Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Lantunan rasa.

Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum...


Manusia dan manusia,
Biar lantunan seusai masa,
Jua terkapai dalam rasa,
Masih jauh dalam lanjutan usia.

Aku manusia,
terarah jua dek detikan masa,
sedetik terlelah diri
sampai mati jua disesali.

Betapa sukar mengejar tertinggi,
tertinggi dek kesempurnaan diri,
kerna aku sedari,
manusia mana mungkin mampu gapai,
tahap kesempurnaan diri,
melainkan Rasulullah saw, junjungan abadi.

Kecewa, sedih, malu, marah dan geram,
semua rasa dalam satu luahan,
namun mana mungkin akan mampu membungkam,
satu hal yang sudah dicoretkan.

Andai saja masa mampu diputar kembali...
Namun disedari, 'andai' itu sendiri takkan mampu mengubah sesuatu perkara,
dan mungkin 'andai' itu menunjukkan diri tidak mampu menerima tiap ketentuan yang termaktub,
tiap kejadian yang telah ditentukan olehNya,
mungkin 'andai' juga akan menunjukkan kita tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya...
Nauzubillah...


Eh, pernah tak korang rasa serba tak kena, nak kata kecewa dengan orang lain, TAK. Nak kata kecewa dengan diri sendiri pun TAK. Nak kata kecewa dengan binatang pun lagi la TAK. Eh, pendek kata, korang tak tahu la korang kecewa sebab apa. Bila perasaan tu timbul, perasaan terus terarah pada diri sendiri (pada sayala). Kecewa sebab punca tu masih kita tak tahu dari mana sebabnya. Betapa lemahnya nak meneliti diri sehinggakan masih terkapai nak mencari punca masalah, huhu... 

Dan rasa kecewa, bila mana sesuatu yang kita usahakan,dah rasa kaw-kaw punya usaha tapi hasil sikit je dapat.. Kenapa ? Positif positif, maybe sebab usaha kita tak cukup lagi kot. Tak banyak lagi, masih perlu diperbaiki. Siapa la kita kan nak cakap dah usaha banyak gila. Allah lebih tahu. Dan kalo usaha dah banyak, perlu la kot tengok dari sudut keikhlasan kita pulak. Niat kita buat benda tu. Sebab bila sebut niat2 ni, perkara paling sukar pada saya huhu. Niat senang berubah. Nak setkan "Hanya keranaNya" tu memangla boleh senang je sebut di mulut, tapi kadang-kadang hati lebih tahu, ikhlas ke tak. He knows Best !

Malu dengan orang yang pandang rendah dengan kita, tambah-tambah dengan satu hal yang menunjukkan tahap kita ni macam mana. Betapa sukarnya nak memenuhi expectation seseorang. Setiap orang lain pandangan, so nak salahkan orang lain memang tak bolehla. Kena tengok diri kita sendiri, muhasabah diri dulu. Jangan sombong sangatla, dan jangan berlagak sangat kita tahu sedangkan ilmu kita hanyalah seciput. Buanglah rasa sombong tu bila nak mempelajari sesuatu ilmu (noted to self)....

Dan sekarang baru saya tahu betapa sukarnya bila kita bekerja dengan perfectionist =). I wouldn't say that it's a worse thing, in fact I'm grateful and happy (ececeh, terskipping pulak). Saya bersyukur sebab at some point, akan mengajar kita untuk lebih teliti dalam kerja. Rasa malu tak payah cerita la kan, tu salah, ni salah heheee. 24/7 akan rasa tapi bila kita ketepikan rasa malu dan niatkan diri kita buat tu untuk belajar, then kita akan rasa benda tu mudah, insyaAllah =). Maybe jugak kita akan rasa diri kita ni teruk sangat bila ada something yang menunjukkan kesalahan dan kelemahan kita tapi daripada situ, maybe kita akan belajar dan mengubah benda tu ke arah tahap yang lebih baik. Macam biasa, kita belajar dan perlu muhasabah diri kita balek... huhuuu =_=

