Assalamualaikum...
Hye semua, apa khabar? Rindu saya tak ? Eh, silap. Rindu entry saya tak ? Ahaha. "Perasanyaaaa la kan ! Muntah" Kata korang pada saya. Eh, konon2 la kan bajet, blog neh ramai yang baca. Padahal visitors sehari tak lebey daripada 2O orang pon sobs sobs.. *Sdey jap*. Aku bukannya Cik Epal ke, Kereta Mayat ke, sape2 je la yang femes. Eh tetiba emo pesal je kan. Sabooo je le haaa. Kita bako je kita bako je, hikk [Pengaroh cerita pada kanak2].
Okei la, tanak la mengarot entah apa2 kan. Jadi, jom la hari ni kita membuat entry kebaikan sedikit. Entry keilmuan sikit hehe.Iaitu, nak berkongsi tentang 9 surah mujarab yang menjadi amalan junjungan kita, Rasulullah SAW.. =D Jom semak eheeee.. ! Haaa, sblom tu, semua dah sedia maklumkan yang better hari2 kita recite ayat suci Al-Quran, even sepotong ayat dari Al-Quran je pon cukuplah. Pernah dengar kan yang bila kita baca satu huruf je pon dari al-quran, kita dah dapat 1O ganjaran pahala. Haa, bayangkan kalo baca satu surah full ? Banyak tuuuuuuuu ! Tapiiii still la susah kita nak buat, huuu ye la sebab pahala ni tak nampak macam duet. Kalo nampak macam duet, mesti konpem sure punya ramai yang berderet-deret p beli Quran sekarang dan baca hari hari. Tskkk =_="
1 : Surah Al-Fatihah
:: Amalkan membaca surah Al-Fatihah semasa hendak tdo, pastu baca la plak surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.:: Dan kalo nak cegah dari kemurkaan Allah, baca la surah ni sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu, okeh? ^^
2 : Surah Al-Khauthar
:: Sape yang baca surah ni 1OOO kali kan maka InsyaAllah Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.:: Sape yang baca 1OOO kali gak lepas solat isya' hingga la dia tetdo, InsyaAllah dia dapat melihat Rasulullah dalam tdonya [BEST !]
3 : Surah Al-Falaq
:: Siti Aiyah menerangkan " Bahawa Rasulullah saw pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-ikhlas, surah Al-falaq, dan surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan dan kemudian disapukan ke seluruh badan dan kepala.:: Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, boleh la baca surah Al-Falaq ni, surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, lima hari atau tujuh hari berturut2....
4 : Surah Yaasin
:: Telah bersabda Rasulullah saw " Sesungguhnya, bagi setiap sesuatu itu ada hati dan hati Al-Quran adalah membaca surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran.:: Sesiapa yang baca surah ni, nescaya ditulis oleh Allah pahala menyamai 1O kali membaca Al-Quran seluruhnya [Hadis Riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a]
5 : Surah Al-Waqiah
:: Menurut beberapa hadis Rasulullah, korang2 yang mengamalkan membaca surah Al-Waqiah pada tiap2 malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan.:: KOrang yang membacanya sebagai wirid, InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
:: korang yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat asar, insyaAllah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
:: Surah ni boley jugak baca lepas solat subuh, sebab pernah dengar jugak sesetengah cakap lepas solat subuh kan adalah permulaaan pada hari kita, so baca surah ni sebenarnya sebagai permulaan bagi pembukaan rezeki yang akan kita dapat nanti, insyaAllah ^^
6 : Surah Al-Ikhlas
:: Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan " Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas ertinya bersih atau lepas".:: Jadi, korang2 yang baca dan amalkan dengan hati yang ikhlas, insyaAllah akan dilepaskan daripada kesusahan duniawi, dipermudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
7 : Surah Al-Khaafirun
:: Korang2 yang recite surah ni seperti baca 1/4 Al-quran and disamping tu jugak terlepas dari syirik, terjaoh daripada godaan syaitan, dan terlepas dari peristiwa mengejutkan [Riwayat At-tarmizi]:: Then , before tdo kan, baca la surah ni so that kita mati dalam iman selain dapat bersihkan kekotoran hati kita yang tak dapat dibersihkan even dengan clorox sekalipun.
8 : Surah Ad-Dhuhan
:: Baca surah ni sekali pada malam Jumaat so that kita terselamat la daripada huru-hara di padang mahsyar nanti, insyaAllah..9 : Surah Al-Mulk
:: Menurut beberapa hadis la kan, korang yang baca dan amalkan surah ni akan beroleh syafaat dan keampunan dosa-dosanya.:: Manakala, korang2 yang recite surah ni tiap2 malam, insyaAllah terselamat la daripada azab kubur.
p dot s:
:: So, itulah dulu untuk setakat nih. Hehe, sebenonya saje je haaa eden gian nak blogging, lame haa idak mengepost entry baru hehe. Masalahnya lama ke ? Lantak la, bagi aku lama la tu hehe. Thanks for reading + tolong betolkan saya kiranya ada kesilapan. Saya hanyalah manusia yang tak lepas dari melakukan setitik kesilapan tanpa sedar mahupun tidak, nyata mahupun tidak nyata. Ceeeewah, hikk..
Rindu kampung, ma, abah, family, simbabe dan lucia, kanak2 riang semua ! Bila nak balek ? ='( Hukk
2 comments:
nice sharing ^^
p/s: baru jaa mamam tomyam mlm td.. ada lagi ni.. nk x? hukk...
latest en3: cara kesan laman web palsu
@caliph shuriken
Hehe, dah mkn dah tadi petang.. ^^
Post a Comment