Someone like you.

Monday, October 31, 2011

Assalamualaikum...


Ogenki desuka minna ? Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menaip di blog nih =). Ada satu dua perkara saje nak share. Nak luahkan kot lebih tepat hehe. 


Hurm, korang pernah dengar tak lagu someone like you sing by Adele. Err, saya pun tak kenal penyanyinya. Lagu tu pon dengar sebab tengok ada orang post video kat FB with the tagline, "This song is so sad =(". Sebab tu la boley tau.


Sedih ke lagunya ? Okeilah, liriknya memang agak sedihlah kan. Mula mula dengar layan jugak tapi bila tengok pada liriknya, hurmm macam pelik. In short it's about a guy whom had married. But the woman still crazy over him. Oh, please lah huhu. Why don't you just accept the fate ? Eh, cakap orang putih plak. Mentang mentang lagu omputih kan =_=". 


Bila dengar lagu tu kan, saya rasa annoyed sangat sangat sangat. Membuatkan saya terfikir, pencipta lirik lagu tuh semestinya pernah experienced something worse sebab lirik dia teruk. Teruk maksud saya ialah macam tak dapat terima kenyataan je. Tapi tak boleh jugak nak salahkan dorang kan. Sebab dorang agama laen, dan kita laen. Kita dituntut untuk redha terima setiap ketentuanNya. Yakin dengan ketetapanNYa, Qada' dan Qadar. Sebab tiap tiap kejadian tu ada hikmatnya, ye dokkk ? =)


Oleh itu, adik adik sayang, janganlah terlalu gila sangat dengar lagu omputih sampaikan tak terperasan liriknya. No good no good. Kadang kadangkan dorang ada selitkan unsur unsur yang boleh menyesatkan kita. Yang melalaikan tu dah memangla kan huhuu.. Semoga sentiasa tersedarlah =_=". Noted to my-own-self too !


Oh ye, korang yang tak pernah dengar, boleh je klik sini... =)


Haaa kena tipu. Hehe, actually tu bukan lagu si minah Adele tu tapi itu adalah doa untuk menghilangkan dukacita la korang hee. Ye la, lagu tu lagu sedihkan, lagu macam tak boley nak terima kenyataan kan, takdir semua. So, saya dengan senang hati hadiahkan doa nih pada korang yang ada masalah hati. Recite la banyak banyak. Mudah mudahan mendapat ketenangan. Janganlah bersedih, Allah kan ada. Kita selalu beranggapan kita bersendirian padahal kita tak sedar yang Dia sentiaaaaasa ada untuk kita. Jangan lupa okei =). Sentiasa berserah diri padaNya..


Ya Allah hilangkanlah dukacita,
Singkapkanlah kesedihan,
Tuhan yang mengabulkan doa bagi orang2 yang dalam kesusahan,
Tuhan yang memberi rahmat di dunia dan di akhirat,
yang mengasihani kedua-duanya,
Engkau rahmatilah dengan rahmatMu,
Kau kayakanlah aku dengan rahmat dariMu..


 Lagi satu hal. Saya kadang-kadang hairan dengan sesetengah Facebookers especially girls. No offense, terlebih dulu nak mintak maaf banyak2 kalo terasa. Upload gambar ke fb, yang bergaya, yang comey semua. Ni serius cakap, memang comey =). Saya yang pompuan ni tengok pon terkedu subhanallah cantiknya, kalo yang lelaki tengok saya tatau la macam mana pandangan dorang. Fikiran dorang. U got what i mean, kan ? =)


Tak kisahla yang tu. Satu hal membuatkan saya bertambah pelik, bila orang dah puji cakap cantik, boley plak reply balas "takdelah, pakai apa2 pon still nampak tak cantik.". Err, perlu ke cakap macam tu. Pada saya la, tu ayat da macam tak bersyukur. Tersenyum saya sendiri kadang2 meluat pon ada hehe jangan terasa hanya teguran ikhlas dan kalau macam tu baek takyah upload huhu. Positive positive, maybe sebab merendah diri kot. Okeilah tapi at least kena bertempatla, bila orang puji kita, seeloknya just cakap terima kasih, syukur alhamdulillah, semua nih rahmat dari Dia. Allah kalau nak tarik kelebihan kita kejap je Dia boleh amek balek nikmat pinjaman nih. Just in a blink of eyes ! When He say "BE", then it is ! Jadi jom sentiasa lafazkan rasa syukur padaNya =)


