Showing posts with label nukilan hati. Show all posts
Showing posts with label nukilan hati. Show all posts

Penilaian | Pemikiran.

Thursday, March 22, 2012

Assalamualaikum...


Apa khabar kalian semua ? Harapnya sihat walafiat =). Saya sihat-sihat-sahaja. Alhamdulillah ='). Haa, ada satu persoalan untuk kalian semua. Eh, jap intonasi macam da len pulak bila ber"kalian-kalian" nih heheee =_=". Okaylah, ada satu persoalan. Apa benda yang kita susah sangat nak betulkan ? Sentiasa dan asyik berubah jika tak pasang dengan betol ?... Haaa, cepat-cepat jawab. Kalo betol saya belanja ! =). 


Sebenarnya kan, tak faham dengan sesetengah pemikiran manusia. Sebab apa ? Sebabnya, lain manusia, lain pemikiran. Tapi kan, pemikiran tu sebenarnya boleh mengubah nothing to something ! Contoh la, kita asyik fikir kita tak boleh buat something, memanglah kita takkan mampu buat melainkan kita yakin kita boleh buat. Faham tak ? Pemikiran akan mempengaruhi tindakan kita. 


Pemikiran orang lain pun boleh mempengaruhi diri kita sendiri. Contohlah, orang tak yakin student group ni boleh berjaya dengan apa yang dorang pilih. Sebenarnya kan, walaupun tu hanya pemikiran dan hanya kata-kata, the truth is, it's damn hurt dan secara tak langsung akan men'down'kan semangat students untuk study dengan lebih jaya lagi. So, totally akan effect pada result dia kan. Dan sedarlah, bila kita asyik cakap dia tu tak boleh berjaya, tak boleh pergi jauh tak boleh tu tak boleh ni, sebenarnya akan menjatuhkan semangat dorang untuk cari ilmu dengan lebih gigih. Maybe akan take things for granted. Cubalah, cubalah dan cubalah manusia, jangan pandang orang dengan sebelah mata. Kecewanyaaa, kadang-kadang rasa sedih sebab manusia senang-senang nak judge orang tanpa nilai dulu dengan sebaik-baiknya. ='(




Jugak hairan, bila dah kita tak setuju dengan something tu tapi kenapa kenapa dan kenapa masih lagi kita teruskan benda tu ? Kenapa tak hapuskan terus ? Terasamacamdianaktirikanbiladahjadimacamni. Lebih baik dihapuskan, takdelah sebelah pihak mengata dan sebelah lagi terasa. Eh eh, da jaoh da... =_=". Hehe sorry, bukan berlagak pandai cuma hanya meluahkan jeritan rasa yang tak didengar. Ceytt, ayat tak boleh tahan =_=. Jadi, positifkan pemikiran anda. (Noted to self too).


Haa, korang !! Da dapat jawap belom soklan first tadi ? Benda apa yang selalu berubah-ubah? Apa ? Iman ? Haa, betol jugak tu hehe tapi yang saya maksudkan kat sini adalah NIAT. Hehe, tau kan apa itu niat ? Pada saya, susah sangat nak maintain niat nih. Ye la, niat kita buat sesuatu tu HANYA KERANA ALLAH SWT. Kadang-kadangkan, niat berblogging ni pon boleh berubah, seenteng bila iklan mulai menempek manja kat blog minta uuntuk dikasihi, sepantas tu lah niat tersasar walau dalam 1degree sekalipon, tetap tak boley okay even sikit sekalipon. Tapi pada saya, tu dulu la kot hehe, sekarang da tak kisah. Sebab dah jarang sangat berblog walk. So, blog ni memang sah2 la takde orang jejak masok ponnnn. Duit pon memang tak jalan la hehe. Tak kisah lah kan. Semoga tetap istiqamah.


