Lau Kaana Bainana.

Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum...


Kalau anda semua ditanya :
"Kalau diberi peluang untuk berjumpa seseorang yang sudah tiada, siapa yang kamu ingin sangat untuk temui ?"

 Haaa, apa jawapan korang ????

Err apa khabar semua ? Harapnya kita masih diberikan kesihatan yang baik dariNya. Jom bersyukur kita masih bernafas saat nih =). Alhamdulillah. Err, tadi da abes satu paper. alhamdulillah. terkial-kial jugak nak jawab hee, tapi takpelah dah usaha. sekarang, tawakkal dan banyakkan berdoa ^^.  Positif sudaaa...


Eh, semakin nak exam ni kan semakin banyak dugaan dan semakin terasa tahap keinginan dan kelajuan nak update tu bertambah tambah tera giga mega bytenya. Takpelah asal updatenya yang  bermanfaat, ye dokk ? Harapnya bermanfaat lah dan tak syok sendiri punya hehe.. Korang pernah dengar tak dokumentari pasal Lau Kaana Bainana ( sekiranya Rasulullah saw bersama kita ). Best gila kot huhu. Dan sekarang ni dalam proses nak habeskan semua episodnya. Sedih tengok dokumentari tu. Pasal Rasulullah saw. Tetiba rasa rindu. Sebak... Pilu... Bila tengok dokumentari tu, rasa malu pada diri sendiri, pada Baginda, pada Allah sebab even ada hal kecik pon berkenaan Rasulullah saya sendiri masih tidak mengetahui huu, terukkan.... =_="". Tapi takpe, proses pencarian ilmukan sentiasa berterusan, tak perlu nak malu. Ye dokk ? =)


Dan bila dengar lagu temanya pon dah cukup membuatkan saya ingin ulang dengar di samping cuba nak memahami dan mengingati maksudnya.Tak puas nok dengar. Lirik sangat mendalam, bermakna.. Speechless, kalo tak percaya cuba dengar. Sayu dengar dan tak tahulah kenapa bertambah-tambah sayu bila tiba part "Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad, Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja"... Serius akan menitis air mata even tahanla macam mana sekalipon =_="




Wahai Tuhanku kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
keampuananMu dan sifat pemurahMu
Dan kebebasan daripada api nerakaMu
Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon padaMu
Mohon dengan sangat wahai Tuhanku,
dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah kekasihMu masih berada bersama kami,
akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu.

Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan turut diperkenankan,
cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith2mu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Ku tebus diriku dengan dirimu wahai kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berasa berhampiranmu jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai kekasihku, wahai Muhammad,
Wahai doktor hatiku,
wahai yang dipuji puja,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu....


Tengok lirikkan. Penuh penghayatan. Bermakna sangat. Hebat orang yang rekanya. Bila eyh agaknya lirik bermakna macam ni ada kat Malaysia ? Err, no komen...


Saya percaya tak ramai yang mahu kembali ke zaman Rasulullah saw bukan sebab selfish tapi kita mahukan Baginda kembali bersama kita semua di abad nih sebab nak perbaiki segala kerosakan akhlak, dunia yang berlaku harini. Tapi semua tu mustahilkan. Sebab semuanya harus dimulakan oleh diri kita sendiri ^___^. Kesedaran dalam diri masing2.Tapi kalo boley nak sangat3 kembali ke zaman Rasulullah saw ='|


Oh ye, jom amalkan perbanyakkan selawat ke atas Baginda. lepas solat dan sebelum tdo tiap2 malam 100 kali.. Kejap je tu ^^


Oklah, nak sambung tengok Lau Kaana Bainana pulak. Eh, tak boley jah. Stop dulu, kena study ! Lusa ada test lagi. Kuat ke ? InsyaAllah hehe. Jom, face-a-book. Not facebooking okei ! 


Penutup : Saat2 kewafatan Rasulullah saw


Doakan urusan saya dan kita semua dipermudahkan. Terima kasih semua ! =')

1 comments:

caliph shuriken said...

yup, awk perlu study.. not fb-ing & cityville-ing, hikk...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...