P dot s :
Eh, korang nak surf lagu Edele eyh ? Ish, cepat je eyh korang. Mentang2 saya tak linkkan =P


Maafkan saya ada salah silap, tolong perbetulkan. Yang terasa, maaf banyak2.. Maceh sudi baca =')

Jangan pandang aku...

Tuesday, October 25, 2011

Assalamualaikum...


Jangan pandang aku...
Pada pandangan rupa semata,
kerna akan luput jua ditelan usia.


Jangan pandang aku...
Pada pandangan nafsu semata,
kerna nafsu perosak utama.


Jangan pandang aku...
Pada pandangan taksub semata,
kerna taksubmu tiada maknanya.


Jangan pandang aku...
Pada pandangan sinis cuma,
kerna yang aku tagihkan hanya teguran IKHLAS..


Jangan pandang aku...
Pada pandangan sempurna,
kerna satu saat nanti,
pasti kau akan kecewa dengan kelemahan diri ini.


Sebaliknya....
Pandanglah aku..
Melalui pandanganmu yang IKHLAS.
Tegurlah aku dengan berhikmah.
Bimbinglah aku agar sentiasa di jalanNya yang lurus.
Tuntunlah aku bersamamu ke syurga, rahmah dan mawaddah.
Perjalanan menuju kembara sakinah.
Seindah namaku termaktub HAFIZAH...


Err, bukan sakura yeee hee =p


 Apa yang dimaksudkan dengan sempurna ???

Kita selalu menginginkan insan len memandang kita sesempurna yang boleh sehinggakan kadang-kadang amalan yang kita lakukan tersebut tidak ikhlas. Malahan hanya menimbulkan riak semata. Riak penghapus amalan, dan betapa sayangnyakan amalan yang kita lakukan tu kita dapat 'nothing'! Rugikan.. Nauzubillah =(

Jangan terlalu mengharap orang memandang kita dengan begitu sempurna kerana akan sampai satu saat nanti, mereka akan kecewa dengan ketidaksempurnaan diri kita walaupun kesalahan hanya sezarah cuma. Kadang-kadang lebih baik dianggap tidak sempurna berbanding diagungkan kerana kesempurnaan yang hanya direka semata. 


Kadang-kadang rasa nak lari je jauh jauh dari dunia nih, err tapi nak lari ke mana eyh kalo bukan kat dunia ? =_="-Pic's courtesy of google, arigatou nee~


Yang pasti, cubalah menjadi hamba yang paaaaaaling sempurna di mataNya kerna itu yang penting. Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Tak salah cuba menjadi sempurna untukNya walaupun kita takkan mungkin mampu untuk setanding dengan kekasihNya =)


Ucapan yang paling disukai Allah :
Subhanallahiwabihamdihi.
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.
-Jom recite =)-

P dot s :
- Lebih rela dipandang tak sempurna di mata manusia.
- Maceh sudi baca. Salah silap maafkan saya dan tolong perbetulkan saya. Saya hanya manusia lemah dan tidak sempurna. Jom cuba jadi sempurna di mataNya, insyaAllah ='). Jya~

Kenangan lama menusuk kalbu.

Saturday, October 22, 2011

Assalamualaikum..

Errr malas nak berpuisi kali nih boleh ?. 


Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menulis, err menaip di blog nih. Dan alhamdulillah jugak, dah lepas seminggu untuk pembelajaran satu subjek. Lagi tinggal seminggu untuk subjek tu. Harap2 selalu dipermudahkanNya.. Dalam seminggu pembelajaran, tak sangka banyak yang saya belajar. Secara langsung mahupun tidak. Pembelajaran yang membuatkan saya kembali tersedar, memang betolla hidup ni berputar. Kadang-kadang benda yang kita serius da tanak jumpe tu la yang akan kita jumpe balek. Kadang-kadang benda yang kita nak lari jauh jauh, laju laju tu la yang akan dekat dengan kita sekarang. Ah, tak kisah la. Kalo nak pk "kadang-kadang"nya memang banyak, persoalan yang takkan habes. Cuma have faith, semua tu ada hikmatnya. Ye dokk ? =) insyaAllah..



