Assalamualaikum...
Hai semua, ogenki desuka ? Rindu saya tak ? Eh silap soklan plak. Rindu entry saya tak ? Ehehe. "Ek eleh, perasan la kau ni jah, sape yang rindu entry entah apa2 tu". Maybe tu kot jawapan saya dapat bila tanya korang camni kan? =_=" sobs3 ish2, think positive. Ceewah. Mesti korang rindu kan? Ehee..Tu diaaa, tajok entry saya panjang gila kan. Entah apa2 je =_="
Hurm aritu kan, ada la jumpa member lama. Borak borak, sembang sembang, cakap cakap. Okei, sama je kot perkataannya, pastu kan terkeluarlah ayat dia "Kenapa ah, kita selalu usaha then apa yang kita harapkan, target tu tak dapat??" Err, lebey kurang macam tu la soklan dia. Alamak, tanya saya la plak kan. Tapi soklan tu memang dah menjadi persoalan saya jugak sejak dari dulu lagi. Ye la, mesti la frust kalo apa yang kita target, tak kita dapat. Kan kan? Kalo korang, korang frust tak ? Tipu lah tak frust. Saya, takyah citer la, bila jadi macam tu, memang la frust menonggeng gila kot [ayat hanya menunjukkan tahap frust yang teramatlah tinggi]. Tapi, relaks dulu, lumrahla kan semua perkara, sebab tiap2 satu tu mesti ada hikmatnya, kan? ^^
Okei2, berbalek pada member saya tadi tu la kan. Saya pun takde la pandai nak menjawab soklan dia tu sebab saya sendiri pernah jugak tanya kenapa. So, macam tak berapa nak menjadi la kan nak kasik nasihat kat orang len. Macam apa je. Tapi takpe, at least kita boley je bagi dia semangat. Cakap kat dia pengalaman kita dulu, ceewah macam la banyak pengalamankan. Bagitau kat dia kita pon macam tu dulu. Cuba anggap tu macam satu cabaran la, dugaan untuk kita lebey bangkit dengan semangat yang tinggi untuk lebey berusaha capai apa yang kita nak. Maybe usaha kita tak cukup lagi. Maybe Allah nak tengok lagi setakat mana kita bersungguh-sungguh nak kejar cita-cita kita, kita terlalu mudah putus asa ke apa. Maybe Dia nak uji kita lagi. Maybe Dia rancang sesuatu yang takkan pernah terlintas dalam fikiran kita, sesuatu yang TERBAIK la buat kita, sape tau kan. Banyak kemungkinan yang ada, yang tak terjangkau dek pemikiran kita.
Pastu, janganlah dikalahkan oleh kegagalan kita. Eh, sodap sodap je saya nasihat kan, takpe untuk peringatan saya jugak nih. Ada orang cakap, tanpa kegagalan kita takkan berjaya. Betol ke ? It's actually up to whom yang boley terima kegagalan tuh sebagai pembakar semangat dorang untuk berjaya. Pembakar semangat means that dorang akan cuba atasi kegagalan tuh supaya dorang boley sampai pada satu level yang diimpikan, insyaAllah..
Pastu kan, kalo kecewa tu. Boley je nak down ke apa. "Eh kau ni apa jah, bagi nasihat salah". Bukan bukan, maksud saya di sini adalah down yang elok la. Kiranya sebagai pembakar semangat kita jugakla. "Banyakla kau punya pembakar semangat jah". Macam saya kan, bila tak dapat something mesti akan rasa down kejap. Kecewa, frust menonggeng la, menanges tersesak2 la dalam bilik *Eh tersilap pecah rahsia plak hee. Normal la kan, perempuan. Kalo lelaki, tatau la kot2 nanges jugak ke. Tapi kan, menanges nih sebenarnya elok je, bagos. Satu terapi, err ye ke? Hehe, ye la lepas kita menanges,mesti rasa lega pastu tetiba je semangat nak bangkit datang berkobar2 dengan jayanya dan gemilangnya thehe. Eh, tapi kan jangan lah down lama sangat weh. Sampai satu tahun, dua tahun. Tu bukan down tu. Tu macam semangat dah ilang entah ke mana. Haa, so pastikanla bila down cepat2 kita pujuk semangat kita datang balek. Jangan la kasik dia larik jauh2 dari kita, kan susah nak pujuk balek kan hee..
Haa lagi satu, kalo rasa tak boley nak terima, cuba la bagitau kawan2 kita. Kongsi sama2 mana tau burden tu dapat dikurangkan. Tapi kalo kita nih jenis yang tak suka story2 kat orang, macam geli je nak cite kan, sape lagi yang ada ? Pakwe ? Makwe ? Ish2 korang nih, pk tu je ea ? Ahaa, mesti la yang kat atas sana, Allah swt. Dia kan Maha Mendengar. So, apa lagi, menanges la pada Dia sepuas2nya, sebab tak kena bayar pon. Yang penting, kita semua tak keseorangan sebab Allah sentiasa ada untuk kita... Okei ? Hehe
Ada orang usaha punya la bagai nak rak, macam nak gila study..Tapi, result keluar...Hurmmmm..Ada orang usaha sikiiiiit je..Tapi, kejayaan setimbum yang dia dapat..Ada orang tak usaha langsung...Tapi, boley jugak dia berjaya..Sebab apa? Sebab tuah kot..Ada orang, pun tak usaha langsung !Tapi....Last2 dia gagal. Haa, memang betolla tu, dah pemalas apa nak diherankan.No pains no gains
Level mana pon kita ada, even selalu pada level gagal. Cuba je la kot pk positif. Allah ada perancangan yang lebeeeeeeeey indah tuk kita nanti insyaAllah.. Ada hikmat sume tu, a'ah ayat cliche saya tau. Tapi, takpe saling mengingatkan ehehe.. Untuk diri saya jugak.
Eh, okei lah, banyak plak saya melalut. Padahal nak taip sikit je. Maklumlah lama nih tak menaip hehe. Hurm tu je la kot. Hontouni arigatou sudi baca, terharu.. =']
P dot s:
:: Tolong betolkan saya kiranya salah.. ^^ Jya~