Assalamualaikum.. =)
Hye semua ! Alhamdulillah, jumpa lagi kita ye. Hari nih nak luah perasaan sikit boleh tak ? Hehe.. Kadang kadang kita selalu jadi insan yang lupa daratan. Err, maksud saya lupa la untuk bersyukur atas semua nikmat kurniaanNya. Baaaaanyak sangat nikmat yang Allah berikan pada kita samada secara nyata mahupun sembunyi, kecik mahupun besar, sikit mahupun banyak, dari sekecil kecil zarah sehinggalahh sebesar2 galaksi, eh tak tak, malahan lebih besar dan banyak lagi hinggakan tak terjangkau dek akal fikiran manusia =_=".
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya..":: Surah Ibrahim : 34 ::
Tapi, biasalah dah nama manusia, kita pon selalu la lalai, lupa nak mensyukuri nikmat2 tersebut. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?". Ayat tu banyak kali ditanya dalam surah Ar-Rahman, kenapa? Maybe sebab nak memperingatkan manusia yang tak bersyukurlah. Kita tau nikmat tu dariNya tapi kita mendustakannya melalui pelbagai cara. Malahan ada juga yang tidak mengaku nikmat tersebut adalah dariNya dengan mengatakan semuanya adalah hasil usaha sendiri. Harap2nya kita bukanlah dari golongan tersebut. Memanglah usaha tu penting tapi tanpa keredhaan dan keberkatan dariNya, sudah tentu la tidak ke mana jugakkan.. Hurm..
Banyak sebenarnya nikmat Allah yang kita tak sedar. Aritu ada baca satu buku. Pasal muallaf yang nak kena against banyak sangat cabaran, nak go through untuk jadi seorang muslim yang sejati. Susahnya kehidupan dia ='(. Dia ada cakap, bersyukur sangat sebab dapat hidayah Allah, kalo tak mesti masih dalam kegelapan sekarang. Bila baca terfikir terus, alangkah bertuahnya kita yang dilahirkan celik celik mata je dah umat Muhammad yang berEsakan Allah swt. Kita patot bersyukurlah ='). Syukur, Alhamdulillah..
Syukur alhamdulillah =') - Pic's courtesy of incik google |
Jadi adik adik ceewah hehe macam, cikgu pulak. Jomlah kita sama sama belajar untuk bersyukur. Let's cross our fingers and say, thank you Allah, thanks for all Your good deeds. Tak terhitung banyaknya ! Belajar bersyukur sebelum tdo, belajar bersyukur Allah berikan kita peluang untuk melihat dunia hari ini, berpuasa pada hari ke-2 dan diharapkan kita akan diberikan kesempatan untuk menghabiskannya pada hari2 seterusnya =).
Belajarlah untuk bersyukur atas nikmatnya even sesuatu yang kita impikan tapi tak dapat, ucap je alhamdulillah. Err, tapi memang susah jugak tuuu, sebab kena ikhlaskan diri kan, fuhh saya mengaku huhu. Tapi takpe, menangislah sepam dua dulu (lepas perasaan) thehehe dan kalo kita dah redha, otomatikla ikhlas akan datang insyaAllah. Eh, sape kat sini eyh boleh ajar ilmu ikhlas, wuwu susah2 =_=". Tapi, sesuatu yang kita nak tu insyaAllah akan kita dapat, cuma cepat atau lambat je kan. Atau mungkin takkan dapat. Entahlah, kan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua =)
Jadi adik adik, jangan okei kita jadi lupa daratan. Nikmat Allah banyak, so kita patot la balas dengan menyanyangiNya serta mentaati segala suruhanNya. Tambah2 di bulan mulia nih =). Okeilah, tma kacih sudi baca =')
P dot s:
:: Sebelom pejamkan matamu malam nih, jom kita bersyukur dulu ! =)
:: Harapnya saya dijauhkan daripada jadi manusia lupa daratan =_=""
:: Entry peringatan pada diri saya juga =')
:: Mata aimashoo (let's meet again)
6 comments:
bersyukur krn terpilih lahir sbgai umat Muhammad s.a.w. ^^
btui ckp cikgu?? rezki ni dtg driNYA,& xde bende yg free nk dpt kne usaha..
@caliph shuriken
=) yup..
@アヌム ちゃん
Hehe, tq akak. Selamat berpuasa jugee =)
@mrfarid
Ye incik farid sumenya kena la usaha ^^
@mrfarid
Ye incik farid sumenya kena la usaha ^^
Post a Comment