Blogging sebenarnya boleh jadi saham untuk kita jugak bila kat "sana" nanti. Saham membantu bila kita tulis pasal ilmu, kebaikan untuk manusia sejagat, peringatan dan etc. Dan saham membunuh bila kita tulis pasal gosip. Bayangkan, bila kita mati nanti dan blog kita masih ada, cerita something yang orang akan dapat manfaat, maybe kita jugak akan beroleh pahala. Tapi tapi tapi kan cuba bayangkan kalo kita cerita pasal keburukan je, gosip, etc yang mungkin tak betul, bayangkan berapa banyak dosa kita dapat ? Okay, noted that dosa pahala bukan kerja kita tapi cubalah jauhkan daripada benda yang memang kita rasa salah tu =). So, sila betulkan niat anda dalam berblogging. =) No offense yeeee. Dan gunakan blog anda dengan sebaik-baiknya. Saya sangatlah jeles dengan orang yang pandai menulis. Menulis dalam memberi peringatan, menulis dalam rendah diri hanya berharap redhaNya sahaja, tabik dengan mereka-mereka itu. Terima kasih atas peringatan yang kalian titipkan dalam blog kalian yang menyedarkan diri yang selalu terleka ini. Sungguh, tak terbalas dengan kata-kata =') Semoga urusan kalian dipermudahkan =') =') =')


Panjang pulak entry nih. Baiklah, the point is, berhati-hati dengan kata-kata, sentiasalah positifkan pemikiran, samada untuk diri sendiri mahupun orang lain dan cuba cuba dan cuba hehe betulkan niat anda hanya keranaNya. Eh ehe, jap, entry ini juga adalah peringatan buat diri yang lemah ini. Semoga sentiasa istiqamah. Terima kasih daun keladi, kalau bermanfaat jenguklah blog ini lagiiii =)


Esok hari jumaat, eloklah kita cuba baca surah Al-Kahfi, sangat baik untuk diamalkan =)


Tolong doakan saya =). Terima kasih infinity~


Ketika aku...

Friday, March 2, 2012

Assalamualaikum...



KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika kita sentiasa MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Kerna, adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mahu untuk MENERIMA semua KEKURANGAN serta menjadikannya sebagai KELEBIHAN, itulah yang dipanggil dengan KEBAHAGIAAN...

Kita semua tidak sempurna dan setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmatNya...

Allah knows THE BEST for us..

Tolong doakan urusan saya dipermudahkanNya. Terima kasih heheee =')

Alhamdulillah, 23th Life =')

Tuesday, February 21, 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah =')


Perhatian : Entry sangat sangat sangat panjang, sila jangan muntah bila anda risikokan diri anda untuk baca. Kalo taknak bosan, feel free to play the music player below =)


Penulisan pertama seiring usia menginjak ke 23 tahun ! Oh myyyy, 23 tahun !!! It's a big number, right? Big enough for someone to be alive in this world. Tapi amalan kita untuk di bawa ke sana nanti adakah sudah cukup besar ? Keep asking. Note to self !.. Ayat pertama ? Yes, Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah (pendek kata, alhamdulillah to infinity) masih lagi berkesempatan hidup di bumi ini. Big thanks to Him, for giving me such a great life, gave me strength to endure all the hardships i've faced, to gain knowledge in everything i've done, to be the way i am, to accept for who i am, and the most important things is, to thank Him for always being there for me..!  Terima kasih Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya =')


23 tahun. Aku pernah jatuh, dan bangun kembali. Alhamdulillah.
23 tahun. Aku pernah kecewa, namun mampu untuk bangkit kembali. Alhamdulillah.
23 tahun. Aku lelah menangis, namun tangis itu nyata seketika cuma. Alhamdulillah.
Kerna apa ?
Kerna Dikau Ya Allah. Terima kasih sentiasa di sisi diri ini...

Manusia,
Jangan dilafazkan sesuatu yang bisa membuatkan aku menjadi takbur, riak dan lalai.
Sebaliknya tolong lafazkan sesuatu yang mampu membuatkan aku tersedar akan kesilapanku.
Tengking aku andai itu yang terbaik agar tidak aku terus hanyut dengan indahnya tipuan dunia semata...

Fahami daku,
Andai kalian ketahui aibku,
kalian sedar akan salahku,
Tolong segera nasihati aku.
Tolong segera ingatkan aku.
Tolong segera khabarkan padaku.
Usah dipertontonkan keaiban manusia.
Kerna kita semua sama, punya keaiban diri masing-masing.
Sedarkah kalian, aku jua manusia ?? Takkan terlepas dari khilaf semasa...

