada kalian. Pandanglah kami dari sudut yang berbeza. Bukan dari sudut nafsu semata. Bukan dari sudut rupa paras semata. Dan bukan dari sudut kepopularan semata-mata. Pandanglah kami dengan mata hati. Dengan mata hati kalian yang ikhlas, Adamku.............

Dan wahai Hawa. Janganlah kalian mudah termakan janji manis Si Adam. Ya, sesetengah adam memang pandai menabur janji. Memang superb berkata-kata. Memang power dalam pujuk rayu. Kenapa kamu begitu mudah terpedaya, percaya dengan kata-kata kaum Adam? Ah, kena ayat sikit mulalah kalian berangan, berada di bulan lah, berada dibintang lah! Jangan Hawa, jangan begitu. Jangan biarkan maruah kamu, maruah ibu bapa dan family kamu tercalar... Apakah kalian mahu menghancurkan maruah kalian sepanjang 21 tahun untuk sesaat kesilapan yang kalian buat? Jangan jadi buta wahai Hawa. Jangan jadi bodoh! Celiklah kalian. Mata hati kalian. Jangan mudah terpedaya Hawa!!!Jadikan hati kalian keras macam batu bila berhadapan dengan kata-kata begitu namun jangan jadikan hati sekeras itu bila berkaitan hal-hal agama.. Nauzubillah....
Hawa, jadilah kalian bunga sakura yang mengembang cantik yang pandai dalam menjaga maruah diri.. Jadilah kalian ibarat bunga ros yang cantik (bunga sakura pun tak setandingnya huhu), namun awas bila dipegang disebabkan duri-durinya itu. Jadilah kamu seperti itu wahai Hawa. Sukarkah untuk menjadi seperti itu??? Tepuk dada, dan jangan tanya perut, tapi tanyalah iman dan hati kalian, apakah yang kalian mahu sebenar-benarnya....Apa-apapun tetap teman sejati kita hanyalah amal dan sepi bila tibanya pengakhiran waktu. Teman di dunia hanyalah sementara. Sekian....

p dot s:
*Harap maaf andai entry kali ini menyentuh mana-mana sensitiviti anda semua. Sekadar nukilan ikhlas sahaja. Kiranya ada kesilapan, mohon pembetulan daripada kalian semua. Peace no war! =) Thanks for reading!

aku rindu kampung aku ='( & apa sebab rambut gugur?

Thursday, December 2, 2010

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pagi subuh2 semalam pukol 5.33 am aku dan rakan-rakan selamat sampai ke UMT tercinta (Yosh, UMT tercinta!) setelah mengharungi perjalanan yang teramatlah panjang sepanjang 5 jam lebih-lebih sikit lah sehingga rasa sakit tulang belakang, leher, tengkuk segala sebab tido atas kerusi bus dan disebabkan oleh kerusi pakcik dreber bus depan aku yang terlalu lah dekat jaraknya sehingga membuatkan aku rasa teramatlah tak selesa untuk tdo (tapi tdo hentam lena jugaklah) atas bus sepanjang perjalanan tersebut!!(fuh panjang gila penerangan!).

Sebenarnya, sedih sangat huhu. Boring sangat huhu. Kecewa sangat huhu. Stress sangat huhu. Aku nak balek! Serius aku nak balek! Rindu kampung! Rindu ma abah! Rindu kanak-kanak riang! Rindu kat simbabe dan stella. Ah, rindu semua lah. Tolong, serius huhu. Sedihnyaaa! ='( ='( ='(

Hurm.. sebenarnya nak post pasal lawatan aku ke upm MAHA yang aritu. Tapi still takde mood nak post pasal tu. Ye la, banyak gambar nak kena upload. Nak tunggu upload gambar tu bukan macam cinderella dapat tukar baju. Sekali *ting* je dah siap pakai baju comey2 siap dengan kasut kaca skali. Okei aku dah melalut dah huhu. Ye la, nak upload gambar tu bukannya kejap. Lama weh, berjanggut kena tunggu sampai boleh semua lah diupload. Lambat macam siput bab 1 tu huhu. Tu yang frust taknak taip entry tu lagi tu. Nanti rajin tengoklah akan keluar lah entry yang gempak tu. (masalahnya gempak ke?)

