:: Salam Aidilfiti dari Kelantan ! =')

Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum...


Hehe salam aidilfitri dari Kelantan. Ye la, orang laen Salam Aidilfitri dari UK la, Japan la, Cairo, etc saya nih dari Kelantan je la hurmm =_=". Hari nih last kita berpuasa, insyaAllah. Kejap je kan, pejam celik pejam celik, ramadhan dah nak berlabuh, syawal pulak nak disambut. Harapnya tahun depan berpeluang lagi sambut bulan ramadhan..


Eh korang persiapan raya dah siap eyh ? Baju raya berapa pasang ? 10 ?? Melampau tu, kalah mak datin.. Biskut raya banyak tak ? Biskut homemade ke biskut tunjuk2 banyak ? Kitorang sekarang banyak biskut tunjuk2 je lah huhu tak macam dulu, best. Banyak buat biskut. Semua berkerjasama termasuklah abang2 saya tolong buat sekali. Sekarang dah takde da feel camtu sebab masing2 kerja, pastu da ada anak so mana la sempat nak tolong buat. 


Pastu teringat jugak time kecik2 aritu punyalah excited maen bunga api, mercun, meriam buluh etc. sampai ke pagi dengan sepupu semua. Eh, pendek kata memang banyaklah kenangan dulu2. Bestnya duluuu !!! =')


Apa2 pon, biasalah tu. Masa kan sentiasa berdetik, bila dah berdetik takdenya keadaan nak statik camtu jugak. Mestilah berubah.. Tapi tahun nih happy gilalah sebab sempat puasa full kat umah dengan family ! Tahun2 lepas tak macam nih, dan rasanya tahun depan pon takkan dapat rasa camni huhu. Tinggal bape ari je lagi nak ada kat umah ! =(


Eh, panjang plak aku taip 0_o'. Sebenarnya saje nak ucap Salam Aidilfitri ! Saya mintak maaf kalau sepanjang berblogging neh ada salah silap dengan blogger2 laen, pastu mana yang tersentuh hati, kecewa, terasa, meluat dan etc lah dengan entry2 saya, saya mintak maaf sangat2 dan harapnya jangan simpan dalam hati, nanti kan merana hee. Manalah tau kan ada yang dendam kesumat dengan saya huhu. Dan pada teman2 lama, teman2 kampus jugak saya mohon maaf sepanjang kita berkawan, ceyt macam lah dorang baca blog neh ishhh. Saya kan manusia, dan takkan pernah lari dari melakukan silap =_=".


Terimalah pantun tak seberapa neh :


Ramadhan sudah melabuhkan tirai,
Syawal pula datang menjelma,
Salam aidilfitri raya dirai,
Tambah berseri takbir bergema.
-sakura



Eh macam fail je. Nak buat 1 lagi lah :


Takbir bergema di pagi raya,
Tanda syawal menjelmakan dirinya,
Semua happy menyambut raya,
Eh korang, tanak bagi saya duet raya ka ?=)
-sakura

Motif ?


Eh laaaaagi lah FAIL. Memang fail kalo bab pantun2 nih. Ok lah tu je, nak p buat kek pulak, ceewah hehe. Bye ! =)

:: Mohammed Taha Al-Junaid =')

Friday, August 26, 2011

Assalamualaikum...


Jatuh hati lah dengar adek nih baca ayat suci Al-Quran, huu suara merdu semacam je. Meremang bulu roma bila dengar, tenang je, sedap je dengar.. Mohammed Taha Al-Junaid =')



Surah Al-Mulk




Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.


- diriwayatkan At tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. "surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur".
- "Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"


Sumber: Nak tau lagi banyak ? Click je sini, sini dan sini =') plus surf je kat len2 pun =) thanks for reading !

 Jaa~...



Semoga niat berblogging diperbetulkan.

Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum...



