Lantunan rasa.

Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum...


Manusia dan manusia,
Biar lantunan seusai masa,
Jua terkapai dalam rasa,
Masih jauh dalam lanjutan usia.

Aku manusia,
terarah jua dek detikan masa,
sedetik terlelah diri
sampai mati jua disesali.

Betapa sukar mengejar tertinggi,
tertinggi dek kesempurnaan diri,
kerna aku sedari,
manusia mana mungkin mampu gapai,
tahap kesempurnaan diri,
melainkan Rasulullah saw, junjungan abadi.

Kecewa, sedih, malu, marah dan geram,
semua rasa dalam satu luahan,
namun mana mungkin akan mampu membungkam,
satu hal yang sudah dicoretkan.

Andai saja masa mampu diputar kembali...
Namun disedari, 'andai' itu sendiri takkan mampu mengubah sesuatu perkara,
dan mungkin 'andai' itu menunjukkan diri tidak mampu menerima tiap ketentuan yang termaktub,
tiap kejadian yang telah ditentukan olehNya,
mungkin 'andai' juga akan menunjukkan kita tidak mensyukuri nikmat kurniaanNya...
Nauzubillah...


Eh, pernah tak korang rasa serba tak kena, nak kata kecewa dengan orang lain, TAK. Nak kata kecewa dengan diri sendiri pun TAK. Nak kata kecewa dengan binatang pun lagi la TAK. Eh, pendek kata, korang tak tahu la korang kecewa sebab apa. Bila perasaan tu timbul, perasaan terus terarah pada diri sendiri (pada sayala). Kecewa sebab punca tu masih kita tak tahu dari mana sebabnya. Betapa lemahnya nak meneliti diri sehinggakan masih terkapai nak mencari punca masalah, huhu... 

Dan rasa kecewa, bila mana sesuatu yang kita usahakan,dah rasa kaw-kaw punya usaha tapi hasil sikit je dapat.. Kenapa ? Positif positif, maybe sebab usaha kita tak cukup lagi kot. Tak banyak lagi, masih perlu diperbaiki. Siapa la kita kan nak cakap dah usaha banyak gila. Allah lebih tahu. Dan kalo usaha dah banyak, perlu la kot tengok dari sudut keikhlasan kita pulak. Niat kita buat benda tu. Sebab bila sebut niat2 ni, perkara paling sukar pada saya huhu. Niat senang berubah. Nak setkan "Hanya keranaNya" tu memangla boleh senang je sebut di mulut, tapi kadang-kadang hati lebih tahu, ikhlas ke tak. He knows Best !

Malu dengan orang yang pandang rendah dengan kita, tambah-tambah dengan satu hal yang menunjukkan tahap kita ni macam mana. Betapa sukarnya nak memenuhi expectation seseorang. Setiap orang lain pandangan, so nak salahkan orang lain memang tak bolehla. Kena tengok diri kita sendiri, muhasabah diri dulu. Jangan sombong sangatla, dan jangan berlagak sangat kita tahu sedangkan ilmu kita hanyalah seciput. Buanglah rasa sombong tu bila nak mempelajari sesuatu ilmu (noted to self)....

Dan sekarang baru saya tahu betapa sukarnya bila kita bekerja dengan perfectionist =). I wouldn't say that it's a worse thing, in fact I'm grateful and happy (ececeh, terskipping pulak). Saya bersyukur sebab at some point, akan mengajar kita untuk lebih teliti dalam kerja. Rasa malu tak payah cerita la kan, tu salah, ni salah heheee. 24/7 akan rasa tapi bila kita ketepikan rasa malu dan niatkan diri kita buat tu untuk belajar, then kita akan rasa benda tu mudah, insyaAllah =). Maybe jugak kita akan rasa diri kita ni teruk sangat bila ada something yang menunjukkan kesalahan dan kelemahan kita tapi daripada situ, maybe kita akan belajar dan mengubah benda tu ke arah tahap yang lebih baik. Macam biasa, kita belajar dan perlu muhasabah diri kita balek... huhuuu =_=

Alhamdulillah, projek research berjalan lancar hehe, mesti sebab korang tolong doakan urusan saya dipermudahkan, ye dokkk ? Domo arigatou gozaimasu minna ! =') Sangat-sangat-sangat hargai doa korang, semoga urusan korang juga dipermudahkan. Tolong doakan pembelajaran saya pun dipermudahkan huhuuu... Harap sangat takde masalah =_="