Alhamdulillah, projek research berjalan lancar hehe, mesti sebab korang tolong doakan urusan saya dipermudahkan, ye dokkk ? Domo arigatou gozaimasu minna ! =') Sangat-sangat-sangat hargai doa korang, semoga urusan korang juga dipermudahkan. Tolong doakan pembelajaran saya pun dipermudahkan huhuuu... Harap sangat takde masalah =_="

Oh ya, bila dah jalankan sesuatu perkara like projek or etc, baru kita akan tahu tahap kebolehan kita. At some point, benda tu akan mendidik kita untuk lebih menjadi seorang yang penyabar =). Haaa, jangan tak tahu, time ni la kita akan dapat kenali diri sendiri sama ada kita ni penyabar ke tak atau sebagainya. Sebab bila kita dah deal dengan binatang seperti ikan or etc, nak jaga dia semua tu bukan senang tau, perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tak tahu nak cakaplah sebab benda ni kena buat sendiri, then u'll know it yourself. See, ikan pun pandai mengajar manusia erti kesabaran. Malunya =_=". Alhamdulillah, harapnya mampu menaikkan sikit tahap kesabaran dalam diri. Tu la pembelajaran tanpa kita sedar kan ?. Penting untuk diri kita jugak. Kalo kita tak lalui, takkan mungkin kita akan tahu. Wallahua'lam... 


Kadang-kadang, rasa malu dengan diri sendiri. DenganNya dan manusia-manusia lain, takyah ceritalah.. =_=". Kuatkan diri ini Ya Allah... I know I can do this. Have FAITH. Sekali melangkah takkan mungkin akan berpaling, insyaAllah moga bukan sekadar ungkapan...



Maaf, penulisan sedikit serabut sebenarnya, dengan ayatnya sekali haha. Dok pehey buke masaloh ambo =P . Penulisan adalah untuk peringatan pada diri yang sentiasa lemah, lupa dan perlukan peringatan. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hambaNya =).

Tolong doakan saya huhuhuuu... Semoga kita semua dalam redha dan rahmatNya, insyaAllah =')

Terima kasih ! 



:: Lupa daratan !

Tuesday, August 2, 2011

Assalamualaikum.. =)


Hye semua ! Alhamdulillah, jumpa lagi kita ye. Hari nih nak luah perasaan sikit boleh tak ? Hehe.. Kadang kadang kita selalu jadi insan yang lupa daratan. Err, maksud saya lupa la untuk bersyukur atas semua nikmat kurniaanNya. Baaaaanyak sangat nikmat yang Allah berikan pada kita samada secara nyata mahupun sembunyi, kecik mahupun besar, sikit mahupun banyak, dari sekecil kecil zarah sehinggalahh sebesar2 galaksi, eh tak tak, malahan lebih besar dan banyak lagi hinggakan tak terjangkau dek akal fikiran manusia =_=". 


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya.."
:: Surah Ibrahim : 34 ::


Tapi, biasalah dah nama manusia, kita pon selalu la lalai, lupa nak mensyukuri nikmat2 tersebut. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?". Ayat tu banyak kali ditanya dalam surah Ar-Rahman, kenapa? Maybe sebab nak memperingatkan manusia yang tak bersyukurlah. Kita tau nikmat tu dariNya tapi kita mendustakannya melalui pelbagai cara. Malahan ada juga yang tidak mengaku nikmat tersebut adalah dariNya dengan mengatakan semuanya adalah hasil usaha sendiri. Harap2nya kita bukanlah dari golongan tersebut. Memanglah usaha tu penting tapi tanpa keredhaan dan keberkatan dariNya, sudah tentu la tidak ke mana jugakkan.. Hurm..


Banyak sebenarnya nikmat Allah yang kita tak sedar. Aritu ada baca satu buku. Pasal muallaf yang nak kena against banyak sangat cabaran, nak go through untuk jadi seorang muslim yang sejati. Susahnya kehidupan dia ='(. Dia ada cakap, bersyukur sangat sebab dapat hidayah Allah, kalo tak mesti masih dalam kegelapan sekarang. Bila baca terfikir terus, alangkah bertuahnya kita yang dilahirkan celik celik mata je dah umat Muhammad yang berEsakan Allah swt. Kita patot bersyukurlah ='). Syukur, Alhamdulillah..


