Bangau oh bangau...

Wednesday, February 29, 2012

Assalamualaikum....


Pernah tak korang rasa macam nak nangis tiba tiba je, sebak, sayu je perasaan tapi tak tahu pulak sebab apa.. Undefined ! Pernah tak korang rasa bersaaaalah sangat sangat sangat pada orang lain, disebabkan kita hanya nak bertanya tapi bila timbulnya salah faham bertambah buruk jadinya tambah2 dengan amarah orang lain. Pernah tak pernah takkk pernah takkk ? Huhuu, seriously sangat sangat sangat tak suka dan sedih dengan situasi tersebut. Perasaan bercampur aduk. Rasa down pun ada hurmmmm.. Jadi untuk menghilangkan rasa down, hati secara automatik mengaktifkan butang "Tolong update blog anda sekarang juga". Walaupun taknak update tapi terpaksa update jugak  ("Eleh, alasan !", kata korang). =_="


Jadi jomlah kita menyanyi. Lagu bangau oh bangau : (Err, kaitan ?)

Bangau oh bangau
Mengapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Ikan oh ikan
Kenapa tidak timbul
Macam mana aku tak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Mengapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku

Bila nyanyi balek lagu bangau oh bangau kat atas tu konfim akan teringat zaman kanak2 kita semua kan, betapa femesnya lagu tersebut =). Tapi, sebenarnya lagu tu bukan sekadar lagu, kalo kita amati dalam2, sebenarnya punya nilai tersirat dan tersendiri, yang amat mendalam maksudnya. Tersirat macam mana ? Mengenai budaya masyarakat kita sekarang. Yang mana masing2 suka sangat mengamalkan budaya tuding menuding, atau bahasa mudah, menyalahkan orang lain.. Nauzubillah, arap2 dijauhkan daripada amalan tersebut. Note to self ! Tengok je lah lirik lagu tu, bangau salahkan ikan, ikan plak salahkan rumput, rumput salahkan katak tapi nasib baikla ular tu mengaku salah dia, kalo tak, sampai ke sudah lagu tu tak habes2 =_="


Kebanyakan kita dengan mudahnya menuding jari jika sesuatu yang kita tak suka berlaku, tanpa kita terlebih dahulu muhasabah diri dan pk balek, salah kita jugak ke tak ? Please, try to figure out first what is actually the source of the mistakes or problems occurred, rather than trying to find out whose fault is it. Cari apa yang salah bukan siapa yang salah... So, sebab tu bila satu masalah timbul, setiap daripada kita tak kira lah pangkat bawah ke atas, berpengarun atau tak sewajarnya perlulah tengok keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing2, lihat diri sendiri dulu sebelum senang2 tuding jari pada orang lain.


Jadi, moral entry, cari apa yang salah, bukan siapa yang salah. Siapa saya untuk bercakap ? Saya bukan siapa2, ya, bukan siapa siapa, masih sentiasa dalam proses perubahan untuk lebih baik. Tapi  tak perlu lihat sape yang berkata, cuma lihat dan amek pengajaran daripada apa yang diperkatakan.. Btw, ini adalah entry peringatan untuk diri sendiri sahaja. Okay, dah up kan semangat sikit bila dah menulis. Terima kasih blogku tersayang dan terima kasih Allah sebab dah hadirkan perasaan lega sedikit ='), dan terima kasih jugak pada korang yang sudi2 singgah serta baca  entry ini, sangat hargai !=')


*Sambung nyanyi lagu bangau oh bangau. Eh, takde pekdah, baik lagi korang buat homework, atau apa2 yang lebih berfaedah. Jya~ Tolong doakan pembelajaran saya dipermudahkanNya. Terima kasih infinity~ =')


Entry sekadar muhasabah diri sendiri.


