Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Hidup lagi saya hari nih, masih lagi sihat bernafas di muka bumi Allah ini ["Eh, kau ni kenapa jah tiba2 je jadi baik, insaf diri pelik semacam je mukaddimah entrynya ?" kata korang]. Mesti pelik kan start dari ayat 1st entry kali nih saya dah berkata sedemikian rupa [Ceyh, lama tak guna ayat skema macam nih] Hehe, ye la, sekali sekala perlula jugak gunakan ayat kesyukuran, ye la bukan dalam entry je tau tapi dalam kehidupan kita seharian. Harus kita panjatkan kesyukuran pada-Nya nak menunjukkan kita tak lupa dengan nikmat yang diberikan dan nak menjadikan kita manusia yang tau diuntung. Saya ulang, tau diuntung, bermaksud tak lupa diri. Hehe, peringatan untuk diri saya sendiri juga sebenarnya... ^^
Okei la, sebenarnya kan tetiba rasa syukur teramat bila pikirkan kejadian yang menimpa diri aku tadi. Tadi memang betol betol betol mencabar aku rasa [perhatikan ayat "betol" diguna 3 kali maksudnya sangat mencabarlah]. Kelakar, lawak gila pun ada. Nak marah pun ada, *grrrr*, tapi relax dulu. Itu tadi, sekarang tak hihi. Tadi aku, ezan and sorang lagi member kami pergilah ke Jabatan Alam Sekitar, ye la ye la baru nak pergi, memang lambat, nak buat macam mana, banyak kerja [Alasan yang biasa digunakan, heee].
Perjalanan nak ke sana, fuhhhh memang gila gila gila mencabar ah kan. 1st cabaran yang terpaksa aku dan ezan tempuh, time bawak motor.Tengah syok bawak2 moto then aku pun dengan eksennya la kan konon2 nak memintas lori yang berhenti kat bahu jalan tu kan, tengah syok nak memintas, dreber lori tu dengan baiknya memusing2kan tayar beliau dengan sewenang2nya, aku pun taktau sebenarnya tujuan beliau berbuat demikian. "Ah, ni mesti aku terkena jap g" berkata hatiku. Dan guess what, memang betol2 ah aku terkena. Terkena apa ? Terkena selut [betol ke eja?], tanah lembap disebabkan ujan pagi tadi. Apa lagi, abeslah baju, tudung, seluar dan sewaktu yang aku pakai tu telah bertukar warna dengan sekelip mata je. Tudung pink ke tudung coklat, baju itam putih ke coklat jugak, and sluar biru jugak ke coklat kalernya tuka.[Opss, okei2 saya paham, mustahilla kan semua tuka jadi coklat, aku hiperbola je tu.].
Sebenarnya, baju, tudung and seluar dah jadi tompok2 kaler coklat. Tu aku tak kisah sangatlah kan, yang aku kisah, boleh plak selut tu terpencik kat muka aku. Dah la terkena dekat dengan mulut den, nasib bek je time tu tak nganga mulut, kalo tak konpem2 la aku dah breakfast selut tadi, eeeeii.Kalo tanah liat takpelah jugak, boleh aku buat scrub muka ni tah selut dari mana tah. Okei2 dah mengarot dah huh. Dan jugak masok dalam mata. Sobs sobs, nasib baik tak kritikal. Kalo tak sape nak tanggung pakcik ? Huhuhuhu... Kawan aku pun sekali la terkena, kecian. Baru 1st time naek dengan aku dah nasib malang. Ezan, bukan salah aku ya, tapi salahkan lori tu, ahaha..
Lori yang telah membuatkan muka, baju, tudung dan seluar ku serta memberku menjadi tompokan coklat. Kehkeh, terbaik ah. =p [sekadar gambar hiasan] |
Tu satu hal. Takpe lah redha je la. Pergila jugak DoE dengan pakaian tompokan coklat tersebut. Lantaklah kan orang nak cakap apa. Redah je. Yang penting tujuan kitaorang DoE, ye DoE!!!! [Angkat2 tangan, tanda bersemangat !]. Pastu, dah selesai kerja dekat sana, kitaorang pon balek la. Time balek tu hujan. Takdelah lebat sangat, pastu kitaorang buat keputusan untuk redah je la. Orang putih cakap time is gold kan ngeee, takkan nak tunggu je sampai hujan berhenti, hujan pon hujan la hehe. Then, balek la kitaorang. Bawak2 moto, guess what? Hujan bertambah la lebat turunnya. [Ye, padan muka, sape suroh ko redah camtu je tadi ?].