Ni nak tanya satu soklanlah. Kenapa ye, rambut gugur? Huhu apa sebabnya? Apa masalahnya? Kenapa? Ah, pada aku mungkin sebab kuat study sangat kot. Sebab tu lah rambut ni suka untuk menjatuhkan dirinya dari kepala tuannya, kan?kan?kan? Tak betol ke? Ye la, orang kata kuat berfikir ni pun boley sebabkan rambut asyik gugur je. Cuba tengok profesor2, orang bijak pandai kebanyakannya 1/2 berambut kan? So, it means that theory is acceptable, right?

P dot s:

Kalo ikot teori tuh, aku tak payah riso lah kot. Ye la, itu menunjukkan tahap usaha aku dalam final dan pelajaran aku. Hilang rambut disebabkan study! Haha konon-kononlah. Tak payah perasan la ko jah! 

Apa nak risau. Yun Nam hair care kan ada! Erkk?boleh plak?

Domo arigatOu Mr. Nuff! BE time!

Monday, October 18, 2010

Assalamualaikum... and hye there


Nothing to story. Just want to give credit to my Mr. Nuffie, for giving 2nd BE of mine.. alhamdulillah! Yeay! Hehe, ya, i know la it's just two BE. Sikit je tu. But never mind i'm.....happy, happy and happy.. =)

But the Q is, for how long my BE can stand in that my blog? Huhu, i though it's showed for a while then lenyap entah ke mana nanti just like my last BE. Didn't really know how this BE work. 


Just hoping that my BE's not turning into Meter earning (ME) =)



Banyaknya bunga sakura!!!

If only i were there!  
 
HUhu bestnya bestnya bestnya...!

.: HadOi, apa ada pada sOlat SuBuh??:.

Saturday, October 16, 2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membaca buku yang agak menarik. Keajaiban Solat Subuh, tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani. Menarik sangat content dalamnya. Teratur dan mudah difahami. Saya tertarik untuk postkan 1 entry berkaitan solat subuh dalam blog ni. Kenapa solat subuh? Kenapa tak solat Isya'?Zuhur? Maghrib? Atau Asar? Kan penting jugak. Ya, saya tak menafikan kepentingan keempat-empat solat wajib tersebut, namun suka saya nak highlightkan solat subuh kerana semua sedia maklum yang ganjaran pahala solat tersebut mengatasi keindahan dunia sebenarnya. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw: 

" Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain dari solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." [Hadis riwayat Muslim].

Nampakkan kepentingan solat subuh kat situ. Solat subuh adalah sumber dari segala cahaya di hari kiamat nanti yang mana pada hari itu, semua sumber cahaya akan padam. Korang faham tak ayat nih? "Kemampuan fizikal manusia mempunyai potensi untuk bangun pagi, namun potensi kekuatan hati tidak mampu mendorongnya untuk bangun pagi dengan alasan yang begitu menyedihkan.. " Faham tak? Kalau tak, diharap anda habiskan pembacaan anda sampai ke hujung entry ini. ceh, ayat skema gila kui2, tak ley blah hihi..=p


Rasulullah saw, apabila meragui keimanan seseorang baginda akan mencari orang itu ketika solat subuh. Kiranya baginda mendapati orang tersebut takde, maka benarlah apa yang diragui baginda dalam hati.. 


Ada jugak di antara kita yang solat subuh gajah. Korang faham kan maksud solat subuh gajah. Solat subuh yang dah lewat la. Contoh, 7.30 am, tu memang dah lewat dah tu. Matahari dah naik tinggi dah. Sekarang ni pun kalau kata jam 6.45 am pun dah cerah dah. Macam ragu2 jugak nak solat time tu. Inikan pulak jam 7.30am! 