Alhamdulillah, 23th Life =')

Tuesday, February 21, 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah =')


Perhatian : Entry sangat sangat sangat panjang, sila jangan muntah bila anda risikokan diri anda untuk baca. Kalo taknak bosan, feel free to play the music player below =)


Penulisan pertama seiring usia menginjak ke 23 tahun ! Oh myyyy, 23 tahun !!! It's a big number, right? Big enough for someone to be alive in this world. Tapi amalan kita untuk di bawa ke sana nanti adakah sudah cukup besar ? Keep asking. Note to self !.. Ayat pertama ? Yes, Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah (pendek kata, alhamdulillah to infinity) masih lagi berkesempatan hidup di bumi ini. Big thanks to Him, for giving me such a great life, gave me strength to endure all the hardships i've faced, to gain knowledge in everything i've done, to be the way i am, to accept for who i am, and the most important things is, to thank Him for always being there for me..!  Terima kasih Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya =')


23 tahun. Aku pernah jatuh, dan bangun kembali. Alhamdulillah.
23 tahun. Aku pernah kecewa, namun mampu untuk bangkit kembali. Alhamdulillah.
23 tahun. Aku lelah menangis, namun tangis itu nyata seketika cuma. Alhamdulillah.
Kerna apa ?
Kerna Dikau Ya Allah. Terima kasih sentiasa di sisi diri ini...

Manusia,
Jangan dilafazkan sesuatu yang bisa membuatkan aku menjadi takbur, riak dan lalai.
Sebaliknya tolong lafazkan sesuatu yang mampu membuatkan aku tersedar akan kesilapanku.
Tengking aku andai itu yang terbaik agar tidak aku terus hanyut dengan indahnya tipuan dunia semata...

Fahami daku,
Andai kalian ketahui aibku,
kalian sedar akan salahku,
Tolong segera nasihati aku.
Tolong segera ingatkan aku.
Tolong segera khabarkan padaku.
Usah dipertontonkan keaiban manusia.
Kerna kita semua sama, punya keaiban diri masing-masing.
Sedarkah kalian, aku jua manusia ?? Takkan terlepas dari khilaf semasa...

Kehidupan,
Terima kasih mengajar aku erti kematangan.
Mungkin separuh abad hidupku tidak memperlihatkan kematangan,
Namun diakui, kehidupan aku telah mengajarku untuk menjadi matang...
Matang untuk tidak gentar berhadapan dengan segunungnya cabaran mendatang.

Penilaian,
Maafkan aku andai 23 tahun kehidupan ini sentiasa tersasar penilaian.
Yang baik disangka jahat, yang jahat disangka baik.
Yang salah dianggap betol, yang betol jua dianggap salah....
Ketahui olehmu, diri ini masih lagi berusaha untuk sentiasa  positif pada kehidupan.
Kerna diakui, sangat sukar selagi tidak diikhlaskan.

Keikhlasan,
Maafkan aku andai 23 tahun kehidupan ini hanya secalit keikhlasan termampu dilakarkan.
Namun, ketahui olehmu hanya itu yang termampu aku lakukan.
Kerna siapa diri ini untuk menetapkan rasa ikhlas atau tidak itu ?

Niat,
maafkan aku andai selalu tersasar dalam tujuku,
sangat sulit untuk diterbitkan,
andai ikhlas masih tanpa arah tuju..

Diam,
andai tidak mampu untuk diterangkan,
membisu mungkin yang terbaik,
bukan bermakna aku mengiakan,
namun penat untuk dijelaskan,
cukup Dia mengetahui apa yang terbuku, apa yang tersirat..

Kesempurnaan,
Kehidupan yang diimpikan cukuplah hanya kesederhanaan.
Apa guna sempurna andai tiada redha dariMu ?
Apa guna sempurna andai aku jauh dariMu ?
Kesempurnaan itu sulit untuk dijelaskan.
Amat sulit untuk dirungkaikan...
Cukup aku sempurna, andai aku mampu menjadi daie yang baik buatMu
Cukup aku sempurna dalam mencintaiMu..
Dan cukup aku sempurna untuk menjadi yang terbaik buat ma dan abah... ='(

Setiap saat, aku cuba untuk menjadi sempurna.
Biar aku jatuh, biar aku kecewa, biar aku menangis,
biar aku tahu, aku takkan mampu untuk menjadi yang sempurna
dan mungkin esok, lusa jua aku kembali terkesima dengan kekejaman dunia.
namun, cukup sekadar aku tahu yang aku mampu untuk menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
cukup sekadar aku tahu kesilapan diri dan takkan pernah untuk mengulanginya kembali...

