Terima kasih makcik !

Saturday, December 17, 2011

Assalamualaikum...


“Mak cik sedih dengan dia. Kadang2 makcik selalu tertanya-tanya apa salah makcik sampaikan dia tergamak buat macam tu. Makcik cuba pelihara dia, jaga dia sebaik mungkin dari dia kecik lagi. Ye, mungkin hidup kami takdelah senang, tapi makcik berusaha untuk bagi dia ilmu yang cukup, supaya dia boleh jadi manusia berguna, dunia akhirat. Untuk kesenangan masa depan dia jugak. Boleh bantu makcik jugak. Makcik tak kisah dia tak bagi duet ke pa, Cuma yang makcik kisahkan kenapa dia langsung tidak telefon makcik, tak bertanya khabar makcik, tak jenguk makcik. Makcik tak kisah langsung duit dia, makcik hanya kisahkan kasih sayang dia. Makcik rindukan dia...”


Ayat last makcik tu tadi memang dah cukup membuatkan air mata ni bergenang huhu. Saya pernah dengar kisah anak tak kenang budi tapi selalunya ia ibarat angin lalu, dengar dan lupa, begitu sahaja. Saya pernah dengar kisah anak tak mengenang budi. Tapi saya tak sangka hari ni saya akan dengar cerita tu dari mulut seseorang yang bergelar ibu. Saya sering dengar kisah anak tak kenang budi, tapi saya tak sangka kisah makcik tadi begitu menyentuh atau lebey tepat merobek hati saya. Membuatkan saya rasakan perjalanan saya untuk pulang ke kampong halaman tadi sangat sangat sangatlah jauh. Ibarat berpuluh-puluh jam even amek masa hanya 3 jam je. Alhamdulillah, sampai dengan selamat. masih mampu lihat ma dan abah serta family.


Mendengar cerita makcik tadi membuatkan saya tersedar,insaf, dan teringin sangat bila sampai tadi untuk terus memeluk ibu saya... betollah kata orang kan, kita takkan pernah benar benar merasa sesuatu sehingga kita mengalami situasi tersebut. Mendengar kisah kekecewaan daripada seorang insan yang bergelar ibu, ma, umi dan sewaktu dengannya lah, membuatkan saya rasa bersyukur. Bukan bersyukur disebabkan perkara yang berlaku pada beliau tapi bersyukur sebab saya terpilih untuk dengar cerita makcik tu dan seterusnya boleh dijadikan pengajaran berguna untuk diri saya sendiri.

Seriously, hari ni saya dapat satu pengajaran yang sangat sangat sangat berharga daripada seorang ibu yang meluahkan kekecewaannya pada anak dia. Saat ni, tika detik saya menaip entry nih, sukar lagi untuk saya percaya bahawa saya terpilih untuk dengar masalah makcik tu. Bila fikir balek, Alhamdulillah. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada saya kat situ. Terima kasih Ya Allah =’).


Melalui peristiwa tadi. seriously, kesian makcik tu. Dia hanya mahukan kasih sayang kita, sebagai anak. Duit kita, harta kit, kekayaan kita langsung la dia tak heran, kenapa ada yang tak terfikir ? Kenapa kejam sangat ? Kenapa ? Kenapa weh ? okeilah, maybe saya tak layak nak hentam, judge orang but at least tolonglah consider perasaan dia. Dia pelihara kita, didik kita berpuluh-puluh tahun, pastu last2 ni balasan kita ? fair ke ? At least telefon lah, kenapa kejam sangat sampai tak telefon segala. Jangan sampai dia kembali ke “sana” nanti, barulah nak insaf. Dah tak guna huhu.. nauzubillah, harapnya saya dijauhkan daripada menjadi anak yang tak kenang budi....


“Takyah lah nangis untuk anak  tak kenang budi camtu makcik”, nasihat aku ! err gurau je, takkanlah nak nasihat camtu plak, takke lagi menangis makcik tu..

“Sabarlah makcik, makcik kena yakin Allah dah ada perancangan untuk setiap hambaNya. Mungkin nanti anak makcik akan cari balik makcik, dan mungkin jugak dia sibuk sekarang, jadi tak sempat nak jenguk makcik. Dan mungkin jugak Allah nak temukan makcik dengan anak makcik dalam keadaan yang sangat manis. Banyak kemungkinannya. Makcik sabarlah ye, insyaAllah sentiasa berdoa padaNya, orang yang sabar ni banyak hikmatnya”... Hurm lebey kurang macam tu la kata2 saya tadi, mungkin saya ni tak pandai berkata-kata, seriously tak pandai hehe, tapi at least tadi nampak jugak makcik tu menguntum senyum hehe. “Jangan jadi macam tu, jangan lupa ma ayah”. Nasihat makcik tu tadi akan aku pegang sampai bila2, insyaAllah...

So, janganlah jadi anak yang tak kenang budi. Janganlah biarkan air mata ibu kita menitis disebabkan dia kecewa dengan kita. Tapi biarkan air mata dia menitis disebabkan rasa terharu dan gembira dia pada diri kita. Dan setiap kali lepas solat, titipkan doa untuk ibu bapa kita. Jangan pernah lupa.


Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua orang tuaku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku dengan sebaik baiknya. Peliharalah keaiban mereka, dunia dan akhirat. Rahmatilah mereka. Sihatkanlah tubuh badan dan panjangkan umur mereka agar aku masih berkesempatan untuk membalas jasa mereka...


Harapnya aku masih mampu untuk membalas jasa mereka berdua. Terima kasih ma dan abah =’|.. Kisah makcik tadi adalah hikmat yang sangat bermakna. Terima kasih makcik, dan terima kasih Allah sebab temukan aku dengan makcik tu tadi. Dan semoga anak makcik tersebut tersedar dia dah jauh melencong. Jom, sama-sama berdoa semoga dia diberikan hidayah. Tersedar silap dia huhu. Banyak yang diborakkan dengan makcik tadi tapi tak perlulah nak diceritakan semuanya kat sini kan. Cukuplah highlight kan jangan pernah jadi anak yang tak kenang jasa ma ayah kita semua... 


Seorang ibu akan sentiasa mendoakan anaknya. Seorang ibu akan sentiasa menyanyangi anaknya. Dan jah tahu ma sentiasa menyanyagi jah tapi sebanyak mana itulah yang tak mampu untuk diterangkan. Ia takkan dapat dijelaskan melalui kat-kata. Benar. Jah pun tahu jah sayang ma tapi masih tak tahu adakah rasa sayang tu adalah sebesar kasih ma pada jah. Tapi insyaAllah akan cuba untuk top-up rasa sayang tu setiap hari. Top-up yang akan sentiasa bertambah, bukan berkurang..... Harap2 bukan sekadar kata dan harap2 sentiasa dipermudahkanNya...


Btw, tadi last paper saya. Hurm, overall. ntah haha. takpelah yang penting dah usaha huhu... risau jugak. sekarang tinggal tawakkal, doa dan yakin je la. tolong doakan saya ye, anda memang baik hati hehe..Tahu kan, bila kita doakan saudara kita tanpa pengetahuan dia, malaikat akan turut mengaminkan doa kita tu then kita pun akan dapat apa yang kita doakan tu, insyaAllah. tolong betulkan saya kiranya salah.

Terima kasih membaca ! ^___^

2 comments:

caliph shuriken said...

mmg wujud perasaan syg kt family, tapi kadang2 x tau cmner nk tunjukkan...

Fizah Ibrahim said...

@caliph shuriken
Betol, cukuplah kita tahu tanggungjawab kita sebagai seorang anak..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...