Hai semua, sihat ? Saya macam tak bape sihat la, dah jam 1 lebey tapi tak mengantok. Banyak hal pk... Hal negara, hal dunia hehe. Eleh hal negara dunia la sangat kan, hal diri sendiri pon entah ke mana huu. Tadi bw, laaagi rasa tak sihat takot semacam. Pastu malu dengan diri sendiri. Kenapa ? Sebab..sebab..sebab...pasal entry saya dulu tuu. Pasal Nuffnang, adehh huhu..='(



Tadi bw, pastu baca entry neh. Saya malu la, malu, malu, malu. Cukup 3 kali. Malu dengan diri saya sendiri, malu jugak pada rakan2 blogger. Saya rasa entry tuh macam terkena tepat2, straight je kat batang idung saya sendiri haa, kalo orang memanah tu memang tepat2 la kena kat bulat yang tengah2 tuh huhu. Bila baca entry tuh, teros terpk, "Eh, da macam diri aku je ni". Yes, saya mengaku, dulu 1st start blogging bukanlah sebab nak kejar traffic and dapat banyak earning through blogging. Tapi untuk suka suka. But then, ye la bila nuffnang muncul, kena jugak take advantage. Pasang mendalah tu untuk suka2 jugak and tak sangka la account plus earning saya bertambah. Thanks !



Tapi, betollah kata orang kan. Duet neh boleh buat kita lupa. Bila dah tengok benda2 camtu bertambah, mesti lah jadi terlebih suka, kan? Then, niat kita secara tak langsung akan berubah. Dan yes, niat saya dalam berblogging kadang2 betol, kadang2 salah huhu. Dan tipulah kalo saya cakap saya tak suka account saya bertambah, memang tipu. Tapi tak salah la kot amek perkara tu jadikan sebagai semangat untuk kita teros berblogging. Dan saya harap blog saya nih bermanfaat untuk dikongsi ilmunya dengan blogger2 len even ilmu di sini hanyalah ibarat sebuih je di lautan seluas saujana memandang tu. InsyaAllah saya akan isi blog nih dengan entry2 yang bermanfaat sebaik mungkin =). Saya tak pandai nak menyampaikan secara lisan, dan blog ni la diambil sebagai inisiatif untuk saya bertugas sebagai daie di muka bumiNya nih even saya takdela pandai sangat pon dalam berblogging tapi takpelah, slow slow, ceyt merepek da aku pagi2 buta nih huu..



Harapnya berblogging nih takkan pernah membuatkan saya lupa diri pastu riak huhu. Takotnya dengan riak, sikit niat berubah cepat tu jugakla riak tu akan datang menyambar macam kilat. Harap2 dijauhkanlah =_=". Terima kasih banyak2 pada blog Pena Maya sebab dah menyedarkan saya secara tak langsung =').



Kejam ke kalo delete friend list ? Maaf huhu. Delete friend list social web tak bermakna ukhwah sesama manusia diputuskan. Tapi ada sebab laen yang tak dapat dijelaskan melalui perkataan. Kata sesetengah orang, undefined statement is always the truth ! Kan ? Jadi saya mohon maaf, berbanyak banyak banyak maaf. Harapnya tidak terasa... Dan harapnya berbahagia.... 


Sebelom tdo jom muhasabah diri ! =') Dan saya mau tdo lah sebelom saya merepek tak tentu hala lagi. Thanks for reading !



P dot s :
:: Tinggal bape ari je lagi kita pose kan. Cepat je masa... Korang dah banyak buat biskut raya ?

:: Sumbangan Ikhlas bagi masjid Kg. Bunut Sarang Burung.

Saturday, August 20, 2011

ASSALAMUALAIKUM..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMASANGAN AIR-CONDITIONER DI MASJID KAMPUNG BUNUT SARANG BURUNG, 16200 TUMPAT KELANTAN.


Kepada semua dermawan,

Masjid kami sangat memerlukan sumbangan zakat atau derma untuk Tabung Masjid bagi menyiapkan pemasangan air-conditioner masjid sebanyak 9 unit lagi. Sebarang sumbangan derma atau zakat boleh berhubung terus dengan AJK2 masjid yang bertanggung seperti nama-nama yang tertera di bawah.


