Tersurat atau tersirat ?

Wednesday, December 21, 2011

Assalamualaikum...


Apa khabar semua ? Harap2 sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, jari jemari masih lagi mampu menari-nari kat atas keyboard ni, mata masih mampu menghadap skrin, menaip entry. Jujur, kebelakangan ni saya rasa sedikit down. Masalah bertimpa-timpa rasanya. Sentiasa ada. Tapi, alhamdulillah la, at least masalah tu kan akan menjadikan kita akan bertambah kuat. Dan dugaan tu menandakan Allah swt sentiasa sayang kita. Jadi, pointless la kan kalo nak bersedih je memanjang. =)


Saya baru tersedar something berguna minggu ni. Eh, da lama tersedar sebenarnya cuma ambik endah tak endah je huhu dan satu peristiwa tu membuatkan saya terus tersedar dan terbukak hati, fikiran. Terima kasih sangat pada yang terlibat untuk menyedarkan diri yang lemah ni ='). Terima kasih, terima kasih terima kasih (u know what i mean by those repeated words).


Korang kan, bila tengok something yang macam pelik atau lebey tepat nak cakap, tak sepatutnya berlaku, apa fikiran korang ? Bad impression right. Akan terus pk negatif. So am i huhu. Mostly. Saya kadang2 tak terlepas daripada pk benda yang buruk rather than pk benda yang sebaliknya. Kenapa ? Sebab kita da stickkan fikiran kita ke arah tu, so mindset pon akan kata begitu la.


Tak faham ? Hehe, okei okei. Contoh mudah la macam ni, korang tengok dua orang, sorang lelaki dan sorang lagi pompuan, berjalan nak seberangi jalan yang sibuk dengan lalu-lalangnya kereta semua, jalan pulak bukan biasa2 je, siap pegang2 tangan segala, tapi herannya still jalan slumber je, takde plak nak cepatnya, tapi boley plak pegang2 tangan. Then, jujurnya apa yang korang pk ? Sesetengah kita pasti ada yang akan pk, "Ish teruklah dia tu, nak lintas jalan pon pegang2, tau la couple tapi agak2la". Haa, tu la yang saya maksudkan dengan berfikiran negatif. Lebey kuranglah hehe. Sedangkan korang tak tahu,maybe tu adik dia kot. Kang dah salah tafsiran kat situ. Kenapa tak cakap je, "Eh, bagosnya abang tu, pegang tangan adik dia. Tanda risau tu.". Hehe, saya time taip ayat tadi tergelak jap, sebab saya tau sangat susah kita nak pk macam tu kan sebab kita akan judge something tu terus daripada apa yang kita nampak. Sebab tu, mostly kita terus akan cakap, "Eh, kenapa dengan dia tu", "Eh, kenapa buat macam tu", etc lah rather than kita pk kan yang positif semua. Yang atas tu hanyalah sekadar contoh sahaja =)


Saya akui, berfikiran positif tu kadang2 susah. Tengok contoh diri saya sendiri la. Bila masalah bertimpa-timpa, terus saya rasa, "Eh, kenapa ni, salah apa ni ?", rasa macam seorang yang loser je. Tapi bila tengok positif, at some point benda tu lebih banyak memberi kekuatan pada saya. Dan sepatutnya saya harus bersyukur lah sebab saya dibukakan minda, dicelikkan hati, untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Biar rezeki tu susah, asal diredhai dan diberkati Allah swt. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Hanya tu je la perkataan yang mampu saya ucapkan.