Syukur alhamdulillah =') - Pic's courtesy of incik google


Jadi adik adik ceewah hehe macam, cikgu pulak. Jomlah kita sama sama belajar untuk bersyukur. Let's cross our fingers and say, thank you Allah, thanks for all Your good deeds. Tak terhitung banyaknya ! Belajar bersyukur sebelum tdo, belajar bersyukur Allah berikan kita peluang  untuk melihat dunia hari ini, berpuasa pada hari ke-2 dan diharapkan kita akan diberikan kesempatan untuk menghabiskannya pada hari2 seterusnya =). 


Belajarlah untuk bersyukur atas nikmatnya even sesuatu yang kita impikan tapi tak dapat, ucap je alhamdulillah. Err, tapi memang susah jugak tuuu, sebab kena ikhlaskan diri kan, fuhh saya mengaku huhu. Tapi takpe, menangislah sepam dua dulu (lepas perasaan) thehehe dan kalo kita dah redha, otomatikla ikhlas akan datang insyaAllah. Eh, sape kat sini eyh boleh ajar ilmu ikhlas, wuwu susah2 =_=". Tapi, sesuatu yang kita nak tu insyaAllah akan kita dapat, cuma cepat atau lambat je kan. Atau mungkin takkan dapat. Entahlah, kan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua =)


Jadi adik adik, jangan okei kita jadi lupa daratan. Nikmat Allah banyak, so kita patot la balas dengan menyanyangiNya serta mentaati segala suruhanNya. Tambah2 di bulan mulia nih =). Okeilah, tma kacih sudi baca =')


P dot s:

:: Sebelom pejamkan matamu malam nih, jom kita bersyukur dulu ! =)

:: Harapnya saya dijauhkan daripada jadi manusia lupa daratan =_=""

:: Entry peringatan pada diri saya juga =')

:: Mata aimashoo (let's meet again)

:: RINDU !

Wednesday, July 20, 2011

Assalamualaikum..


Olla minna san, ogenki desuka ? Arap2 semuaaaaaaaaaa yang baca blog nih sihat lah ye, ceewah yang baca blog neh je ? Abes tuh yang laen2 camna ? Hehe, sama jugak, harapnya kesejahteraan berdampingan bersama2 korang selaluuu ! InsyaAllah. Rindu saya tak ? Eh silap, rindu entry saya tak ? Lama tak menghadap lappy dan menaip, err lama ke ? Lantaklah. Tapi dalam lama tak publishkan entry ada jugak yang sudi melawat blog picisan ini huhu, terharunya even stats tunjuk 5 viewers, saya happy dan terharu =') tenkiu2 very much. Yang 5 orang tuh nanti saya belanja kepsi ye, sape2 ? Sah2 ramai la yang ngaku thehee =_="


Hurm, mata tak rasa ngantok lagi, apa lagi on kan je lappy jap even entry nih takde pape pon. Sekarang neh kan sedang rindukan seseorang, eh bukan seseorang tapi banyak2 orang. Oleh itu, dinamakan tajok entry ini, RINDU ! Thehehe.. Rindukan kawan2 lama. Milah, Thini, Su, semua lah satu batch. Rasa rindu dengan suasana yang dah lepas tuh =(. Tadi dapat mesej dari su yang berbunyi (hehe, ada bunyi2 la plak) :


Jika doamu dimakbulkan, Allah menyayangimu.
Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu.
Jika doamu tidak dimakbulkan, tandanya Allah merancang yang TERBAIK buatmu !


Betol2 mesejnya, domo arigatou su, atas mesej tersebut. Yang penting, jangan putus asa, kan kan ? Pastu jangan persoalkan kenapa tak makbulkan doa kita tu. Sebab bila kita persoalkan kenapa, tu dah macam kita sangsi pada ketentuan yang Allah rancang pada kita kot. Macam tak bersyukur. Tapi tu lah, kadang tersasul jugak huhu, nauzubillah la, arap2 dijauhkan. Haa, yang su,ni antar2 mesej camtu sebab baru lepas baca blog orang eyh ? Tauuuu2 thehee. Okei, nanti nak kena belanja su kepsi la nih. Hehe, ye2 je..


