Ketenangan hati =)

Tuesday, December 27, 2011

Assalamualaikum...

Zikir munajat. Semua antara kita tau kan banyak faedahnya. Cuma ringan atau berat je kita amalkannya =). Antara faedah zikir, saya amek dari link ni =). Terima kasih atas ilmunya =')

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal soleh ini.

2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.

3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba yang pilihan.

4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.

5. Melepaskan diri dari azab.

6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.

7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.

9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.

10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.

11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.

12. Melepaskan diri dari penyesalan.

13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.

14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta orang-orang yang berzikir , walaupun orang yang turut duduk itu orang yang tidak berbahagia.

16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.

17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.

18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.

19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi

Jom rajinkan diri kita untuk sama-sama amalkan. Peringatan untuk diri sendiri jugak ^___^. Ni ada saya sertakan sekali download zikir munajat dan terjemahannya. Klik laaaa eyh ?





"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". (Surah Al-Ra'd 13:28)



Jika ingin memperbaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk memperbaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat kita dahulu =). Jom perbaiki kesempurnaan solat kita dengan menonton perkongsian video bermanfaat Ustaz Zaharuddin ni ='). Bermanfaat sangat.. Banyak yang saya dapat melalui video ni, alhamdulillah. Persoalan yang ragu-ragu pon dah terjawab ! Terima kasih ustaz =')










++++++++++++++++++++++++++


Comey je budak ni ! Cubit kang. Vid sekadar selingan je =)


Terima kasih sudi baca ='). Sampai berjumpa lagi, insyaAllah kalo masih bernafas. Doakan saya =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...