Tu tak kisah la kan biar pun dalam diri aku dah rasa menggelupur tahap kritikal sejuknya. Mulut terketar-ketar nak cakap. Tangan putih macam takde darah and muka putih bak salju [Hiperbola yang melampau nak menunjukkan kesejukan tahap teramat]. Tapi yang menjadi nasib malang berganda selepas disimbah selut tadi, adalah kami kemudiannya disimbah pulak dengan air. Kali nih dengan kereta la plak. 2 kali oh, "BEST" sangat. Okei, kira adillah kan, tadi disimbah selut, pastu disimbah dengan air plak.
So, aku berfikiran positive la kat situ. Ambik hikmat dari kejadian tersebut, maybe Allah bagi hujan ni dan simbahan tersebut sebab Dia nak bersihkan baju, seluar, and tudung aku dari selut tersebut. So, it's a good thing, right ? Then, no need for me to complaint. Even tadi ada la jugak mulut asyik bising je potpet potpet potpet sepanjang perjalanan. But it's true, bila kita pk balek, sume tu ada hikmat okei [Yup, ayat klise lagi kan. Ish]. Dan bila pk pk dan pk lagi, yang time kena selut dek pakcik lori tu, aku bersyukur jugak la. Sebab tu baru kena selut. Bukan kena langgar, bayangkan aku kalo kena langgar? Dah konpem2 aku ada kat hospital sekarang, tak ley la nak story kat blog nih, tu kalo hidop, kalo dah jadi ar**h ? Macam mana ? Tak sempat nak jumpa family, tragik huhu. Mintak ampunlah dan mintak jaohlah, so i've to give a big thanks lah for the incident. Bersyukur ! Thanks Allah ^^
Sebenarnya kejadian tadi bukan salah sape2 la kan. Bukan salah pakcik lori tu even kereta tu even sape2 lah kan. Maybe dorang tak sedar. Bukan maybe kot. Aku rasa memang dorang tak perasan act dorang tadi actually dah sebabkan kesusahan pada orang lain. Itulah manusia kan bila je kita buat something, takdenya kita nak pk pasal orang lain. Kita buat untuk kesenangan kita tanpa ambik peduli hal orang lain. So, moral of the entry, even lah anda dalam dalam kesusahan sekali pon, cubalah try consider keadaan orang lain di sekitar anda. Perbuatan anda yang anda rasakan sedkit tu sebenarnya boleh bagi effect pada orang lain tanpa anda sedar. Andalah penentu segalanya [Ceyh, tetiba je ayat macam iklan daaa].
So, that's all. Cerita pengembaraan kami yang penuh dengan pancaroba dan dugaan. Ceyh, dugaan la sangat kan. Rasa bersalah pulak tadi asyik marahkan pakcik lori tu, hihi. Maafkan saya pakcik [Eleh macam lah pakcik tu baca blog aku]. Muka pakcik tu pun aku tak tengok tadi. Tapi it's okei, i got a new experience today by that selut's incident kehkeh. . . ^^
P dot s:
:: Di sebalik kesusahan yang kita hadapi, pasti akan ada kebaikan disebaliknya. So, jangan asyik pk kan keburukan daripada kejadian tersebut tapi cubalah cari alternatif lain untuk pk kan kebaikan yang tersirat di sebalik kejadian yang berlaku pada kita. Nak cakap sekali lagi even korang akan cakap ayat klise, aku tak kisah pon. SETIAP KEJADIAN ADA HIKMATNYA YANG TERSENDIRI ! Jaa mata ne, thanks for reading... =']
Nak tulis thesis yang tak siap2 lagi nih tapi sempat on blog, blogging. Ish lempang kan. Terok tak saya ? Sobs3.. Wish me luck ! Huhuhu
8 comments:
hehe i dulu pun mase sibuk buat tesis, mase tu lah idea nak blogging mencurah2 ke ladang gandum hehe samolah kito ni haa :P
@sherah
Hehe kan sherah, sadis betol sobs3..
hahaha.. pengalaman yang paling "INDAH"..hahaha.. selut tu buat kenangan ya jah.. hahaa.. betul cakap ko.. dah berbakul dah menyumpah kat pak cik tu... huhbuhu
@ijan naruto
Haaa, "indah" kan.. Tau xpe, cian pakcik tu kiki. Maafkan kami.. =_="
x kira selut ka.. air ujan ka.. asal awk slamat ;)
setiap kejadian ada nikmatnya..
apa nikmatnya? hehee
@caliph shuriken
Hihi thanks caliph... ^^
@mie
Apa nikmatnya ? Basah lencun la dek kena air ahaaa
Post a Comment