Teman, 
andai aku tidak mampu memberi sedikit pun manfaat padamu,
andai aku tidak mampu memberi secalit keinsafan padamu,
lupakan aku dan jauhi aku,
namun sebelumnya tolong sampaikan pesan padaku.
Kerna aku hanya manusia biasa
takkan tersedar andai tidak kalian bisikkan padaku...


Hak mutlak.
Jangan bilang diri ini adalah milikmu andai apa yang kau tahu hanyalah senyuman dalam setiap senyumku. Menjauh bila kesedihanku menjengah, menyepi tika laraku, menjelma kembali dalam gembiraku..
Ketahui olehmu, diri ini hanya termaktub hak mutlak pada Yang Esa,
23 tahun tingkat usia, tingkat kematianku mendekat jua...
Akan kembali jua padaMu, Yang Maha Punya hak mutlak diri ini..

Terima kasih Ya Allah,
Mungkin hidup aku tidak sempurna, 
Namun aku tahu apa yang aku inginkan,
aku cuba walau dalam kecewa, perit dan pedih.
aku cuba dengan keyakinan tinggi padaMu,
jelas tertanam setiap yang berlaku ada hikmatnya,
pasti Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu...
Cukup andai aku percaya dan yakin denganMu.
Maafkan aku andai aku tidak sempurna dalam mencintaiMu....
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu (Tiru ayat Opick hehee)


23 tahun sengaja dihighlight kan supaya penulis sedar diri sikit, semakin tua dahhh rupanya =_="


Semoga kita semua sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan setiap zarah nikmat kurniaNya.....

Kadang2 risau bila apa yang kita buat tu akan menimbulkan riak semata-mata. kadang2 risau jugak andai jadi insan hipokrit semata huuuu.. Jadi sentiasalah cuba memperbaharui dan memperbetul niat kita hanya kerana Allah swt... InsyaAllah bila kita dah biasa buat, akan jadi mudah. Yang penting kena selalu istiqamah =)..

Ehhhhh jappp, mana hadiah untuk sayaaaa ???? Hehheheee =P. Baiklah, cukuplah korang tolong doakan agar pembelajaran saya dipermudahkanNya, dan kawan-kawan saya juga. Anda memang baik hati.. ^__________^ (senyum sampai telinga)



Jya~ Tma kasih bebanyak sudi baca coretan hati diri ini yang ke 23 tahun yang teramaaaaat lah panjang ini =')

Lagu tema: Opick (Rapuh)

Teka apa makhluk halus ini ?

Thursday, February 16, 2012

Assalamualaikum...


Hye korang. Sihat ? Cuba tengok video kat bawah dan teka apakah nama bagi makhluk tersebut. Err tapi kenapa saya cakap makhluk halus ??? Sebab benda ni kecik, so kena tengok guna mikroskop hee..




Sape teka betol saya bagi seposen =)


Tolong doakan urusan pembelajaran saya dipermudahkanNya. Domo arigatou nee~ =')


Jya~

Bicara tentang kata-kata.

Tuesday, February 14, 2012

Assalamualaikum...


Hye korang ! Apa khabar ? Harapan termaktub agar semua sihat sihat sahaja =). Kata-kata. Ucapan. Perkataan. Pertuturan. Semuanya boleh dikategorikan dalam satu group, kan. Dan semua tu boleh jugak dibahagikan pada kata-kata negatif dan positif. (Eh eh, macam nak mengajar Bahasa Melayu pulak =_=).. Nak lebih faham, pertuturan tu berhikmah atau tidak.


