Assalamualaikum...
Motif : Lamanya tak update. Blog rindu aku ke aku yang rindu blog ? Ke korang yang rindu blog nih ? *Shining eyes* heeee terharu ok ='). Ok, jom tengok video ni dulu pada siapa yang belom tengok. Sekadar perkongsian sahaja ^__^
Alhamdulillah. Setakat ni segala-galanya terasa dipermudahkan Allah SWT. Walaupun banyak sangat kerja yang nak disiapkan dalam masa yang sangat sangat sangat singkat tapi tapi tapiii rasa masih lagi boleh diterima. Terima kasih Allah ='). Dan nak amek kesempatan nih nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada Anis dan family dia, sebab bagi tumpang umah. Kalo tak, memang la taktau nak stay kat mana sepanjang sampling tuh. Seriously sangat terhutang budi. Ceyh, macam buat ucapan la pulak hehe. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan.
Haaa, dah tengok belom video kat atas ? Tak dinafikan kan, kita manusia tak terlepas daripada merungut kan ? Ye dokk ? *Sigh... Saya tau sebab saya kan manusia jugak, dan bila namanya manusia memang la takkan terlepas daripada merungut semua tu. Tapi ingat, bila kita merungut berkemungkinan kita mempersoalkan setiap yang berlaku dalam diri kita. So, berhati-hati bila berkata-kata.. Peringatan untuk diri sendiri.. Tapi bila dah merungut tu, cuba biasakan diri cepat2 dengan beristighfar. InsyaAllah akan sentiasa tersedar =)
Saya serius jeles dengan orang yang dapat belajar di negara orang. Err, eh ni kira merungut ke ? Bukan ye, sekadar memberitahu sahaja ? Err, tapi hanya jeles pada yang gunakan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya. Kenapa jeles ? Sebab rasanya dorang lebih buka mata dengan apa yang berlaku, dan bukan hanya berada dalam keadaan yang selesa. Tak macam di sini yang kebanyakannya masih dalam zon selesa termasok diri saya nih, huhuu. Jom usaha sama-sama keluar dari zon selesa yang bisa membunuh tu =_="
Ok la, malas nak tulis panjang2. Cumanya nak share video tu je. Semoga bermanfaat. Oh ye tolong doakan urusan saya, pembelajaran juga dipermudahkan boleh ? Saya juga doakan anda semua, insyaAllah sesama saudara seislam. Terima kasih sudi singgah =)
1 comments:
sy merungut bila x bole akses sini aritu, hukk...
Post a Comment