Showing posts with label nukilan rasa. Show all posts
Showing posts with label nukilan rasa. Show all posts

Penilaian | Pemikiran.

Thursday, March 22, 2012

Assalamualaikum...


Apa khabar kalian semua ? Harapnya sihat walafiat =). Saya sihat-sihat-sahaja. Alhamdulillah ='). Haa, ada satu persoalan untuk kalian semua. Eh, jap intonasi macam da len pulak bila ber"kalian-kalian" nih heheee =_=". Okaylah, ada satu persoalan. Apa benda yang kita susah sangat nak betulkan ? Sentiasa dan asyik berubah jika tak pasang dengan betol ?... Haaa, cepat-cepat jawab. Kalo betol saya belanja ! =). 


Sebenarnya kan, tak faham dengan sesetengah pemikiran manusia. Sebab apa ? Sebabnya, lain manusia, lain pemikiran. Tapi kan, pemikiran tu sebenarnya boleh mengubah nothing to something ! Contoh la, kita asyik fikir kita tak boleh buat something, memanglah kita takkan mampu buat melainkan kita yakin kita boleh buat. Faham tak ? Pemikiran akan mempengaruhi tindakan kita. 


Pemikiran orang lain pun boleh mempengaruhi diri kita sendiri. Contohlah, orang tak yakin student group ni boleh berjaya dengan apa yang dorang pilih. Sebenarnya kan, walaupun tu hanya pemikiran dan hanya kata-kata, the truth is, it's damn hurt dan secara tak langsung akan men'down'kan semangat students untuk study dengan lebih jaya lagi. So, totally akan effect pada result dia kan. Dan sedarlah, bila kita asyik cakap dia tu tak boleh berjaya, tak boleh pergi jauh tak boleh tu tak boleh ni, sebenarnya akan menjatuhkan semangat dorang untuk cari ilmu dengan lebih gigih. Maybe akan take things for granted. Cubalah, cubalah dan cubalah manusia, jangan pandang orang dengan sebelah mata. Kecewanyaaa, kadang-kadang rasa sedih sebab manusia senang-senang nak judge orang tanpa nilai dulu dengan sebaik-baiknya. ='(




Jugak hairan, bila dah kita tak setuju dengan something tu tapi kenapa kenapa dan kenapa masih lagi kita teruskan benda tu ? Kenapa tak hapuskan terus ? Terasamacamdianaktirikanbiladahjadimacamni. Lebih baik dihapuskan, takdelah sebelah pihak mengata dan sebelah lagi terasa. Eh eh, da jaoh da... =_=". Hehe sorry, bukan berlagak pandai cuma hanya meluahkan jeritan rasa yang tak didengar. Ceytt, ayat tak boleh tahan =_=. Jadi, positifkan pemikiran anda. (Noted to self too).


Haa, korang !! Da dapat jawap belom soklan first tadi ? Benda apa yang selalu berubah-ubah? Apa ? Iman ? Haa, betol jugak tu hehe tapi yang saya maksudkan kat sini adalah NIAT. Hehe, tau kan apa itu niat ? Pada saya, susah sangat nak maintain niat nih. Ye la, niat kita buat sesuatu tu HANYA KERANA ALLAH SWT. Kadang-kadangkan, niat berblogging ni pon boleh berubah, seenteng bila iklan mulai menempek manja kat blog minta uuntuk dikasihi, sepantas tu lah niat tersasar walau dalam 1degree sekalipon, tetap tak boley okay even sikit sekalipon. Tapi pada saya, tu dulu la kot hehe, sekarang da tak kisah. Sebab dah jarang sangat berblog walk. So, blog ni memang sah2 la takde orang jejak masok ponnnn. Duit pon memang tak jalan la hehe. Tak kisah lah kan. Semoga tetap istiqamah.


Blogging sebenarnya boleh jadi saham untuk kita jugak bila kat "sana" nanti. Saham membantu bila kita tulis pasal ilmu, kebaikan untuk manusia sejagat, peringatan dan etc. Dan saham membunuh bila kita tulis pasal gosip. Bayangkan, bila kita mati nanti dan blog kita masih ada, cerita something yang orang akan dapat manfaat, maybe kita jugak akan beroleh pahala. Tapi tapi tapi kan cuba bayangkan kalo kita cerita pasal keburukan je, gosip, etc yang mungkin tak betul, bayangkan berapa banyak dosa kita dapat ? Okay, noted that dosa pahala bukan kerja kita tapi cubalah jauhkan daripada benda yang memang kita rasa salah tu =). So, sila betulkan niat anda dalam berblogging. =) No offense yeeee. Dan gunakan blog anda dengan sebaik-baiknya. Saya sangatlah jeles dengan orang yang pandai menulis. Menulis dalam memberi peringatan, menulis dalam rendah diri hanya berharap redhaNya sahaja, tabik dengan mereka-mereka itu. Terima kasih atas peringatan yang kalian titipkan dalam blog kalian yang menyedarkan diri yang selalu terleka ini. Sungguh, tak terbalas dengan kata-kata =') Semoga urusan kalian dipermudahkan =') =') =')