Kehidupan,
Terima kasih mengajar aku erti kematangan.
Mungkin separuh abad hidupku tidak memperlihatkan kematangan,
Namun diakui, kehidupan aku telah mengajarku untuk menjadi matang...
Matang untuk tidak gentar berhadapan dengan segunungnya cabaran mendatang.

Penilaian,
Maafkan aku andai 23 tahun kehidupan ini sentiasa tersasar penilaian.
Yang baik disangka jahat, yang jahat disangka baik.
Yang salah dianggap betol, yang betol jua dianggap salah....
Ketahui olehmu, diri ini masih lagi berusaha untuk sentiasa  positif pada kehidupan.
Kerna diakui, sangat sukar selagi tidak diikhlaskan.

Keikhlasan,
Maafkan aku andai 23 tahun kehidupan ini hanya secalit keikhlasan termampu dilakarkan.
Namun, ketahui olehmu hanya itu yang termampu aku lakukan.
Kerna siapa diri ini untuk menetapkan rasa ikhlas atau tidak itu ?

Niat,
maafkan aku andai selalu tersasar dalam tujuku,
sangat sulit untuk diterbitkan,
andai ikhlas masih tanpa arah tuju..

Diam,
andai tidak mampu untuk diterangkan,
membisu mungkin yang terbaik,
bukan bermakna aku mengiakan,
namun penat untuk dijelaskan,
cukup Dia mengetahui apa yang terbuku, apa yang tersirat..

Kesempurnaan,
Kehidupan yang diimpikan cukuplah hanya kesederhanaan.
Apa guna sempurna andai tiada redha dariMu ?
Apa guna sempurna andai aku jauh dariMu ?
Kesempurnaan itu sulit untuk dijelaskan.
Amat sulit untuk dirungkaikan...
Cukup aku sempurna, andai aku mampu menjadi daie yang baik buatMu
Cukup aku sempurna dalam mencintaiMu..
Dan cukup aku sempurna untuk menjadi yang terbaik buat ma dan abah... ='(

Setiap saat, aku cuba untuk menjadi sempurna.
Biar aku jatuh, biar aku kecewa, biar aku menangis,
biar aku tahu, aku takkan mampu untuk menjadi yang sempurna
dan mungkin esok, lusa jua aku kembali terkesima dengan kekejaman dunia.
namun, cukup sekadar aku tahu yang aku mampu untuk menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
cukup sekadar aku tahu kesilapan diri dan takkan pernah untuk mengulanginya kembali...

Teman, 
andai aku tidak mampu memberi sedikit pun manfaat padamu,
andai aku tidak mampu memberi secalit keinsafan padamu,
lupakan aku dan jauhi aku,
namun sebelumnya tolong sampaikan pesan padaku.
Kerna aku hanya manusia biasa
takkan tersedar andai tidak kalian bisikkan padaku...


Hak mutlak.
Jangan bilang diri ini adalah milikmu andai apa yang kau tahu hanyalah senyuman dalam setiap senyumku. Menjauh bila kesedihanku menjengah, menyepi tika laraku, menjelma kembali dalam gembiraku..
Ketahui olehmu, diri ini hanya termaktub hak mutlak pada Yang Esa,
23 tahun tingkat usia, tingkat kematianku mendekat jua...
Akan kembali jua padaMu, Yang Maha Punya hak mutlak diri ini..

Terima kasih Ya Allah,
Mungkin hidup aku tidak sempurna, 
Namun aku tahu apa yang aku inginkan,
aku cuba walau dalam kecewa, perit dan pedih.
aku cuba dengan keyakinan tinggi padaMu,
jelas tertanam setiap yang berlaku ada hikmatnya,
pasti Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu...
Cukup andai aku percaya dan yakin denganMu.
Maafkan aku andai aku tidak sempurna dalam mencintaiMu....
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu (Tiru ayat Opick hehee)


23 tahun sengaja dihighlight kan supaya penulis sedar diri sikit, semakin tua dahhh rupanya =_="


Semoga kita semua sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan setiap zarah nikmat kurniaNya.....

Kadang2 risau bila apa yang kita buat tu akan menimbulkan riak semata-mata. kadang2 risau jugak andai jadi insan hipokrit semata huuuu.. Jadi sentiasalah cuba memperbaharui dan memperbetul niat kita hanya kerana Allah swt... InsyaAllah bila kita dah biasa buat, akan jadi mudah. Yang penting kena selalu istiqamah =)..

