Assalamualaikum..
Ogenki desuka minna-san? Harap-harap semua sihat alhamdulillah =). Oh, lamanya tak update kan. Rindu ! Pejam celik pejam celik, dah masok tahun baru 2011 kan. Cepat je rasa masa berlalu, kan? Makin lama makin cepat tapi harap harap ilmu kita semua pun makin lama makin lah bertambah kan. Ilmu agama pun jangan lupa sekali untuk tambahkan (peringatan untuk saya jugak, hehe).
Pic's credited to Mr. Google ! |
Hurm, kalo diingatkan kenangan dulu, banyak sangat sangat sangat yang aku rasakan tak matang. Hehe al-maklumlah kan zaman budak budak (Err 21 tahun tu budak budak ke?). Pastu banyak sangat careless yang dah aku buat, tapi takpe pengalaman kan jugak merupakan satu proses pembelajaran. Learn from mistakes orang putih cakap =). So, bila dah buat kesilapan, kenalah pk kat mana silap kau tu, macam mana boley silap. Jangan buat salah pastu tak muhasabah plak salah silap kau tu ! Tu orang putih cakap useless, no use, plainless dan etc lah =P
! GOOd Bye 21, hellO 22 !
Bila diingatkan balek peristiwa dulu, kadang kadang akan buat kita ketawa sorang sorang. Tapi saya sarankan lah korang jangan ketawa depan roommate entah entah dia cakap gila ke hape. Bahaya ! Ambik feel bila takde orang okei. Hehe =)
Kalau dulu kan, aku rasa muda lagi la. Baru 21 y/O. Orang melayu kata, baru masok 20 an. Tapi sekarang ni akan menginjak ke angka 22 insyaAllah kalau berkesempatan. Angka yang sama macam angka aku dilahirkan 22/2/89 ! =) Oh, rasa sangat sangat sangat dah tua dah. Rasa sedih la jugak tengok angka tu tapi nak buat macam mana, dah termaktub tiap2 perjalanan akan ada peningkatan termasuk usia kita. Orang kata, dunia kata pergi, kubur kata mari. So, bersediakah anda ? Biarlah peningkatan ilmu kita seiring dengan peningkatan usia kita =)
Kalau dulu kan, aku pernah lah jugak menangis depan co-supervisor aku. Serius bila ingat balek, aku rasa amatlah tersangatlah malu hehe. Bodoh betol kan boley menangis depan Dr. Al-maklumlah zaman pra-matang. Tapi serius, aku time tu memang tak boley nak tahan air mata daripada mengalir ke pipi ku ini (ayat poyo sikit) sebab aku seeeeeeedih sangat lah. Projek yang aku buat hampir nak dekat sebulan, dalam waktu tuh banyak kali jugak lah aku repeat sampaikan sakit pinggang, then tanya Dr. and Dr. cakap salah kena repeat balek ! Memang aku time tu kecewa ah, dah la dalam bilik Dr. ramai tapi aku tak dapat nak tahan nak buat macam mana. Apa lagi habeslah tersembur air mata keluar. Orang putih cakap, my eyes bursted with tears (erk, betol ke ayat?). Kesian plak Dr. yang cuak tengok aku. Malu betolla weh aku rasa, malu gila. Jumpa Dr. balek lepas tu mintak maaf then boley plak Dr. melawak cakap aku datang bulan ke ? huhu. Ape daa lagi la malu aku. Maafkan saya Dr Nadirah.. =_=
Tapi sekarang, insyaAllah dah tak boley dah nak nangis nangis depan Dr. okei. Apa kelas nangis nangis kan, macam budak budak je. Biasa la tu, tu lah namanya buat projek. Tak semestinya sekali kita buat akan terus jadi kan? Yang penting kita kena la bersemangat, jangan putus asa dan terus mencuba, kan? =) Macam Dr. cakap, " Awak ni, belom lagi amek master ke phD. Nanti lagi terok.." Hehe malu berganda lagi aku kat situ. Betollah kata Dr. tu kan. Padan muka aku ! =P
Kalau dulu, aku selalu gagal buat perancangan terbaik. Ada perancangan, tapi masalahnya plan tu selalu tak menjadi. Kenapa ? Sebab sikap aku yang malas kot. Hehe. Mana la nak menjadi kan kalau ada sikap malas !
Sekarang, dah tak boley dah malas malas. Kena rajin rajin plak. Last sem kat UMT kena la da bomb insyaAllah ! =)
Kalau dulu, masok lab selalu je buat silap. Tumpahkan chemical solvent la, jatuhkan peralatan la, pastu balek dari lab selalu jugak kena cirit-birit atau nama sopannya diarrhae la disebabkan jangkitan bakteria and lupa nak basuh tangan cuci cuci (seksa oh), pendek kata akulah orang yang ter"careless" di dunia eheee.
Tapi sekarang alhamdulillah, dah okei sikit. Kalo dulu ter"careless" di dunia. Sekarang boleylah nak upgrade sikit jadi ter"careless" di UMT =P eh, silap lah bukan di UMT tapi tercareless di fakulti kot kehkeh. Sedang masih dalam percubaan untuk buang jaoh jaoh sikap careless aku tuh =) insyaAllah.
