Assalamualaikum...
Apa khabar korang semua? Harapnya kita semua sentiaaaaasa dalam keadaan sihat walafiat =). Korang, korang percaya tak dengan buatan orang ? Saya sangatlah hairan, macam mana seseorang, manusia, insan, hamba Allah boleh terfikir nak melakukan benda tu, disebabkan hasad dengki. Even niat kita baik sekali pun, tapi bila dah guna cara tu salah tetap salah. Matlamat takkan menghalalkan cara itu sendiri. Jika haram akan tetap haram... !
Hairan jugak, kat mana ye fikiran manusia yang tergamak melakukan benda tu sampaikan sesuatu yang di luar kawalan kita yang mana hanya Allah mampu menetapkan, kita ni pulak sibuk2 nak tetapkan macam yang kita nak. Ingatla wahai manusia, guna perantaraan makhluk halus untuk mencapai matlamat kita tu adalah satu dosa besar. Yang mana dah termasuk DOSA SYIRIK!.. Saya yakin ramai dah tahu kan pasal ni, cuma hairan kenapa kenapa kenapa tak rasa takut ? Takut pada Allah swt. Masalahnya berpunca daripada hati kita. Bila hati dah ada calitan hitam, selagi tu la kita takkan pernah nak rasa bersalah, bukan sahaja rasa bersalah pada manusia, bahkan pada Pencipta itu sendiri takkan timbul. Hairan dengan sikap manusia... =_=
Oh ye, mesti korang tertanya2 kan kenapa la boleh cakap pasal benda nih. Ye la, sebab benda nih terlalu subjektif dan makin menjadi-jadi. Kita takkan tahu selagi kita atau orang sekeliling kita mengalaminya. Cuma mahu berpesan-pesan sahaja. Saya dulu, adik ipar akak saya sampaikan nak jadi gila disebabkan buatan orang. Tengok, benda yang diluar kawalan kita boleh dibuat dengan bantuan makhluk halus, huhu. Teruknya. Weh, korang tahu tak, sape2 je yang belajar atau mengamalkan ilmu sihir ni hukumnya syirik macam yang dah saya cakap before. Balasan dan laknat Allah bagi tu jangan nak kira la teruknya, ditempatkan dalam neraka selama-lamanya unless jika sempat bertaubat sebelum mati. Tapi, satu persoalan, kita tahu ke kita ni akan mati bila ??? Entah nak cakap, sebab benda ni dah terlalu biasa sangat sekarang. Even dalam zaman moden camni, benda ni makin menjadi-jadi. Tengok je la yang kes aritu pasal sihir melalui facebook.. Semakin canggih zaman, semakin ligatla otak manusia nak kenakan orang. Perasaan hasad dengki sentiasa ada.... Patot la hidup pon tak berkat, dah jalan yang digunakan pun jauh terpesong huhuuu...
Amalkan doa ni 3 kali setiap hari pagi dan petang... |
Haa, lagi satu. Saya pon naik hairan dengan sesetengah manusia yang suka menilik nasib. Saya ada peristiwa lucu yang mana time sekolah menengah dulu adalah sorang member saya ni, sukaaaa sangat tengok dan tilik tangan orang lama-lama. Saya pon naik hairan. Dan korang tahu, dia ada cakap something yang telah mendownkan semangat saya time tu. Tapi nasib baiklah kejap je down, sebab benda tu tak bbetol. Kurang asam punya member haha. Tapi bila ingat balik, kelakar pulak sebab boleh plak down disebabkan benda tu. Punyalah pemikiran tak matang dan sempit lagi time tu =_="...
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).
Dan mesti dah ramai tahu betapa teruknya balasan menilik nasib ni, (for sure taklah seteruk sihir).
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).
Hanya Allah yang Maha Mengetahui tiap2 sesuatu benda tu termasuk perkara ghaib. So siapa kita nak sibuk2 pasal tu ? Siapa kita ? (Ceyt, tetiba je nak emo kan)
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).
Okay lah, tu je kot. Cumanya nak meluahkan, bila Allah tak mengizinkan sesuatu perkara tu berlaku, dan bila mana Dia tak mengatakan "Kunfayakun" pada sesuatu perkara tu, benda tu mustahil akan berlaku. Dia akan membantu setiap hambaNya yang ditindas. Jadi ingat, bila kita dah buat something pada seseorang, maybe masa ni kita akan terlepas tapi siapa yang mampu meramal masa depan, apa yang bakal berlaku. Balasan yang bakal kita dapat... Who knows ? Kalo nak dapatkan something tu biarlah dengan cara yang baik. Jangan main kotor sebab macam mana kalian bermuslihat sekalipon, jika Allah nak bantu hambaNya, kejap je, sekelip mata je akan dapat detect. Percayalah ! Kesiankan pada sape2 yang mengamalkan ilmu pelik tersebut. Insaflah wehhhhh ! Bawak2 bertaubat...
Tolong doakan pembelajaran saya dipermudahkan. Moga anda juga begitu ='). Terima kasih !
5 comments:
ni salah satu shortcut yg paling keji.. pantang silap sikit trus terpikir cara ni, huh...
...orang yang paling perlu dikasihani dan simpati adalah mereka yang melakukan syirik itu... kerana kita semua tahu ke mana mereka selepas mati jika tidak sempat bertaubat.. lebih kasihan dari mereka yang dilahirkan terencat akal,kurang upaya, sindrom down, gila dan sebagainya kerana walaupun mereka kurang kecekapan akal namun mereka tidak pernah melakukan syirik..tetapi mereka ini sempurna tubuh badan, sempurna akal fikiran tetapi tetap melakukan syirik.. kesian kan..
dalam dunia ini sebenarnya bukanlah kebijaksanaa akal, kepandaian yang perlu diutamakan.. tetapi kesempurnaan didikan hati.. semua ilmu yg kita belajar hanya ada 2 tempat yg akan didudukinya iaitu otak dan hati.. sebaiknya letaklah segala ilmu itu dihati baik ilmu dunia apatah lagi ilmu agama.. kerana hanya hati dapat melahirkan rasa kasih dah sayang akan ilmu2 itu..dan inilah yang akan membuat kita tidak lupa akan ilmu itu dan akan mengamalkannya..tetapi jika hanya pada otak sahaja maka cepatlah kita lupa dan nafsu la yang akan mengawalnya..
jadi xheran la berapa ramai yang cerdik pandai tetapi tetap melakukan perkara2 yg dilarang kerana nafsu telah menguasai ilmu mereka..bertindak berdasarkan akal...
sebab yang terdidik hanyalah akal bukannya hati..
jaga lah hati sebaiknya, sediakan ia dalam keadaan yang baik, termasuk dari sudut pemakanan, agar dapat semua ilmu hinggap padanya..dan melahirkan sifat kasih sayang..
***S.P***
@caliph shuriken
Tu la kan huhu, arap2 dijauhkan drp termasuk dlm golongan tu..
@Anonymous
Betol2, sangat stuju dgn anon.. apa2 pun, semuanya bertitik tolak dari hati kita sendiri. Jaga hati, insyaAllah akal pasti dapat dipatri untuk sentiasa menjauhi keburukan even sekalipun untuk mendekati aura negatif itu akan dapat dielakkan.
tanpa hati akal pasti mati.semoga semua ilmu yg diperoleh mampu diletak dgn sebaiknya di hati agar mampu menjadi insan yg sentiasa berakal utk sentiasa ke arah kebaikan. terima kasih atas komen anon.=)
btw S.P tu apa? huuu
S.P = Sang Pelangi ...=)
Post a Comment