Semoga Allah SWT merahmati pihak tuan dan puan atas sumbangan derma atau zakat yang diberikan. Sebarang keraguan dan pertanyaan boleh menghubungi amir-amir atau AJK masjid tersebut :

  1.  Hj. Fadzullah Bin Hj. Abdullah (Pengerusi / Imam Masjid)  -- 014-8233654
  2. Hj. Awang Had Bin Md. Nor (Timbalan Pengerusi / Imam Muda) -- 014-54301323
  3. Hj. Wan Izani Bin Wan Ismail (Setiausaha Masjid) -- 019-9098616
  4. Hj. Wan Ibrahim Bin Wan Ahmad (Bendahari Masjid) -- 013-9416454


**********************
Done ! Hehe, nih sebenarnya abah yang mintak tolong saya create 1 website untuk masjid kat kampung kitorang yang tengah nak upgrade. Tapi takpelah, website tu len kali create yang penting nak post pasal kat atas tu dulu la, nak tunggu website masjid kot2 lama nak boley ke siap jadi saya postkan kat blog saya dululah hehe. Ada jugak tanya abah aritu, ada ke orang nak percaya kalau post kat internet nih, sebab saya pon macam tak yakin. Ye la kan, sekarang banyak kes tipu, so probability orang nak percaya tu kurang la. Tapi abah cakap takpe la, cuba dulu asal niat betol. Tak salah kan ? =) Tapi kalau masih ragu2 boleh lah hubungi number yang dah saya state kan kat atas tu. Nama2 AJK masjid =)


Just nak bagitau tu je lah. Saper2 yang terbaca post nih, yang dermawan, murah hati sempena bulan mulia nih boleylah memberi sedikit sumbangan pada masjid tersebut ye. Sedikit sumbangan tu sebenarnya amat bernilai, dan insyaAllah dipandang tinggi Allah swt asalkan kita ikhlas =). 


 Nabi SAW bersabda bahawa di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah ialah golongan yang melakukan sedekah dengan senyap sehingga tidak diketahui kanannya dari sebelah kirinya. Maksud hadis seperti yang diriwayatkan imam Bukhari dan Muslim.


Dan manalah tau kot2 ada jugak Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri atau lain-lain yang tersesat baca blog saya nih, dan tergerak hati serta bermurah hati nak derma, sedikit sebanyak entry nih dah membantu peng'upgrade'an masjid tersebut, insyaAllah hehe. =)



Okei, tu je la dulu untuk setakat ini. InsyaAllah website masjid tersebut akan siap dalam sedikit masa lagi dan jemputlah singgah. Ceyt, blom siap dah jemput, ish2..


p dot s :
:: Eh, kejap je bulan Ramadhan. Rasa baru je berpuasa tengok2 dah sampai 10 malam terakhir. Cepat masa berlalu, tak sedar pon dia tinggalkan kita...

Thanks for reading ! =)

:: Sudah terhantuk baru la nak tengadah.

Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum...


Apa khabar semua ? Harap2 sihat alhamdulillah. Baru baru nih semua gempar kan dengar berita yang ada orang Islam terima bantuan daripada pihak gereja. Eyh, tapikan sebenarnya benda nih dah lama kot. Cuma sekarang je baru nak bising tu pon sebab tup tup kuar news, kalo tak takdenya nak bising camni. Nak salahkan sape, tatau la sebab sume orang la kot yang sebenarnya kena mainkan peranan secara umunya, secara khusunya plak? Tepuk dada, tanya la diri korang sendiri. Cuma kecewa la dengan sikap masyarakat kita, bila dah terhantuk barulah nak tengadah, ceyt lama tak guna peribahasa thehehee..


Pastu mula la kan nak heboh sana heboh sini pasal duet zakat yang dikutip tu entah ke mana, sedangkan yang bercakap tu jalankan keje ke tak, huhu. Ye la, saya memang jauh berkelayakan kalo nak bercakap soal ni, nak salahkan sesiapa pon jaoh sekali cuma sekadar mengatakan pandangan je. Pada saya, sepatotnya pihak yang bertanggungjawab tu pergi je la cari, siasat siapa yang sebenar benar benarnya layak layak dan layak nak dapat duet zakat tu, ni tak.. Ada yang dapat duet tu sebab dorang waris. Mana boleh camtu, kesian la pada orang yang lebey memerlukan tuh.. Jangan la pulak, kutipan zakat dah dikeluarkan, pastu dibandingkan antara negeri sedangkan pengagihan wang zakat tu entah ke mana. Rasa sedey la jugak sebenarnya dengan dunia sekarang...


