Assalamualaikum...
Langkah semalam...
Tidak mungkin akan diundur kembali..
Jua semakin pudar titian hari ke hari..
Detik waktu seakan menyanyi,
Dalam hati,
Dalam sanubari..
Seakan berbisik sepi..
Untuk terus dimengerti...
Waktu melayang pergi,
Ingatan menusuk sendiri,
Tanpa dimengerti...
Selagi nyawa masih terpatri,
Selagi itu langkah terus dijejaki
Walau hempedunya tidak terperi
Namun akan jua digagahi..
Kau yang bermegah diri,
Mengapa perlu siniskan diri ini,
Dengan pahitnya tusukan bicara,
Sedangkan itu semua tipuan duniawi semata..
Perlukah aku ingatkan kita semua sama sahaja ???????
Namun, sedarku diri ini hanyalah diri ini. Tiada yang lain. Aku
adalah aku. Siapa aku untuk menasihati ? Siapa aku untuk perhalusi ? Satu saat akan terbukti. Satu janji
tersemat di hati. Pasti akan jadi realiti.. InsyaAllah
Aku kecewa dengan pandangan sesetengah manusia. Kecewa dengan sempitnya sesetengah fikiran
manusia. Kecewa dengan sempitnya cara mereka berkata-kata. Ya, standard
seseorang berbeda. Berbeza. Namun, patutkah semua itu dijadikan bahan sindiran
? Ejekan semata ? Herdikan ? Ingat, kita semua sama. Sama. Sama. Dan sama. Kita
semua makhlukNya. Jadi tak banyak bezanya. Cuma kita semua berbeza di mataNya
melalui amalan kita. Baik amalnya, baiklah padaNya.. Jangan terlalu bermegah
dengan dunia, dengan apa yang kita ada hari ini, Jika Allah nak tarik, kejap je
Dia boleh tarik. Kejap je Dia boleh tarik nikmat yang Dia bagi! Kejap je huhu.. Kuatkah aku ? InsyaAllah
Maaf, entry nak meluahkan kekecewaan sikit. Huhuu.. Doakan
saya dan kawan2 final minggu depan
nanti. Semoga semua urusan kita semua dipermudahkanNya, insyaAllah...
Cuba untuk senyum dalam pahit tapi saaaangat sukar....
3 comments:
gudluck on ur final =)
gambatte ne & gud luck ^^
Terima kasih semua ! =')
Post a Comment