Imaginasi dalam fantasi.

Saturday, March 31, 2012

Assalamualaikum...


Bisik angin berlalu,
sepi dalam kalbu,
dalam resah dalam pilu,
tetap datang menyeru.

andai rasa bisa terlihat,
pasti tersirat jadi tersurat,
biar dia terus melekat,
indah dalam sukar dilihat.

kadang-kadang hati ingin lari dari diri, 
kadang-kadang ilusi hati begitu sukar difahami,
biar jauh, tetap dekat di hati, 
entah sekelumit aku tak mengerti...

Pelik sendiri...
Manusia terkadang halusinasi,
halusinasi dengan imaginasi,
bukan dengan realiti,
sedarlah wahai diri..

Hanya sekadar puisi =)

Jom tonton video nih =), comeyyy !



Isnin ada test, tolong doakan. Dan seperti biasa juga tolong doakan pembelajaran saya dipermudahkanNya. Moga anda juga begitu =). Anda memang kacak dan cantik serta baik hati ^____^ . Arigatou neee~ =')

7 comments:

wardatulsyauqah said...

salam. alhamdulillah best puisi jah. dah pandai bersastera ek... semoga success in yor life....=)

caliph shuriken said...

aritu dh tonton vid tu ^^

*kreatif dalam realiti...

Fizah Ibrahim said...

Su : Hahaha, pandai la sgt, men hentam je. paham x puisi tu ? =p

Caliph : tenkiu kerana menonton =)

Anonymous said...

jika hati belum dimiliki,
jagalah ia agar tidak dicuri,
jangan dibiar ia berimaginasi,
kelak diri akan dihalusinasi..

indahnya hati bila bertaman,
boleh disemai akhlak dan iman,
sesungguhnya anda seorang yang sopan,
bertuah jejaka yang bakal berteman...

gundah gulana mainan jiwa,
kekuatan hati keteguhan minda,
biar susah apa yang diusaha,
insyaallah mudah2an anda berjaya..

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
Anon, sapekah anda huhuu?

Kalah pantun saya.
terima kasih atas komen n doa
semoga anda juga berjaya dunia akhirat ^^

Anonymous said...

siapa saya?!!!

saya hanya-lah pelangi di alam ini....
wujudnya saya jika keadaan mengizinkan....
hadir tanpa kaitan dengan urusan setiap insan...
cuma sekadar penyeri bagi hati-hati yang mengerti...
namun..setiap insan mempunyai hak peribadi...
jika suka,..boleh direnungi...
jika tidak,..boleh berpaling...
kerana saya memahami,..itulah fitrah sang pelangi... =)

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
mmg saya tgh memahami ayat tersirat anda itu sang pelangi haha. sentiasa terkagum dalam tak sedar dgn ayat anda itu =), terima kasih sudi singgah blog picisan ini..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...