Pastu, teringat pulak pada cikgu Razak,tatau la kenapanya pelik aku boleh teringat kat cikgu. Banyak kot jasa cikgu razak padaku ='). Eh, cikgu2 laen semua berjasa oke =). Nak jumpa cikgu sebenarnya, tapiiii masa tak mengizinkan huhu. Ceyt, macam lah kau tu busy jah! Yang sebenarnya, ada la sifat segan2 sikit nak jumpa =_=". Okei2, nanti ada masa saya datang melawat cikgu ye insyaAllah. Ye la, bukan teringat kat cikgu razak je, cikgu laen2 pon rindu jugak. Cikgu Hashimah, pon rindu. Camna la agaknya cikgu sekarang... 



Rindu jugak pada budak kecik Apih dan Dina. Ish geramlah nak cubit cubit pipi dorang nanti. Eh, btw malam besok saya bertolak ke Johor, umah abang saya. Hehe, bolehlah melepas rindu pada dorang. Siap la korang nanti ! =') Jomlah kita bercuti.. =D


Akhir kata, saya akhiri entry kali ini dengan serangkap pantun empat kerat. Eh skema pulak thehee :


Kalau lah rose nama pokoknya,
Sudahlah tentu batangnya berduri,
Kalu rindu sebutlah namanya,
Jangan dipendam seorang diri,
Nanti merana diri sendiri.
 
Err, tu dah macam pantun 5 kerat dah tu. FAIL FAIL =_="


Sayang untuk girls readers dan thanks untuk guys readers ! =')


Thanks for reading !

Doakan keselamatan perjalanan kami nanti =). Jaa~

:: Kadang2 persoalan yang sama boley dikongsi dan dijadikan satu perbincangan yang hangat !

Saturday, June 25, 2011

Assalamualaikum...



Hai semua, ogenki desuka ? Rindu saya tak ? Eh silap soklan plak. Rindu entry saya tak ? Ehehe. "Ek eleh, perasan la kau ni jah, sape yang rindu entry entah apa2 tu". Maybe tu kot jawapan saya dapat bila tanya korang camni kan? =_=" sobs3 ish2, think positive. Ceewah. Mesti korang rindu kan? Ehee..Tu diaaa, tajok entry saya panjang gila kan. Entah apa2 je =_="



Hurm aritu kan, ada la jumpa member lama. Borak borak, sembang sembang, cakap cakap. Okei, sama je kot perkataannya, pastu kan terkeluarlah ayat dia "Kenapa ah, kita selalu usaha then apa yang kita harapkan, target tu tak dapat??" Err, lebey kurang macam tu la soklan dia. Alamak, tanya saya la plak kan. Tapi soklan tu memang dah menjadi persoalan saya jugak sejak dari dulu lagi. Ye la, mesti la frust kalo apa yang kita target, tak kita dapat. Kan kan? Kalo korang, korang frust tak ? Tipu lah tak frust. Saya, takyah citer la, bila jadi macam tu, memang la frust menonggeng gila kot [ayat hanya menunjukkan tahap frust yang teramatlah tinggi]. Tapi, relaks dulu, lumrahla kan semua perkara, sebab tiap2 satu tu mesti ada hikmatnya, kan? ^^



Okei2, berbalek pada member saya tadi tu la kan. Saya pun takde la pandai nak menjawab soklan dia tu sebab saya sendiri pernah jugak tanya kenapa. So, macam tak berapa nak menjadi la kan nak kasik nasihat kat orang len. Macam apa je. Tapi takpe, at least kita boley je bagi dia semangat. Cakap kat dia pengalaman kita dulu, ceewah macam la banyak pengalamankan. Bagitau kat dia kita pon macam tu dulu. Cuba anggap tu macam satu cabaran la, dugaan untuk kita lebey bangkit dengan semangat yang tinggi untuk lebey berusaha capai apa yang kita nak. Maybe usaha kita tak cukup lagi. Maybe Allah nak tengok lagi setakat mana kita bersungguh-sungguh nak kejar cita-cita kita, kita terlalu mudah putus asa ke apa. Maybe Dia nak uji kita lagi. Maybe Dia rancang sesuatu yang takkan pernah terlintas dalam fikiran kita, sesuatu yang TERBAIK la buat kita, sape tau kan. Banyak kemungkinan yang ada, yang tak terjangkau dek pemikiran kita.