Oh ya, bila dah jalankan sesuatu perkara like projek or etc, baru kita akan tahu tahap kebolehan kita. At some point, benda tu akan mendidik kita untuk lebih menjadi seorang yang penyabar =). Haaa, jangan tak tahu, time ni la kita akan dapat kenali diri sendiri sama ada kita ni penyabar ke tak atau sebagainya. Sebab bila kita dah deal dengan binatang seperti ikan or etc, nak jaga dia semua tu bukan senang tau, perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tak tahu nak cakaplah sebab benda ni kena buat sendiri, then u'll know it yourself. See, ikan pun pandai mengajar manusia erti kesabaran. Malunya =_=". Alhamdulillah, harapnya mampu menaikkan sikit tahap kesabaran dalam diri. Tu la pembelajaran tanpa kita sedar kan ?. Penting untuk diri kita jugak. Kalo kita tak lalui, takkan mungkin kita akan tahu. Wallahua'lam... 


Kadang-kadang, rasa malu dengan diri sendiri. DenganNya dan manusia-manusia lain, takyah ceritalah.. =_=". Kuatkan diri ini Ya Allah... I know I can do this. Have FAITH. Sekali melangkah takkan mungkin akan berpaling, insyaAllah moga bukan sekadar ungkapan...



Maaf, penulisan sedikit serabut sebenarnya, dengan ayatnya sekali haha. Dok pehey buke masaloh ambo =P . Penulisan adalah untuk peringatan pada diri yang sentiasa lemah, lupa dan perlukan peringatan. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hambaNya =).

Tolong doakan saya huhuhuuu... Semoga kita semua dalam redha dan rahmatNya, insyaAllah =')

Terima kasih ! 



7 comments:

caliph shuriken said...

jika 'andai' itu mampu bawa sy ke masa silam.. satu perkara ingin sy perbetulkan :)

Anonymous said...

bersabarlah..
kerana hanya orang yang bersabar sahaja akan memperolehi apa jua yang dihajatinya...dengan sempurna...

sabar juga adalah asas dalam sesuatu usaha yg dilakukan.. janganlah letakan fikiran kita @ target kt pd sesuatu hasil yg akan dilakukan/di iginkan.. sebaliknya tumpukan lah sepenuhnya fikiran dan tenaga kepada usaha...maksudnya pada kaedah2 yg kita gunakan untuk capai hasil..ingatlah hasil sesuatu itu bukan lah kita yg tetapkan kerana itu semua adalah Qada' & Qador Allah... kita sepatutnya diajar untuk berpuas hati pada usaha yg kita lakukan bukan hasil dari usaha kita..kalu tidak susah untuk kita menjadi manusia yang mensyukuri..sbb kita selalu kata aku dah usaha sungguh2 tp xpadan hasilnya..orang lain usaha skit tp hasil lebih...bukankah itu telah menyerabutkan hati dan fikiran?...bukankah lebih bahagia hati bila kita kata..aku dah usaha yang terbaik jadi terpulanglah pada Allah nak beri hasil yang mcmmn kerana hasil itu lah yg terbaik untuk ku dgn usaha ku walau pun kurang dari org lain... jika kita letak hati,fikiran dan tenaga pada usaha nascya kita akan dapat sesuatu diluar jangkaan kita malah lebih bermakna dari hasil yg kita inginkan... contoh:.. nak g ke suatu tempat..usaha kta berjalan kaki je yg termampu tetapi orang lain berlari..kita mengeluh mereka ada kaki n guna kaki, aku pun ada kaki n guna kaki.. tapi mereka cepat sampai n aku lambat sampai...mungkin kita akan rasa down n malu dengan kelemahan kita...itu la yg sering kita buat..tetapi kita xpernah nak fikir..cuba tanya pd mereka yang berlari itu..ada tak nampak duit kt tepi jalan td?..ada tak makan buah free tepi jln td..ada x nampak pokok bunga yang canti..ada tak nampak air terjun..dan banyak lagi peluang dan perkara baik yg ada sepanjang jalan yg kita jumpa...nascaya mereka jawap kami xsempat nak tengok n ambil semua itu kerana kami berlari...walaupun mereka sampai awal tp dlm keadaan penat n kosong sebaliknya kita akan sampai dalam keadaan yg releks malah bersama pengalaman dan gsnjaran yg ada sepanjang jalan td yg mungkin byk berguna pada kita ketika sampai di tempat kita tuju itu bersama mereka2 itu...maka itu lah ibaratnya dalam kerja2 dan urusan kita seharian di dunia ini..jangan lah kita sibuk untuk menandingi, nak bersaing, nak menyamai apa2 hasil/rezeki kita dgn org lain kerana semua itu adalah ketentuan tuhan..jangan lawan/cemburu dgn takdir tuhan terhadap orang lain.. smbg***

Anonymous said...