Panjang pulak entry nih. Baiklah, the point is, berhati-hati dengan kata-kata, sentiasalah positifkan pemikiran, samada untuk diri sendiri mahupun orang lain dan cuba cuba dan cuba hehe betulkan niat anda hanya keranaNya. Eh ehe, jap, entry ini juga adalah peringatan buat diri yang lemah ini. Semoga sentiasa istiqamah. Terima kasih daun keladi, kalau bermanfaat jenguklah blog ini lagiiii =)


Esok hari jumaat, eloklah kita cuba baca surah Al-Kahfi, sangat baik untuk diamalkan =)


Tolong doakan saya =). Terima kasih infinity~


secebis nukilan rasa dan teguran ikhlas buat si Adam....

Friday, December 3, 2010

Assalamualaikum...




Lelaki. Kenapa kamu bernama lelaki? Okei lah, untuk lebih menyedapkan bahasa entry kali nih, lelaki saya gantikan dengan Adam. Adam, kenapa kamu adalah ADAM? Adam banyak kelebihan kamu yang tak terungkap, banyak sudut diri kamu yang tak akan tersingkap dengan senang-senangnya.... 

Adam.. Kebanyakan daripada kamu diciptakan dengan tulang rusuk yang kuat. Kenapa adam? Kerna untuk melindungi kaum kami yang bernama Hawa wahai Adamku.  Kerna untuk mencari nafkah buat kami, si Hawa mu yang HALAL Adam..Adam, kenapa kamu dikurniakan dengan akal 9 dan nafsunya 1? Kenapa Adam? Kerna untuk membimbing kami dengan menjadi ketua keluarga yang boleh diharap. Ingat Adam, boleh DIHARAP. Bukan boleh DIHENTAM. 

Adam kenapa aku rasakan perjalanan hidup kalian amat mudah jika dibandingkan dengan kaum kami Adam? Kenapa?  Lihatlah Adam, kiranya ada sahaja kes buang baby yang tak berdosa, siapakah yang terus dipersalahkan? Ya, aku bukan mahu membela si Hawa yang sememangnya telah dikuasai oleh 9 nafsu nya dan sememangnya telah terbabas dari landasan yang betol. Tapi aku tetap kecewa, kecewa kerna kaummu jarang sekali kedengaran untuk dipersalahkan dalam hal ni. Ye, aku mengaku kaum Hawa memang bodoh! Senang2 boleh terpedaya dengan janji manis yang dah ditabur oleh sesetengah daripada kalian yang bermulut manis , pandai berkata-kata, berjanji setia konon-konon tapi semua tu hanyalah hampeh. Abes tu, padan muka kamu wahai si Hawa yang mudah terpedaya dengan janji mereka!!! Jadilah kamu golongan yang rugi! Sape suruh mudah sangat kamu terpedaya?Kan dah kena?

Ya Adam, tidak adil lah untuk aku katakan perjalanan kalian mudah kerna setiap 1 umat yang dijadikan Allah telah ditetapkan Qada dan Qadar masing-masing. Ya Adam, dari luaran hidup kalian memang nampak mudah namun sebenarnya sukar. Perjalanan kalian tidak mudah namun aku kecewa disebabkan ada segelintir daripada kalian yang mengambil mudah perjalanan hidup kalian. Kalian merasakan “Ya, aku kan jejaka! Hebat!Kuat! ” Apa-apa je lah adam tapi adam tahukah keperasanan kalian akan menimbulkan kemeluatan kami kaum Hawa, Adam? Adam, janganlah disebabkan kuasa yang ada pada kalian menyebabkan kalian bermegah. Gunakanlah 9 akal yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya. Jangan digunakan untuk menghentam kami kaum yang sedia lemah. Jangan disalahgunakan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia, sesuatu yang tidak berguna, sesuatu korupsi dan janganlah digunakan untuk memperalatkan kami. 

Adam, sesungguhnya aku sangat sangat sangat mencemburui dirimu yang dikurniakan 9 akal namun aku tetap bersyukur dengan kelebihan2 telah yang dikurniakan pada kaum kami. Dibandingkan dengan kami adam, hanya dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu!!! Ye, 9 nafsu Adam! Oleh itu, sepatutnya kalian membimbing kami dan bukan menggunakan kebijaksanaan 9 akal kalian dalam memperbodohkan kami wahai Adam! Apa yang kalian fikir bila 9 akal lawan dengan 1 akal? Opkos la 9 akal yang akan menang, kan Adam? 

