Bangau oh bangau...

Wednesday, February 29, 2012

Assalamualaikum....


Pernah tak korang rasa macam nak nangis tiba tiba je, sebak, sayu je perasaan tapi tak tahu pulak sebab apa.. Undefined ! Pernah tak korang rasa bersaaaalah sangat sangat sangat pada orang lain, disebabkan kita hanya nak bertanya tapi bila timbulnya salah faham bertambah buruk jadinya tambah2 dengan amarah orang lain. Pernah tak pernah takkk pernah takkk ? Huhuu, seriously sangat sangat sangat tak suka dan sedih dengan situasi tersebut. Perasaan bercampur aduk. Rasa down pun ada hurmmmm.. Jadi untuk menghilangkan rasa down, hati secara automatik mengaktifkan butang "Tolong update blog anda sekarang juga". Walaupun taknak update tapi terpaksa update jugak  ("Eleh, alasan !", kata korang). =_="


Jadi jomlah kita menyanyi. Lagu bangau oh bangau : (Err, kaitan ?)

Bangau oh bangau
Mengapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Ikan oh ikan
Kenapa tidak timbul
Macam mana aku tak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Mengapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku

Bila nyanyi balek lagu bangau oh bangau kat atas tu konfim akan teringat zaman kanak2 kita semua kan, betapa femesnya lagu tersebut =). Tapi, sebenarnya lagu tu bukan sekadar lagu, kalo kita amati dalam2, sebenarnya punya nilai tersirat dan tersendiri, yang amat mendalam maksudnya. Tersirat macam mana ? Mengenai budaya masyarakat kita sekarang. Yang mana masing2 suka sangat mengamalkan budaya tuding menuding, atau bahasa mudah, menyalahkan orang lain.. Nauzubillah, arap2 dijauhkan daripada amalan tersebut. Note to self ! Tengok je lah lirik lagu tu, bangau salahkan ikan, ikan plak salahkan rumput, rumput salahkan katak tapi nasib baikla ular tu mengaku salah dia, kalo tak, sampai ke sudah lagu tu tak habes2 =_="


Kebanyakan kita dengan mudahnya menuding jari jika sesuatu yang kita tak suka berlaku, tanpa kita terlebih dahulu muhasabah diri dan pk balek, salah kita jugak ke tak ? Please, try to figure out first what is actually the source of the mistakes or problems occurred, rather than trying to find out whose fault is it. Cari apa yang salah bukan siapa yang salah... So, sebab tu bila satu masalah timbul, setiap daripada kita tak kira lah pangkat bawah ke atas, berpengarun atau tak sewajarnya perlulah tengok keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing2, lihat diri sendiri dulu sebelum senang2 tuding jari pada orang lain.


Jadi, moral entry, cari apa yang salah, bukan siapa yang salah. Siapa saya untuk bercakap ? Saya bukan siapa2, ya, bukan siapa siapa, masih sentiasa dalam proses perubahan untuk lebih baik. Tapi  tak perlu lihat sape yang berkata, cuma lihat dan amek pengajaran daripada apa yang diperkatakan.. Btw, ini adalah entry peringatan untuk diri sendiri sahaja. Okay, dah up kan semangat sikit bila dah menulis. Terima kasih blogku tersayang dan terima kasih Allah sebab dah hadirkan perasaan lega sedikit ='), dan terima kasih jugak pada korang yang sudi2 singgah serta baca  entry ini, sangat hargai !=')


*Sambung nyanyi lagu bangau oh bangau. Eh, takde pekdah, baik lagi korang buat homework, atau apa2 yang lebih berfaedah. Jya~ Tolong doakan pembelajaran saya dipermudahkanNya. Terima kasih infinity~ =')


Entry sekadar muhasabah diri sendiri.


7 comments:

Anonymous said...

sentiasalah bermuhasabah. dengan muhasabah, kita kenal baik buruk diri kita semalam n sebelum ini dan juga kenal baik buruk diri orang lain semalam n sebelum ini..:)

Fizah Ibrahim said...

@blakepaghe
Ye, pakcik, betol2 ^^. kenal baik buruk kita yang terpenting dulu..

caliph shuriken said...

sini harus update en3 tiap2 hari ^^

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Hehe, takdelah tiap2 ari caliph, melampau la tu heeee =D

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Hehe, takdelah tiap2 ari caliph, melampau la tu heeee =D

Anonymous said...

..lemahlah kita kiranya apabila org memuji, memberi dan menolong, kita senyum dan gembira dan sebaliknya, sedih dan marah apabila orang membenci, marah dan menyusahkan kita.. lemahnya kerana kt terlupa dimana punca dan as-sebab sesuatu perkara itu di datangkan kepada kita manusia.. manusia yang hebat hanya ada dua perkara sahaja untuk hadapi semua perkara di dunia ni iaitu.. syukur & insaf ... kerana baginya semua itu datang dari kekasih hatinya..manusia2 itu hanya lah wasilah/proksi untuk kekasih hatinya itu menyampaikan sesuatu pada dirinya.. sebagai balasan kepada manusia itu senyum akan diberikan sebagai sedekah/hadiah tanda terima kasih... siapa kekasih hati anda?! =)

Fizah Ibrahim said...

@Anonymous
kekasih hati manusia yg sepatut2nya Allah swt, jadi hanya Dia setakat ni =).semoga terus istiqamah. komen anda terlalu tinggi dan tersirat maksudnya hee, btw terima kasih atas nasihat tersebut ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...