Assalamualaikum...
Andai aku sehelai kertas
Akan aku potretkan diri ini
dengan lukisan ketulusan hati
lenyapkan lukisan abstrak
yang sememangnya sukar untuk dimengerti
Andai aku sehelai kertas
akan aku pelangikan diri ini
dengan harapan penuh warna warni
seindah pelangi
termaktub nan tinggi
Andai aku sehelai kertas
Akan aku tintakan diri ini
dengan coretan keikhlasan
seorang insan
tanpa kecewa
yang memenuhi diri ini
Namun, ANDAI itu sendiri
Takkan mungkin akan mampu mengubah
takdir yang telah termaktub untuk setiap manusia
Setiap yang berlaku itu telah termaktub hikmat yang tersembunyi
dan kita hanya perlu yakin akan Qada' dan Qadar Allah =)
Yakin, bila Allah dah bawa kita melalui sesuatu perkara, even perkara yang kita tak suka sekalipun, bermakna ada something yang harus kita explore. Jangan terus menyalahkan takdir semata. Bila Dia bawa kita, then Dia akan tetap bersama kita melalui sesuatu perkara tu. Dia takkan biarkan kita keseorangan. Dengan syarat kita janganlah lupakan Allah swt (Noted to myself !)
Jangan pernah mempersoalkan kenapa, kalaulah, andai (macam contoh puisi kat atas la, tapi tu sekadar puisi sahaja), and etc lah, sebab seolah-olah kita tidak bersyukur atas apa yang kita ada. Sebaliknya cuba untuk menjadi yang lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah every single things will move smoothly. Wallahua'lam. Sekadar pendapat, betulkan saya kiranya salah.. Entry sekadar peringatan diri yang sentiasa lalai dan lemah =_="
Jom tonton vid nih =)
Jom tonton vid nih =)
Tolong doakan pembelajaran saya di sini dipermudahkan.. Terima kasih =)
3 comments:
kita lebih bersyukur bila kita memandang mereka yang berada diabwah..kalau sentiasa memandang tinggi kelangit kita takkan nampak lubang ditengah jalan yang boleh buat kita jatuh tergolek..
andai aku sehelai kertas origami.. setiap bentuk indah yg terhasil mampu mengembirakan org lain ^^
Din : Yup, betol2
Caliph : Err kertas origami ? hee unik2..
Post a Comment