Pastu, janganlah dikalahkan oleh kegagalan kita. Eh, sodap sodap je saya nasihat kan, takpe untuk peringatan saya jugak nih. Ada orang cakap, tanpa kegagalan kita takkan berjaya. Betol ke ? It's actually up to whom yang boley terima kegagalan tuh sebagai pembakar semangat dorang untuk berjaya. Pembakar semangat means that dorang akan cuba atasi kegagalan tuh supaya dorang boley sampai pada satu level yang diimpikan, insyaAllah..



Pastu kan, kalo kecewa tu. Boley je nak down ke apa. "Eh kau ni apa jah, bagi nasihat salah". Bukan bukan, maksud saya di sini adalah down yang elok la. Kiranya sebagai pembakar semangat kita jugakla. "Banyakla kau punya pembakar semangat jah". Macam saya kan, bila tak dapat something mesti akan rasa down kejap. Kecewa, frust menonggeng la, menanges tersesak2 la dalam bilik *Eh tersilap pecah rahsia plak hee. Normal la kan, perempuan. Kalo lelaki, tatau la kot2 nanges jugak ke. Tapi kan, menanges nih sebenarnya elok je, bagos. Satu terapi, err ye ke? Hehe, ye la lepas kita menanges,mesti rasa lega pastu tetiba je semangat nak bangkit datang berkobar2 dengan jayanya dan gemilangnya thehe. Eh, tapi kan jangan lah down lama sangat weh. Sampai satu tahun, dua tahun. Tu bukan down tu. Tu macam semangat dah ilang entah ke mana. Haa, so pastikanla bila down cepat2 kita pujuk semangat kita datang balek. Jangan la kasik dia larik jauh2 dari kita, kan susah nak pujuk balek kan hee.. 



Haa lagi satu, kalo rasa tak boley nak terima, cuba la bagitau kawan2 kita. Kongsi sama2 mana tau burden tu dapat dikurangkan. Tapi kalo kita nih jenis yang tak suka story2 kat orang, macam geli je nak cite kan, sape lagi yang ada ? Pakwe ? Makwe ? Ish2 korang nih, pk tu je ea ? Ahaa, mesti la yang kat atas sana, Allah swt. Dia kan Maha Mendengar. So, apa lagi, menanges la pada Dia sepuas2nya, sebab tak kena bayar pon. Yang penting, kita semua tak keseorangan sebab Allah sentiasa ada untuk kita... Okei ? Hehe


Ada orang usaha punya la bagai nak rak, macam nak gila study..
Tapi, result keluar...Hurmmmm..
Ada orang usaha sikiiiiit je..
Tapi, kejayaan setimbum yang dia dapat..
Ada orang tak usaha langsung...
Tapi, boley jugak dia berjaya..
Sebab apa? Sebab tuah kot..
Ada orang, pun tak usaha langsung !
Tapi....Last2 dia gagal. Haa, memang betolla tu, dah pemalas apa nak diherankan. 
No pains no gains

Level mana pon kita ada, even selalu pada level gagal. Cuba je la kot pk positif. Allah ada perancangan yang lebeeeeeeeey indah tuk kita nanti insyaAllah.. Ada hikmat sume tu, a'ah ayat cliche saya tau. Tapi, takpe saling mengingatkan ehehe.. Untuk diri saya jugak.



Eh, okei lah, banyak plak saya melalut. Padahal nak taip sikit je. Maklumlah lama nih tak menaip hehe. Hurm tu je la kot. Hontouni arigatou sudi baca, terharu.. =']


P dot s:
:: Tolong betolkan saya kiranya salah.. ^^ Jya~

:: 24434

Friday, June 17, 2011

Assalamualaikum...