Adam, wahai Adam yang pandai berkata-kata, pandai dalam berjanji setia yang tak berapa setia, pandai dalam pujuk rayu, pandai dalam memikat hati kaum Hawa, pandai dalam mengelentong kaum Hawa, pandai dalam...Ah pandai dalam semualah. Ya, aku kagum denganmu Adam. Aku kagum dengan kebolehanmu adam yang hebat dan pakar dalam semua tu. Tapi adam, aku pohon, aku minta agar kalian gunakan sebaik-baiknya kepakaran kalian itu pada seseorang yang telah kalian aim untuk dijadikan sebagai yang HALAL bagi kalian. Yang HALAL Adam, yang HALAL. Bukan yang stok, bukan yang sementara, dan semestinya bukan yang HARAM Adam!!! Susahkah permintaan ini Adam? Sukarkah untuk ditunaikan Adam? Jika senang, kenapa sukar sekali untuk mencari seseorang daripada kalian yang sememangnya ikhlas wahai Adam? Kenapa?? Kenapa?? Dan kenapa?..........

Adam, tahukah kalian bahawa hati kami kaum Hawa ibarat marshemallow (aku tak dapat nak pk ibarat apa, ni pun jadilah sbb dia lembut) yang mudah sekali tersentuh dengan setiap ungkapan daripada kalian wahai adam? Sedarlah adam, dan berhati-hatilah kalian dalam setiap ungkapan kalian terutama kata-kata manis pada kaum kami wahai adam. Tanpa sedar ungkapan kalian sebenarnya  akan menyebabkan hati kami berbunga-bunga yang mungkin bukan niat kalian untuk membajai hati kami kaum Hawa. Tapi itulah manusia, sememangnya lemah ditambah pula golongan kami si Hawa yang memang lemah. Namun adam kalian jangan sesekali berani mengambil kesempatan atas kelemahan kami! How dare U coz i won’t let it be!..

Adam..Adam..Adam..Banyak lagi ungkapan, bingkisan yang ingin aku sampaikan pada kalian yang mungkin sukar dan tak tercapai untuk disampaikan di blog picisan ini. Namun Adam, sedarlah kalian akan nukilan yang tidak seberapa ini datangnya daripada salah seorang kaum Hawa yang inginkan perubahan daripada kalian. Pandanglah kami dari sudut yang berbeza. Bukan dari sudut nafsu semata. Bukan dari sudut rupa paras semata. Dan bukan dari sudut kepopularan semata-mata. Pandanglah kami dengan mata hati. Dengan mata hati kalian yang ikhlas, Adamku.............

Dan wahai Hawa. Janganlah kalian mudah termakan janji manis Si Adam. Ya, sesetengah adam memang pandai menabur janji. Memang superb berkata-kata. Memang power dalam pujuk rayu. Kenapa kamu begitu mudah terpedaya, percaya dengan kata-kata kaum Adam? Ah, kena ayat sikit mulalah kalian berangan, berada di bulan lah, berada dibintang lah! Jangan Hawa, jangan begitu. Jangan biarkan maruah kamu, maruah ibu bapa dan family kamu tercalar... Apakah kalian mahu menghancurkan maruah kalian sepanjang 21 tahun untuk sesaat kesilapan yang kalian buat? Jangan jadi buta wahai Hawa. Jangan jadi bodoh! Celiklah kalian. Mata hati kalian. Jangan mudah terpedaya Hawa!!!Jadikan hati kalian keras macam batu bila berhadapan dengan kata-kata begitu namun jangan jadikan hati sekeras itu bila berkaitan hal-hal agama.. Nauzubillah....
Hawa, jadilah kalian bunga sakura yang mengembang cantik yang pandai dalam menjaga maruah diri.. Jadilah kalian ibarat bunga ros yang cantik (bunga sakura pun tak setandingnya huhu), namun awas bila dipegang disebabkan duri-durinya itu. Jadilah kamu seperti itu wahai Hawa. Sukarkah untuk menjadi seperti itu??? Tepuk dada, dan jangan tanya perut, tapi tanyalah iman dan hati kalian, apakah yang kalian mahu sebenar-benarnya....Apa-apapun tetap teman sejati kita hanyalah amal dan sepi bila tibanya pengakhiran waktu. Teman di dunia hanyalah sementara. Sekian....

p dot s:
*Harap maaf andai entry kali ini menyentuh mana-mana sensitiviti anda semua. Sekadar nukilan ikhlas sahaja. Kiranya ada kesilapan, mohon pembetulan daripada kalian semua. Peace no war! =) Thanks for reading!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...