Assalamualaikum...
Apa khabar kalian semua ? Harapnya sihat walafiat =). Saya sihat-sihat-sahaja. Alhamdulillah ='). Haa, ada satu persoalan untuk kalian semua. Eh, jap intonasi macam da len pulak bila ber"kalian-kalian" nih heheee =_=". Okaylah, ada satu persoalan. Apa benda yang kita susah sangat nak betulkan ? Sentiasa dan asyik berubah jika tak pasang dengan betol ?... Haaa, cepat-cepat jawab. Kalo betol saya belanja ! =).
Sebenarnya kan, tak faham dengan sesetengah pemikiran manusia. Sebab apa ? Sebabnya, lain manusia, lain pemikiran. Tapi kan, pemikiran tu sebenarnya boleh mengubah nothing to something ! Contoh la, kita asyik fikir kita tak boleh buat something, memanglah kita takkan mampu buat melainkan kita yakin kita boleh buat. Faham tak ? Pemikiran akan mempengaruhi tindakan kita.
Pemikiran orang lain pun boleh mempengaruhi diri kita sendiri. Contohlah, orang tak yakin student group ni boleh berjaya dengan apa yang dorang pilih. Sebenarnya kan, walaupun tu hanya pemikiran dan hanya kata-kata, the truth is, it's damn hurt dan secara tak langsung akan men'down'kan semangat students untuk study dengan lebih jaya lagi. So, totally akan effect pada result dia kan. Dan sedarlah, bila kita asyik cakap dia tu tak boleh berjaya, tak boleh pergi jauh tak boleh tu tak boleh ni, sebenarnya akan menjatuhkan semangat dorang untuk cari ilmu dengan lebih gigih. Maybe akan take things for granted. Cubalah, cubalah dan cubalah manusia, jangan pandang orang dengan sebelah mata. Kecewanyaaa, kadang-kadang rasa sedih sebab manusia senang-senang nak judge orang tanpa nilai dulu dengan sebaik-baiknya. ='(
Jugak hairan, bila dah kita tak setuju dengan something tu tapi kenapa kenapa dan kenapa masih lagi kita teruskan benda tu ? Kenapa tak hapuskan terus ? Terasamacamdianaktirikanbiladahjadimacamni. Lebih baik dihapuskan, takdelah sebelah pihak mengata dan sebelah lagi terasa. Eh eh, da jaoh da... =_=". Hehe sorry, bukan berlagak pandai cuma hanya meluahkan jeritan rasa yang tak didengar. Ceytt, ayat tak boleh tahan =_=. Jadi, positifkan pemikiran anda. (Noted to self too).
Haa, korang !! Da dapat jawap belom soklan first tadi ? Benda apa yang selalu berubah-ubah? Apa ? Iman ? Haa, betol jugak tu hehe tapi yang saya maksudkan kat sini adalah NIAT. Hehe, tau kan apa itu niat ? Pada saya, susah sangat nak maintain niat nih. Ye la, niat kita buat sesuatu tu HANYA KERANA ALLAH SWT. Kadang-kadangkan, niat berblogging ni pon boleh berubah, seenteng bila iklan mulai menempek manja kat blog minta uuntuk dikasihi, sepantas tu lah niat tersasar walau dalam 1degree sekalipon, tetap tak boley okay even sikit sekalipon. Tapi pada saya, tu dulu la kot hehe, sekarang da tak kisah. Sebab dah jarang sangat berblog walk. So, blog ni memang sah2 la takde orang jejak masok ponnnn. Duit pon memang tak jalan la hehe. Tak kisah lah kan. Semoga tetap istiqamah.
Blogging sebenarnya boleh jadi saham untuk kita jugak bila kat "sana" nanti. Saham membantu bila kita tulis pasal ilmu, kebaikan untuk manusia sejagat, peringatan dan etc. Dan saham membunuh bila kita tulis pasal gosip. Bayangkan, bila kita mati nanti dan blog kita masih ada, cerita something yang orang akan dapat manfaat, maybe kita jugak akan beroleh pahala. Tapi tapi tapi kan cuba bayangkan kalo kita cerita pasal keburukan je, gosip, etc yang mungkin tak betul, bayangkan berapa banyak dosa kita dapat ? Okay, noted that dosa pahala bukan kerja kita tapi cubalah jauhkan daripada benda yang memang kita rasa salah tu =). So, sila betulkan niat anda dalam berblogging. =) No offense yeeee. Dan gunakan blog anda dengan sebaik-baiknya. Saya sangatlah jeles dengan orang yang pandai menulis. Menulis dalam memberi peringatan, menulis dalam rendah diri hanya berharap redhaNya sahaja, tabik dengan mereka-mereka itu. Terima kasih atas peringatan yang kalian titipkan dalam blog kalian yang menyedarkan diri yang selalu terleka ini. Sungguh, tak terbalas dengan kata-kata =') Semoga urusan kalian dipermudahkan =') =') =')
Panjang pulak entry nih. Baiklah, the point is, berhati-hati dengan kata-kata, sentiasalah positifkan pemikiran, samada untuk diri sendiri mahupun orang lain dan cuba cuba dan cuba hehe betulkan niat anda hanya keranaNya. Eh ehe, jap, entry ini juga adalah peringatan buat diri yang lemah ini. Semoga sentiasa istiqamah. Terima kasih daun keladi, kalau bermanfaat jenguklah blog ini lagiiii =)
Esok hari jumaat, eloklah kita cuba baca surah Al-Kahfi, sangat baik untuk diamalkan =)
Tolong doakan saya =). Terima kasih infinity~