Makbul.

Thursday, July 14, 2011

Assalamualaikum.. 


Hai anda semua ! Harap2 sihat alhamdulillah ye =). Tadi baru je abes tengok cite drama melayu, Makbul tajoknya. Best best cite tuh. Tapi dah epi last dah pon tadi huhu. Sape antara korang yang tengok? Angkat tangan tinggi2 ! Bestkan? Citer tuh bagus je, berkisarkan tentang kepentingan kita untuk berdoa pada Allah swt. Doa, tak bley la kita tinggal dalam kehidupan seharian. Doa doa doa pada-Nya. Tak kira lah time bila2 pon asalkan kita sentiasa berdoa padaNya. Jangan pulak time kita susah, baru je nak berdoa pada Allah, tak boley macam tu. Macam pentingkan diri la plak camtu, bila senang lupa, bila susah ingat balek. Harap2 kita semua dijauhkan la ye =)


Dalam cite tu tadi dia cakap pergantungan hanya perlu pada Allah. Kelakar je dalam citer tadikan, mentang2 adala sorang nih dia doa then tiap2 doa pada orang laen yang dia aminkan tuh makbul sampaikan orang laen anggap dia nih wali dan nak mintak tolong doakan untuk dorang. Padahal dia sendiri yang solat pon lubang2 lagi tapi doanya dimakbulkan. Kenapa ? Haaa, ce pk ce pk. Tak boleh la kita mintak orang laen yang doakan kita sedangkan kita sendiri tak pernah rasa nak berubah, camna doa kita nak dimakbulkan kalo camtu ? Yang penting kita berubah dulu, perbaiki diri sendiri then barulah adil nak mintak orang laen tolong doakan untuk kita, kan ?


Dalam citer tuh tadi suka tengok Bol blakon, hehe comey je. =D


Faedah & keistimewaan doa :
  1. Mententeramkan jiwa dan mencurahkan segala harapan serta merasa insaf tentang kelemahan diri di dunia serta menyedari bahwa masih ada lagi yang Maha Berkuasa dalam memberi pertolongan.
  2. Tuntutan Allah sebagai tujuan iibadah.
  3. Menghilangkan penderitaan dan kegelisahan batin serta perasaan putus asa kepada jaminan Allah.
  4. Dikasihi Allah bila selalu berdoa dan menghampirkan diri kepadaNya serta dipuji.
  5. Jalan untuk menambah kekuatan iman.
  6. Rasulullah yang maksum sering berdoa melebihi 70 kali sehari.
  7. Merupakan salah satu ikhtiar untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
  8. Menguatkan iman, menjernihkan hati, menggiatkan kerja, menambah keindahan dalam beribadah, memurahkan rezeki, dan menjauhkan bala dan tipu daya musuh.
  9. Senjata orang beriman dan otak segala ibadah.

Doa2 yang afdhal :
  1. Doa mathurat (Al-Quran & Hadis)
  2. Dengan sebutan bahasa Arab
  3. Pendek serta padat.
  4. Sebutan biasa bukan bahasa sajak serta pantun.

Masa mustajab berdoa:
  1. Selepas azan
  2. Antara iqamah dan sembahyang
  3. Antara 2 khutbah jumaat
  4. 1/3 malam
  5. Waktu sahur
  6. Waktu hujan turun
  7. Di tengah medan peperangan yang terlalu sengit
  8. Semasa melihat kaabah
  9. Ketika tawaf dan saie
  10. Selepas setiap kali mendirikan sembahyang
  11. Ketika berpuasa wajib atau sunat
  12. Semasa dalam kesusahan atau penderitaan
  13. Selepas membaca Al-Quran
  14. Waktu hampir saat berbuuka puasa
  15. Semasa minum air zamzam
  16. Ketika ayam berkokok
  17. Semasa berkumpul di majlis zikir
Apa2 pon, janganlah pilih berdoa waktu2 ni je, sebab kita digalakkan untuk sentiasa berdoa bila2 masa je =)
Bulan :
  1. Ramadhan
  2. Bulan haji
  3. Rejab
  4. Syaaban
Haa, sekarang dah masok bulan syaban dan akan menyusul plak bulan ramadhan. So, jomlah kita sama2 perbanyakkan doa dan ibadah, insyaAllah. =)
Okei lah itu je untuk kali nih, tau ada antara korang yang memang dah tau pasal doa2 nih kan malah mungkin ada lagi yang lebey expert dari saya, yang ni pon saya amek dari buku. Saje share. =) Kalo apa2 yang korang tau, share lah sekali ye. Oh ye, entry nih adalah sebagai peringatan untuk diri saya jugak. Tolong betolkan kalo ada salah silap =). Thanks for reading ! =')

:: Sumber : Wirid dan Doa Selepas Sembahyang-Ibnu Mahyuddin

p dot s:
:: Doa itu senjata umat Islam.

4 comments:

papabear said...

marilah rajin2 berdoa..

Fizah Ibrahim said...

@papabear
Yup, betol2 papabear.. =)

Hanis MY said...

Terima kasih atas perkongsian best Nya mcm nk tgk gak muvi tu

caliph shuriken said...

nice sharing..
arigatou ^^

p/s: dh abis exam, tawakal setelah berusaha ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...