Solat subuh adalah solat yang paling sedikit jumlah bilangan rakaatnya, namun solat inilah yang selalu menjadi ukuran keikhlasan kita, berdasarkan waktunya yang teramat sempit dan lebih cenderung sukar untuk dilakukan. Saya sendiri tak faham, kebanyakan kita, khususnya macam student2 selalu terlepas solat subuh. Alasan tdo lewat. Tak set jam. Atau dah set, tapi tak dengar. Atau tak sedar. Atau terlajak tdo. Sama je kot alasan tu. Nak kata apa pun tak boleh, sebab saya sendiri pun bukannya sempurna sangat tapi dalam ketidaksempurnaan saya, saya masih tahu, solat subuh itu penting. Alhamdulillah, masih tidak subuh gajah. Alhamdulillah masih tidak tertinggal. Harap2 masih terjaga solat subuh saya sampai bila-bila InsyaAllah..


Dalam buku tersebut ada ditulis, sesiapa yang melaksanakan solat subuh setelah terbit matahari dengan sengaja, bererti dia telah meninggalkan kewajipan yang telah diberikan Allah dengan sengaja. Dasyat tu! Tak rasa dasyat ke? So, pada korang2 yang susah nak bangun pagi, solat subuh belilah jam loceng banyak2. Letak keliling katil. Biar terkejut terus bangun untuk solat hehe dah tak bangun sangat pk la cara sikit untuk buat korang bangun!


Okei lah, saya nak berkongsi dengan korang semua pasal contoh fenomena yang berlaku dalam kalangan orang-orang Amerika menurut pengalaman Dr. itu sendiri dalam buku tulisan beliau:

Fenomena 1:

Ketika beliau berkunjung ke Amerika. Pada saat beliau pulang dari masjid setelah mengerjakan solat subuh sekitar jam 6 am, beliau mendapati jalan2 utama dan jalan2 tol sangat sesak dengan kereta. Rupa-rupanya mereka bangun pagi untuk pergi ke tempat kerja yang kebanyakannya jauh untuk sampai tepat pada waktunya.Mereka itu adalah orang Yahudi, Kristian, dan Atheis. Mereka semua bangun pagi untuk mengejar kemewahan dunia yang mana pada waktu sama dengan solat subuh. Tenaga mereka itu yang mamou mendorong mereka untuk bangun pagi. Namun, saya ada persoalan, kenapa ya, seorang mukmin tidak mampu untuk mengerahkan seluruh tenganya untuk bangun pagi sama seperti mereka?? kenapa?

Fenomena 2:

Pada 1 pagi beliau menghadiri 1 seminar kedoktoran di salah 1 kota di Amerika. Ynag menghairankan, seminar tersebut bermula jam 6 am!! Oleh sebab waktu solat subuh masuk agak lewat, beliau menunaikan dulu solat sebelum bergegas ke sana. Beliau membayangkan ruang seminar tersebut kosong yang mana hanya dihadiri sedikit orang. Sampai je kat sana terkejut beliau, ruang seminar yang disangkakan kosong sudah penuh!!! Pelik bukan.. Macam mana dorang boleh mengatur hidup dengan menghadiri pertemuan ilmiah yang bukannya kewajipan, tapi sekadar pilihan. Cuba fikir plak, situasi kita. Macam mana kita tak mampu nak bangun untuk menuanaikan kewajipan solat subuh yang sememangya difardukan buat kita? Tapi kita tak megerjakannya. Sangat sedih. 

Fenomena 3:


Fenomena 3, di mana beliau terkejut melihat ramai rakyat Amerika yang bangun sekitar jam 5.30 am semata-mata nak bawak anjing dorang menghirup udara segar dan berjalan-jalan lah. Cuba fikir, mereka sanggup untuk bangun pagi semata-mata kepentingan anjing dorang. Sedangkan kita, kaum muslimin dan muslimat, sebahagian besarnya enggan bangun pagi untuk Allah!!! Astargfirullahhala'zim.. Takke rasa teruk???.