Ehhhhh jappp, mana hadiah untuk sayaaaa ???? Hehheheee =P. Baiklah, cukuplah korang tolong doakan agar pembelajaran saya dipermudahkanNya, dan kawan-kawan saya juga. Anda memang baik hati.. ^__________^ (senyum sampai telinga)



Jya~ Tma kasih bebanyak sudi baca coretan hati diri ini yang ke 23 tahun yang teramaaaaat lah panjang ini =')

Lagu tema: Opick (Rapuh)

Tersurat atau tersirat ?

Wednesday, December 21, 2011

Assalamualaikum...


Apa khabar semua ? Harap2 sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, jari jemari masih lagi mampu menari-nari kat atas keyboard ni, mata masih mampu menghadap skrin, menaip entry. Jujur, kebelakangan ni saya rasa sedikit down. Masalah bertimpa-timpa rasanya. Sentiasa ada. Tapi, alhamdulillah la, at least masalah tu kan akan menjadikan kita akan bertambah kuat. Dan dugaan tu menandakan Allah swt sentiasa sayang kita. Jadi, pointless la kan kalo nak bersedih je memanjang. =)


Saya baru tersedar something berguna minggu ni. Eh, da lama tersedar sebenarnya cuma ambik endah tak endah je huhu dan satu peristiwa tu membuatkan saya terus tersedar dan terbukak hati, fikiran. Terima kasih sangat pada yang terlibat untuk menyedarkan diri yang lemah ni ='). Terima kasih, terima kasih terima kasih (u know what i mean by those repeated words).


Korang kan, bila tengok something yang macam pelik atau lebey tepat nak cakap, tak sepatutnya berlaku, apa fikiran korang ? Bad impression right. Akan terus pk negatif. So am i huhu. Mostly. Saya kadang2 tak terlepas daripada pk benda yang buruk rather than pk benda yang sebaliknya. Kenapa ? Sebab kita da stickkan fikiran kita ke arah tu, so mindset pon akan kata begitu la.


Tak faham ? Hehe, okei okei. Contoh mudah la macam ni, korang tengok dua orang, sorang lelaki dan sorang lagi pompuan, berjalan nak seberangi jalan yang sibuk dengan lalu-lalangnya kereta semua, jalan pulak bukan biasa2 je, siap pegang2 tangan segala, tapi herannya still jalan slumber je, takde plak nak cepatnya, tapi boley plak pegang2 tangan. Then, jujurnya apa yang korang pk ? Sesetengah kita pasti ada yang akan pk, "Ish teruklah dia tu, nak lintas jalan pon pegang2, tau la couple tapi agak2la". Haa, tu la yang saya maksudkan dengan berfikiran negatif. Lebey kuranglah hehe. Sedangkan korang tak tahu,maybe tu adik dia kot. Kang dah salah tafsiran kat situ. Kenapa tak cakap je, "Eh, bagosnya abang tu, pegang tangan adik dia. Tanda risau tu.". Hehe, saya time taip ayat tadi tergelak jap, sebab saya tau sangat susah kita nak pk macam tu kan sebab kita akan judge something tu terus daripada apa yang kita nampak. Sebab tu, mostly kita terus akan cakap, "Eh, kenapa dengan dia tu", "Eh, kenapa buat macam tu", etc lah rather than kita pk kan yang positif semua. Yang atas tu hanyalah sekadar contoh sahaja =)


Saya akui, berfikiran positif tu kadang2 susah. Tengok contoh diri saya sendiri la. Bila masalah bertimpa-timpa, terus saya rasa, "Eh, kenapa ni, salah apa ni ?", rasa macam seorang yang loser je. Tapi bila tengok positif, at some point benda tu lebih banyak memberi kekuatan pada saya. Dan sepatutnya saya harus bersyukur lah sebab saya dibukakan minda, dicelikkan hati, untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Biar rezeki tu susah, asal diredhai dan diberkati Allah swt. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Hanya tu je la perkataan yang mampu saya ucapkan.


