Say NO to *SIGH. Say ALHAMDULILLAH to Him =')

Sunday, January 29, 2012

Assalamualaikum...


Motif : Lamanya tak update. Blog rindu aku ke aku yang rindu blog ? Ke korang yang rindu blog nih ? *Shining eyes* heeee terharu ok ='). Ok, jom tengok video ni dulu pada siapa yang belom tengok. Sekadar perkongsian sahaja ^__^






Alhamdulillah. Setakat ni segala-galanya terasa dipermudahkan Allah SWT. Walaupun banyak sangat kerja yang nak disiapkan dalam masa yang sangat sangat sangat singkat tapi tapi tapiii rasa masih lagi boleh diterima. Terima kasih Allah ='). Dan nak amek kesempatan nih nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada Anis dan family dia, sebab bagi tumpang umah. Kalo tak, memang la taktau nak stay kat mana sepanjang sampling tuh. Seriously sangat terhutang budi. Ceyh, macam buat ucapan la pulak  hehe. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan.


Haaa, dah tengok belom video kat atas ? Tak dinafikan kan, kita manusia tak terlepas daripada merungut kan ? Ye dokk ? *Sigh... Saya tau sebab saya kan manusia jugak, dan bila namanya manusia memang la takkan terlepas daripada merungut semua tu. Tapi ingat, bila kita merungut berkemungkinan kita mempersoalkan setiap yang berlaku dalam diri kita. So, berhati-hati bila berkata-kata.. Peringatan untuk diri sendiri.. Tapi bila dah merungut tu, cuba biasakan diri cepat2 dengan beristighfar. InsyaAllah akan sentiasa tersedar =)


Saya serius jeles dengan orang yang dapat belajar di negara orang. Err, eh ni kira merungut ke ? Bukan ye, sekadar memberitahu sahaja ? Err, tapi hanya jeles pada yang gunakan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya. Kenapa jeles ?  Sebab rasanya dorang lebih buka mata dengan apa yang berlaku, dan bukan hanya berada dalam keadaan yang selesa. Tak macam di sini yang kebanyakannya masih dalam zon selesa termasok diri saya nih, huhuu. Jom usaha sama-sama keluar dari zon selesa yang bisa membunuh tu =_="


Ok la, malas nak tulis panjang2. Cumanya nak share video tu je. Semoga bermanfaat. Oh ye tolong doakan urusan saya, pembelajaran juga dipermudahkan boleh ? Saya juga doakan anda semua, insyaAllah sesama saudara seislam. Terima kasih sudi singgah =)


Pemikiran manusia dan tempoh masa.

Thursday, January 19, 2012

Assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam sayang. Semoga anda sentiasa sihat-sihat sahaja. Pernah tak korang rasa tersepit dalam satu situasi. Macam nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak. In short, tersepitlah huhu. 

Kadang-kadang kan kita tak perlu nak bersuara. Biarpun benda tu sebenarnya bukannya seratus peratus berpunca daripada kita. Lebih elok diamkan saja. Kadang-kadang bersuara tu akan menyebabkan salah faham. Maksud saya, orang akan lebih salah sangka. Sebab kita tak boleh expect pemikiran orang. Fikiran manusia kan lain-lain. Ada yang terlebih advance. Kita explain lain, then dia faham lain, yang mana lebih memburukkan keadaan.

Ada yang sederhana sahaja, dan ada yang slow sikit pemahaman. Whatever it is, just bare in mind that we should be careful on every single words we've voice out. I don't know how to explain but let's just pray we have a great words. Kata-kata yang dipertuturkan semuanya adalah berhikmah. Bukan kata-kata yang sia-sia. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri sebab kadang-kadang saya akui yang saya sendiri pun tak terlepas daripada mengeluarkan kata-kata yang entah apa2. Sia-sia. Dan mungkin jugak yang boleh memalukan orang. Astarghfirullah... Serius, rasa benar-benar malu bila fikir balik. Rasa teruk je diri nih. Benar, rasanya untuk menjadi yang terbaik tu masih jauh. Tapi insyaAllah boleh. Harapnya bukan sekadar ungkapan.