Anda bayangkanlah, kerana cinta anjing mendorong pemiliknya bangun pagi namun cinta Allah masih lagi tidak mampu untuk mendorong kita untuk bangun kerana-Nya!!!




-Sebab itulah saya mengatakan di awal entry tadi bahawa kemampuan fizikal manusia mempunyai potensi untuk bangun pagi, namun potensi kekuatan hati tidak mampu untuk mendorongnya untuk bangun pagi dengan alasan yang begitu menyedihkan!-


Anda fahamkan maksudnya? Kekuatan hati di sini bermaksud keikhlasan hati kita dalam menunaikan kewajipan yang telah diamanahkan Allah pada kita semua. Sekiranya hati kita tak cukup kuat, dan tak cukup ikhlas untuk bangun pagi. Bermakna kita masih lagi tidak ikhlas untuk beribadat padanya. Wallhua'lam... 


Saya juga percaya korang pernah mendengar cerita pasal salah seorang penguasa Yahudi yang dengan lagaknya berkata dia tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat jumaat!!!

+++++++++++++++++++




(Hadoi sakit mata tak korang, baca kelip2 nih ? hehe)

Akhir sekali, saya tinggalkan anda semua dengan cerita pasal seorang lelaki yang berjalan untuk menuju ke masjid solat subuh, mendapat banyak ujian sepanjang perjalannya:

  

Seorang pemuda bangun pagi2 buta semata-mata utk solat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid dan ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu . Dia menanyakan identiti lelaki  tsb, dan  menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,  jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' 

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih  dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu  mengajak lagi hingga berkali2 dan,  lagi, jawapannya sama. Pemuda  bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. lelaki itu  menjawab  


 Aku adalah IBLIS (setan) !!!

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan,  'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu . Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. 

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu . Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai dimasjid dgn selamat....


Nampak kan kepentingan solat subuh di situ, lebih2 lagi sekiranya dikerjakan secara berjemaah di masjid. Sedangkan syaitan sendiri pun takot dengan nikmat ganjaran yang diberikan Allah swt.. Subhanallah.. 


Okei lah sampai sini dulu entry kali ni. Panjang dah kot. hehe. Saya mintak maaf kiranya entry nih menyentuh mana-mana perasaan anda, janganlah lepas ni tak singgah blog saya dah ya heee tapi sape makan cili dia la yang terasa pedasnyaa kan?kan? =P

Janganlah sewenang-wenangnya meninggalkan solat subuh dengan alasan yang amat menyedihkan! Tertido la, tak terbangun la, tak sedar la, tdo lewat la dan sewaktu dengannya lah. Sedarlah nikmat yang terkandung dalam solat tersebut amat besar.

Eh-eh..Tiba-tiba ter'upload' gambar Maher Zain plak..Hehe.. Hensemnya!
Pic credit tO: Sensasi selebriti


p dot s:

Sama-sama menginsafi diri, muhasabah diri kita sendiri


Selepas solat subuh, amalkan lah baca surah Al-Waqia'h.. Baik untuk murah rezeki dan lain-lain.


Amalkan baca selawat tafrijiyah atau selawat nariyah selepas solat subuh kurang2 11 kali. Banyak kelebihan jugak.


Allahumma salli salaatan kaamilatan Wa sallim salaaman taamman ‘alaa Sayyidina Muhammad-I Nilladhee tanhallu bihi’l ‘uqad wa tanfariju bihi’l kurab Wa tuqdhaa bihi’l hawaaij wa tunaalu bihi’r-raghaaib Wa husnu’l khawaatim wa yustasqa’l ghamaamu biwaj’hihi’l kareem Wa ‘alaa aalihi wa sahbihee fee kulli lamhatin wa-nafas Bi ‘adadi kulli ma’loomin-lak
Terima kasih kerana membaca entry ini... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...