Oh ye, kenapa eyh saya cakap kat atas tadi yang hidup ni berputar ? Ye leeerr, abes tu takkan nak flat je, ishh. Sebabnya, saya jumpa balek subjek yang saya tak bape minat hehee. Perhatian :TAK BERAPA MINAT. Bukan benci hehe, laen tu. Kalo tak bape minat, kita masih lagi boleh pupuk minat tu, tapi kalo dah benci wassalam lah. Itu pendapat sayalah.



Alhamdulillah jugak, pembelajaran minggu lepas membuatkan saya tiba tiba teringat kembali pada seseorang. Orang kata, kenangan lama menusuk kalbu, ceyt ceyt.. Sape ? Namanya Cikgu razak. Huhuu, cikgu Razak adalah seorang guru yang baaaaaaaaaaanyak berjasa pada saya. Seorang guru yang saaaaangat mengambil berat, saya mahupun student dia yang len. Seorang guru yang sentiaaaasa sabar mengajar kami semua yang sememangnya susah nak memahami subjek tersebut. Seorang guru yang saya rasakan saaaangat tabah. Pendek kata, tak dapat diterangkan. Yang kenal dengan dia akan tahulah macam mana insan yang bernama cikgu Razak nih =').



Macam dulu time sekolah menengah, sangat tak suka subjek tu. Tapi disebabkan orang yang mengajar tu sangatlah bijak hehe maka dengan senangnya saya dapat adapt semuanya. Alhamdulillah. And it all big thanks to him, Cikgu Razak. Saya tataulah kalau bukan dia yang ajar, macam mana agaknya saya sekarang. Err, okei2 memang melampau la kan huu, kita sebenarnya mana boleh 120% nak bergantung pada orang len, 99% should be our own effort, selebihnya terpulang. Dan pada saya, cikgu razak telah berjaya mengumpulkan 99% tu dalam diri saya. Dia berjaya menaikkan azam saya untuk lebih skor ! Hebat kan ='). Tapi still saya masih rasa, 99% tu adalah darinya, manakala 1% dari saya. Maksudnya kat sini, dia sangatlah banyak berjasa dan tanpa bantuan dia tak mungkin la saya boleh adapt dengan pantas dan jayanya.=)



Sekarang, belajar balek subjek berkaitan tu cuma lebih advance =). Dan setiap kali sesi pembelajaran membuatkan saya teringat padanya. Ah, tu la kau jah, tanak sangat g melawat time cuti aritu. Bukannya saya tanak melawat tapi segan. Ye la, saya rasakan langkah saya masih jauh. Langkah untuk berjaya. Dan kalau boleh, sebelum saya berjaya saya akan simpan keinginan untuk berjumpa cikgu Razak dan cikgu2 len jauh dalam sudut hati even memang teringin sangat nak jumpe. Kenapa ? Sebab, pada saya lah, saya malu bila jumpe nanti mesti akan ditanya, "So, sekarang buat apa?". Dan bayangkanlah kalau kita masih terkapai-kapai dalam nak menentukan masa depan kita. Apa yang kita nak berikan sebagai jawapan ? Ye, memang saya malu dengan mereka. Tapi tu bukan sebab utama. Saya lebih malu dengan diri saya sendiri sebab masih belum buktikan pada mereka saya dah jadi seorang yang berjaya hasil didikan mereka. Malu ok. Malu. Dan mungkin tu akan membuatkan mereka berfikir, "Ni ke hasil didikan aku". Secara tak langsung maybe saya dah kecewakan harapan mereka. Nauzubillah hurmm..