Kadang-kadang rasa nak habiskan cepat-cepat or stop je study nih. At least i don't have to face all of this deep critical situation. Situasi yang memang susah nak difahami. Tapi mana boleh, bila ingat benda tu, kena ingat ma dan abah. Tu lah kekuatan pada masa nih. InsyaAllah, aku boleh tamatkan study ni. Semoga pembelajaran kat sini sentiasa diberkati, dipermudah, dan diredhai Allah. Redha Allah tu penting sebab kalo kata kita belajar tapi tak jujur. Nak berjaya dengan senang. Then, we succeed excellently. Tapi pernah tak kita fikir, kejayaan yang kita dapat tu diredhaiNya ke ? Nauzubillah, harap saya dijauhkan. Cukuplah sekali. Kat dunia boleh terlepas tapi kat akhirat, macam mana ? Huhuu


**************

4 tahun. Adakah tempoh tu terlalu lama ? Yang penting, adakah saya masih lagi bernafas di dunia nih ? We can expect nothing as life and death both are in His hands right ? Mana tahu esok lusa ajal datang. But it's okay at least we can plan on every single works we have and let just leave the rest to Him. I trust that if we believe in His Qada and Qadar then every single tiny things should be okay, insyaAllah. Have faith as I do. Dah memang kita sebagai orang Islam diajar macam tu pun kan, so we should follow it at the same time cuba fahami "kenapa?". Sebab setiap yang Allah state kan dan jadikan tu ada maksud dia. Cuma kita perlu lebih mencari dan memahami. Err, u got what I mean ? Faham tak ? Hehe, sorry lah, kadang-kadang saya ni jenis yang tak pandai nak explain. Tapi takpe lah kot daripada explain then boleh menyebabkan salah faham. Saya lebih rela macam ni...Macam ayat Al-Quran lah. Setiap patah perkataan tu bermakna. So, kalo kita hanya baca tanpa fahami maksud dia, dan tak juga amalkannya serta amek pengajaran daripadanya, then we got nothing kan. Sebab tu kena jugak kena baca maksud dia sekali. Tafsir, terjemahan Al-Quran. (Peringatan untuk diri sendiri jugak).


Semoga Dia sentiasa membimbing aku sepanjang tempoh masa tersebut...

Jom download sumber bacaan nih, sangat bermanfaat. Terima kasih pada blog PenaMaya..

:: Zaman Orang Ganjil
:: Refleksi Anak Muda
:: Misi-Sebuah Penulisan Random


InsyaAllah empat tahun akan cuba dimanfaatkan sepenuhnya. InsyaAllah.. Harap dipermudahkan Allah setiap urusan aku. Semoga anda dan saya sentiasa dirahmati Allah swt =). Tolong doakan saya. Terima kasih =')

Andai aku sehelai kertas...

Tuesday, January 10, 2012

Assalamualaikum...

Andai aku sehelai kertas
Akan aku potretkan diri ini 
dengan lukisan ketulusan hati
lenyapkan lukisan abstrak
yang sememangnya sukar untuk dimengerti


Andai aku sehelai kertas 
akan aku pelangikan diri ini
dengan harapan penuh warna warni
seindah pelangi
termaktub nan tinggi


Andai aku sehelai kertas 
Akan aku tintakan diri ini
dengan coretan keikhlasan
seorang insan
tanpa kecewa
yang memenuhi diri ini


Namun, ANDAI itu sendiri
Takkan mungkin akan mampu mengubah
takdir yang telah termaktub untuk setiap manusia
Setiap yang berlaku itu telah termaktub hikmat yang tersembunyi
dan kita hanya perlu yakin akan Qada' dan Qadar Allah =)

Yakin, bila Allah dah bawa kita melalui sesuatu perkara, even perkara yang kita tak suka sekalipun, bermakna ada something yang harus kita explore. Jangan terus menyalahkan takdir semata. Bila Dia bawa kita, then Dia akan tetap bersama kita melalui sesuatu perkara tu. Dia takkan biarkan kita keseorangan. Dengan syarat kita janganlah lupakan Allah swt (Noted to myself !)

