Assalamualaikum...
Lelaki. Kenapa kamu bernama lelaki? Okei lah, untuk lebih menyedapkan bahasa entry kali nih, lelaki saya gantikan dengan Adam. Adam, kenapa kamu adalah ADAM? Adam banyak kelebihan kamu yang tak terungkap, banyak sudut diri kamu yang tak akan tersingkap dengan senang-senangnya....
Adam.. Kebanyakan daripada kamu diciptakan dengan tulang rusuk yang kuat. Kenapa adam? Kerna untuk melindungi kaum kami yang bernama Hawa wahai Adamku. Kerna untuk mencari nafkah buat kami, si Hawa mu yang HALAL Adam..Adam, kenapa kamu dikurniakan dengan akal 9 dan nafsunya 1? Kenapa Adam? Kerna untuk membimbing kami dengan menjadi ketua keluarga yang boleh diharap. Ingat Adam, boleh DIHARAP. Bukan boleh DIHENTAM.
Adam kenapa aku rasakan perjalanan hidup kalian amat mudah jika dibandingkan dengan kaum kami Adam? Kenapa? Lihatlah Adam, kiranya ada sahaja kes buang baby yang tak berdosa, siapakah yang terus dipersalahkan? Ya, aku bukan mahu membela si Hawa yang sememangnya telah dikuasai oleh 9 nafsu nya dan sememangnya telah terbabas dari landasan yang betol. Tapi aku tetap kecewa, kecewa kerna kaummu jarang sekali kedengaran untuk dipersalahkan dalam hal ni. Ye, aku mengaku kaum Hawa memang bodoh! Senang2 boleh terpedaya dengan janji manis yang dah ditabur oleh sesetengah daripada kalian yang bermulut manis , pandai berkata-kata, berjanji setia konon-konon tapi semua tu hanyalah hampeh. Abes tu, padan muka kamu wahai si Hawa yang mudah terpedaya dengan janji mereka!!! Jadilah kamu golongan yang rugi! Sape suruh mudah sangat kamu terpedaya?Kan dah kena?
Ya Adam, tidak adil lah untuk aku katakan perjalanan kalian mudah kerna setiap 1 umat yang dijadikan Allah telah ditetapkan Qada dan Qadar masing-masing. Ya Adam, dari luaran hidup kalian memang nampak mudah namun sebenarnya sukar. Perjalanan kalian tidak mudah namun aku kecewa disebabkan ada segelintir daripada kalian yang mengambil mudah perjalanan hidup kalian. Kalian merasakan “Ya, aku kan jejaka! Hebat!Kuat! ” Apa-apa je lah adam tapi adam tahukah keperasanan kalian akan menimbulkan kemeluatan kami kaum Hawa, Adam? Adam, janganlah disebabkan kuasa yang ada pada kalian menyebabkan kalian bermegah. Gunakanlah 9 akal yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya. Jangan digunakan untuk menghentam kami kaum yang sedia lemah. Jangan disalahgunakan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia, sesuatu yang tidak berguna, sesuatu korupsi dan janganlah digunakan untuk memperalatkan kami.
Adam, sesungguhnya aku sangat sangat sangat mencemburui dirimu yang dikurniakan 9 akal namun aku tetap bersyukur dengan kelebihan2 telah yang dikurniakan pada kaum kami. Dibandingkan dengan kami adam, hanya dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu!!! Ye, 9 nafsu Adam! Oleh itu, sepatutnya kalian membimbing kami dan bukan menggunakan kebijaksanaan 9 akal kalian dalam memperbodohkan kami wahai Adam! Apa yang kalian fikir bila 9 akal lawan dengan 1 akal? Opkos la 9 akal yang akan menang, kan Adam?
Adam, wahai Adam yang pandai berkata-kata, pandai dalam berjanji setia yang tak berapa setia, pandai dalam pujuk rayu, pandai dalam memikat hati kaum Hawa, pandai dalam mengelentong kaum Hawa, pandai dalam...Ah pandai dalam semualah. Ya, aku kagum denganmu Adam. Aku kagum dengan kebolehanmu adam yang hebat dan pakar dalam semua tu. Tapi adam, aku pohon, aku minta agar kalian gunakan sebaik-baiknya kepakaran kalian itu pada seseorang yang telah kalian aim untuk dijadikan sebagai yang HALAL bagi kalian. Yang HALAL Adam, yang HALAL. Bukan yang stok, bukan yang sementara, dan semestinya bukan yang HARAM Adam!!! Susahkah permintaan ini Adam? Sukarkah untuk ditunaikan Adam? Jika senang, kenapa sukar sekali untuk mencari seseorang daripada kalian yang sememangnya ikhlas wahai Adam? Kenapa?? Kenapa?? Dan kenapa?..........