Dan sekarang da takde da 99% dari orang laen. Pendek kata 100% tu perlu dimulakan diri sendiri. Saya yang perlu mulakan. Saya yang perlu pupuk sendiri. Cinta atau benci. Suka atau tidak, minat atau tak semua tu tak penting, yang penting kita cuba berusaha sebelum bertawakkal padaNYa. Tak boleh da nak move to the flow, kena pandai ikot dan kejar flow tu. Bila terlagha sedikit je akan terlepas banyak, then rugi la yang pasti. Eh, mintak jauhla kan. =_="


Sekarang perlu fokus 100% pada study. Eh, boleh ke? InsyaAllah. Mintak2 la dijauhkan daripada penyakit hati. Mintak2 la hati selalu berada dalam tenang supaya boleh study dengan tenang. Jauh dari zina hati. InsyaAllah...


Untuk cikgu razak, even saya memang konpem cikgu tak tau kewujudan blog saya. Tetap saya nak ucap berbanyak banyak terima kasih atas ajaran, jasa, pengorbanan cikgu pada saya dan kawan2 selama nih. Tak dapat nak dijelaskan di sini how much I care for all those your efforts towards our success ! I do really appreciate it !. Dan dulu cikgu ada tanya saya, nanti nak jadi apa. Jawapan saya kemain kan, pharmacist kononnya huhu. Tapi tak kesampaian.. Tengok2 stuck dekat sini je. Tapi alhamdulillah cikgu, even dulu down sangat, tapi right now saya dah nampak yang perancangan Allah itu sebenarnya sangatlah indah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bila Dia dah bawa kita ke satu satu perkara tu, maka dengan pasti Dia akan bimbing kita untuk menghadapinya.. Dengan syarat kita janganlah lupa padaNya okeyh ? Saya yakin dan harapnya keyakinan itu akan berterusan...=')



  













Sabar. Semoga saya selalu bersabar dalam setiap detik masa nih. Dan jugak anda semua =). Semoga saya sentiasa tidak lupa untuk bersyukur dengan tiap zarah nikmat kurniaNya, begitu juga untuk anda semua =).


Doa Mohon Kesabaran dan Banyak Bersyukur :

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang banyak bersabar, jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur, dan jadikanlah aku seorang yang kecil dan rendah dalam pandanganku sendiri tetapi seorang yang besar dan tinggi dalam pandangan orang len. Ya Allah, ampunkan dosaku dan kasihanilah aku serta tunjukkan aku jalan yang lurus...


Semoga kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam sesuatu perkara =)



P dot s:

Uishh, panjangnya entry heee. Lega rasanya bila dapat menaip kat sini, Perasaan yang tak dapat dijelaskan.. ^___________^ *senyum sampai telinga.. Hati berbunga-bunga =)
Tolong doakan saya dan kawan2, isnin nih ada test menanti.. Heheheee. Tenkiu sudi baca =')

Mohonku padaMu.

Thursday, October 20, 2011

Assalamualaikum...


Duhai Pemilik Sekalian Semesta,

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Kiranya rezeki ku masih lagi tergantung di langit,

Mohonku agar Kau turunkanlah..

Duhai Penjaga Sekalian Alam,

Kiranya rezekiku masih jua tersembunyi di bumi,

Mohonku agar Kau keluarkanlah,

Jika ianya sukar,

Mohonku agar permudahkanlah,

Dan jika ianya haram,

Mohonku agar Kau sucikanlah,

Malahan andai ianya jauh untuk aku gapai,

Mohonku agar Kau dekatkanlah..

Duhai Pemilik yang Maha Menguasai langit dan bumi

Mohonku agar Kau limpahkanlah segala yang telah Kau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 

+++++++++++++

Ada sape-sape boleh agak tak idea puisi kat atas terhasil daripada mana ? (Ni boleh kira puisi ke ?). Hehe, kenapa lah sekarang asyik teringin nak buat puisi je =_=”. Even takde orang komen, tetap rasa puas hati hee ^_______^



P dot S :
Kita semua adalah hambaNya dan Dia adalah Pemilik pada keseluruhan hidup kita. Jadi banyaklah bermohon padaNya. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat serta redhaNya insyaAllah =). Jom sama-sama berdoa. Maceh sudi baca =')

Masa yang “sunyi”

Tuesday, October 18, 2011

Assalamualaikum...