*** ..sabar dalam usaha yang dilakukan juga adalah ciri2 untuk mendatangkan ikhlas.. ikhlas adalah bila kita lakukan sesuatu itu tidak mengharapkan apa2 balasan.. JANGAN LAH MENGHARAPKAN BALASAN DARI SETIAP KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN.. tetap sabar melakukan sesuatu itu yg tidak memberi apa2 pada kita tetapi sangat bermanfaat pada org lain..itulah namanya pengorbanan.. ikhlas=pengorbanan.. walaupun asal pekerjaan itu untuk diri kita tetapi sekirnya akhir hasilnya tidak menyebelahi kita..redha laa..jgn berasa hati... kerana manusia sangat lemah dalam memahami apa itu hikmah..hikmah disebalik sesuatu perkara.. nikmat kesyukuran berada disebalik hikmah sesuatu kejadian..kerana akal manusia sgt dangkal..sangat pendek..sangat lemah..

semua manusia sangat mencintai Rasullullah kerana baginda seorang manusia yang sgt sempurna.. kita sedaya upaya berusaha melakukan apa yang diperintahkan.. jauh sekali diri ini hendak mencapainya...

bertuah awak jika awak kata awak berkerja dengan seorang yg perfectionist... jgn marahkan mereka jika mereka seolah menyusahkan/merendahkan diri awak.. nascaya mereka lakukan itu berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang kerja mereka.. kita kena la berlapang dada jika ingin menuntut ilmu dgn mereka supaya ilmu2 itu mudah hinggap di hati kita bukan hanya di akal shj... mereka yg ikhlas menyusahkan dan merendahkan diri kita sebenarnya xlebih dari untuk menjadikan diri kita kelak lebih sempurna dari mereka..lebih perfectionist dari mereka..mereka juga lakukan itu biasanya dalam bidang mereka sahaja... contoh: seorg tukang masak akan jd seorg yg perfectionist dlm bdgnya dan mekanik akan jd perfectionist dlm bidangnya..apabila tukang masak ingin belajar mengenai kereta bolehkah dia berkata si makanik tu terlalu perfectionist lah, cerewek la, merendah2kan dia lah, buli dia lah...?!... sama juga si makanik bila nak belajar masak akan berkata tukang masak tu terlalu perfectionist lah, cerewek la, merendah2kan dia lah, buli dia lah...?! maka sekali lagi lah kita perlu berlapang dada dalam melakukan sesuatu perkara itu jika kelebihan berada pada orang lain dalam sesuatu perkara yg dilakukan itu... setiap kemahiran lahir dari pengalaman dan juga latihan sbb Training make perfect..maka jgn lah mengeluh ...k?! =)

maafkan saya jika kata2 saya ni memberi kesan yg tidak selesa pada awak.. cuma sekadar respond kepada tulisan awak di atas..sekadar berkongsi.. dan mengambil kesempatan di kala waktu terluang... maafkan saya juga jika ayat2 saya ni salah dari sudut bahasa, fakta dan etika...

***S.P***

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
Maaf baru baca komen sp.. terima kasih, komen yg terlalu sempurna pada sy sampaikan sy rasa malu, malu dengan diri dengan setiap keluhan yg saya keluarkan huhu. sifat manusia bila sesuatu yg kita terlalu inginkan tapi tak tercapai, maka akan mudah rasa down dan sedih. rasa down sbb dirasakan usaha tak berbaloi dan sedih bila mana rasa akan kecewakan ma dan abah dgn benda tu. betol kata SP, kebanyakan manusia setkan target utk capai sesuatu sampaikan terlupa untuk ikhlaskan niat dlm mempelajari sesuatu benda tu, mayb la kot drpd situ masih jauh utk peroleh keberkatan termasok sy huhu. dan jugak mayb daripada situ akan timbul rasa nak bersaing sesama sendiri bknnya tujuan sebenar utk menuntut ilmu. kadang2 rasa teruk sgt diri nih dan masih cuba nak ubah, tapi perlukan masa. kadang2 terlupa huhu, harapnya masih tersedarlah...