Adam, tahukah kalian bahawa hati kami kaum Hawa ibarat marshemallow (aku tak dapat nak pk ibarat apa, ni pun jadilah sbb dia lembut) yang mudah sekali tersentuh dengan setiap ungkapan daripada kalian wahai adam? Sedarlah adam, dan berhati-hatilah kalian dalam setiap ungkapan kalian terutama kata-kata manis pada kaum kami wahai adam. Tanpa sedar ungkapan kalian sebenarnya akan menyebabkan hati kami berbunga-bunga yang mungkin bukan niat kalian untuk membajai hati kami kaum Hawa. Tapi itulah manusia, sememangnya lemah ditambah pula golongan kami si Hawa yang memang lemah. Namun adam kalian jangan sesekali berani mengambil kesempatan atas kelemahan kami! How dare U coz i won’t let it be!..
Adam..Adam..Adam..Banyak lagi ungkapan, bingkisan yang ingin aku sampaikan pada kalian yang mungkin sukar dan tak tercapai untuk disampaikan di blog picisan ini. Namun Adam, sedarlah kalian akan nukilan yang tidak seberapa ini datangnya daripada salah seorang kaum Hawa yang inginkan perubahan daripada kalian. Pandanglah kami dari sudut yang berbeza. Bukan dari sudut nafsu semata. Bukan dari sudut rupa paras semata. Dan bukan dari sudut kepopularan semata-mata. Pandanglah kami dengan mata hati. Dengan mata hati kalian yang ikhlas, Adamku.............
Dan wahai Hawa. Janganlah kalian mudah termakan janji manis Si Adam. Ya, sesetengah adam memang pandai menabur janji. Memang superb berkata-kata. Memang power dalam pujuk rayu. Kenapa kamu begitu mudah terpedaya, percaya dengan kata-kata kaum Adam? Ah, kena ayat sikit mulalah kalian berangan, berada di bulan lah, berada dibintang lah! Jangan Hawa, jangan begitu. Jangan biarkan maruah kamu, maruah ibu bapa dan family kamu tercalar... Apakah kalian mahu menghancurkan maruah kalian sepanjang 21 tahun untuk sesaat kesilapan yang kalian buat? Jangan jadi buta wahai Hawa. Jangan jadi bodoh! Celiklah kalian. Mata hati kalian. Jangan mudah terpedaya Hawa!!!Jadikan hati kalian keras macam batu bila berhadapan dengan kata-kata begitu namun jangan jadikan hati sekeras itu bila berkaitan hal-hal agama.. Nauzubillah....
Hawa, jadilah kalian bunga sakura yang mengembang cantik yang pandai dalam menjaga maruah diri.. Jadilah kalian ibarat bunga ros yang cantik (bunga sakura pun tak setandingnya huhu), namun awas bila dipegang disebabkan duri-durinya itu. Jadilah kamu seperti itu wahai Hawa. Sukarkah untuk menjadi seperti itu??? Tepuk dada, dan jangan tanya perut, tapi tanyalah iman dan hati kalian, apakah yang kalian mahu sebenar-benarnya....Apa-apapun tetap teman sejati kita hanyalah amal dan sepi bila tibanya pengakhiran waktu. Teman di dunia hanyalah sementara. Sekian....
p dot s:
*Harap maaf andai entry kali ini menyentuh mana-mana sensitiviti anda semua. Sekadar nukilan ikhlas sahaja. Kiranya ada kesilapan, mohon pembetulan daripada kalian semua. Peace no war! =) Thanks for reading!
12 comments:
adam yg 9 akal ini ikhlas mcari hawa yg serba sederhana.. tnyata sukar skali sbgaimana sukar utk hawa mcari adam yg ikhlas thadap dirinya...
9 akalnya perlulah kuat sabarnya,
9 nafsunya perlulah tinggi malunya,
hai adam carilah pintu sabarmu,
hai hawa carilah pintu malumu,
sabar si adam tercabar dngan malu si hawa,
malu si hawa terlerai dngan tipuan dunia.
entry yg bagus.
sejahtera ke atas anda.
wah..panjang sungguh..
geram sangatkah?
@caliph shuriken
ye caliph, ikhlas sendiri pun mmg sukar dicari.huhu
@Anonymous
wah, hebat btol ayatnya..btol2 saya stuju. takde la bagos entry ni sekadar menyampaikan apa yg dirasa hee. terima kasih kerana membaca.
sejahtera ke atas kamu jg
@sengal ke aku?
hurm, tak geram tapi kecewa hee, terima kasih kerana membaca sengal ke aku? ^^
kecewa kerana adam? no komen la, tp bagus entry nie coz ada unsur2 kesedaran utk kaum adam
tp sy xbaca abes pon, pjg sgt...hehehe
@Betta sp
hee tma kasih baca biarpun sekerat kehkeh
awak stress sebab wat entry ni ke?
tengah marah ke ni?
@fifianggun
hehe xde la fifi. ni entry saje2 je utk luah prasaan. ceewah hihi..thx singgah baca =)
@papabear
x mrh papabear, kecewa..kiki. thx singgah baca =)
Post a Comment