Madahku bertinta sunyi
Menyepi tanpa berbunyi
Diam meronta sepi
Melalui kalam maya sejuta erti


Andai masa mampu mengerti
Akan aku biarkan dia mencintai
Kerna aku begitu mencemburui
Setiap detikan sementelah dia pergi
Meninggalkan aku terkapai rugi
Namun, semuanya hanyalah kenyataan dalam mimpi
Dirimu takkan pernah akan mencintai


Masa, masa, masa..
Masa yang aku rasakan begitu “sunyi”
Tiap detikmu begitu beerti
Namun mengapa aku masih belum mengerti ?
Makna sebenar tiap detik pemergianmu kini ?


Pasti dirimu takkan mengundur waktumu untuk diri ini
Kerna langkah kita semakin berbilang tambah jika disedari
Indahnya jika sentiasa mengingati mati
Semakin jua akan mendekati Ilahi


Namun... Aku jua yang masih di sini
Sendiri, menyesali.. Sendiri menyedari..


Satu pengharapanku agar tidak pernah mengecewakan diri ini
Dengan ketaksuban duniawi..
Dalam setiap kesunyian detikanmu yang berlalu pergi...
Aku di sini, akan terus mensyukuri
Sisa-sisa yang berbaki
Masa yang “sunyi” ini..

-Fizah ibrahim

Courtesy of Google !




Eh eh, pandai pulak aku berpuisi. Yesss, semua rima last dengan “i” heee. Err, tapi tapi ni boley kira puisi ke eyh? Hentam je lah hehe, gara2 baca Langit Ilahi la nih, kan dah jadi macam nih is ish =_=” jah ooo jah


Perhatian : Masa yang "sunyi". "Sunyi" di sini bermaksud begitu cepat berlalu, tanpa tersedar. =)



P dot s:
Kita takkan pernah bisa untuk mengundur kembali masa lalu. Tapi kita mampu mengubah masa depan insyaAllah. Masa takkan pernah mencintai kita, menghargai kita. Namun, kita semestinya mampu untuk mencintai dan menghargai masa. Kita boleh menyesali setiap detikan masa yang telah disia-siakan namun haruslah kita mengambil pengajaran setiap daripadanya. Cuba untuk berubah. Entry adalah peringatan pada diri saya sendiri. Masa, harapnya aku mampu untuk lebih mencintaimu ! Harapnya selalu tersedar... Tma kasih sudi baca =’)

Hati.

Monday, October 17, 2011

Assalamualaikum...


Hye korang, sihat ? Harap2 sentiasa sihat walafiat ye =). Alhamdulillah dah settle satu hal tadi. Akan menyusul pulak hal yang len dan len dan len +++. Harapnya dipermudahkan..


Nak share satu citer menarik. Cerita yang di copy paste je heee.. Bacalah =)


+++++++++++++

Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar itu bangun dari kerusi duduknya, "Cikgu, bagaimana kita ingin memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?"

Guru tersebut tersenyum, "Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang terbentang di depan kamu. Pilihlah rumput yang paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Petiklah rumput yang kamu rasakan ianya paling cantik. Kemudian bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru itu bertanya, "Kenapa tiada rumput yang dipilih?"


Jawab pelajar itu :
"Tadi, semasa saya tengah berjalan, saya sudah pun mencari rumput yang paling cantik. Memang ada, banyak sekali rumput yang cantik tapi cikgu cakap, petik yang paling cantik. Maka saya pun teruskan berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Sehinggalah saya tiba di hujung padang, saya tidak juga menjumpai rumput yang paling cantik. Mungkin rumput di antara belakang saya tadi ada yang cantik, tapi, disebabkan cikgu tidak benarkan saya menoleh ke belakang semula, maka tiadalah rumput yang paling cantik untuk saya petik."


Agak-agak, apakah jawapan yang bakal guru itu berikan?

