Assalamualaikum...
Hye korang. Apa khabar ? Harap2 kita semua sentiasa dalam rahmatNya, insyaAllah. Hari ni nak bercerita lah, boleh tak ? Tak boleh pon nak cerita jugak sebab apa? Ikot saya la kan, blog saya =p hehe no offense. Okaylah, jom dengar cerita nih :
Adalah sorang budak ni, namanya Ahmad. Ahmad ni sebenarnya seorang yang biasa2 sahaja tapi mempunyai semangat yang sangat luar biasa. Semangat kalo buat something tu dia akan buat habis-habisan, usaha betol2 sebelum bertawakkal. Contoh study, dia akan study betol2 biarpon dia tak tergolong dalam golongan yang bijak pandai, dia tak kisah. Asal dia tahu, usaha dulu. Itu yang terpenting.
Compare dengan kawan2 dia yang lain, kebanyakannya result actually gempak hurmm. Well, tahu kenapa ? Sebab kita semua berbeza. I mean, kemahiran kita semua. Ada yang study sikit je tapi dapat faham keseluruhan buku. Baca part 1 tapi dapat faham semua bab. Ada yang study bagai nak rak tapi dapat fahamnya, sikit je. Tu semua sebenarnya adalah anugerah kalo difikir dari sudut positif. Okay, hold on dulu yang tu. Berbalik pada cerita Ahmad tadi. Then, Ahmad ni tak kisah semua tu. He kept on moving forward. Hoping for his dream. Waiting patiently.
The end hehe, criter tak abes =P. Endingnya mungkin korang boley fikir kan. Moral of the story ?
Hurm, moralnya banyak. Tersangatlah banyak. Saya percaya kita semua, berkemungkinan pernah hadapi situasi macam Ahmad nih. Study bagai nak rak, tapi bila time exam, ada certain things kita lupa, kan ? Kecewa, down, rasa nak putus asa semua ada. Tapi hold on dulu. Kita kena ingat, kena jadi macam Ahmad. He kept on moving. Tak pernah putus asa. Berusaha dengan sedaya upaya. Yang penting, usaha dulu.. Korang pernah dengar tak orang cakap, orang yang banyak usaha ni adalah orang yang paling berjaya, even biarpun pengajiannya takdelah setinggi mana. Nak state kan nama tu adalah tersangat banyak.
Apa-apa pun, kena kuncikan dalam minda. Usaha plus istiqamah plus tawakkal plus sabar plus doa banyak2 sebenarnya adalah kunci utama bagi orang2 yang berjaya. Lagi satu, berjaya yang sebenar-benarnya berjaya adalah bila kita beroleh keberkatan dan keredhaan atas apa yang kita buat tu. Keredhaan dan keberkatan daripada Allah swt. Itu sangatlah penting.. Jangan sebab gila sangat nak berjaya sampai semua kau redah je. Tak baikla macam tu. Eh, pernyataan ini adalah untuk diri sendiri juga huhuu.. Semoga sentiasa disedarkan olehNya =_="
Dan bila mana kita usaha tapi apa yang kita dapat tak setimpal dengan apa yang kita usaha compared to others, cuba pk dari sudut positif. Maybe usaha kita tak cukup lagi dan Allah nak kita usaha, usaha dan usaha to infinity lagi which is good for us. Kita akan lebih tau kat mana silap kita bila sekali kita gagal. Takke bagos ? Tapi betol, saya akui kita akan kecewa. Tapi takpe kecewa atas usaha. Jangan kecewa bukan sebab tak berusaha. Tu memang layak la nak rasa kecewa. Allah knows the best for us. Ingat tu. Redha dan berkat Allah tu penting.. =)
Hidup ini adalah satu proses pembelajaran, setiap detik setiap saat kita belajar. Apa yang baik, kita amalkan dan apa yang buruk jadikan tauladan, jangan plak diamalkan. Menghina sahaja tapi melakukan benda sama menyebabkan kamu adalah 2 x 5 sahaja. Muhasabah diri sebelum point fingers to others.
Sekian. Fikir2kan dan selamat beramal.. Terima kasih kerana membaca dan terima kasih tolong doakan agar pembelajaran saya dipermudahkanNya. Moga kalian jua begitu dong ! =')
Jya ~