:: Satu Perbualan yang MENGGERUNKAN dengan supervisorku ! =_="

Monday, March 28, 2011

Assalamualaikum !



Pagi yang hening dengan hujan yang rintik. Aku kemudiannya terpaksa jua meredahkan diri untuk ke fakulti agroteknologi & Sains Makanan bagi menyelesaikan hajat yang besar, iaitu menghantar draft thesis untuk semakan supervisorku. Sampai di bilik beliau :


Aku : Assalamualaikum Dr. Apa khabar [Kena la tanya khabar dulu, bajet baek]
 
Sv : Waalaikummussalam, baik je. Duduk la fizah. 
 
 
Aku menghampiri kerusi dan melabuhkan diri di atasnya. Memulakan perbualan.


Aku : Dr. Saya nak hantar saya punya draft. Tapi takde la lengkap lagi. Dr. boley tolong cek dulu ?


Sv. : Hurm, kenapa baru sekarang awak nak tunjuk kat saya ? Dah nak due date baru la nak buat dan tunjuk eyh?

Tu dia ayat Dr. Oh, sesungguhnya ayat tersebut benar benar benar menusuk ke hati sanubari aku. Rasa macam nak nanges je. Malu gila pon ada. Segan, takyah cakap la kan. Kepala otak aku ligat mencari jawapan bagi soalan maut yang dikemukakan oleh Sv aku.


Aku : Errr, hehe maafkan saya Dr. Banyak sangat kerja yang perlu saya settle kan dulu. Sebab tu saya punya nak hantar draft thesis ni pada Dr. tertangguh. Huhu. Saya bukan bermaksud nak buat macam ni Dr. 

Macam biasalah kan jawapan klise budak2 yang hantar lambat, alaaa tapi aku memang banyak kerja pon, nak buat macam mana. Tu je la jawapan yang boleh aku bagi, jujur tuh haaa


Sv. : Saya tak kira awak banyak kerja ke, free ke yang penting awak tau bagi masa. Ni tak, last minute baru nak hantar. Pastu sekarang nih awak dah susahkan saya. Nak kena cek sume tu last minute. Dah la saya banyak kerja sekarang !

Tu diaaa haa ayat yang memang membuatkan butiran jernih membasahi pipiku...Sobs sobs. Pedih sungguh perkataan tersebut untuk di adapt oleh halwa telingaku. Ibarat "PANG !!!!" lempangan dibuat ke pipi ku. Kiri dan kanan.


Aku : [mestila aku terkedu kejap kan. Amek feel dulu untuk memulakan ayat. Setelah lama berdiam diri,dalam suasana sunyi sepi yang mana hanya kedengaran bunyi air-cond je, aku mula bersuara]. Dr. saya mintak maaf sangat sangat sangat. Bukan maksud saya nak buat macam tu. Dr. masih sanggup ke terima saya punya thesis untuk semakan nih ? Tolong lah Dr.


 Aku cuba memujuk Dr.


Sv : Maafkan saya lah fizah, saya betol betol kecewa dengan awak. Saya ingat awak lain daripada yang lain. [Ceyh, ayat macam ayat pakwe makwe kan].


Sambung Dr. lagi....


Sv : Tapi...Saya memang tak boleh nak terima awak punya draft ni. 

Okei, takpe lagi yang tu aku boley terima la. Nak buat macam mana kan. Maybe silap aku la kan. Tapi kemudiannya Dr. menyambung lagi ayat beliau yang membuatkan aku rasa macam nak pitam. Macam halilintar je menyambar aku ni hah


Sv : Dan markah untuk attitude awak pon saya akan bagi KOSONG !!!!


Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali ? Gila weh sampaikan O Dr. nak bagi kat aku??? CE baynagkan kalo korang kat tempat aku macam mana ??? Huhu teruk sangat ke attitude aku ???? Tanpa berselindung, aku menangis teresak-esak ibarat budak kecik di hadapan Sv aku tu. Menekupkan muka ku ke meja beliau tersebut.  Lantak lah kan beliau nak cakap apa yang penting hati dan perasaan aku memang dah hancur berkecai!!! 5 JAM KREDIT WOH FYP nih ! Masa depan aku rasakan hancur ! =_=



Tengah syok melayan perasaan aku tu, TIBA-TIBA bunyi deringan lagu "Perfect 2-Auburn" ke telinga ku !




Dan RUPA-RUPANYA :













































































































Semua yang aku alami tadi adalah MIMPI NGERI. ! !


Eh, ada kaitan ke gambar nih ? -Pic by courtesy of Incik Google !


Dan deringan ringtone tersebut adalah alarm yang telah aku set kan. Fuh ! Gila dasyat punya mimpi. Serius, macam real gila. Aku bersyukur sangat sangat sangat disebabkan itu hanyalah mimpi. Dan terus aku bangun, mewudhu'kan diri, muhasabah diri. Maybe ni petunjuk kot hehehe. Dan terus aku melekatkan diri aku ke laptop untuk pembetulan segala format thesis aku. Sesungguhnya aku sangat sangat sangat bersyukur dan happy hehehe. Alhamdulillah la itu hanya  mimpi.



Tapi kalo dalam dunia REAL pun aku tak percaya la perkara tu ley berlaku sebab Sv aku, DR. NAJIAH MUSA memang baik gila. Takdenya nak marah orang macam tu. Dan tak pernah aku tengok lecturer sebaik Dr. tu...Hehe, thank God she's my Sv. ! ^^



So, kawan kawan. Moral of the entry and the dream ! Do manage your time wisely. And do not ever stuck with last minute words-thingy. It's no good. Tapi still kita masih je buat kan. Saya cakap sebab saya pun buat. Huhu, susah nak berubah sebenarnya tapi kalo ada kesungguhan plus niat yang betol insyaAllah akan dapat. InsyaAllah boleh. ^^



Thanks for reading !

8 comments:

Usagi said...

ceh apa la, mimpi rupanya. dasyat betol kalo ada supervisor mcm tue, mmg kejam

ChoColat DonuT said...

hehe..nasib baik mimpi...risau gak td..hehe

caliph shuriken said...

bole wt novel ni tapi nk msuk kategori apa ek? hukkk...

latest en3: hayabusa di taman sakura

Fizah Ibrahim said...

@Betta sp
Yeay, anda telah tertipu ! Haaha

Fizah Ibrahim said...

@ChoColat DonuT
Awak riso, sy laaaaaagi la riso cik chocolat donut hihi

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Hehe tak layak lagi la caliph-san nak masok novel2 nih, tulisan karang pon tunggang langgang ahaaa =P

ijan naruto said...

teet.. alaa jah.. ko ni menakutkan aku betul..hehehe...

Fizah Ibrahim said...

@ijan naruto
Hehehe... Tertipu ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...