Puasa ramadhan seseorang itu akan tergantung antara langit dan bumi melainkan setelah menunaikan kewajipan zakat fitrah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
” Puasa bulan ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah.”


Pastu cuba tengok cara orang2 Kristian nak mendekati umat Islam.. Dorang bagi bantuan kewangan sebab dorang tau dengan wang dorang boley tarik umat Islam ni yang sengkek sangat2 tu bersama dorang. Dengan wang jugak boley tukar agama ? Huhu nau'zubillah ! Dulu kes nih dah lama kuar tapi dulu rasanya dorang fokuskan pada student IPT kan sebab dorang tau student2 nih kebanyakannya pokai, so dorang gunakan alasan tu untuk kukuhkan kejayaan plan dorang nih. Harap2 kita semua dijaohkan dari semua tu. 


Satu lagi, pihak berwajib patotla sentiasa peka isu nih bukan bila hal camni heboh baru la nak siasat abes2san, kalo tak takdenya. Lagi satu percepatkan bayaran tuh, kesian plak pada yang menunggu. Lagi satu, rasanya untuk muallaf sepatotnya dibantu jugak. Ni tak, ada satu kes saya baca sorang muallaf yang dibuang family, takde tempat tinggal then mintak bantuan diperlekeh2kan pulak. Cuba lah pk elok2, takke kalo kita wat camtu dorang akan terpk "Ni ke ajaran Islam ?". Tu dah secara tak langsung menimbulkan keraguan dalam diri dorang dan juga mencalarkan kesucian nama Islam tu sendiri..


Entahla, ni baru tahun 2011 kan, kalo bape taun lagi..Macam mana la dunia nih agaknya. Takot =_=""


Penulisan sekadar perkongsian je bukan untuk menyalahkan sesiapa sebab kita semua bertanggungjwab dalam memainkan peranan, kalo ada kesalahan tolong betolkan dan maafkan saya =). Thanks for reading ! =')


Jya~

Wordless Friday : Surah pilihan.

Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikum..


Apa khabar ? Harap2 sihat semuanya. Saya ? Rasa takde semangat lah, tatau la kenapa huhu. Esok dah masok hari jumaat 1st dalam bulan puasa nih, so saya nak buat 1 entry lah pasal #Wordless Friday# hehe, ada plakkan, selalu wordless wednesday je ni tak pasal2 ada wordless friday.. =)


Takde apanya, cuma nak kongsi la sikit pasal surah pilihan, Al-Kahf. Pernah dengar kan surah tu. Banyak kelebihan / manfaat / faedah / fadhilat surah nih kalau kita bacanya.  Banyak tapi yang nih saya kongsi 4 fadhilat dia, korang kalo ada yang tau lagi, sila2 tambah hehe.

  1. Membawa ketenangan dalam hidupnya. [HR Shu'bah]
  2. Mereka yang menghafaz 10 ayat permualaan surah tersebut akan terhindar dari fitnah dajjal. [HR Muslim, An-Nasaei dll]
  3. Mereka yang membacanya pada hari jumaat akan bersinar cahaya dari bawah kakinya hingga ke langit pada hari kiamat. [HR Ibn Kathir]
  4. Mereka yang membacanya pada hari jumaat akan terhindar daripada segala fitnah selama lapan hari termasuk fitnah al-Dajjal. [HR Ibn Kathir]

Mostly la kan, orang cakap surah nih kita baca untuk elak fitnah dajjal. Try la baca kisah dajjal, seram kot huu. Tatau bila dia akan muncul dan jugak camna rupa dia. Tapi tak silap ada kan hadis yang menerangkan pasal karakter dajjal tuh. Hurm, tak kisahlah asalkan kita berusaha jaga diri kita, insyaAllah. Jadi, jomlah kita baca surah tersebut esok ye, ari jumaat afdhal macam fadhilat kat atas..


Eh, sedey betol kalo ada kawan yang tak pedulikan kita kan huhu ='(

Thanks sudi baca.. Dan tolong betulkan saya kiranya salah..