Kadang2 saya pun takot dengan diri saya sendiri. Takot andai something yang saya buat tu tak ikhlas. Sebab sekarang pun masih lagi tercari-cari macam mana nak ikhlaskan diri. Serious, susah sangat even kita boley je ucapkan di mulut kan, yang kita ni ikhlas tapi He knows everything ! Teringat saya satu ayat Allah, dari surah Al-Mulk, ayat 13 dan 14 ; "Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Dia Maha Mengetahui segala isi hati ; Apakah (pantas) Allah menciptakan itu tidak mengetahui ? Dan Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui.". Takotkan. Takot kiranya amalan kita tu hanya sia-sia. Takde makna, good-for-nothing. Nak menaip entry ni pun saya takot, even ditujukan semata-mata untuk diri saya sendiri, saya takot kiranya niat tu berubah. Berubah jadi riak, nau'zubillah arap2 dijauhkan. Niat senang je berubah kalo tak disetkan dengan betol2 hanya keranaNya.


Contoh lain, bila saya terjumpa seorang member baru-baru ni, terus cakap " Encik bla bla, saya tak jumpe lagi Dr., rasanya Dr. dah tak terima kot saya under dia sebab da ramai kan yang under Dr.". Haaa, see that's what i mean by negative thought ! Kenapa boley cakap tak terima even kita sendiri pon tak jumpe dengan dia lagi. Then bila call Dr., mesej and tanya, guess what Dr. okei je pon, no hal ! Thanks Dr., and sorry for the wrong thought ='(.  Well, tu la yang susahnya bila ada negative thought. Tengah berusaha kuat nak halang benda tu dari menyemak lagi dalam idup ni, insyaAllah =)


Peringatan lain, bila orang buat jahat pada kita, tak guna kita balas dia jahat. Serious cakap, takde makna. Tapi serious jugak saya tau memang susah nak deal dengan orang yang macam ni, lagi2 bila berkaitan dengan soal kepercayaan. Sekali rasa dikhianati, sampai bila akan rasa dikhianati, sebab kepercayaan pada saya bukan something yang boley dijual beli, kan ? Tapi takpe, orang putih cakap, time heals everything. So, everything need time and for sure as long as i'm still alive. Tak tau mati bila kan. 


Apa-apa pun, sentiasalah muhasabah diri sendiri. Tak terus point fingers pada seseorang, maybe kita pon ada silap sendiri. Dan bila something yang kita tak inginkan tu terjadi, eloklah kita berfikiran positif, pandang benda tu melalui pandangan tersirat, bukaknya tersurat. Sebab kalo yang tersurat sah sah la kita akan tengok yang lebey buruk banyak rather than yang baik. Pernyataan tu adalah untuk diri saya sendiri...


Moralnya hanya nak cakap, bila kita tengok something tu sepatutnya jangan terus judge. Jangan rasa down, susah hati etc. Tapi tanya diri kita dulu, "Aku ni tengok yang tersurat ke yang tersirat ?" Kalo tengok yang tersurat, then cuba pk kan plak apa tersiratnya insyaAllah akan nampak hikmatnya =). Buka mata hati, insyaAllah sesuatu tu akan dihayati. Eh, pandai pulak berpantun 2 keratnya hehe ^___^


Doakan urusan kita semua dipermudahkan Allah swt. Doa doa dan terus berdoa sebab doa tu senjata orang mukmin, rugi tak buat. Saya ada cerita yang sedikit lucu pasal doa ni, pengalaman saya sendiri. Dah lama, tapi pengalaman tu la yang membuatkan saya terus percaya pada doa padaNya. Nanti2 la len entry insyaAllah akan diceritakan. Btw, Allah kalo nak pemudahkan urusan kita kejap je urusan yang susah tu jadi mudah. Seriously. Dan sekarang alhamdulillah rasa lebih teratur, even ada certain perkara yang membuatkan rasa sedikit kecewa bukan kecewa padaNya tapi kecewa pada hambaNya. Tapi biasalah, positif suda kan, manusia kan sentiasa melakukan khilaf, termasok saya. Nak tak nak, tu adalah fitrah manusia. Harus terima =). Ketenangan harus dicari dan diusahakan.. Jya~ 


Terima kasih sudi baca entry yang panjang ini. Rasa lega bila dapat menulis ='). Bukan blogger tapi seorang penulis, boley tak ? Assalamualaikum, jaga diri, hiasi peribadi !

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...