betol kata sp, semua qada' qadar tentukan, dah termaktub pun. dan mmg sy mengeluh tp takdelah sampai nak mempersoalkan 'kenapa' sbb sy masih tahu hak sy dan hak Allah. Nauzubillah, harapnya takdelah smpai nak mempersoalkan "kenapa" tu sbb mmg betol kita tak layak nak persoalkan, bak kata SP, akal manusia sgt lemah, dangkal dan pendek, takkan mampu nak memikirkan sesuatu yg sebegitu. When He said "BE" then it is, kita hanya perlu terima dgn redha dan ikhlas, usaha dah, tawakkal dah, mayb Dia ada plan yang lebih baik utk kita =)

erm takpelah rasanya mmg lumrah manusia, bila sesuatu tak dapat akan rasa kecewa kejap. normal kan. dan saya masih tahu limit sy. kecewa boleh tp jgn sampai terbawak2, insyaAllah harap2 dijauhkan dgn keluhan2 tu.. hanya perlu berpegang pada ayat ni bila mana kita rasa sesuatu tu tak adil utk kita, "Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui =)."-(Al-Baqarah ayat 216). He knows THE BEST ! InsyaAllah akan sentiasa tersedar. (noted to self !)

ye, betol kata sp, bertuah sy bekerja dgn seorang yg perfectionist. mmg betol =) sbb drpnya kita akan dpt belajar.. contoh diri sy sendiri la, drpd totally 0 ilmu berkaitan smpaila skg ni da blh dpt byk sangat sangat sangat ilmu yang sgt berguna, blh guna utk further study lg, insyaAllah. sgt sgt sgt bersyukur, alhamdulillah la bekerja dgn org sebegitu =). dan akan sentiasa berlapang dada nak menuntut ilmu sbb kalo tak, ilmu tu takkan dapat la kan. harapnya sentiasa sabar dan ikhlas..bukan sekadar ungkapan lah huu

terima kasih infinity sp ='). sy tak tahu la mcm mana nak ucapkan tp bila baca komen anda tu terus terbit rasa bersalah, malu, terharu dan tersedar. terima kasih, at least komen itu mampu membuatkan sy terduduk, muhasabah diri sendiri jap, cari silap sy sendiri tanpa senang2 nak salahkan orang huhu, terima kasih terima kasih dan terima kasih... =')

Semoga urusan anda dipermudahkanNya, sentiasa dlm rahmatNya ^^

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
=) satu hal tu apa caliph ?

Takpe caliph, kita mmg x blh nak kembali pada masa dulu tp masa sekarang kita blh ubah, insyaAllah. cuma usaha dgn bersungguh2, tawakkal, dan doa byk2... ^^

Anonymous said...

..sedih..gembira..suka..cinta..sayang...benci..cembur ..iri hati... hampa..semua perasaan itu adalah lumrah dalam diri manusia.. tdak salah untuk kita merasai semua itu... kita boleh meluahkan kemana saja..kepada sesiapa sahaja..kerana itu hak kita... tetapi biarlah kena pada tempatnya...kena pada keadaannya dan kena pada orangnya... yang dilarang adalah melampaui batas terhadap semua perkara itu.... ini adalah blog awak...tempat dan keadaan awak untuk meluahkan rasa hati awak... bagi saya ini adalah tempat yang terbaik dan sesuai untuk awak zahirkan isi hati awak... maafkan saya jika kehadiran kata2 saya telah menyebabkan awak berasa bersalah dan malu dengan rasa hati awak sendiri.. sebenarnya semua yang awak tulis tu semestinya semua orang mngalaminya..termasuk juga saya... jd apa yg saya katakan sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri...untuk peringatan diri saya sendiri...jika ianya baik bolehlah dikongsi..=)

maafkan saya sekali lagi...

***S.P***

Fizah Ibrahim said...

Eh xpe..kdg2 teguran org lain pon perlu. At least teguran tu mampu buat kita sedar sbb tanpa nasihat atau teguran sesetengah drp kita xkan pernah tersedar. Jd terima kasih atas komen tersebut.smoga bermanfaat utk org lain jugak :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...