Oyashumii minna~Jaa, mata ne !

:: Lupa daratan !

Tuesday, August 2, 2011

Assalamualaikum.. =)


Hye semua ! Alhamdulillah, jumpa lagi kita ye. Hari nih nak luah perasaan sikit boleh tak ? Hehe.. Kadang kadang kita selalu jadi insan yang lupa daratan. Err, maksud saya lupa la untuk bersyukur atas semua nikmat kurniaanNya. Baaaaanyak sangat nikmat yang Allah berikan pada kita samada secara nyata mahupun sembunyi, kecik mahupun besar, sikit mahupun banyak, dari sekecil kecil zarah sehinggalahh sebesar2 galaksi, eh tak tak, malahan lebih besar dan banyak lagi hinggakan tak terjangkau dek akal fikiran manusia =_=". 


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya.."
:: Surah Ibrahim : 34 ::


Tapi, biasalah dah nama manusia, kita pon selalu la lalai, lupa nak mensyukuri nikmat2 tersebut. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?". Ayat tu banyak kali ditanya dalam surah Ar-Rahman, kenapa? Maybe sebab nak memperingatkan manusia yang tak bersyukurlah. Kita tau nikmat tu dariNya tapi kita mendustakannya melalui pelbagai cara. Malahan ada juga yang tidak mengaku nikmat tersebut adalah dariNya dengan mengatakan semuanya adalah hasil usaha sendiri. Harap2nya kita bukanlah dari golongan tersebut. Memanglah usaha tu penting tapi tanpa keredhaan dan keberkatan dariNya, sudah tentu la tidak ke mana jugakkan.. Hurm..


Banyak sebenarnya nikmat Allah yang kita tak sedar. Aritu ada baca satu buku. Pasal muallaf yang nak kena against banyak sangat cabaran, nak go through untuk jadi seorang muslim yang sejati. Susahnya kehidupan dia ='(. Dia ada cakap, bersyukur sangat sebab dapat hidayah Allah, kalo tak mesti masih dalam kegelapan sekarang. Bila baca terfikir terus, alangkah bertuahnya kita yang dilahirkan celik celik mata je dah umat Muhammad yang berEsakan Allah swt. Kita patot bersyukurlah ='). Syukur, Alhamdulillah..


Syukur alhamdulillah =') - Pic's courtesy of incik google


Jadi adik adik ceewah hehe macam, cikgu pulak. Jomlah kita sama sama belajar untuk bersyukur. Let's cross our fingers and say, thank you Allah, thanks for all Your good deeds. Tak terhitung banyaknya ! Belajar bersyukur sebelum tdo, belajar bersyukur Allah berikan kita peluang  untuk melihat dunia hari ini, berpuasa pada hari ke-2 dan diharapkan kita akan diberikan kesempatan untuk menghabiskannya pada hari2 seterusnya =). 


Belajarlah untuk bersyukur atas nikmatnya even sesuatu yang kita impikan tapi tak dapat, ucap je alhamdulillah. Err, tapi memang susah jugak tuuu, sebab kena ikhlaskan diri kan, fuhh saya mengaku huhu. Tapi takpe, menangislah sepam dua dulu (lepas perasaan) thehehe dan kalo kita dah redha, otomatikla ikhlas akan datang insyaAllah. Eh, sape kat sini eyh boleh ajar ilmu ikhlas, wuwu susah2 =_=". Tapi, sesuatu yang kita nak tu insyaAllah akan kita dapat, cuma cepat atau lambat je kan. Atau mungkin takkan dapat. Entahlah, kan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua =)


Jadi adik adik, jangan okei kita jadi lupa daratan. Nikmat Allah banyak, so kita patot la balas dengan menyanyangiNya serta mentaati segala suruhanNya. Tambah2 di bulan mulia nih =). Okeilah, tma kacih sudi baca =')


P dot s:

:: Sebelom pejamkan matamu malam nih, jom kita bersyukur dulu ! =)

:: Harapnya saya dijauhkan daripada jadi manusia lupa daratan =_=""

:: Entry peringatan pada diri saya juga =')

:: Mata aimashoo (let's meet again)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...