Kadang2 saya pun takot dengan diri saya sendiri. Takot andai something yang saya buat tu tak ikhlas. Sebab sekarang pun masih lagi tercari-cari macam mana nak ikhlaskan diri. Serious, susah sangat even kita boley je ucapkan di mulut kan, yang kita ni ikhlas tapi He knows everything ! Teringat saya satu ayat Allah, dari surah Al-Mulk, ayat 13 dan 14 ; "Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Dia Maha Mengetahui segala isi hati ; Apakah (pantas) Allah menciptakan itu tidak mengetahui ? Dan Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui.". Takotkan. Takot kiranya amalan kita tu hanya sia-sia. Takde makna, good-for-nothing. Nak menaip entry ni pun saya takot, even ditujukan semata-mata untuk diri saya sendiri, saya takot kiranya niat tu berubah. Berubah jadi riak, nau'zubillah arap2 dijauhkan. Niat senang je berubah kalo tak disetkan dengan betol2 hanya keranaNya.


Contoh lain, bila saya terjumpa seorang member baru-baru ni, terus cakap " Encik bla bla, saya tak jumpe lagi Dr., rasanya Dr. dah tak terima kot saya under dia sebab da ramai kan yang under Dr.". Haaa, see that's what i mean by negative thought ! Kenapa boley cakap tak terima even kita sendiri pon tak jumpe dengan dia lagi. Then bila call Dr., mesej and tanya, guess what Dr. okei je pon, no hal ! Thanks Dr., and sorry for the wrong thought ='(.  Well, tu la yang susahnya bila ada negative thought. Tengah berusaha kuat nak halang benda tu dari menyemak lagi dalam idup ni, insyaAllah =)


Peringatan lain, bila orang buat jahat pada kita, tak guna kita balas dia jahat. Serious cakap, takde makna. Tapi serious jugak saya tau memang susah nak deal dengan orang yang macam ni, lagi2 bila berkaitan dengan soal kepercayaan. Sekali rasa dikhianati, sampai bila akan rasa dikhianati, sebab kepercayaan pada saya bukan something yang boley dijual beli, kan ? Tapi takpe, orang putih cakap, time heals everything. So, everything need time and for sure as long as i'm still alive. Tak tau mati bila kan. 


Apa-apa pun, sentiasalah muhasabah diri sendiri. Tak terus point fingers pada seseorang, maybe kita pon ada silap sendiri. Dan bila something yang kita tak inginkan tu terjadi, eloklah kita berfikiran positif, pandang benda tu melalui pandangan tersirat, bukaknya tersurat. Sebab kalo yang tersurat sah sah la kita akan tengok yang lebey buruk banyak rather than yang baik. Pernyataan tu adalah untuk diri saya sendiri...


Moralnya hanya nak cakap, bila kita tengok something tu sepatutnya jangan terus judge. Jangan rasa down, susah hati etc. Tapi tanya diri kita dulu, "Aku ni tengok yang tersurat ke yang tersirat ?" Kalo tengok yang tersurat, then cuba pk kan plak apa tersiratnya insyaAllah akan nampak hikmatnya =). Buka mata hati, insyaAllah sesuatu tu akan dihayati. Eh, pandai pulak berpantun 2 keratnya hehe ^___^


Doakan urusan kita semua dipermudahkan Allah swt. Doa doa dan terus berdoa sebab doa tu senjata orang mukmin, rugi tak buat. Saya ada cerita yang sedikit lucu pasal doa ni, pengalaman saya sendiri. Dah lama, tapi pengalaman tu la yang membuatkan saya terus percaya pada doa padaNya. Nanti2 la len entry insyaAllah akan diceritakan. Btw, Allah kalo nak pemudahkan urusan kita kejap je urusan yang susah tu jadi mudah. Seriously. Dan sekarang alhamdulillah rasa lebih teratur, even ada certain perkara yang membuatkan rasa sedikit kecewa bukan kecewa padaNya tapi kecewa pada hambaNya. Tapi biasalah, positif suda kan, manusia kan sentiasa melakukan khilaf, termasok saya. Nak tak nak, tu adalah fitrah manusia. Harus terima =). Ketenangan harus dicari dan diusahakan.. Jya~ 


Terima kasih sudi baca entry yang panjang ini. Rasa lega bila dapat menulis ='). Bukan blogger tapi seorang penulis, boley tak ? Assalamualaikum, jaga diri, hiasi peribadi !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...