Sebenarnyakan, ucapan yang kita tuturkan setiap hari tu mampu memberi kesan pada orang lain, samada kita sedar atau tak. Kata-kata tu punya aura untuk menaikkan semangat atau men'down'kan seseorang tu sendiri. Sebagai contoh terdekat, lepas kita present sesuatu projek atau homework, then kita dapat komen daripada seseorang, komen yang lebih menjurus pada mengkondem, menjatuhkan air muka kita je. So, what do u expect perasaan orang tu lepas je dapat komen sebegitu ? For sure, manusia tu akan terus rasa down, then totally affect hidup dia kan ? Okay lah maybe amat keterlaluan untuk bagi effect pada keseluruhan hidup kita tapi at least akan tetap beri kesan. Kalo saya sendiri, dalam 2 3 hari jugak teringat kot. Tak pon seminggu heheee, dan dalam pada tu akan monyokkkk je huuu. See, dari situ kita tahu kata-kata tu actually mampu mempengaruhi hidup seseorang. That's why, bila kita keluarkan komen, komen tu haruslah mengambil kira sensitiviti seseorang. Takpe untuk memberi komen, tapi rasanya biarlah komen tu disusuli dengan nasihat-nasihat untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Jangan tahu komen je tanpa memberi sebab dan tindakan yang harus dilakukan. Lain manusia, lain pemikiran. Need to be considered =).


Dan satu lagi, komen tu biarlah direct. Jangan cakap belakang. Sebab takde makna kalo cakap2 belakang, good-for-nothing huhuuu. Manusia adalah manusia. Mestilah jah weh, manusia bukan Tuhan. I mean, kita takkan tahu salah silap kita selagi orang lain tak cakap kat mana silap kita. Kita takkan sedar salah kita selagi tidak terhantuk dek teguran orang lain. Sebab tu orang cakap people tend to learn from their mistakes. So, kesilapan kita tu perlu kita tahu untuk kita pelajari satu benda yang berguna, untuk elak daripada terulangnya even untuk mendekati aura negatif kesilapan itu sendiri.. So, be a man. Tell him/her the truth. Err, tapi saya akui, kadang2 sangatlah susah untuk memberitahu kesilapan seseorang itu huhuhuuuuu =_=". Eh, da lari tajuk pulak dah.


Haa, jadi perkataan tu mampu memberi kesan besar dalam diri kita. Contoh lain lah, ucapan "terima kasih" yang kita ucapkan pada seseorang. Sebenarnyakan 2 patah perkataan tu mampu memberi effect yang sangat sangat sangat lah besar pada diri seseorang. Pada diri saya sendiri. Saya sangatlah happy tahap tera malah lebih kot kalo dengar ucapan terima kasih daripada seseorang, sebab something yang kita buat tu terasa dihargai biarlah hanya dengan 2 patah perkataan tu je pon. Tapi seriously, saya akan rasa saaaaangat happy. Kenapa ? Sebab, biasalah kan manusia sentiasa ingin dihargai =). Tapi ingat, jangan pernah mengharapkan ucapan "terima kasih" daripada orang lain sebab kena setkan dalam fikiran, yang sesuatu kita buat tu adalah ikhlas. Antara kita dan Dia sahaja. Ucapan terima kasih dan penghargaan itu hanyalah bonus je. Banyakkan ucap "terima kasih" tapi elakkan daripada mengharapkan ucapan tersebut daripada orang lain, okeyh ? =)




Kadang-kadang saya sendiri tak terlepas daripada mengeluarkan perkataan yang entah apa2, sia2, tak berhikmah. Jadi sama-samalah kita berdoa agar setiap pertuturan kita adalah berhikmah ! Btw, ini adalah entry untuk peringatan pada diri sendiri. Salah silap harap dimaafkan. Dah nama manusia, tend to do a mistake =_=".

Sedarkan aku kiranya salah,
Tegurkan aku andai diri ini bermasalah,
Kerna aku hanya insan lemah,
Takkan tersedar jika tidak diendah...


Terima kasih sudi baca. Tolong doakan saya agar urusan pembelajaran dan segala2nya dipermudahkanNya. Korang meeeeeeeeemang baik dan hebat heheheee.. =')


Surat buat datin seri rosmah mansor dari seorang pelajar.

Tuesday, February 7, 2012

Assalamualaikum...


Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! 


Sumber : http://singlexy.blogspot.com/2012/01/surat-buat-datin-seri-rosmah-mansor.html
Komen saya ? No komen. Buka mata, buka hati then fikirlah sendiri =)

Semoga urusan kita semua dipermudahkan ^^

Fatamorgana cinta.