Usahlah mencari yang terbaik, apa yang ada di depan itulah yang terbaik. Usah mencari yang terbaik, tapi jadilah yang terbaik. Usah menoleh ke belakang lagi, teruskan mara.

Apa yang sudah ketinggalan, biarpun ada di antaranya yang terbaik, usahlah cuba berharap lagi.

Apabila kita sudah bertemu dengan seseorang, usahlah kita berusaha untuk mencari yang lebih baik lagi daripada dia. Kita patut hargai insan yang berada di depan kita sebaik-baiknya.


-Di copy dari Pada Celahan Rumput Itu


+++++++++++++++++

Pada celahan rumput itu, kita mencari sesuatu. Tapi biar bertepatan pada waktu, usah terlalu menunggu.


Perasaan akan sentiasa melintas, umpama padang akan sentiasa ditumbuhi rumput. Usah dicari perasaan yang hakiki, kerana semuanya dugaan yang berhikmat tinggi.
Pada celahan rumput itu, terlalu mencari, akan menyusul kecewa berganti. Jika kita benar-benar menyedari, pada hemat sebuah rasa, maka, kenapa kita perlu takut untuk tidak mengendahkan. Perasaan akan sering hadir, jerihlah kita untuk sentiasa melayani.


Jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang kita dapat.
  
 
How to describe a feeling ? By words ? Act ? Or silence ? Yes, i miss they all damn much ! =(

 
P dot s:
Kita selalu mencari yang terbaik untuk diri kita tapi pernahkan kita terfikir adakah kita layak untuk mendapatkannya ? Kita selalu mengeluh kenapa tak dapat apa yang diinginkan, sedangkan apa yang telah kita ada tak pernah sekalipon kita mengungkapkan kata syukur atas nikmatNya. 

Kita selalu fikir kita bernasib malang sedangkan kita yang selalu berburuk sangka dengan diri kita sendiri dan jugak diriNya. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan terlalu mengejar dan mengagung2kan sesuatu yang masih belum kita kecapi sehinggakan kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada sekarang.


Duhai hati, kuatlah dikau. Jangan lemas dalam lautan perasaan yang tidak pasti itu. =)

Never say you can't.

Saturday, October 15, 2011

Assalamualaikum...


Inspiring lah =')



Yesss, I can ! InsyaAllah.. Sama2 boleh =)



Moral of the vid : Jangan pernah kata tak boleh. You can. I can hee. Mindset tu yang penting, kan ? Bila kita cakap tak boleh, bermakna kita dah setkan dalam fikiran kita yang kita tak boleh nak melalui perkara tersebut, otak pon akan hantar maklumat pending so jadilah pending. Err, tapi kadang2 saya pon tak yakin huuu, cakap memang senang huhu, ishh susah nak yakinkan diri kita yang kita boleh sebenarnya even kita sebenarnya lebih daripada boleh. Positive kita boleh, insyaAllah kita boleh =)


Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, eh eh ternyanyi la pulak =_=" 


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah :


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


InsyaAllah, semoga kita tetap istiqamah (^_______^)


Ada test Isnin nanti, wah wah wahhh haha, Isnin nanti kononnya, macam lambat je lagi, padahal esok =p.. Ish ish, banyak sangatlah benda melaghakan ! Study jah study ! Tolong doakan kami semua. Anda memang baik hati  =). Semoga urusan saya dan anda semua dipermudahkan =') insyaAllah. Jaga diri hiasi peribadi, ceewah hee.. Thanks for reading, semoga bermanfaat ! Jaa~



La tahzan ! Dia kan ada =)

Wednesday, October 12, 2011

Assalamualaikum...




Dalam bape arinih, ada satu dua perkara yang membuatkan saya rasa down. Rasa tak bersemangat. Rasa lemah. Maybe luaran nampak macam biasa, tapi dalaman sape yang tau. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Err, kaitan ?