Kalau dulu kan, aku selalu je berangan nak ada mesin masa macam dalam cerita Doraemon tu (ceyh, kalah kanak kanak kan), yang boley je pergi ke masa dulu. Sebab aku nak perbaiki kesilapan aku masa dulu. Nak study betol betol biar dapat further abroad. Aku selalu je pk bila aku dapat je satu permintaan yang akan dapat ditunaikan aku akan mintak agar diundurkan masa supaya aku tak berada di sini. Tu la kau jah kalau dah namanya manusia memang tak tau dan lupa nak bersyukur huhu.
Tapi sekarang alhamdulillah, aku dah boley terima hakikat (ceyh ayat tak bley blah lagi). Ye la kan, aku dah tak pk dah sume tu. Buat apa nak pergi balek ke waktu yang dah lepas kan sedangkan Allah tu Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hamba-hambaNya. Yang penting masa kita yang ada ni, peluang yang kita ada sekarang nih patot kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Yakin pada Qada' dan Qadar-Nya. =)
Kalau dulu, aku selalu rasa stress bila je banyak kerja. Oh, memang ah keanak-anakan lah dalam menangani stress nih. Bila stress je, mentekedarah. Lepas mentekedarah, kenyang, then mengantok, pastu tdo. Huh, mana tak naek berat badannya dan mana nak okei resultnya !
Tapi sekarang, alhamdulillah. Dah rasa okei sikit dalam menangani isu stress mress ni. Takde lah macam dulu. Kalau stress lompat je lah tali skipping, kan? Pukol 12 tengah malam pun okei. Kahkah. =P
Kalau dulu selalu je pk kampung, ma abah dan family. Selalu je nak balek kampung hehe. Tapi sekarang? Still la pk kampung tapi yang tang selalu nak balek kampung tu je yang kena downgrade kan sikit. Hehe. Kena selalu stay kat UMT plak untuk study (ceyh, ni boley masok azam 2011 ni) =P
Dan kalau dulu, aku selalu jugak persoalkan kenapa jadi benda tu. Macam tak adil dan macam kejam plak jadi kat aku.. Kenapa ?? (ayat emosional sikit la kan sepam dua). Padahal memang tu salah aku pun. Tak sedar diri sangat nak persoalkan sume tu. Haishhh apa daaa.. !
Tapi sekarang alhamdulillah aku dah boleh terima jugak semua tu, dah malahan aku sangat sangat sangat lah bersyukur tidak termasuk dalam golongan pasangan tersebut. Alhamdulillah sesungguhnya aku amat lah sangat bersyukur pada-Mu Ya Allah. Tenkiu Allah.. =)
Tu je untuk entry kali ni. Apa azam taun baru korang taun nih ? Yang azam dulu tercapai tak ? Sebenarnya kan azam nih kita tak perlu lah time masok taun baru je nak set sedangkan azam ni boley je kita pasang bila bila masa. Tak perlu nak tunggu taun baru tiba. Tapi tu la kan, mentaliti masyarakat memang susah nak diperbetulkan.. Bila dah set macam tu, macam tu la yang dibuat. Perubahan memang susah tapi kalo ada kesungguhan insyaAllah jadi (ceyh, sedap2 je berfalsafah kat sini !) sorry.. =_=
Okei okei cukup lah sampai di sini sahaja entry ni. Sebenarnya kan tujuan entry ni sebab aku nak ucapkan selamat tahun baru 2011 je. Tapi jadi plak terpanjang bila jari jemari aku dah mula menaip. Haishh bahaya bahaya. Kena kurangkan panjang entry la plak (Azam tahun 2011). Tapi aku rasa azam yang satu tu takkan menjadi punya. Panjang gedabaq jugak aku rasa theeehee.
p dot s:
Pesananku buatmu :
- Proverb orang Melayu cakap : Di mana ada kemahuan di situ ada jalan !
- Proverb orang Arab cakap : Man jadda wa jadda !
- Proverb orang putih cakap : No pain No gain !
- Proverb orang Japan cakap : Seishin ittOu nanigoto ka narazaran !
- Proverb orang Chinese cakap : shì shàng wú nán shì, zhǐ pà yǒu xīn rén
- Proverb orang tamil ape eyh?
Tak kira mana mana proverb la, mana mana bahasa pun tetap sama. Berkenaan kejayaan kita adalah atas usaha kita sendiri. Kalau tak berjaya, maybe usaha kita tak cukup lagi dan maybe jugak Allah rancang sesuatu yang lebih maaaaaanis lagi untuk anda semua. Jangan berputus asa sudah =) okei ?
- Good luck and all the best. Ganbatte kudasai for this coming new year. Semoga kita semua selalu dalam lindungan-Nya, insyaAllah =)
pstt, panjang gila pesanan aku kali nih. Okei tata~ ja ne !
Thanks for reading ! =)
8 comments:
kuyam pn nk ckp, gudbye 21,hello 22 jugak :D
hehe..hepy new year misz sakura :D
xleh nk follow twitter umar ke...
hehe x bpe phm,umar xleh komen kt shoutbox la huk3
selamat tahun baru 2011...
@~kuyam~
hepy new yr jgk kuyam...=)
@umar yg cute
aik, knp xley komen? sy try msok link yg entry umar tu, x dpt pun. not found katanya hurmm.
@julicavero
hye julicavero, slmt taun baru jgk.. =)
sakura hime..
shinnen omedeto gozaimasu ^^
@caliph shuriken
shinnen omedetou gozaimasu caliph-san =)
Post a Comment