Jangan pernah mempersoalkan kenapa, kalaulah, andai (macam contoh puisi kat atas la, tapi tu sekadar puisi sahaja), and etc lah, sebab seolah-olah kita tidak bersyukur atas apa yang kita ada. Sebaliknya cuba untuk menjadi yang lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah every single things will move smoothly. Wallahua'lam. Sekadar pendapat, betulkan saya kiranya salah.. Entry sekadar peringatan diri yang sentiasa lalai dan lemah =_="

Jom tonton vid nih =)


Tolong doakan pembelajaran saya di sini dipermudahkan.. Terima kasih =)


Manusia dan penilaian.

Monday, January 2, 2012

Assalamualaikum...


01.01.2012..  Sampai umah dan cakap "tadaima !" kuat2 hehe and yes I'm home !. Yeay alhamdulillah =')..  Ehehehee, tapi takdelah  betol2 cakap tadaima, nak kena tampar-dek-ma boleyla cakap camtu, tetiba je keluar bahasa jepun, apekehal ? Kena gunakan sepenuhnya masa sepanjang berada di kampung tercinta nih ! ^______^ (senyum sampai telinga)


Oh ye, korang sihat ? Harap2 sentiasa sihat walafiat. Bersyukurlah masih sihat alhamdulillah =). Masih hidup, masih berdetiknya jantung kita =). Mesti korang da tau kan cerita Amalina, yang dah berubah. Wallahua'lam, tak tau la betul ke tak sebab sumbernya dari internet.


Tengok je kat laman sosial, ada je yang post link2 pasal benda ni. Dan yang sedihnya bila baca komen-komen, kebanyakannya berbaur kemarahan, negatif, yang bila saya baca dirasakan sangat kasar bahasanya, keluar dari mulut seorang islam ke ? Maaf cakap. 


Sebenarnya hairan dengan sikap sesetengah manusia. Silap orang senang je kan nak nampak. Dan ringan je nak kritik pasal tu. Kita siapa nak judge, kritik, marah orang ? Sebenarnya, layak ke kita ? Sekadar bertanya...Huhuu


Biarlah komen tu yang positif. Maksud saya, janganlah sampai keluarkan komen yang terlalu kasar yang tak mencerminkan komen seorang umat islam. Sampai mencarut segala. Bayangkan kalau ibu si Amalina tu baca, how do u expect her feeling ? Kesian pulak.


Sebaliknya, sama-sama la kita berdoa agar Amalina tu diberikan hidayah olehNya. Janganlah asyik kutuk je, kritik je. Dapat dosa sia-sia.. Cuba lah mendoakan dia supaya masih terselamat dan mampu berubah.Kan bagus macam tu daripada mencarut tak berfaedah.


Dan sama lah jugak yang kes Ariff Alfian tu. Janganlah tau kutuk je dia, memanglah salah dia, terang2 da nampak tapi tak perlu terlalu keras menilai dan mengkritik sampaikan mencarut segala, fikirlah perasaan ma, ayah dia macam mana huhuu kesian pulak. Doakan dia je semoga diberi hidayah. Yang laen laen tu antara dia dan Allah sebab kita hanya manusia, rasanya tak layak nak judge orang. Serahkan je pada yang Maha Mengetahui, ok ? =)


Mata manusia sering mencari kesalahan orang lain
Namun masih tak sedar kesalahan diri sendiri..


Okeilah tu je. Terima kasih datang melawat blog ini ='). Semoga urusan anda dan saya sentiasa dipermudahkannya. Semoga tahun 2012 ini berjalan lancar untuk kita semua, insyaAllah. Sama-sama doakan =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...