Islah : Cik su cik su, cik su tau tak num telefon Allah ?

Aku : Hurm, bakpe ? Islah tau ke ? [saje nak menguji anak sedara, ceewah]

Islah : Olosss cik su ni, tu pon dok tau. 24434 la [Berlagak la plak]


Pastu saya nak uji la kan anak sedara saya tu pulak and asked him :

Aku : Dah tu, cuba lah bagitau cik su, 24434 stands for what ? [Eceh speaking la kononkan]

Islah : Errr, tu lah yang islah nak tanya cik su. Apa ye ? ustazah tanya.... Hehe

Aku : Laaaa, ingat tau. Tadi kemaen berlagak eyh. Tu laaa..Haha [Sambil geleng2 kepala dan bersedia untuk explainkan dengan lagaknya ceewah] =_="


Islah n Irdina.. ^^


Haha, sume mesti tau kan 24434 tu apa. Cara kita berhubung dengan Allah. Apa dia ? Solat fardhu 5 waktu la. Haa, camna korang, dah cukupkan atau masih lagi ada lubang2 ? Harap2 solat kita semua terpelihara lah ye..


Oh, tiap kali teringat kisah anak sedara aku dengan aku kat atas tu mesti aku tersenyum sorang2. Kelakar pun ada. Maklumlah budak budakkan. Asking Qs is actually a learning process for them.. Peringkat umor camtu memangla banyak yang dorang nak discover, nak tau, nak paham. Haa, kalo ada budak2 kecik tanya la kan, try explain cara yang mudah pada dia. Kalau boleh cuba gunakan aplikasi dalam kehidupan seharian, supaya dia lebey paham lah. Banyakla ko punya aplikasi jah.


Aplikasi tu pon biarlah benda yang senang2 ye, nanti kan kalo susah tambah serabut plak otak dorang. Pastu lebih banyak tanya then korang plak jadi mangsa. Kalo rela jawab takpelah jugak tapi takot je korang cepat naek hot hee.. Jangan cepat nak marah okeh. Jom bersabar ! Hehe, pernyataan itu adalah untuk diri saya sendiri jugak.. ^^


Haaa, pastu kan alang alang tu, nasihat la sekali kat dorang yang jangan nak berlagak atas ilmu yang kita tau sebab ilmu yang kita tau tu mungkin belum cukup lagi untuk kita pegang. Macam anak sedara saya tadi la, berlagak la kan konon2 tau benda yang saya tatau hehe. Time ni lah elok kita tegur secara berhikmah. Ceewah, hikmat sangat la kan. =p


Eh eh, agak2 saya ley jadik pengasuh kat nursery tak ? Takpon cikgu sekolah tadika ke ? Takpon suri rumah yang bersuri di hati seseorang dah keee? Ni semua berkat jadi suri rumah sepenuh masa selama sebulan tuh ceewah hehe.. Okei, saya  dah start mengarot dan nak stop sebelum kena lempang theeehee.


Okeilah kawan2. Maceh sudi baca. Bye~


P dot s:
:: Oh, just a few days here, yet im already miss them sooooo much.. Huhu kibun ga, suguremasen.. ='(

:: Baru tersedar daripada lamunan rupanya...

Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum..


Seringkali diingatkan akan kelemahan diri..

Seringkali mencuba untuk memperbaiki diri...

Seringkali mengelak daripada kesilapan diri, maksud aku kesilapan yang sama berulang kali...

Seringkali mencuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam...

Seringkali cuba untuk mengelak daripada perkara sia-sia...

Namun, seringkali itu juga aku gagal, kecundang, hancur, dan mengalah..


Dan saat itu, seringkali juga aku berkata :
"Oh, aku baru tersedar daripada lamunan rupanya !"


Terukkan?

Seringkali, aku terlupa yang dunia realiti tidak seindah dunia fantasi..
Jadi, terlalu bodoh dirasakan diri ini !


Tapi, ALHAMDULILLAH..
Aku panjatkan syukur banyak banyak banyak pada Dia, at least Dia selalu sedarkan aku yang selalu lagha nih ! Harap harap aku masih tersedar... ='(

-sekian-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...