Saturday, February 4, 2012

Assalamualaikum...

Detik waktu laju berlari,
Sampai masa masih kembali.
Aku masih setia di sini,
Sedang dikau jauh dari sisi.

Detik waktu jauh pergi,
Sampai masa terus kembali,
Sedang aku terus begini,
Ingatan padamu terus bersilih ganti.

Hari ini,
Detik ini,
Saat ini,
Tika ini,
Masih aku mencari,
Masih aku memerhati,
Masih aku ingin rasai,
Masih aku ingin bermimpi,
Akan kehadiranmu di sisi.

Namun siapa diri ini ?
Siapa aku untuk menggenggam anugerah terindah itu ?
Siapa aku untuk terus mengharap andai diri selalu terlupa padamu ?
Siapa aku untuk menggantung harap andai masih tersasar dari sunnahmu ?

Ya, aku adalah aku.
Tidak sempurna.
Selalu terleka.
Selalu terlagha.

Namun, aku jua adalah umatmu.
Umatmu Ya Rasulullah.
Mohonku, dengarilah rintihan ini.
Betapa kami semua teramat rindukamu Ya Rasulullah..
Dan harapan terus tersemat, agar ia bukan hanya ungkapan sahaja.

Andai diri mu ada di sini.
Saat ini Ya Rasulullah,
Abad ini Ya Rasulullah,
Sudah pasti semua kepincangan menjadi satu pembetulan..
Yang amat kami semua nantikan.

Bukan cinta itu yang ingin aku canangkan,
Jauh sekali takbur atas cinta itu.
Cukup andai Dia tahu keikhlasan kami dalam merinduimu..
Cukup andai Dia tahu keikhlasan kami dalam mencintaimu...

Andai diri mu masih di sini Rasulullah
Ingin aku pinta agar bawalah pergi diri ini jauh dari sini.
 

Salam Maulidur Rasul..
Bersyukurlah sebab kita berpeluang menjadi umat Rasulullah saw ^______^. Alhamdulillah..
Banyakkan berselawat padanya... =')
: Peringatan untuk diri sendiri..

Zon selesa.

Wednesday, February 1, 2012

Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Banyak belajar something dan terbuka fikiran sikit hari ni. Sebab apa ? Pasal manusia, dan jugak diri sendiri. Berkenaan zon selesa. Semua orang tahu kan, zon selesa ni memang la bunyi nya best je tapi sebenarnya 2 patah perkataan tu mampu membunuh manusia ! Maksud saya, manusia yang masih tak sedar-sedar.. 

Pertanyaan daripada Dr. Safiah lecturer kami semua tadi membuatkan saya rasa tersedar dan bila difikir balek, memang silap diri sendiri. Attitude rakyat Malaysia itu sendiri yang mana kalau nak kerja semua nak yang senang. Terkesan jugak rasanya. Tapi memang betolkan. Maybe kita ni dah berada dalam zon selesa. Terlalu lama. Sampaikan nak  keluar daripada zon tersebut even nak angkat sebelah kaki pon terasa berat. Kenapa ? Sebab attitude, sikap diri sendiri yang tak bersungguh-sungguh dalam melakukan satu2 kerja. Saya tau tak semua tapi kebanyakkannya sebegitu.

Bila dikaitkan negara kita dengan negara orang lain, yang lebih banyak kekurangan seperti negara Thailand contohnya dalam bidang akuakultur. Dorang sebenarnya lebih maju dalam bidang tu berbanding Malaysia sendiri. Kenapa ? The answer to 'WHY' is actually the attitude itself ! Our attitude. Malaysian attitude. Bak kata Dr., semua nak yang senang =_="

Bila kita susah, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. Dan kita jugak akan lebih berkerja keras nak dapatkaan something sebab kita tak pernah berada dalam zon selesa.. Rasanya orang yang tak pernah rasa bagaimana berada dalam zon selesa ni akan lebih beruntung. 

Jom lari jauh jauh dari berada dalam zon pembunuh. Zon selesa =_="

Entry peringatan pada sendiri sahaja =)

Tolong doakan urusan saya dipermudahkan. Terima kasih =')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...