Saya harap masih lagi boleh skor untuk perkara tu. Huuu takotnya. Takot kecewakan dorang. They're totally a sensitive issue to me, membuatkan saya akan mudah mengalirkan air mata bila berbicara pasal dorang ='( ! Tapi takpe, positive je lah. Yang penting kita da usaha. Yang len tinggal tawakkal padaNya. Rasanya, saya layak untuk tawakkal hurm, harapnya dipermudahkan. Kalau apa pon keputusannya, harapnya saya redha tabah terima sume tuh. InsyaAllah. Kita semua kan kuat, kan ? Jadi kita mestilah yakin kita boleh go through semua benda, perkara tu =). La tahzan !


Bila tengok video kat atas tu, rasa kembali bersemangat dan tersedar, "Eh, aku kan masih ada Dia. Watpe nak sedih sedih?". Dia Maha Adil, Dia akan beri sesuatu setimpal dengan apa yang kita kerjakan. InsyaAllah bila kita berusaha dekatkan diri padaNYa, kita akan lihat effectnya secara tak langsung. Cepat atau lambat. Yang penting, ikhlas.. =) Eh, pernyataan tu adalah ditujukan untuk diri saya tapi korang pon boleeeey join hee. Btw, domo arigatou gozaimasu to kak zara for sharing this video =')


Hurm, dan harapnya saya akan terus diberikan kekuatan, dipermudahkan urusan, serta tidak mudah berputus asa. Hasbiyallahuwani'malwakil, hanya padaNya aku berserah. Sesungguhnya Dia sentiasa ada bersama kita semua. Jadi, janganlah bersedih. Rebut peluang selagi mana kita masih berkesempatan untuk merebutnya. InsyaAllah, semua yang kita lihat susah akan dipermudahkan. Mudah mudahan.. =)


Dan harapnya, saya masih terus dalam bimbinganNya. Sentiasa bersyukur dengan apa yang saya dapat. Dijauhkan daripada riak, takbur. Dipermudahkan  dan diperbetulkan dalam mengikhlaskan niat melakukan sesuatu perkara hanya keranaNya. Allah swt. InsyaAllah. Jom sama-sama berdoa semoga urusan kita semua dipermudahkan =)


Jika Allah ingin berikan kebahagiaan pada seseorang, ianya tak boleh ditahan oleh apa2 tangan2 sekalipun.
Dan jika Allah ingin menghalang kebahagiaan seseorang, ianya tak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipon. 
Jadi, janganlah kita dalam golongan rugi. Memilih untuk tidak berdoa padaNya.
Jangan sombong denganNya, nanti Dia sombong dengan kita =(
Kita tak pernah keseorangan ! 
La tahzan !



Tma kacih cudi baca. Entry sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Semoga urusan kita semua dipermudahkan... 


P dot s:
Masa semakin pack, semakin cepat mengejar dirasakan sampaikan kadang2 aku pon rasa tak dapat nak kejar huhu. Alhamdulillah, kena bersyukur kot sebab kat situ dah mengajar aku untuk menghargai masa, kan ? Positif sudah =)

La tahzan ! Bye~

Cinta..

Saturday, October 8, 2011

 Assalamualaikum...


Ya Aziz..

Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar tidak Ada Lagi Yang Dapat Menawanku Selain Engkau


Ya Rahim..

Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu


Ya Robbi..

Jika Rindu Adalah Rasa Sakit Yang Tidak Menemukan Puncanya
Penuhilah Rasa Sakitku Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai punca Pertemuanku Dengan-Mu


Ya Robbi..

Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Ku rasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu


Ya Allah..

Jika Kasih Adalah KebahagiaanYang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Ku persembahkan Sesuatu Untuk-Mu


Ya Allah..

Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Ke manakah Wajahku Hendak Ku sembunyikan Dari-Mu


Ya Rahman..

Dunia Yang Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yang Tak Dapat Ku tembus Di Malam Yang Gelap Gelita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menjejakinya


Ya Rahim..

Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yang Ku lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Aku Sedar  Semua Ini Milikmu
Dan Suatu Saat Jika Kau Kehendaki
Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu

Aku  pasrahkan kehidupanku  kepada-Mu…

Di copy dari : Cinta...


Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

++++++++++++++++++
Sudah jatuh cinta dengan blog nih =_="


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...